REFLEKSI
Alhamdulillah, berkat keizinan daripada Illahi saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya. Memang lumrah kehidupan, apabila usaha telah diletakkan dalam penyediaan sesuatu tugasan maka akan ada masalah-masalah yang muncul sepanjang tempoh tugas tersebut dilaksanakan. Dalam menghasilkan tugas ini, saya tidak terkecuali mendapat beberapa masalah yang mengganggu kelancaran kerja kursus saya. Namun buah fikiran dalam menyelesaikan masalah tersebut muncul jua, menjadi solusi berkesan dalam membuka pintu pemikiran yang buntu. Setelah mendapat rujukan yang boleh dipercayai, saya memulakan proses penulisan.
Sepanjang proses penulisan dijalankan, saya menghadapi masalah untuk
menyerapkan bahan rujukan tersebut sebagai sokong terhadap ulasan isu yang dilakukan. Saya merasakan ia tiada perkaitan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan proses tersebut mengikut apa yang saya tahu. . Selain daripada itu, saya juga berhadapan dengan cabaran untuk mengadaptasikan bahan rujukan ke dalam ulasan ini. Saya tahu bahawa bahan tersebut dapat menjadi bahan sokongan terhadap ulasan saya namun saya tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Saya cuba untuk menggunakan pemikiran kreatif sebaik mungkin namun saya merasakan ia tidak dapat dikaitkan ssecara jitu dengan ulasan tersebut.
Saya cuba melakukan
perbincangan bersama rakan-rakan untuk mendapatkan pandangan mereka mengenainya. Saya juga mendapat pelbagai kemahiran baru sepanjang melakukan tugasan ini. Satu daripadanya adalah kemahiran menganalisis maklumat yang diperolehi untuk disuaikan dengan tugasan.
Ia memerlukan masa yang agak lama untuk mendapatkan
penganalisaan yang baik agar dapat menentukan sama ada maklumat tersebut boleh digunakan atau tidak di dalam tugasan yang dilakukan.
Ini adalah kerana tanpa
penganalisaan maklumat, ia tidak dapat menjadi bahan sokongan yang baik kepada isu yang diulas ini. Pelbagai perkara saya lalui dalam proses menyiapkan tugasan ini baik perkara yang positif mahupun negatif. Walaupun begitu, saya menganggap semua yang berlaku adalah sebagai satu pengajaran untuk saya. Sebagai contoh, setiap permasalahan yang saya lalui adalah untuk membantu saya dalam bertindak sekiranya saya menghadapi masalah yang sama pada masa hadapan. Segala cabaran yang saya lalui juga adalah untuk mengajar saya agar tabah dalam menghadapinya di samping mengajar saya agar berbincang dan meminta pendapat orang lain dalam menghadapinya. Semua pengalaman dan kemahiran yang saya perolehi ini diharapkan dapat membantu diri saya apabila telah melangkah ke alam perguruan secara hakiki kelak.
30
Cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi oleh setiap siswa pendidik adalah mencabar memandangkan pelbagai perubahan telah berlangsung dalm sektor pendidikan ekoran globalisasi yang terjadi di Malaysia. Selain daripada itu, pengalaman penulisan ilmiah ini juga merupakan satu pendedahan kepada saya mengenai kaedah penulisan tesis sewaktu menyambung belajar ke tahap yang lebih tinggi. Sememangnya menyambung belajar merupakan satu daripada perancangan masa hadapan saya. Justeru, saya berharap pengalaman-pengalaman ini dapat membantu saya kelak di masa hadapan.
31