Teks Ucapan Perasmi

  • Uploaded by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Ucapan Perasmi as PDF for free.

More details

  • Words: 608
  • Pages: 8
TEKS UCAPAN PERASMI

SEBARUDIN BIN MADUN

PELANCARAN BULAN DAKWAH DAN

SAMBUTAN MAULID AL-RASUL

SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU SANDAKAN

TARIKH

: 10 MAC 2009

MASA

: 8:00 PAGI

TEMAPT

: TAHUN 6

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

terima kasih diucapkan kepada pengerusi majlis,

Yang berbahagia Encik Husin bin Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Terusan Baru.

Yang berusaha encik adam bin abdullah guru penolong kanan 1,

Puan haisa binti abd hakim guru penolong kanan Hal Ehwal Murid.

Ustaz Syed Mohd Khairudin bin Syed Omar guru penolong kanan

kokurikulum.

guru-guru serta murid-murid Sekolah Kebangsaan terusan baru yang

dikasihi sekalian.

Pertama kali marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran yang

tidak terhingga kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan

rahmat-nya pada hari yang berbahagia ini dapat kita sama-sama berhimpun

di dewan yang indah ini bagi menjayakan pelancaran bulan dakwah dan

sambutan mualidurrasul tahun 2009 peringkat Sekolah Kebangsaan

Terusan Baru. sekalung tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana

telah berjaya menganjurkan sambutan maulidurrasul yang merupakan

program tahunan sekolah ini. Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian

hari kelmarin sambutan yang sama juga telah diadakan di surau Terusan

Baru di mana pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya selawat beramai-

ramai, tahlil dan doa selamat serta lain-lain acara. Saya juga ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi

menjemput saya sebagai perasmi program pada pagi ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sesungguhnya sambutan maulidurrasul merupakan suatu sambutan yang

sangat penting ertinya dalam penyemaian kasih dan sayang kepada baginda

Nabi Muhammad SAW dalam jiwa dan sanubari kita. Ini kerana dengan

sambutan sebegini kita akan dapat mengingati dan mengenang kembali

kelahiran junjugan besar nabi kita Muhammad SAW yang merupakan

kekasih Allah yang banyak mencurahkan jasa dan bakti yang tidak

terhingga kepada kita.

Sumbangan dan pengorbanan Baginda kepada kita tidak dapat diungkapkan

dan diperkatakan kerana ianya terlalu banyak dan tidak mungkin kita

sebagai

umatnya

dapat

membalasnya.

Walaubagaimanapun

dengan

mengikuti segala sunnah dan tunjuk ajar daripada baginda merupakan jalan

yang terbaik untuk membalas dan menzahirkan terima kasih kita kepada

Baginda.

Hadirin Hadirat yang dikasihi sekelian,

Nabi Muhammad SAW diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini dengan

membawa suatu risalah atau perjuangan yang penting iaitu menyelamatkan

manusia daripada terjerumus ke dalam lembah kedurjanaan dan kehinaan

untuk masuk ke dalam syurga yang indah dan damai yang mana kenikmatan

yang terdapat di dalamnya tidak dapat difikir dan diungkapkan dengan

perkataan. Bagi menjayakan perjuangan tersebut Nabi Muhammad SAW

telah banyak mengalami ganguan, cobaan, kehinaan, keperitan dan

kepayahan namun semua itu tidak sedikitpun mengoyah ketabahan hati

baginda dalam menjaykan perjuangan tersebut.

Atas sumbangan yang begitu besar yang ditaburkan oleh Rasulullah SAW

kepada umatnya, maka semestinya kita sebagai insan yang bergelar muslim

untuk tidak melupakanya, tidak melupakan sirah perjalanan hidupnya serta

tidak melupakan ajaranya dan program yang diadakan seumpama ini

merupakan langkah yang terbaik untuk kita sama-sama mengingatinya.

Saya

diberitahu,

antara

yang

berlangsung

dalam

bulan

ini

ialah

pertandingan nasyid, kuiz pendidikan islam, pertandingan tulisan jawi,

pertandingan

bercerita

azan,

pertandingan

kisah-kisah

nabi,

membaca

pertandingan

khutbah,

teka

silang

pertandingan

kata

dan

pertandingan membina perkataan. Syabas dan tahniah kepada pihak

sekolah kerana telah berusaha menjayakan program sebegini yang dapat

memberi manfaat dan kebaikan yang berguna kepada murid-murid Sekolah

Kebangsaan Terusan Baru. Saya berharap program sebegini dapat

dijalankan di masa akan datang tanpa ada titik noktah penghujungnya.

Saya sebagai Ketua Kampung Pulau Timbang menyokong sepenuhnya usaha

sebegini dan bersedia membantu bagi menjayakan program seumpama ini

di masa akan datang.

hadirin dan hadirat sekalian

Saya rasa tidak perlu berucap terlalu panjang kerana kita ada agenda

seterusnya, maka dengan lafaz Bismillah hirrahmanirrahim saya dengan ini

merasmikan pelancaran Bulan Dakwah dan Sambutan Maulidurrasul

Peringkat Sekolah Kebangsaan Terusan Baru 2009. Sekian sahaja ucapan

saya pada kali ini. Wabillahi taufiq wal hidayah wa salamu ‘alaikum

warahmatullahiwabarakatuh.

Related Documents

Teks Ucapan Perasmi
October 2019 37
Teks Ucapan Perasmi
April 2020 40
Teks Penuh Ucapan
June 2020 28
Teks Ucapan Gb.docx
November 2019 40
Teks Ucapan Penutup
April 2020 30

More Documents from "Ensiklopedia Pendidikan Malaysia"