08-01-060309
SIRI 8
06 MAC 2009 09 RABIUL AWAL 1430H
“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, MEMBINA KEPERIBADIAN MUSLIM BERILMU, BERAMAL & BERAKHLAK lagi sentiasa Melihat” (Surah An-Nisaa’ : 58)
HUKUM MENYAMBUT MAULUD NABI Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad saw adalah bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad saw berasaskan firman Allah dalam Al-Quran, maksudnya: "Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung" Surah Al-Araf: 157 Maulud Nabi disambut setiap 12 Rabiul Awal di mana zikir khusus akan diadakan di masjid-masjid. Perarakan secara besar-besaran akan diadakan di bandar dan kampung sambil memuji Nabi. Jamuan makan juga dianjurkan oleh orang ramai atau pertubuhan untuk fakir miskin. Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat. Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah : Ketika Nabi Muhammad saw datang ke Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, Nabi saw bertanya kepada orang Yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan. Maka Nabi saw berkata: "Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu" HR Bukhari dan Muslim. Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata hukum yang terdapat dalam hadis ini iaitu umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah. Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak. Ustaz Md Isa Man KJ JAPIM
KELAHIRAN YANG DI NANTIKAN Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata” (Surah As-Saaf:6) Sebelum hijrah Rasulullah saw ke Yathrib (Madinah), pendetapendeta Yahudi sentiasa berdoa kepada Allah supaya mendatangkan kepada mereka seorang Rasul yang akan membebaskan meraka dari kesusahan dan menolong mereka menewaskan bangsa Arab. Ketika Nabi Muhammad saw menuju ke Yathrib, penduduk Yathrib yang terdiri daripada kabilah Arab dan Yahudi ternanti-nanti kedatangan Rasulullah saw. Ahli Kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani telah meramalkan kedatangan seorang Rasul yang akan membawa rahmat dan keadilan kepada umat manusia melalui kitab Taurat dan Injil yang ada pada tangan mereka. Tatkala Rasulullah bersama mereka, sebahagian daripada mereka beriman manakala sebahagian yang lain mengingkari ajaran Rasulullah. Kini, pendakwah Islam telah membuktikan bahawa terdapat tanda-tanda kedatangan Rasulullah saw di dalam kitab Taurat dan Injil antaranya Song of Solomon bab 5 ayat 6: "Hikko mamittakim kami kullo Muhammadim zehdoodeh wa zahraee bayna Yerusalem” terjemahannya "Kata-katanya manis semata-mata, segala sesuatu menarik (Muhammad). Demikianlah kekasihku, demikianlah temanku, hai putera-puteri Jerusalem" Dalam naskah Ibrani asli, kata "Muhammedim" diterjemahkan menjadi "segala sesuatu menarik". Selain itu juga, peristiwa Rasulullah menerima wahyu ketika di gua Hira juga di sebut di dalam bab Isaiah 29:12 “Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca (Muhammad) dengan mengatakan: "Baiklah, baca ini!" Maka dia menjawab: "Aku tidak dapat membaca" Di dalam Yohanes bab 14 ayat 16 pula mengisahkan nabi Isa as mengkhabarkan kedatangan seorang penolong yang akan menyebarkan agama Allah. “Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang penolong yang lain (Muhammad), supaya dia menyertai kamu selama-lamanya” Ayat ini menghampiri kepada ayat 6 dalam Surah As-Saaf! Kebenaran yang jelas ini menjadi saksi bahawa Islam adalah agama yang benar. Maka tidak hairanlah Islam merupakan agama yang paling pantas berkembang dan bakal mendominasi dunia dalam tempoh 50 tahun! Dr. Zakir Naik, India
MUSTAJAB DOA Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, beza, di antaranya ada waktu waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi banyak yang mensia-siakan siakan kesempatan yang terbaik itu. Setiap muslim sepatutnya memanfaatkannya. Antara waktu waktu-waku itu ialah: . 1. Sepertiga akhir malam Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud; “Sesungguhnya Rabb kami mi yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi nggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga malam, lalu berfirman barang siapa apa yang berdoa, maka Aku akan kabul kabulkan, barang siapa yang memohon, pasti Aku perkenankan perkenankan. Dan barang siapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuni mengampuninya” (Shahih Al-Bukhari Bukhari kitab Da’awaat bab doa nisfullail 7/149-150) 2. Setiap selepas solat fardu Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasullulah s.a.w. ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah s.w.t. Baginda menjawab; “Dipertengahan ipertengahan malam yang akhir dan setiap selesai sembahyang fardu” (Sunan At At-Tirmidzi, bab Jamiud da’awaat 13/30.) 3. Doa diantara azan dan iqamah sulullah s.a.w. bersabda : Dari Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah “Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah. iqamah.” (Sunan Abu Daud, Kitab Shalat 1/144 no. 521. Sunan At AtTirmidzi, Bab Jamiud Da’awaat 13/87. Sunan Al Al-Baihaqi, Kitab Shalat 1/140. Di sahihkan oleh al al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139) 4. Ketika sedang hujan Dari Sahl bin a’ad bahawa Rasulullah bersabda bermaksud : “ Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan.” (Mustadrak Hakimdan disahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113--114. Disahihkan oleh Al-Albani Albani dalam Shahihul Jami’ no. 3078. Imam Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan yang pertama di awal musim. (Fathul Bari 3/340) 5. Doa ketika waktu sujud dalam sembahyang Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dimakbulkan dimakbulkan.” (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Quran fi Ruku’ wa Sujud 2/48.
Bulan Rabiul Awal
merupakan bulan
ketiga dalam Takwim Hijrah.
Bulan
ini merupakan bulan yang menyaksikan satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia. Junjungan unjungan kita Nabi Muhammad s.a.w telah diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiul Awal di kota Mekah.
Umat Islam meraikan kelahiran nabi dengan dikenali sebagai Maulud Nabi. Hari Maulud Nabi juga pernah diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al-Ayyubi Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban. Sultan Salahuddin alal Ayyubi akhirnya berhasil memimpin tentera Islam memasuki Baitulmaqdis. Selain itu juga terdapat banyak peristiwa yang berlaku pada bulan ini antaranya perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Ummul Mukminin Khadijah, kematian datuk nabi Abdul Mutalib, peristiwa eristiwa Hijrah Rasulullah ke Madinah dan pembinaan masjid pertama di dalam Islam iaitu Masjid Quba’.
GAMBAR: Masjid Quba’,, masjid pertama dalam Islam. Is
Apa tanda pohon sialang, Di sana tempat lebah bersarang, Apa tanda orang yang malang, Mensyukuri nikmat dia jarang. Abu Ubaidillah
MAKLUMAN: Sebarang soalan, cadangan dan kritikan untuk penambahbaikan Suara Masjid At At-Tarbiyah boleh diajukan ajukan kepada AJK Penerbitan Masjid At-Tarbi arbiyah atau melalui e-mail
[email protected]