Edu 3073 Terapi Rasional Emotif.pptx

  • Uploaded by: DzulHaziq
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Edu 3073 Terapi Rasional Emotif.pptx as PDF for free.

More details

  • Words: 423
  • Pages: 7
EDU 3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING TERAPI TINGKAH LAKU RASIONAL EMOTIF Disediakan oleh: Dzul, Arsyad, Alexander, Alister

PENGENALAN - Diperkenalkan oleh Dr. Albert Ellis pada tahun 1955 sebagai Terapi Rasional. - Merupakan satu kaedah terapi kognitif. Dr. Albert Ellis Lahir di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat pada tahun 1913

Ada apa dengan minda?? Menurut Terapi Rasional Emotif (TRE): - Manusia mempunyai kecenderungan rasional dan tidak rasional. - Manusia yang bertanggungjawab untuk menafsir peristiwa yang berlaku dan menentukan tindak balasnya terhadap peristiwa tersebut. - Masalah yang berlaku terutamanya masalah diri berpunca daripada faktor dalaman, bukan faktor sekeliling.

- Misalnya – peristiwa kekalahan (negatif) yang dialami oleh kumpulan Syafiq telah menyebabkan Syafiq berasa bahawa dia tidak berguna. Oleh itu, beliau mengasingkan dirinya daripada ahli kumpulannya kerana merasa bersalah.

TRE diperkenalkan oleh Albert Ellis atas usaha untuk mengatasi masalah pemikiran yang tidak rasional dalam mentafsir sesuatu perkara. Oleh itu, TRE menyatakan bahawa corak pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang tidak rasional membawa kepada masalah diri seperti depresi dan keresahan/ gelisah. Menurut Albert Ellis, terdapat tiga bentuk pemikiran individu yang mencetus masalah diri: Saya perlu sentiasa peka, memuaskan, tinggi pencapaian dan diminati orang sekeliling. Jika tidak, saya tidak berguna kepada siapa-siapa. (resah, panik, depresi, hilang harapan dan rasa tidak berguna)

Orang sekeliling perlu melayan saya dengan baik setiap masa, jika tidak saya tidak akan tahan. Mereka jahat kerana melayani saya secara buruk. (kemarahan)

Keadaan hidup perlu seperti mana yang saya inginkan, tidak boleh terlalu susah atau mengecewakan. Jika tidak, hidup ini teruk, bermasalah dan tidak mampu dilalui. (kurang keyakinan diri, sentiasa ingin lari dari masalah)

TRE menggunakan “bentuk ABC” dalam menjelaskan bentuk pemikiran seseorang dalam mentafsir sesuatu masalah.

A. Peristiwa pencetus

B. Pegangan (rasional atau tidak)

C. Kesan (emosi, tingkah laku dan fikiran yang lain)

A. Peristiwa negatif

A. Peristiwa negatif

B. Pegangan hidup yang rasional

B. Pegangan hidup yang tidak rasional

C. Tindak balas emosi negatif yang sihat

C. Tindak balas emosi negatif yang tidak sihat

TERAPI RASIONAL EMOTIF DALAM MENGATASI MASALAH PEMIKIRAN NEGATIF ATAU TIDAK RASIONAL

TRE menyatakan bahawa manusia menghadapi masalah diri akibat kegagalan untuk berfikir secara realistik dan rasional dalam mentafsir sesuatu peristiwa yang berlaku ke atas individu.

Sesi bimbingan yang menggunakan terapi ini akan membantu klien untuk kembali memperbetulkan pemikirannya dalam mentafsir sesuatu perkara.

Objektif TRE – menunjukkan kepada klien bahawa apabila sesuatu perkara buruk itu berlaku dalam kehidupan, mereka mempunyai pilihan untuk mencapai kearah diri dan hidup yang lebih sihat atau sebaliknya.

Klien dibantu oleh ahli terapi dalam menjalankan intervensi melalui kaedah atau aktiviti yang membawa kepada pemikiran yang lebih rasional dan logikal.

Related Documents

Bilangan Rasional
June 2020 25
Edu
November 2019 56
Pengguna Rasional
June 2020 28
Edu
May 2020 30

More Documents from ""