04-01-060209
SIRI 4
06 FEBRUARI 2009 10 SAFAR 1430H
Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungaisungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah MEMBINA KEPERIBADIAN MUSLIM BERILMU, BERAMAL & BERAKHLAK "Salam Sejahtera" (Surah Ibrahim:23)
SAFAR ANTARA SUNNAH DAN KHURAFAT
GERAKAN ZIONIS
Bagi orang Melayu, terdapat banyak perkara yang perlu dihindari di bulan Safar. Mereka menghindari dari melakukan majlis perkahwinan pada bulan Safar kerana dipercayai jodoh pasangan pengantin tersebut akan tidak berkekalan dan kelak akan susah untuk mendapatkan zuriat. Ada juga yang beranggapan bayi yang lahir pada bulan Safar bernasib malang dan hendaklah dijalankan satu upacara khas untuk membuang nasib malang tersebut. Firman-Nya: Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Taghaabun : 11) Lantaran itu beberapa amalan bidaah telah dicipta sempena bulan Safar antaranya Mandi Safar. Orang Melayu satu ketika dahulu mengamalkan Mandi Safar atau mandi beramai-ramai ditepi sungai mahupun pantai yang dianggap sebagai satu ritual untuk menolak bala pada bulan Safar serta menghapuskan dosa. Terdapat juga segelintir masyarakat mengadakan doa-doa atau amalan tertentu seperti solat sunat bulan Safar pada minggu terakhir di bulan Safar. Sedangkan amalan-amalan ini bertentangan dengan sunnah Rasulullah. Bagi menangani masalah kekacauan akidah yang berpunca amalan khurafat, seorang individu Islam yang beriman sewajarnya mencari sumber yang sahih nasnya terutamanya perkara yang melibatkan amalan-amalan kehidupan kita. Kerana itu, sekiranya terdapat mana-mana pandangan yang muktabar, maka boleh dijadikan pilhan untuk diamalkan. USTAZ MD ISA MAN KJ JATIM
Dr. Theodor Herzl, bapa Zionisme.
Apakah yang kita fahami dari istilah Zionisme? Zionisme merupakan satu pemikiran pergerakan kaum Yahudi yang bersifat fanatik dan rasisme. Ia tersebar ke seluruh dunia dengan harapan untuk kembali ke tanah Palestin dan menduduki suatu tempat yang dinamakan Zion, bukit di mana kota Baitulmaqdis tertegak. Kaum Yahudi mempercayai bukit Zion merupakan tanah yang di janjikan kepada mereka.
Gerakan ini muncul di akhir abad ke 19 dengan harapan mendirikan sebuah negara Yahudi di tanah Khilafah Uthmaniyyah Turki. Zionis merupakan pergerakan Yahudi Antarabangsa khusus kepada kaum Yahudi. Istilah Zionis pertama kali diguna pakai oleh perintis kebudayaan Yahudi, Mathias Acher (1864-1937), dan diorganisasikan oleh beberapa tokoh Yahudi antaranya Dr. Theodor Herzl dan Dr. Chaim Weizmann. Dr. Theodor Herzl telah menyusun doktrin Zionisme sejak tahun 1882 yang kemudian diperincikan di dalam bukunya "Der Judenstaat" (Negara Yahudi) pada 1896. Doktrin ini direalisasikan melalui Kongres Zionis Sedunia yang pertama di Basel, Switzerland dalam tahun 1897. Theodor Herzl, bapa Zionisme, telah menemui pegawai British, Joseph Chamberlain membincangkan mengenai penubuhan sebuah negara bagi masyarakat Yahudi. Joseph telah menawarkan negara Uganda sebagai sebuah wilayah autonomi Yahudi. Kerana itu, Theodor Herzl pernah mengusulkan negara Uganda sebagai negara bagi masyarakat Yahudi yang dikenali dengan “Uganda Plan”. Selain itu juga, British juga menawarkan negara Argentina sebagai tanah Yahudi. Dalam Kongres Yahudi Ketujuh, kaum Yahudi Zionis kemudian memutuskan pilihan mereka adalah wilayah Palestin. Alasannya adalah kerana Palestin dianggap sebagai tanah air bersejarah bangsa Yahudi dan bukan kerana nilai keagamaan wilayah tersebut pada pandangan mereka. …
……………. BERSAMBUNG DI SEBELAH
Bagi merealisasikan sebuah negara Yahudi, Dr. Theodor Herzl mengembara ke beberapa buah negara untuk mencari sumber pembiayaan kempennya. Ketika melawat Islambul (kini Istanbul), Herzl menawarkan sebanyak 35 juta Lira emas kepada Sultan Abdul Hamid Kedua untuk membeli tanah-tanah yang terpinggir di sekitar Palestin, jawab. baginda: Aku tidak akan melepaskan tanah Palestin meskipun seinci, kerana tanah itu bukan milikku, bahkan milik umat Islam setelah mereka perjuangan dan mempertahannya dengan titisan darah. Simpanlah wang kamu. Apabila khilafah ini hancur dan musnah pada suatu hari nanti, sesungguhnya kamu dapat mengambilnya tanpa membayar walau satu sen pun. Namun, selagi hayatku masih di kandung badan lalu kamu menusukkan pisau di jasadku, sesungguhnya itu lebih ringan bagiku, dari aku menyaksikan Palestin terlepas dari khilafah Islam. Dan aku yakin bahawa perkara ini takkan terjadi selama mana aku masih hidup. Sesungguhnya, aku tidak mampu menanggung kesakitan badanku (melihat Palestin) dikoyakkoyak sedang aku masih bernafas” Umat Islam perlulah mengetahui bahawa Zionisme tidak akan menjanjikan keselamatan kepada Palestin bahkan berusaha menghapuskan Palestin dari dunia ini. Perkara ini telah dirakamkan oleh Allah di dalam Surah al-Baqarah ayat 120, maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu (wahai Muhammad dan umatmu) sehinggalah kamu mengikuti agama mereka” Rabbi Hirsch, salah seorang tokoh agamawan Yahudi terkemuka, tersiar di dalam Washington Post, 3 Oktober 1978, beliau mengatakan: “Zionisme berkeinginan untuk mendefinisikan masyarakat Yahudi sebagai sebuah bangsa .... ini adalah sesuatu yang menyimpang (dari ajaran agama kerana Zionisme terpisah dari agama)”
REMAJA BERAKHLAK, PEMUDA CEMERLANG Seringkali kedengaran ibu bapa merungut kerana anakanak mereka sukar dibentuk, tidak mendengar kata, degil dan keras kepala. Semua ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka menjadi orang berguna dan sempurna hidupnya sebagai seorang manusia. Tetapi kadang-kadang apa yang diharapkan itu berlaku sebaliknya, Usia remaja bermula daripada baligh sehinggalah berusia dalam lingkungan akhir 20-an, yang disebut sebagai ‘Fata’ (Pemuda) Firman Allah S.W.T. Maksudnya: "Kami ceritakan mereka kepadamu (Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemudapemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran." (Surah Al-Kahfi 13-14) Mereka yang mempunyai sifat yang luhur berpunca dari keimanan yang jelas terhadap Allah S.W.T. Sabda Rasulullah s.a.w. Maksudnya: "Tiada suatu pemberian yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya lebih utama daripada budi pekerti yang baik." (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah) Ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan antara kunci kejayaan seorang remaja. Marilah menyusuri liku-liku sejarah ketokohan para remaja dan pemuda yang diredhai Allah sebagaimana yang dikisahkan dalam Surah al-Kahfi dan Surah Al-Buruj. Pemuda yang tegar mempertahankan akidah dan keimanannya. Mereka hanya tunduk dan patuh kepada Allah semata-mata, bukan lemah dan dayus akibat sogokan harta dan kesenangan duniawi yang sementara. Inilah pemuda yang berkualiti, yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai pemuda yang mendapat lindungan Arasy Allah di hari Akhirat. Merekalah pemuda yang dijanjikan oleh Allah mendapat kenikmatan dan kesenangan di dalam syurga.
'()*+,-. 4567
4568
!"#$%& /0123&'
9999999999999 9
Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman." Katakanlah: "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah 'kami telah tunduk patuh', kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan