Isl Sjh 3143 M20.docx

  • Uploaded by: Shura Tan
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Isl Sjh 3143 M20.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,719
  • Pages: 7
SJH 3143 ISL M20 PINDAAN PERLEMBAGAAN DAN ISU-ISU DALAM SISTEM PERLEMBAGAAN  Perlembagaan Persekutuan merupakan udang-undang tertinggi di Malaysia dan sebarang pindaan memerlukan sokongan 2/3 ahli di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Semenjak Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan ini telah dipinda beberapa kali bagi memenuhi keperluan semasa.  Sungguhpun

Perlembagaan

merupakan

undang-undang

tertinggi

namun

ia tetap boleh dilentur (flexible). Ini bermakna ia boleh dibuat pindaan demi kepentingan rakyat dan negara. Sungguhpun begitu pindaan perlembagaan Malaysia tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. Pindaan Perlembagaan  Pindaan Perlembagaan terbahagi kepada 2 iaitu : a) Pindaan Perlembagaan Persekutuan b) Pindaan Perlembagaan Negeri  Pindaan perlembagaan dibuat sekiranya ada pertambahan atau pemansuhan sesuatu dasar. 

Situasi di Malaysia, pindaan perlembagaan dilaksanakan tanpa referendum rakyat.

 Perkara-perkara yang boleh dipinda dalam perlembagaan dengan persetujuan 2/3 ahli majlis Parlimen 4 Cara Meminda Perlembagaan 1) Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan, dengan syarat ia telah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Persetujuan Majlis Raja-raja diperlukan dalam membuat apa-apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan beberapa perkara yang dianggap sensitif dalam perlembagaan. 2) Mendapat persetujuan lebih 2/3 ahli Majlis Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak (consent of either the Yang diPertua negeri of Sabah or Sarawak) (two-thirds majority of the members of both houses). 3) Perkara yang memerlukan suara majoriti dalam Parlimen (consent of the Conference of Rulers) . 4) Perkara-perkara yang dipinda dengan mendapat persetujuan daripada 2/3 ahli Majlis Parlimen(a simple majority at both the Senate and the House of Representatives). Catatan: Pindaan Perlembagaan Malaysia juga boleh berlaku melalui Perkara 150.

SJH 3143 ISL M20 Perkara yang boleh dipinda dengan cara 1  Perkara 14 – 31 –Kewarganegaraan  Perkara 32 – Keutamaan YDP dan Permaisuri  Perkara 38 – Tugas dan kuasa majlis raja-raja.  Perkara 63 – Keistimewaan Parlimen.  Perkara 70 – Raja-raja Melayu dan YD Negeri  Perkara 71 – Jaminan Persekutuan terhadap perlembagaan negeri  Perkara 72 – Keistimewaan Dewan Undangan Negeri  Perkara 152 – Bahasa Kebangsaan  Perkara 153 – Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.  Perkara 159 – Pindaan perlembagaan.  Perkara 181 – Kedaulatan raja-raja. Kaedah Pindaan dan Perkara-perkara Pindaan Perlembagaan Persekutuan  Memerlukan sokongan majoriti 2/3 ahli Majlis Parlimen dan perkenan Majlis Rajaraja  Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sawarak  Kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum yang lain  Hak-hak dan kedaulatan raja-raja  Tugas dan kuasa Majlis Raja-raja  Hal-ehwal Islam  Kedudukan bahasa Kebangsaan  Kewarganegaraan  Keistimewaan Parlimen  Pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia  Memerlukan sokongan majoriti 2/3 ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Yang diPertua Negeri Sabah dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak  Hak warga Sabah dan Sarawak menjadi warganegara Malaysia  Pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak  Soal agama, bahasa, dan keistimewaan bumiputera di Sabah dan Sarawak

SJH 3143 ISL M20  Kuasa perundangan negeri di Sabah dan Sarawak  Hak kesamarataan penduduk di Sabah dan Sarawak  Memerlukan majoriti mudah ahli parlimen 

Bentuk sumpah dan ikrar



Pelantikan hakim dan persaraan ahli Dewan Negara



Peruntukan tambahan kewarganegaraan



Persempadanan kawasan pilihan raya



Perkara-perkara dalam Senarai Negeri dalam Senarai Perundangan yang melibatkan: o

Pelaksanaan triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain

o

Tujuan menyamakan undang-undang antara dua buah negeri atau lebih

 Memerlukan sokongan majoriti 2/3 ahli Majlis Parlimen  Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana kaedah pindaan di atas.

Kaedah Pindaan dan Perkara-perkara Pindaan Perlembagaan Negeri  Persetujuan 2/3 daripada DUN dan Persetujuan Sultan bagi negeri-negeri beraja dan bagi negeri-negeri tidak beraja dengan persetujuan DYMM  Kedaulatan sultan atau ketua negeri  Kedudukan sultan atau Yang Dipertua Negeri  Kuasa pengampunan sultan atau Yang Dipertua Negeri  Keistimewaan DUN  Perkara-perkara yang TIDAK boleh dipinda oleh DUN  Warisan takhta kerajaan  Kedudukan para pembesar istana  Para pembesar adat melayu  Cara pelantikan dan sifat-sifat waris takhta, permaisuri, dan pemangku raja

SJH 3143 ISL M20  Pemecatan, penarikan diri, dan penurunan takhta raja atau waris  Kurniaan atau pelucutan pangkat, gelaran kehormatan, bintang kebesaran dan sebagainya. PERKARA-PERKARA YANG PERNAH DIPINDA  Pemisahan Singapura  Pemisahan mana-mana wilayah Malaysia adalah dilarang oleh Perlembagaan. Memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Pindaan dibuat dengan 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat menyokong pindaan ini. September 1963, Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia.  Mengenai Gender  Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang atau dasar yang mendiskriminasikan wanita dan memastikan tidak ada diskriminasi antara jantina di negara ini. perkataan 'jantina' akan ditambah kepada Perkara 8(2) Perlembagaan Malaysia yang mengatakan "Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh perlembagaan ni, tidaklah boleh ada dengan nyatanya warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang"  Keimunan Raja  mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa melainkan ke mahkamah khas diraja. Pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian raja-raja daripada tindakan undang-undang sudah tidak sesuai mengikut peredaran zaman.  Pengurusan Bekalan Air  Kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan bekalan air pada peringkat negeri, kecuali Sabah dan Sarawak. Bagi memastikan pengurusan bekalan air dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan, walaupun air sebelum ini berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.  Kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau Kedudukan Raja  YDPA dan raja-raja di negeri masing-masing hendaklah berhentikan menjalankan fungsinya sekiranya menghadapi tindakan undang-undang. Raja hendaklah berhenti menjalankan tugasnya dan jika didapati bersalah dan

SJH 3143 ISL M20 dihukum penjara lebih sehari, maka baginda akan diturunkan tahkta kecuali diampunkan  Dalam tempoh baginda berhenti menjalankan tugasnya, seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalankan fungsinya di negeri berkenaan. Jadual Kelapan Perlembagaan

Persekutuan

perlu

dipinda bagi membolehkan fungsi

Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja berjalan.  Mengikut Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri mesti mengandungi peruntukkan yang dinyatakan dalam Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri juga perlu mengambil tindakan untuk meminda Perlembagaan Negeri selaras dengan peruntukkan Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan.  Kes Rogol  Pada tahun 1989, beberapa undang-undang berkaitan dengan kes rogol telah dipinda untuk meningkatkan lagi keberkesanannya serta meningkatkan tahap keadilan atau sense of justice bagi si mangsa. Pindaan tersebut termasuk menaikkan tahap umur bagi Statutory Rape daripada 14 tahun kepada 16 tahun, mengenakan tempoh penjara minimum secara mandatori bagi perogol yang didapati bersalah dan menambahkan tempoh penjara maksimum bagi kes mencabul kehormatan dari dua hingga 10 tahun. Isu Kekebalan Raja-Raja Melayu Isu kekebalan raja ini sebenarnya timbul pada tahun-tahun 1992, bilamana mantan PM, Tun Mahathir Mohamed berusaha untuk menarik kekebalan raja-raja Melayu ketika itu. Sebenarnya kes ini timbul pada 1992, bila Douglas Gomez dicederakan di Istana Sultan Johor pada 30 Nov.1992. Berikutan dengan itu pada 10 Disember, 92 Dewan Rakyat telah meluluskan dengan sebulat suara usul yang dicadangkan oleh En Ghafar Baba, TPM ketika itu, mengenai apa yang dikenali sebagai peristiwa Bukit Serene. Sebenarnya sebelum Bukit Serene, berbagai perkara telah berlaku. Antaranya pada Julai 1992, Tengku Bendahara Johor telah dituduh memukul dan mencederakan seorang bernama Jaafar, penjaga gol hoki pasukan Perak selepas perlawanan hoki antara Johor dan Perak. Kemudian peristiwa Prebet Adam yang mengamuk di Chow Kit juga dikaitkan dengan kesultanan Johor yang sehingga kini tiada keputusan yang jelas mengenai perkara itu. En. Ghafar Baba menegaskan di Parlimen; “Dan bahawa Dewan ini memutuskan kejadian tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan Malaysia dan bertentangan dengan cita-cita serta hasrat undang-undang negara yang berteraskan kepada sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Dan Dewan ini mengambil ketetapan

SJH 3143 ISL M20 bahawa segala tindakan yang perlu hendaklah diambil bagi menentukan insiden seumpama ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.” Bahagian Perlembagaan yang disebut-sebut akan dipinda adalah Perkara 181(1) yang menyebutkan bahawa “Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.” Mengikut peruntukan ini, adalah sukar bagi kerajaan Barisan Nasional untuk meminda Perkara 66 (4) Perlembagaan Malaysia yang berbunyi “Yang Di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa 30 hari selepas sesuatu rang undang-undang dikemukakan kepada baginda diperkenankan dengan menyebabkan rang undang-undang itu dicop dengan Mohor Besar.” Kod Etika yang dikemukakan oleh Barisan Nasional ditolak oleh Majlis RajaRaja, menjadikan ia sukar untuk dilaksanakan. Akhirnya kerajaan berjaya memasukkan satu artikel tambahan di bawah Perkara 66 (4) iaitu 66 (4A) yang berbunyi “jika suatu rang undang-undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam fasal(4), rang undang-undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah baginda telah memperkenankannya.” Perkara 66(4) memberikan beberapa implikasi. Antaranya sesuatu rang undangundang itu akan lulus secara automatik walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak menandatanganinya. Ini memungkinkan kezaliman akan tertimpa ke atas rakyat . Umpamanya soal Akta Pengambilan Tanah yang telah dipinda, rakyat tidak mampu menolak jika tanahnya ingin diambil oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan. Apa yang boleh dilakukan hanyalah tuntutan pampasannya boleh dipertikaikan di Mahkamah. Selebihnya seseorang itu akan kehilangan tanahnya jika kerajaan berhasrat untuk mengambilnya. Sebaliknya orang-orang politik pula kebal daripada tindakan mahkamah. Banyak kes politik akhirnya berakhir begitu sahaja, tanpa tindakan dapat diambil di mahkamah. Terlalu banyak kes membabitkan orang politik tidak dapat diselesaikan, menjadikan seolah-olah mereka lebih kebal daripada Raja-raja dan berada di atas undang-undang 1. Pandangan Sultan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah “ Jika rakyat rasa saya berhak, saya menerimanya dan saya akan lakukan yang terbaik. Apapun, biarlah rakyat dan Parlimen tentukan kerana Parlimenlah yang menarik balik kekebalan raja-raja. Malah, ia dibawa oleh orang Melayu sendiri….” Istana Mestika6 hb. Disember,2008 Mingguan Malaysia; 7 hb. Disember,2008, ms 1 2. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali(MP Pasir Mas) berkata Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda semula bagi mengembalikan semula kuasa raja-raja bagi memperkenankan sesuatu rang undang-undang di Parlimen. Ia adalah sebagai langkah untuk meyakinkan orang Melayu serta percaya institusi raja di negara ini masih relevan. 3.Perkara 181(2) :Perlembagaan Malaysia; pindaan pada tahun 1994 membolehkan raja-raja Melayu didakwa di Mahkamah Khas Raja-raja.

SJH 3143 ISL M20 4.Menurut Prof. Zainal Kling pula , “jika tiada kuasa raja; kerajaan mungkin akan menjadi terlalu kuat seperti apa yang berlaku di Thailand. Jadi, mengembalikan kekebalan raja-raja Melayu adalah wajar.”

RUJUKAN Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Portal 1Klik. Pindaan Perlembagaan. Diperoleh pada 18 Ogos 2016 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/291-pindaanperlembagaan.html Undang-Undang Malaysia. Perlembagaan Persekutuan. Diperoleh pada 18 Ogos 2016 daripada http://www.jpapencen.gov.my/ CAT289562/Published/perkara159Ma.Html

Related Documents

Isl Sjh 3143 M20.docx
April 2020 3
Isl-book
June 2020 2
Isl Book
June 2020 9
Sjh 3113 Dante.pptx
April 2020 6
Isl 4.docx
October 2019 12
Lecture For Isl
October 2019 27

More Documents from "ayumu isomura"

April 2020 12
April 2020 1
April 2020 2
April 2020 2
Isl Sjh 3143 M20.docx
April 2020 3
April 2020 3