Sistem Takaful

  • Uploaded by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sistem Takaful as PDF for free.

More details

  • Words: 2,146
  • Pages: 11
BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 5, BLOK J (SELATAN) PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2556900 Fax : 03-2562389 Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (85) Tarikh

: 21 Julai 1995

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Yang Berbahagia Datuk/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1995 : Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan 1.

2.

3.

Pendahuluan 1.1

Kementerian Pendidikan begitu prihatin mengenai pelbagai risiko kemalangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah ketika dalam perjalanan pergi dan balik sekolah. Begitu juga sewaktu mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kegiatan sekolah.

1.2

Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 21 Jun 1995.

1.3

Skim ini akan berkuatkuasa mulai sesi persekolahan 1995/1996. Kadar bayaran bagi seorang pelajar ialah RM1.50 setahun dan akan dimasukkan bersama dalam bayaran yuran persekolahan tahunan.

Jangka Masa Perlindungan 2.1

Tempoh perlindungan bermula dari hari pertama persekolahan dan berkuatkuasa selama setahun dan akan berterusan pada tahun-tahun berikutnya sehingga tamat persekolahan.

2.2

Skim ini menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi seluruh dunia.

Penyertaan 3.1

Peserta skim ini adalah semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang berdaftar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

3.2

Perlindungan ke atas pelajar-pelajar ini tamat serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan dan menjadi pelajar berdaftar di sekolahsekolah yang dinyatakan di atas.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

4.

5.

6.

Bayaran 4.1

Kadar sumbangan/bayaran takaful ialah RM1.50 seorang setahun. Pelajar dikehendaki membayar sumbangan takaful sekolah. Sekolah hendaklah menyerahkan pembayaran tersebut terus kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk disampaikan kepada Ibu Pejabat Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Bhd. (STMSB). Bagi melicinkan sistem pemantauan, salinan surat penghantaran tersebut hendaklah dihantar kepada Pegawai Pendidikan Daerah.

4.2

Pihak sekolah hendaklah mengutip pembayaran ini seperti mana kutipan yuran lain mengikut proses dan prosedur yang sedia ada di sekolah.

4.3

Pengetua/Guru Besar hendaklah memasukkan bayaran takaful ini ke dalam borang permohonan kutipan yuran untuk diluluskan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah yang mana berkenaan seperti dilakukan setiap tahun. Adalah menjadi lebih baik jika kelulusan ini diperolehi sebelum sesi persekolahan akan datang bermula. Proses ini adalah untuk mempercepatkan pembayaran skim perlindungan ini.

4.4

Semua pembayaran mestilah selesai di peringkat sekolah pada akhir Januari. Pihak sekolah mestilah menyerahkan kutipan tersebut kepada pihak Jabatan pada akhir Februari. Sementara pihak Jabatan dikehendaki menghantar kutipan tersebut kepada pihak Jabatan dikehendaki menghantar kutipan tersebut kepada Ibu Pejabat STMSB selewat-lewatnya akhir Mac.

4.5

Pihak sekolah bolehlah mendapatkan kerjasama dari berbagai pihak seperti PIBG bagi membantu pelajar yang tidak mampu untuk menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditentukan.

Tuntutan Pampasan 5.1

Bagi memudahkan urusan tuntutan, pelajar-pelajar atau waris mereka boleh mengemukakan tuntutan terus ke Pejabat STMSB yang berdekatan melalui sekolah dimana pelajar berkenaan didaftarkan. Semua tuntutan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Tuntutan (seperti Lampiran A) dan disokong oleh dokumen-dokumen berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh STMSB.

5.2

STMSB akan menimbang dan mengurus tuntutan pelajar-pelajar berkenaan atau waris mereka melalui sekolah dimana pelajar berkenaan didaftarkan.

5.3

Semua bayaran tuntutan akan dibuat atas nama sekolah. Sementara itu sekolah pula bertanggungjawab membuat bayaran tuntutan berkenaan kepada pelajar atau ahli warisnya.

5.4

Bagi melicinkan pentadbiran, satu penyata tuntutan yang telah dibayar dan diselesaikan berserta dengan tuntutan yang masih dipertimbangkan akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan secara bulanan oleh STMSB.

Hal-hal Lain 6.1

Maklumat terperinci boleh didapati dari Garis Panduan Skim Takaful ini yang dikeluarkan oleh pihak STMSB (seperti Lampiran B).

6.2

Pihak sekolah juga boleh merujuk kepada Cawangan-cawangan Takaful yang terdekat atau menghubungi terus Ibu Pejabat STMSB jika memerlukan penjelasan atau sebarang kemusykilan. Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

7. Sila maklumkan kandungan Pekeliling ini bersama dengan lampirannya kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di negeri Yang Berbahagia Datuk/Tuan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia s.k

1.

Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia

2.

Y.B. Datuk Khalid b. Yunus Timbalan Menteri Pendidikan

3.

Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan

4.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

5.

Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Pendidikan Malaysia

6.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan Malaysia

7.

Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia

8.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II Kementerian Pendidikan Malaysia

9.

Semua Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Ketua Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN A Nama dan Alamat Sekolah

Tarikh : Pengurus Besar Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad Tingkat 2, Blok Annex Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut Peti Surat 11483 50746 Kuala Lumpur Tuan, TUNTUTAN SKIM TPSM Pelajar : Tahun/Tingkatan : Kemalangan/Kematian pada : Adalah saya dengan hormatnya memohon pembayaran manfaat tuntutan pelajar tersebut di atas dibuat atas nama ........................................................................................ dan saya dengan ini mengesahkan penama tersebut adalah orang yang berhak kepada bayaran manfaat tersebut. Sekian. Terima kasih. Yang benar, ............................................. Nama Pengetua/Guru Besar Cop Pengetua/Guru Besar

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN B

SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PANDUAN DAN MAKLUMAT UNTUK GURU BESAR/PENGETUA SEKOLAH

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

SKIM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK BAGI SEMUA PELAJAR SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN(TPSM) I.

TUJUAN SKIM Sesuai dengan perubahan dan kemajuan sistem pendidikan di Malaysia, pelajarpelajar yang sentiasa terdedah kepada berbagai musibah dan risiko kemalangan amat perlu diberi manfaat perlindungan insurans/takaful bagi membantu mereka atau keluarga mereka bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melancarkan ”Kempen Sekolah Penyayang” merasa suatu skim perlindungan hendaklah dilaksanakan demi kebaikan semua pihak serta rasa prihatin dan tanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar.

II.

PELAKSANAAN SKIM Skim ini disediakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STMSB) dan penyertaan adalah wajib bagi semua pelajar sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.

III.

SKOP PERLINDUNGAN 3.1

3.2

TPSM yang dicadangkan ini menyediakanmanfaat perlindungan kepada pelajar atau warisnya jika ditakdirkan berlaku kematian atau keilatan akibat pelajar berkenaan ditimpa kemalangan, yang mana termasuk : i)

mati lemas, terhidu gas, keracunan makanan dan patukan ular;

ii)

menunggang motosikal pembonceng;

iii)

rusuhan dan kekacauan awam.

sama

ada

sebagai penunggang

atau

Amaun manfaat yang akandibayar oleh TPSM adalah seperti berikut : A) B) C)

D) E)

SKOP KEMATIAN akibat kemalangan HILANG UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH Akibat kemalangan KEHILANGAN ATAU HILANG UPAYA KEKAL seperti berikut : a) Satu atau kedua-dua tangan Di atas paras dari pergelangan, atau b) Satu atau kedua-dua kaki di atas Paras dari buku lali, atau c) Kehilangan langsung penglihatan Sebelah atau kedua-dua mata Akibat dari kemalangan. KHAIRAT KEMATIAN mati akibat Kemalangan atau sakit biasa ELAUN WANG TUNAI bagi setiap hari Semasa tempoh dimasukkan ke hospital Kerajaan Malaysia disebabkanoleh kemalangan sehingga maksima 60 hari berturut-turut mulai dari tarikh kemalangan.

AMAUN (RM) -

7,500 25,000

-

25,000

-

1,000

-

25.00 sehari

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

IV.

3.3

Had peerlindungan bagi mana-mana satu pengangkutan, walau bagaimanapun, adalah tertakluk kepada amaun manfaat perlindungan RM3 juta. Tuntutan melebihi syarat ini akan dibahagikan mengikut kiraan pro-rata.

3.4

TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalan dan meliputi seluruh dunia.

TEMPOH PERLINDUNGAN Tempoh perlindungan bermula dari hari pertama persekolahan dan berkuatkuasa selama setahun dan akan berterusan pada tahun-tahun berikutnya. Perlindungan ke atas seseorang pelajar, walau bagaimanapun, tamat secara serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan dari menjadi pelajar berdaftar di sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.

V.

KEKECUALIAN 5.1

Walaupun skop perlindungan TPSM adalah sangat luat, ia adalah tertakluk kepada kekecualian-kekecualian seperti berikut : (i)

Sukan merbahaya seperti luncur (ski) air, polo, memburu, payung terjun, perlumbaan bermotor, tinju, gusti dan sebagainya;

(ii)

Perlumbaan, ujian kelajuan atau ujian am kenderaan bermotor;

(iii)

Keilatan atau kurang upaya yang sedia wujud;

(iv)

Bunuh diri, atau cubaan bunuh diri dan kecederaan yang disengajakan;

(v)

Penyakit atau wabak;

(vi)

Pengaruh alkohol atau dadah;

(vii) Mengandung atau keguguran; (viii) Peperangan dan risiko yang seumpamanya; (ix)

Aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Syariah;

(x)

Risiko nuklear dan yang seumpamanya.

Kekecualian ini, walau bagaimanapun, tidak terpakai kepada manfaat (D) kecuali (iv), (vi), (viii), (ix) dan (x). VI.

TUNTUTAN 6.1

Bagi memudahkan urusan tuntutan, pelajar-pelajar atau waris mereka boleh mengemukakan tuntutan terus ke Pejabat STMSB yang berdekatan melalui sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan. Semua tuntutan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Tuntutan (seperti Lampiran) dan disokong oleh dokumen-dokumen berkaian sebagaimana yang ditentukan oleh STMSB.

6.2

STMSB akan menimbang dan mengurus tuntutan terus dengan pelajarpelajar berkenaan atau waris mereka melalui sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan. Apabila sesuatu tawaran dibuat, penerimaan tawaran Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

hanya boleh dibuat oleh Guru Besar/Pengetua sekolah terbabit sahaja. Penerimaan tawaran ini adalah pelepasan sepenuhnya tanggungan STMSB. 6.3

Mana-mana pelajar atau ahli warisnya tidak berhak berurusan secara langsung mengenai TPSM dan hanya Guru Besar/Pengetua sekolah sebagai wakil Kementerian Pendidikan sahaja yang berhak berurusan dengan STMSB.

6.4

Semua bayaran tuntutan akan dibuat atas nama sekolah. Sementara itu sekolah pula bertanggungjawab membuat bayaran tuntutan berkenaan kepada pelajar atau ahli warisnya.

6.5

Bagi melicinkan pentadbiran, satu penyata tuntutan yang telah dibayar dan diselesaikan berserta yang masih dipertimbangkan akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan secara bulanan oleh STMSB.

6.6

TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi seluruh dunia.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

BORANG TUNTUTAN SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA PERINGATAN 1. BORANG INI PERLU DIISI OLEH GURU BESAR/PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA SAHAJA. 2. GURU BESAR/PENGETUA DIWAJIBKAN MEMBERI MAKLUMAT-MAKLUMAT DENGAN BETUL DAN SEPENUHNYA. 3. SYARIKAT BERHAK TIDAK MELAYAN TUNTUTAN INI JIKA BORANG INI TIDAK DIISI DENGAN LENGKAP DAN SEMPURNA. 4. PENERIMAAN BORANG INI BUKANLAH BERERTI DENGAN SENDIRINYA TANGGUNGAN DIAKUI OLEH SYARIKAT.

I. BUTIR-BUTIR PELAJAR Nama

No. K/P

Alamat Kediaman

Tarikh Lahir No. Telefon No. Pend. Pelajar

Nama Sekolah

Tarikh masuk Sekolah ini

Alamat

No. Telefon Adakah Pelajar ini mengalami apa-apa kecacatan fizikal sebelum berlakunya kemalangan ini?

Ya

Tidak

Pernahkah Pelajar ini membuat tuntutan bersabit dengan kemalangan diri dari mana-mana Syarikat Takaful atau insurans sebelum ini?

Ya

Tidak

II. BUTIR-BUTIR KEMALANGAN/KEMATIAN (untuk kematian biasa sila penuhkan ruang A sahaja) A. Tarikh Kemalangan/Kematian

Tempat Kemalangan/Kematian

Waktu Kemalangan/Kematian

B. Balai Polis di mana laporan dibuat

No. Laporan

Tarikh Laporan

Waktu Laporan

Laporan Dibuat Oleh Pagi/Petang/Malam

A. Sila ceritakan dengan sepenuhnya bagaimana kemalangan tersebut berlaku

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

PANDUAN MENGISI BORANG DAN MENGEMUKAKAN TUNTUTAN TPSM 1.

Sebelum mengemukakan tuntutan, Guru Besar/Pengetua Sekolah hendaklah memastikan perkara-perkara berikut : a. Bahawa pelajar yang menuntut adalah pelajar yang sah berdaftar di sekolah berkenaan. b. Bahawa tuntutan yang hendak dibuat adalah berhak memperolehi manfaat di bawah TPSM.

2.

Semua Borang Tuntutan hendaklah diisi dengan betul oleh sekolah berkenaan dengan ditandatangani oleh Guru Besar/Pengetua sekolah terbabit.

3.

Semua ruang di Borang Tuntutan hendaklah diisi dengan panduan berikut : RUANG I

: Ruang ini adalah untuk menyatakan maklumat pelajar yang membuat tuntutan dan butir-butir sekolah. Perlu diisi bagi semua jenis tuntutan.

RUANG II

: Ruang ini adalah untuk menyatakan kejadian kemalangan/kematian pelajar. Bagi tuntutan kematian biasa untuk manfaat D (Khairat Kematian), hanya ruang A perlu dipenuhkan. Tuntutan lain-lain manfaat, ruang A, B dan C perlu dipenuhkan.

RUANG III

: Sebelum ruang ini dipenuhkan, Guru Besar/Pengetua Sekolah perlu terlebih dahulu mengenal pasti jenis tuntutan manfaat yang hendak dikemukakan : RUANG A

: Bagi tuntutan manfaat A dan/atau D

RUANG B

: Bagi tuntutan manfaat B atau C. Jika tuntutan adalah untuk manfaat C, sila tandakan jenis hilang upaya yang menimpa pelajar. Bagi tuntutan ini (manfaat B atau C), pengesahan doktor adalah dikehendaki untuk pengesahan hilan upaya. Sila dapatkan pengesahan berkenaan daripada doktor yang kena memenuhkan ruang berkaitan.

RUANG C

: adalah untuk tuntutan manfaat E.

”Ward-chit” atau surat penyerahan rawatan di hospital perlu dikemukakan bagi menyokong tuntutan berserta Laporan Polis. 4.

Semua tuntutan hendaklah disokong dengan dokumen berkaitan sepertimana yang dinyatakan dalam ruang III (A, B dan C).

5.

Pengesahan dan perakuan tuntutan hendaklah dibuat oleh Guru Besar/Pengetua Sekolah di ruang IV.

6.

Semua bayaran manfaat tuntutan akan dikeluarkan dengan cek oleh STMSB atas nama sekolah. Jika pihak sekolah menghendaki bayaran dibuat atas nama pelajar atau waris pelajar, pihak sekolah hendaklah memohon secara bertulis dengan menggunakan contoh surat seperti Lampiran dan dikemukakan bersama Borang Tuntutan. Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

7.

Borang Tuntutan boleh didapati dari mana-mana pejabat STMSB (seperti Lampiran) dan Borang Tuntutan yang telah dipenuhkan dan disertai dokumen sokongan yang diperlukan boleh dikemukakan kepada mana-mana pejabat STMSB atau dihantar terus kepada :

URUS SETIA TUNTUTAN TPSM Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad Tingkat 2, Blok Annex Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut Peti Surat 11483 50746 Kuala Lumpur

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Related Documents

Sistem Takaful
April 2020 16
Takaful
October 2019 32
Takaful
May 2020 23
Takaful
May 2020 20
Etiqa Takaful
May 2020 19

More Documents from "Shazana Binti Muhamed Sa'ad"