Solat Mohon Menjadi Hamba Yang Ikhlas(edisi 2003)

  • Uploaded by: MAHAWA PILUS
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Solat Mohon Menjadi Hamba Yang Ikhlas(edisi 2003) as PDF for free.

More details

  • Words: 624
  • Pages: 4
SOLAT : MEMOHON UNTUK MENJADI HAMBA YANG IKHLAS. Sumber : Ustazah Latifah Kelas : Kuliah “KELAS KITA” Tarikh : 9 Oktober 2009. (9 am-1.00 am) Tempat : Surau Al-Kautsar, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Pencatat : Mahawa binti Pilus Pendahuluan: Ustazah merujuk kepada surah Al-Kahfi ayat terakhir (110) yang bermaksud: Katakanlah: “Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: “bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa”. Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seseorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.” 1. Penjelasan definisi “amal soleh” oleh ustazah Latifah. Iaitu segala/setiap pergerakan kita atau perbuatan kita mestilah “suci”. Suci = amal soleh. Suci bermaksud tidak ada yang lain melainkan ALLAH. Dalam hal ini : Lidah sangat perlu dijaga, iaitu keutamaan menjaga percakapan/lisan kita, malah semua anggota mesti dijaga. 2. ALLAH hanya menerima amal soleh, iaitu IKHLAS. Apa itu ikhlas? = seseorang yang ikhlas, apa sahaja (dugaan/ujian) yang sampai kepadanya, dia tidak akan lut (goyah/goyang)- maksudnya kebal

1

3. IKHLAS maksudnya tidak ada perkongsian/persyarikatan dengan yang lain. Contoh: orang yang demam, makan ubat panadol: a. jika percaya kepada panadol boleh menyembuhkan = syirik b. jika percaya kepada panadol boleh menyembuhkan, tetapi dengan izin ALLAH, maka sembuh, maka di peringkat ini, masih ada persyarikatan = iaitu perkongsian antara ALLAH dan Panadol dalam usaha menyembuhkan seseorang yang sakit. Jadi masih tidak IKHLAS. c. Percaya bahawa panadol hanya sebagai WASILAH, yang menyembuhkannya ialah ALLAH, barulah dikategorikan sebagai IKHLAS. Hanya ALLAH, semata-mata ALLAH. Untuk memperoleh keikhlasan bukanlah sesuatu yang mudah. Dan hanya amalan yang ikhlas dikategorikan sebagai amal soleh, dan amal solehlah yang dijanjikan ALLAH akan dapat berjumpa dengannya. CARA/USAHA UNTUK MERAIH KEIKHLASAN. Usaha untuk mendapatkan “keikhlasan” dalam setiap perbuatan = jadi salah satu caranya ialah dengan bersolat, sama ada boleh dikerjakan dalam solat sunat hajat atau solat sunat taubat. Caranya seperti di bawah:1. Lakukan solat sunat hajat atau taubat 2. Rakaat pertama selepas baca Fatihah, baca ayatul- qursi 7 kali. 3. Rakaat pertama selepas baca Fatihah, baca al-ikhlas- 7 kali. 4. Lain-lain seperti biasa. PERHATIAN: SEWAKTU membaca ayat Qursi kali pertama, apabila sampai kepada bacaan :

2

Selepas baca…WALA YA U DUHU…berhenti dan niatkan dalam hati, YA ALLAH, KAU IKHLASKAN HATIKU, KAU SUCIKAN HATIKU SEBAB KAU HANYA MENERIMA YANG SUCI, KAU SUCIKAN HATIKU DENGAN SEBENAR-BENAR SUCI/IKHLAS… Kemudian sambung, HIF ZU HU MA…berhenti dan niatkan : • KAU JAGALAH AKU DARI MUSUH YANG NYATA (IAITU IBLIS) • KAU JAGALAH AKU DARI MUSUH YANG TIDAK NYATA (MANUSIA DAN SYAITAN)

ATAU BOLEH JUGA DIBUAT BEGINI. 1. Bacaan ayat Qursi yang pertama : (berhenti selepas WALA YA U DUHU) dan niatkan untuk : suci hati/ikhlas (tiada yang lain melainkan ALLAH) 2. Bacaan ayat Qursi yang ke-2 : (berhenti selepas WALA YA U DUHU) dan niatkan untuk :mmemohon ALLAH pelihara kita dari atas hingga ke bawah. 3. Bacaan ayat Qursi yang ke-3 : (berhenti selepas WALA YA U DUHU) dan niatkan unt : memohon ALLAH pelihara kita dari kiri dan kanan. 4. Bacaan ayat Qursi yang ke-4 : (berhenti selepas WALA YA U DUHU) dan niatkan untuk : memohon ALLAH pelihara kita dari depan dan belakang. 5. Bacaan ayat Qursi yang ke-5 : (berhenti selepas WALA YA U DUHU) dan niatkan untuk : memohon ALLAH pelihara keluarga kita. 6. Bacaan ayat Qursi yang ke-6 : (berhenti selepas WALA YA U DUHU) dan niatkan untuk :memohon ALLAH pelihara kita dari musuh tersembunyi 7. Bacaan ayat Qursi yang pertama : (berhenti selepas WALA YA U DUHU) dan niatkan untuk : memohon ALLAH pelihara kita dari musuh yang nyata. Catatan lain dari kuliah ustazah:

3

Semasa kita Qiyam dalam solat = ALLAH MEMANDANG WAJAH KITA, maka panjang-panjangkanlah surah yang dibaca agar dapat dipandang ALLAH dengan lebih lama…. SEMOGA KITA SAMA-SAMA DAPAT AMALKAN

4

Related Documents


More Documents from "Sri Hardiningsih"