Abstrak Kajian Ppim Di Ipba

  • Uploaded by: MAHAWA PILUS
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Abstrak Kajian Ppim Di Ipba as PDF for free.

More details

  • Words: 256
  • Pages: 1
ABSTRAK KAJIAN : PERSEPSI PELAJAR KPLI (MENENGAH) TERHADAP TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN DALAM GERKO PERGERAKAN PUTERI ISLAM DI MAKTAB-MAKTAB PERGURUAN ZON TENGAH. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk meninjau persepsi pelajar PPIM KPLI (Menengah) terhadap penguasaan kemahiran dalam GERKO PPIM KPLI (Men) berdasarkan cirri demografi iaitu pengkhususan mata pelajaran. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 77 orang pelajar KPLI PPIM (Men) dari maktab-maktab perguruan zon tengah iaitu 26 pelajar pengkhususan Pendidikan Islam dan 51 pelajar bukan pengkhususan Pendidikan Islam. Instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan struktur GERKO PPIM KPLI (Men) untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar ini. Data yang dikutip dianalisis dengan menggunakan perisian komputer. Analisis statistik deskriptif seperti frekuensi, min, peratus dan sisihan piawai telah digunakan untuk menghuraikan sample dan menjawab soalan kajian. Analisis statistic inferens iaitu ujian –t digunakan untuk menjawab soalan kajian. Keputusan kajian menunjukkan bahawa (1) persepsi pelajar PPIM KPLI (Men) terhadap tahap penguasaan kemahiran dalam GERKO PPIM adalah di peringkat sederhana, (2) tidak terdapat perbezaan yang signifikan natara pengkhususan Pendidikan Islam dan pengkhususan bukan Pendidikan Islam terhadap penguasaan kemahiran dalam GERKO PPIM dan (3) Pelajar sering menghadapi masalah dalam kemahiran asas terutama dalam kemahiran Tatacara Perjumpaan PPIM berbanding dengan kemahiran-kemahiran yang lain. (4) Empat faktor telah dikenalpasti sebagai faktor penyebab kelemahan penguasaan kemahiran dari perspektif pelajar. Faktor tersebut ialah faktor tenaga pengajar, kekangan masa, kurang komitmen dan ketiadaan kursus tambahan sebagai pengukuhan. Akhir sekali beberapa cadangan dikemukakan untuk kajian lanjutan dan membantu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam GERKO PPIM KPLI (Men).

Related Documents

Ppim
May 2020 11
Ppim
May 2020 19
Ppim[1]
June 2020 13

More Documents from ""