Suara Masjid At-tarbiah - 200209

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Suara Masjid At-tarbiah - 200209 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,356
  • Pages: 2
06-01-200209

SIRI 6

20 FEBRUARI 2009 24 SAFAR 1430H

Dan Al-Quran Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan penuh dengan keberkatan, maka ikutilah Al-Quran dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat. (Surah Al-An’aam:155) MEMBINA KEPERIBADIAN MUSLIM BERILMU, BERAMAL & BERAKHLAK

ANTARA KETINGGIAN ISLAM

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa duduk dalam majlis yang mana di dalamnya banyak memberi peringatan, maka dia berkata; Maha Suci Allah dan pujian kepada-Nya, aku naik saksi bahawa tiada tuhan kecuali Engkau, aku memohon keampunan-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu. Maka diampunkan oleh Allah apa yang dilakukan di dalam majlis itu. (Riwayat Tarmizi; Hasan sahih) Islam secara simboliknya mengajak seluruh manusia supaya berbuat baik dalam semua hal. Islam merupakan agama yang menjamin keselamatan dan keadilan kepada manusia bahkan semua makhluk yang menghuni alam ini. Akhlak Islam dapat dilihat seperti mana yang diajar oleh baginda Rasulullah s.a.w. Terdapat banyak hadis yang membincangkan adab dan tatasusila menurut Islam. Contohnya, adab ketika berada di dalam majlis atau mesyuarat. Majlis atau mesyuarat yang diadakan perlulah mencapai objektif yang telah ditetapkan dan boleh memberi penyelesaian. Oleh demikian, sekiranya berlaku perselisihan pendapat atau salah faham, seseorang itu perlulah kembali kepada jalan penyelesaian yang dianjurkan oleh ajaran Islam. Islam menganjurkan seseorang itu supaya muhasabah diri dengan memohon keampunan dan memuji Allah mudahmudahan setiap majlis dan perbincangan diakhiri dengan keberkatan dan kebaikan. USTAZ MD ISA MAN, KJ JAPIM

HARAM PAKAI BAJU MEMPROMOSI ARAK DAN JUDI Dalam dunia perniagaan berbagai-bagai bagai cara dibuat untuk melaku atau melariskan sesuatu barangan atau jenama itu. Di sinilah peranan iklan dengan segala macam caranya. Salah satunya ialah dengan menulis nama barang di atas baju, dengan tujuan supaya barang itu dikenali, diminati lalu pengguna akan tertarik dan membelinya. Contohnya, Carlsberg ialah jenama bagi sejenis minuman keras atau sejenis arak. Khamr atau arak itu adalah haram. Perkara ini telah jelas dan maklum kepada umat Islam.Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya, bahkan meliputi segala yang berkaitan dengan pemerosesannya, membawa kepada orang yang menghidangkannya dan lain-Iainnya. lain Begitu juga halnya dengan judi seperti syarikat Bwin dan 888.com yang menjadi penaja kepada pasukan bola sepak Eropah. Semua orang yang berurusan bagi tujuan-tujuan tujuan berkaitan dengan arak dan judi akan mendapat laknat Allah dan Rasul--Nya, sebagaimana perkara ini disebut oleh Rasulullah s.a.w. Maksudnya: "Daripada Syabib, saya mendengar Anas bin Malik (atau: Anas meriwayatkan kepadaku), dia berkata: "Rasulullah s.a.w. melaknat perihal rihal arak kepada sepuluh orang iaitu orang yang memerahnya, orang yang menyuruh memerahnya, orang yang meminta dibuatkan arak, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan arak, orang yang menjualnya, orang yang meminta dibelikan arak, orang yang ang memberi minum arak, orang yang minta diminumkan iminumkan arak, sehingga Baginda menghitung menghitun seramai sepuluh orang” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Apabila perkataan Carlsberg atau Bwin itu dilabel atau digambar di atas baju, maka tiada lain tujuannya ialah untuk mempromosi, melaris atau mengiklankan itu supaya aya ianya diminati dan akhirnya akan dibeli. Ini sudah tentu akan menguntungkan syarikat pengeluarnya. Maka sesiapa jua yang memakai baju yang ada padanya Carlsberg atau Bwin itu sama ada disedari atau tidak, telah menolong untuk memperkenal, mempromosi dan da melariskan jualan Carlsberg dan Bwin. Oleh sebab Carlsberg itu sejenis arak manakala Bwin syarikat judi,, maka memakai baju yang ada padanya nama jenama ini adalah termasuk dalam tegahan umum oleh Allah: Maksudnya: "Dan janganlah kamu tolong-menolong menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan" (Surah Al-Maidah: Al 2) Oleh demikian, umat Islam seharusnya peka dengan persekitaran dan berusaha mencegah diri daripada terlibat sama ada secara langsung atau tidak dengan perkara-perkara haram.

Jangan Sampai Kita Terlupakan 25 Februari 1994 Ianya adalah tarikh yang wajib diingati oleh setiap muslim yang sayangkan agamanya. Ianya adalah tarikh yang menyaksikan peristiwa berdarah yang tidak boleh diterima akal berlaku di zaman moden lagi bertamadun ini. Tarikh ini telah menyaksikan bagaimana lebih 60 orang jamaah yang sedang bersolat subuh telah terkorban manakala 300 yang lain telah cedera parah di Masjid Ibrahim,, di Khalil, Palestin (media antarabangsa walau bagaimanapun hanya mengambil laporan rasmi kerajaan Zionis yang hanya melaporkan 29 terbunuh tanpa menyatakan bilangan yang tercedera). Baruch Goldstein, seorang ekstrimis Yahudi dari gerakan radikal ikal Kach dan juga seorang doktor perubatan dari kawasan Kiryat Arba (sebuah penempatan Yahudi di pinggir bandar tersebut semenjak tahun 1967 yang diasaskan oleh Rabbi Moshe Levinger) bertanggung jawab melakukan jenayah tersebut. Hari itu kebetulan pula merupakan rupakan hari perayaan Purim oleh kaum Yahudi. Goldstein, seorang doktor yang berasal dari Brooklyn, New York dan pengikut setia ajaran Rabbi Meir Kahane itu kemudiannya telah dipukul oleh para jamaah yang terselamat yang telah menyebabkan kematiannya. Di kuburya, ya, para pendokong Kahaneh, gerakan pengganas Yahudi yang disertainya tertulis bahawa dia adalah syahid yang telah dipilih oleh tuhan Yahweh pada tarikh suci perayaan Purim mereka pada 14 Adar tahun 5754 Yahudi. mumnya, Goldstein Bagi penduduk Yahudi Israel secara umumnya, dianggap sebagai hero dan syahid mereka. Dia telah dijolok dengan gelaran: Baruch Ha-Gever yang bermakna Baruch lelaki sejati . Ianya juga bermakna Baruch lelaki yang diberkati (tuhan) . Tidak hairanlah selepas hanya beberapa tempoh, beliau telah dinobatkan pula sebagai wali, di mana kuburnya telah dijadikan tempat bersejarah. Ekstrimis kstrimis Yahudi menjadikan upacara ziarah kubur Goldstein sebagai kemestian jika mereka berkunjung ke bandar al-Khalil Khalil selepas mereka pulang dari makam Nabi Ibrahim. Masjid Khalil merupakan masjid di mana terletaknya makam Nabi Allah Ibrahim. Terdapat banyak persamaan di antara cerita Nabi Ibrahim di dalam Old Testament dan juga al alQuran. Nabi yang berasal dari Iraq raq ini telah diperintahkan oleh Al Allah untuk berhijrah ke bumi Kan’aan (Palestin), alestin), kemudiannya ke Mesir. Dari Mesir, baginda kemudian udian pulang semula ke bumi Kan’aan an dan menetap di sana sehingga baginda wafat. Beliau wafat di sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Ma’arat Hamachpelah dan kemudiannya dinamakan di zaman Islamnya sebagai al-Khalil Khalil di dalam bahasa Arabnya yang bermaksud teman yang setia, iaitu gelaran yang Allah berikan kepadanya. Ianya juga dikenali sebagai Hebron. Mazlee Malik

CIRI-CIRI CIRI PEMIMPIN YANG DIREDHAI ALLAH Menjelang pilihanraya kampus pada 28 Februari ini, pelbagai persiapan dan perancangan telah diatur oleh calon-calon calon yang bakal bertanding. Pemilihan ini bukan hanya semata-mata semata pertarungan bahkan ianya merupakan suatu amanah dan tanggungjawab yang amat berat. Baginda Rasulullah telah bersabda: "Orang yang paling disayangi oleh Allah pada hari kiamat ki dan paling rapat kedudukannya nya dengan Allah kelak ialah para pemimpin yang adil" (Riwayat Tarmizi) Justeru, Islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani rabbani ini: Antaranya: A 1 . Memahami Islam. Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar benar menghayati agamanya. Ini kerana sekiranya pemimpin tidak mmahami Islam dengan baik, pengurusan dan pemerintahan tidak akan mendapat rahmat dan pertolongan Alah. 2 . Adil. Sifat ini perlu dimiliki oleh seorang pemimpin, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumi-Nya Nya ini. Sebagimana syarat penerimaaan penyaksiaan dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin masyarakat. 3 . Ilmu. Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk untu membentuk satu kesatuan bersepadu untuk merencanakan arah geraknya masyarakat di dalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi. 4 . Melaksanakan hukum Allah. 5 . Bersikap sama rata, membela hak dan tidak berlaku zalim. kata Imam Hasan al-Basri al kepada Umar bin Sepotong kata-kata Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria kr sebenar seorang pemimpin, katanya: " Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki embaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali sekali menghukum dengan ngan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."

MAKLUMAN:: Sebarang cadangan dan kritikan untuk penambahbaikan Suara Masjid At At-Tarbiyah Tarbiyah boleh dihantar kepada AJK Penerbitan Masjid At-Tarbiyah yah atau melalui e-mail [email protected]

Related Documents