Suara Masjid At-tarbiah - 130209

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Suara Masjid At-tarbiah - 130209 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,403
  • Pages: 2
05-01-130209

SIRI 5

13 FEBRUARI 2009 17 SAFAR 1430H

Wahai manusia, sesungguhnya telah datang Rasul (Muhammad) itu kepadamu dengan (membawa) kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kamu, itulah yang lebih baik bagimu. Dan jika kamu kafir, sesungguhnya apa yang di langit dan di bumi itu adalah kepunyaan Allah Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Surah an-Nisa’:170)

MEMBINA KEPERIBADIAN MUSLIM BERILMU, BERAMAL & BERAKHLAK

SOLAT SUBUH SUMBER CAHAYA DI AKHIRAT Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat gat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh. Salah satu keutamaannya ya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun un subuh (iaitu mengerjakannya) mengerjakannya)” (Hadis riwayat Tarmizi, rmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah) Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT. Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik aik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada ada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi ayat 28) at Subuh diberikan ganjaran pahala Keutamaan solat melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Tarmizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah dah daripada dunia dan seisinya” Begitulah tulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya? USTAZ IBRAHIM BIN MUHAMAD . KU TAMADUN ISLAM, JAPIM

MUKJIZAT AL-QURAN QURAN MENDAHULUI SAINS MODEN Remaja hari ini cerdik, pintar dan berpelajaran berdasarkan akademik serta fakta sains. Ini mungkin kerana sistem pendidikan yang menekankan dan memberi penumpuan dalam bidang sains. Tidak hairanlah remaja hari ini mengenali nama saintis dan kagum dengan de penemuan mereka. Penciptaan teknologi canggih membantu penemuan baru rahsia alam. Seperkara yang remaja patut tahu, penemuan baru ini selari dengan penyataan al-Qur'an al malah ia sudah lama disebut dalam kitab suci itu. Jika kita boleh berbangga dengan penemuan sains semestinya kita patut lebih takjub dengan kecanggihan al-Quran Quran berabad dahulu mendahului zaman, malah manusia memerlukan masa yang panjang ribuan tahun memahami sentuhan ayat alal Quran mengenai alam dan sains. Antara ayat mengenai sainss ialah yang berkaitan dengan pengembangan alam. Firman Allah yang bermaksud: “Dan, langit Kami bangunkan dengan kekuasaan Kami. Sesungguhnya Kami benar-benar benar meluaskannya.” Ayat ini menceritakan mengenai pengembangan alam. Ini bermaksud langit diluaskan oleh Allah. Allah sudah menyatakan ribuan tahun dahulu, jika ada orang yang menolak al-Quran Quran kerana menyangka dirinya maju dengan sains, sepatutnya tunduk dengan fakta ini. Pada tahun 1929 Edwin Hubble dengan menggunakan alat canggih meneropong ke langit mendapati endapati alam ini sebenarnya mengembang dan membesar malah saintis sekarang ini berupaya mengukur kelajuan pengembangan alam. Kedua, ayat berhubung teori Big Bang. Hal ini sudah lama disentuh ribuan tahun dulu dalam surah al-Anbia': 30, bermaksud: “Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya.” duanya.” Maknanya langit dan bumi asalnya melekat bercantum, Allah memisahkan antara keduanya dengan udara. Teori Big Bang diasaskan oleh formula umum ‘Theory Of Relativity’ oleh Einstein 1915, kemudian disahkan pakar fizik Rusia pada 1922. Pada 1929 teori ini disahkan Edwin Hubble. Cuba bayangkan hakikat yang ditemui pada abad 20 ini telah dijelaskan oleh al-Quran Quran sejak 1400 tahun dulu. Segala penemuan ini selari penyataan ayat al-Quran al yang menunjukkan alQuran “Kalamullah” kerana ilmu sains belum berkembang pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w), tambahan pula tiada sebarang kemudahan yang tidak memungkinkan manusia mengetahui asal-usul usul alam ini. Benarlah al-Quran al bukan ciptaan Muhammad. Jadi tidak hairan sekiranya orang Islam mendahului bangsa lain dari sudut ketamadunan. Ini kerana al-Quran Quran berada di hati mereka, sebagaimana disebut dalam pertemuan lalu al-Quran Quran bukan hanya dibaca tapi juga untuk memakmurkan alam ini. Percikan daripada kehebatan al-Quran Quran inilah terbinanya tamadun di Iraq, Sepanyol, Turki, India , Afrika dan Barat mempelajari daripada Islam seterusnya mengembangkan lagi menurut acuan mereka. Yang tidak seronoknya seron mereka menimbus serta memadamkan sumbangan Islam dalam dunia sains malah memutar belit fakta sejarah dengan menuduh Islam tidak menyumbang apa-apa. apa Justeru, dalam menimba ilmu, remaja jangan lupa melihat sejarah tamadun Islam. Belajar di Barat untuk mencari ilmu bukan satu kesalahan, yang kita bimbang sebelum dapat ilmu sudah jadi Barat, pergaulannya, pakaiannya dan budayanya. Marilah kita maju dengan acuan dan budaya kita sendiri, berpaksikan al-Quran, al sunnah.

HARAM

bagi seorang Muslim menyambut Hari Kekasih atau lebih dikenali Valentine Day kerana perayaan ini tidak bertepatan dengan ajaran Islam bahkan perayaan ini lebih kepada memperingati seorang mubaligh Kristian bernama Saint Valentine yang hidup pada awal kurun ke-2 masihi. Berdasarkan catatan sejarah 'Hari Kekasih' dipercayai bermula dari kisah seorang pendeta Kristian bernama Valentine yang hidup di Rom pada abad ketiga. Beliau hidup dalam kerajaan yang dipimpin oleh Kaisar Claudius yang terkenal dengan sifat kejam. Claudius memiliki bala tentera yang besar, dia mengerahkan pemuda di bawah pemerintahannya menjadi tentera. Namun hasrat Claudi Claudius tidak mendapat sambutan. Para pemuda enggan terlibat dalam perang kerana mereka tidak ingin meninggalkan keluarga dan kekasih-kekasih kekasih mereka. Hal ini membuat Claudius sangat marah. Claudius berfikir jika pemuda tidak berkahwin atau mempunyai pasangan, mereka ereka mudah untuk dikerah menjadi pasukan tentera. Lalu Claudius melarang perkahwinan. Para pasangan muda menganggap keputusan ini sangat tidak perikemanusiaan dan ini adalah idea yang tidak boleh diterima, maka St. Valentine menolak untuk melaksanakannya. Valentine tetap melaksanakan tugasnya sebagai pendeta, iaitu berkahwin dengan kekasihnya secara rahsia. Perkahwinan itu diketahui Kaisar yang segera memberinya amaran, bagaimanapun perkahwinan itu tetap diteruskan dalam suasana di dalam sebuah kapal kecil yang hanya diterangi cahaya lilin, tanpa bunga, tanpa cincin pernikahan. Namun malangnya pasangan Velentine ditangkap dan dihumban kedalam penjara sehingga beliau mati di situ. Beliau bukan dihina, malah dikunjungi penyokongnya, orang ramai menghadiahkan bunga ketika beliau dipenjara. ipenjara. Pada 14 Februari, beliau sempat menulis tentang dirinya di dalam diari dan memesan kepada semua gadis dengan ungkapan "Dengan Cinta dari Valentinemu." Kini setiap tanggal 14 Febuari orang serata dunia merayakannya sebagai hari kasih sayang. Oran Orang-orang yang merayakan hari itu mengingati St. Valentine sebagai pejuang cinta. Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan umatnya supaya berwaspada dengan tipu daya orang-orang orang kafir dan munafik kerana mereka ini menjadi pendorong kepada kegelinciran akidah. Ba Baginda juga berpesan bahawa sebenar-benar benar cinta adalah mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada dirinya sendiri.

Para Ulama’ telah bersepakat bahawa Valentine Day tidak ada kaitan dengan syariat Islam malah menghampiri kepada perayaan keagamaan Kristian. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang Muslim itu rosak akidahnya sekiranya menyambut perayaan ini iaitu: 1. Menyambut Hari Kekasih dengan mengucap walau sekadar ucapan “I “ love you”, memberikan bunga mawar merah, bertukarbertukar tukar hadiah, memberi manisan, memakai baju merah, kasut merah atau apa-apa apa perlakuan yang membawa maksud menyambut Hari Kekasih. embeli barangan sempena Hari 2. Menjual dan membeli Kekasih seperti bunga mawar merah dan kad ucapan. Mempromosi dan mengiklankan festival Hari Kekasih. 3. Menghantar kad ucapan dan sms. 4. Membungkus hadiah, mengikat tali pada tangan sempena Hari Kekasih atau apa-apa apa perlakuan yang membawa embawa kepada menolong orang melakukan maksiat. 5. Menulis nama pada cenderahati sebagai ingatan sempena Hari Kekasih. MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN PERAYAAN HARI KEKASIH? 1. Tidak berlandaskan syariat Allah iaitu Al-Quran Al dan Sunnah. 2. Merupakan perkara bidaah sesat. 3. Meniru dan menyerupai perbuatan orang kafir dengan memuja dan menghormati perayaan mereka. perkara 4. Festival yang dianjurkan dicemari perkara-perkara maksiat, percampuran lelaki permpuan, nyanyian dan musik yang merosakkan akidah dan pembaziran.

Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman Rahma MAKLUMAN: Sebarang cadangan dan kritikan untuk penambahbaikan Suara Masjid At At-Tarbiyah boleh dihantar kepada AJK Penerbitan Masjid At-Tarbiyah Tarbiyah atau melalui e-mail [email protected]

Related Documents