Suara Masjid At-tarbiah - 130309

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Suara Masjid At-tarbiah - 130309 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,523
  • Pages: 2
09-01-130309 SIRI 9

13 MAC 2009 16 RABIUL AWAL 1430H

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha MEMBINA KEPERIBADIAN MUSLIM BERILMU, BERAMAL & BERAKHLAK Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah at-Taubah:71)

WASIAT RASULULLAH KEPADA WANITA Sabda Rasulullah: “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya”. Sayidatina Aisyah bertanya. Mengapa wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah s.a.w; 1. Kerana perempuan tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan. 2. Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan berdosa. 3. Mereka kurang akal dan kurang beragama, sering tertipu dengan pujukan lelaki dan syaitan. 4. Mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dan persekitaran.” Oleh itu wanita harus waspada terhadap sesuatu agar mereka tidak terjerumus ke lembah maksiat yang boleh merugikan diri mereka sendiri. Mereka hendakalah sering bertakwa dan mendekatakan diri kepada Allah swt. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat kepada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.” (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik). “Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga kembali ia dan menghulurkan tangan kepada suaminya(meminta maaf).” Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a berkata: “Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita(isteri) yang soleh” (Riwayat Muslim) “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina, dan tiapa-tiap mata yang memandang itu adalah zina” (Riwayat Ahmad , Thabrani dan Hakim) “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang akan dia” (Riwayat Ahmad , Thabrani dan Hakim) Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita, kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli. Diriwayatkan pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w bersama isteri-isterinya (Ummu Sailmah dan Maimunah) datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum). Rasulullah menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salmah,”Bukankah orang itu tidak melihat kami, ya Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bukankah kamu dapat melihatnya?”

JAUHI JAUHI BICARA AIB ORANG LAIN Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam, khasnya para da'ie agar menjaga lidah dan semua ini boleh dilakukan dengan muhasabah kesilapan dan kelemahan diri mereka sendiri. Apabila seseorang itu kerap bermuhasabah, meneropong kesilapan dirinya sendiri, mereka akan kurang membicarakan aib orang lain. Dengan ini, terciptalah dunia yang aman. Bagaimanapun, perihal aib ini adalah termasuk dalam kategori aib peribadi. Namun, dalam hal salahlaku pemerintah yang melakukan kesilapan dalam pentadbirannya, maka hal ini tidaklah termasuk dalam perbincangan ini. Ini kerana, perihal salahlaku pemerintah itu mestilah dicegah agar mudaratnya tidak akan melimpah ke atas masyarakat manusia seluruhnya. Sepotong hadis Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak." Jadi, inilah antara kaedah untuk menghalang rahsia dan aib kita didedahkan Tuhan di hari akhirat kelak. Ada sebab-sebabnya kenapakah kita suka membuka rahsia keaiban orang lain. Kebanyakannya sikap ini bermula daripada perasaan dengki dan iri hati. Lalu, meluap-luaplah perasaan untuk menjatuhkan maruah, imej dan reputasi orang lain di dalam kerjaya mereka misalnya. Padahal, keaiban dan kelemahan seseorang itu memang berlaku dalam urusan Allah. Tuhan sendiri telah menyatakan bahawa manusia itu dicipta dalam serbu kekurangan dan mereka tidak sempurna. Kita sendiri pasti ada kelemahan. Maka sebab itulah persaudaraan itu penting agar dengan itu kelemahan kita akan ditampung oleh kekuatan orang lain. Dan, kekuatan kita menampung kelemahan orang lain. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Apa yang menjadi masalah ialah manusia itu sendiri berasa dirinya cukup sempurna lalu dia angkuh dengan pemberian Tuhannya. Maka jelaslah di sini bahawa bahaya lidah berpunca daripada hati yang tidak bersih, suka menghina orang lain kerana berasa dirinya sudah baik. Jelas di sini. Ketika hati tidak bersih, jiwa dibalut rasa angkuh, maka lidah pun secara tidak langsung akan lebih mudah menghina orang lain. Sedangkan, jelas wujud arahan di dalam al-Quran yang memerintahkan kita agar jangan hina orang lain. Ini kerana, mungkin yang dihina itu lebih baik daripada si penghina. Allah berfirman; maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]

5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar sabarsabar bertanya. "Apakah syarat-syarat syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan laranganNya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" da benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan "Ya! Anda syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat ihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut dat datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."" Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak teresak-esak.

MALU...... Adakah masih ada malu apabila kita berhadapan dengan d lelaki atau perempuan ajnabi (bukan mahram)? Adakah dakah masih ada malu apabila a kita melakukan maksiat? Adakah A masih ada malu apabila kita pergi 'dating' dengan n boyfren/ girlfren? dakah masih ada malu apabila kita berpakaian Adakah seksi ksi dan ketat (menjolok mata)? Adakah A masih ada malu apabila a kita berbual kosong dengan d lelaki/perempuan ajnabi? Adakah dakah masih ada malu apabila kita k meninggalkan solat fardhu? Adakah dakah masih ada malu apabila kita membuang masa pada perkara yang y tak berfaedah? Adakah dakah masih ada malu apabila kita mempunyai hasad dengki dan khianat pada saudara seagama sendiri? dakah masih ada malu apabila kita marah (tak Adakah tentu pasal)? Adakah dakah masih ada malu apabila kita mengumpat kawan sendiri? Adakah dakah masih ada malu apabila kita mengetahui perkara itu salah di sisi Allah All tapi kita tetap lakukannya? dakah masih ada malu apabila cara hidup, cara Adakah berpakaian, cara pergaulan kita sama sahaja dengan d cara golongan bukan Muslim? Adakah dakah masih ada rasa malu dalam m diri kita? Di mana letaknya maruah kita..maruah seorang Muslim?? Rasulul saw telah bersabda: Daripada Abi Hurairah ra, Rasulullah

"Iman lebih 60 cabang, dan malu ialah satu dari cabang iman" (riwayat Bukhari) Daripada Umran bin Husain ra, Rasulullah saw telah bersabda:

"Malu tidak mendatangkan sesuatu yang lain kecuali yang baik" (riwayat Bukhari) B Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya antara kata--kata ungkapan kenabian terdahulu yang dapatt diketahui dan dipetik oleh manusia ialah:

Jika engkau tidak malu, lakukan apa sahaja yang engkau mahu (riwayat Bukhari)

Apa tanda kuncup mengembang, Di seri kumbang ada madunya, Apa tanda hidup dipandang, Pandai menimbang dengan malunya. Abu Ubaidillah

MAKLUMAN:: Sebarang soalan, cadangan dan kritikan untuk penambahbaikan Suara Masjid At At-Tarbiyah Tarbiyah boleh diajukan kepada AJK Penerbitan Masjid At-Tarbiyah Tarbiyah atau melalui ee-mail [email protected]

Related Documents