Sjh 3113 Dante.pptx

  • Uploaded by: DzulHaziq
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sjh 3113 Dante.pptx as PDF for free.

More details

  • Words: 618
  • Pages: 14
SJH 3113 SEJARAH EROPAH TOKOH ZAMAN RENAISSANCE SERTA KARYANYA Disediakan oleh: Dzul Haziq Bin Bedu

TOKOH YANG DIPILIH - Beliau lahir pada 14 Mei/ 13 Jun 1265 di Florence, Itali. - Merupakan sasterawan Itali yang hidup pada akhir Zaman Pertengahan (sebelum Renaissance) - Karya teragung beliau merupakan Commedia (The Divine

Comedy) - Digelar Il Sommo Poeta (the Supreme Poet) dan Bapa

Bahasa Itali. - Beliau juga bergiat aktif dalam politik Florence dimana beliau berpihak kepada Guelphs (penyokong Paus) dalam konflik dengan Ghibelline (penyokong Empayar Suci Rom) - Meninggal dunia pada 13/14 September 1321

Dante Alighieri

SEJARAH KEHIDUPAN DANTE

Lahir di Florence Itali pada 12

Lahir dalam keluarga yang menyokong Guelphs di Florence

Pada umur 9 tahun, beliau bertemu dengan cinta pertamanya iaitu Beatrice Portinari (lahir 1265)

Beliau turut menulis karya teragungnya The Divine Comedy sepanjang tempoh sebagai pelarian Florence. Bahagian terakhir karya tersebut disiapkan pada tahun 1321 dan beliau meninggal dalam tahun yang sama

Sepanjang tempoh pengusirannya, beliau mula menjinakkan diri dalam sastera dan bahasa Itali. Kematian Beatrice pada 1290 juga banyak mendorong penulisannya.

Selepas pemerintahan Florence telah dipegang oleh Black Guelphs (Guelphs berpecah menjadi dua; Black dan White Guelphs), Dante diusir daripada Florence

KARYA TERAGUNG, THE DIVINE COMEDY

Mempunyai tiga bahagian iaitu Inferno, Purgatory dan Paradise

Ianya menceritakan perjalanan Dante bersama Virgil (sasterawan Rom) ke Neraka, Purgatori dan akhirnya Syurga dimana beliau bersatu kembali dengan kekasihnya Beatrice

Karya ini dianggap agung kerana melangkaui pemikiran manusia pada zaman tersebut iaitu Zaman Pertengahan, sebelum kemunculan Renaissance

KARYA TERAGUNG, THE DIVINE COMEDY Karya ini merupakan karya bertemakan agama tetapi ditambah unsur ilmu bukan agama, dimana Dante menjelaskan tingkat Neraka (The Nine Circles of Hell) dan Gunung Purgatori (Seven Levels of Purgatory) melalui falsafah Yunani dan ilmu teologi Kristian Zaman Pertengahan.

Selain menggunakan unsur agama, karya ini menjelaskan secara tersirat pertalian antara dua zaman dimana karya ini menyentuh perihal agama (menjelaskan kehidupan Zaman Pertengahan) di samping mempunyai elemen yang bercorak tidak Katolik (sepertimana Zaman Renaissance yang memisahkan agama daripada pelbagai perkara)

Karya ini menunjukkan peringkat awal kelahiran semula di mana manusia seperti Dante mampu menghasilkan karya sebegini. Ianya dianggap jambatan yang menghubungkan Zaman Pertengahan Akhir dengan Zaman Renaissance Awal.

Syurga (Paradise)

Gunung Purgatori (Purgatory)

Pintu Neraka (Inferno)

Dante sambil memegang buku The Divine Comedy

Florence

IMPAK KARYA THE DIVINE COMEDY TERHADAP KEMUNCULAN RENAISSANCE DAN KETAMADUNAN EROPAH

Sebelum munculnya Renaissance, Dante merupakan salah seorang tokoh yang mencetus pemikiran baru

Dante memperkasakan bahasa Itali dengan menulis The Divine Comedy dalam bahasa Itali

Banyak lukisan Zaman Renaissance yang menjelaskan gambaran Neraka dan Syurga di adaptasi daripada gambaran yang dijelaskan oleh Dante dalam karyanya. Contoh, karya Sandro Botticelli

Mesej tersirat dalam karya ini telah menjelaskan kehidupan diluar kongkongan pandangan agama di mana beberapa perkara di dalam karya ini dijelaskan melalui falsfah Yunani (Tingkat Neraka dijelaskan mengikut pandangan Aristotle dalam karyanya “Ethics”).

Drawing for Dante’s Inferno, Sandro Boticelli (1480-95), Boticelli merupakan seorang artisan yang hidup pada Zaman Renaissance Awal

PENGARUH DALAM UKIRAN ATAU SENI BINA

Hasil ukiran Auguste Rodin (1840-1917), Gates of Hell Dipengaruhi oleh bahagian Inferno dari Divine Comedy.

PENGARUH DALAM LUKISAN

Lukisan oleh Sandro Botticelli (1485), The Map of Hell Lukisan ini diarahkan oleh Lorenzo di Piefrancesco de’ Medici.

PENGARUH DALAM PENULISAN

Novel oleh Dan Brown, Inferno Diterbitkan pada 14 Mei 2013. Dan Brown turut menulis novel popular iaitu The Da Vinci Code

PENGARUH DALAM PERMAINAN VIDEO

Merupakan produksi syarikat permainan video Electronic Arts. Diadaptasi daripada bahagian Inferno, dan di fiksyenkan di mana Dante di imaginasikan sebagai pahlawan Perang Salib yang memasuki 9 peringkat Neraka untuk menyelamatkan roh kekasihnya Beatrice daripada Syaitan.

KESIMPULAN

Karya Dante banyak memberi impak kepada kemunculan Renaissance secara lansung dan tidak lansung

Turut memberi impak dan pengaruh kepada beberapa hasil seni pada masa dahulu dan masa kini

Pembentangan tamat. Grazie.

Related Documents


More Documents from "Syamsuddin"