Takaful

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Takaful as PDF for free.

More details

  • Words: 3,218
  • Pages: 19
TAKAFUL

2

1.KONSEP TAKAFUL .......................................................................................................................2 2.LATAR BELAKANG TAKAFUL....................................................................................................5 3.PRINSIP TAKAFUL.........................................................................................................................6 3.1.1 Takjiri.............................................................................. .......................8 3.1.2 Mudharabah..........................................................................................8

4.PRINSIP KENDALIAN..................................................................................................................10 4.1 Konsep bukan keuntungan..........................................................................................................10 4.2 Konsep Mudharabah....................................................................................................................10 4.3 Konsep wakalah...........................................................................................................................11 4.4 Konsep campuran.........................................................................................................................11 5.PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS...............................................................12 5.1 Kontrak yang digunapakai:.........................................................................................................12 5.2 Tanggungjawab pemegang polisi:................................................................................................12 5.3 Liabiliti pengendali takaful / penangggung insurans: ...............................................................12 5.4 Pelaburan kumpulan wang:........................................................................................................13 6.JENIS PERLINDUNGAN TAKAFUL...........................................................................................14 7. PERKEMBANGAN TAKAFUL DI MALAYSIA........................................................................15 8.RUMUSAN 16 RUJUKAN

1

18

TAKAFUL 1. KONSEP TAKAFUL Menurut kamus dewan, takaful merupakan insurans yang didasarkan pada atau yang mengikut asas asas dan hukum- hukum agama islam. Takaful sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘saling jamin-menjamin’ atau ‘saling peliharamemelihara’. Takaful sebenarnya terbit daripada kata kerja kafala

yang beerti

memelihara atau menjaga kepentingan atau memberi jaminan kepada seseorang. Apabila perkataan ini digabungkan dengan ‘ta’ maka ia menjadi dua pihak yang saling jamin menjamin antara satu sama lain. Perjanjian ini juga menetapkan setiap pihak telah memberi persetujuan terlebih dahulu mengenai bentuk sumbangan yang kelaknya akan dimanfaatkan untuk kepentingan bersama. Skim Takaful berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan

konsep

saling

bekerjasama,

lindung-melindungi

dan

saling

bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem Takaful ini dianggap lebih praktikal berbanding dengan insurans konvensional yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Idea untuk mewujudkan sistem Takaful ini lahir daripada masyarakat Islam yang ingin menghayati kehidupan berdasarkan perundangan Islam.

2

Apabila Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans secara islam di Malaysia membentangkan laporannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1984 mengenai cadangan penubuhan syarikat insuran secara islam mereka mencadangkan falsafah untuk perniagaan ini seperti berikut: Falsafah insurans islam mementingkan niat ikhlas untuk membantu satu sama lain. Oleh hal yang demikian sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru (derma). Selaras dengan semangat ini dan prinsip prinsip saling bertanggungjawab, kerjasama dan perlindungan dan menepati sifat-sifat tidak mengutamakan kepentingan diri sendiri dan dorongan tidak mengutamakan untuk mendapatkan keuntungan semat-mata, maka badan Petugas telah membuat kesimpulan Falsafah Insurans Islam adalah seperti berikut: Penghayatan semangat saling bertanggungjawab, kerjasama dan perlindungan dalam aktiviti masyarakat demi untuk kesejahteraan ummah dan perpaduan masyarakat. Walaupun sistem takaful moden ini hanya diperkenalkan pada tahun 1979, konsep saling bantu membantu dan bekerjasama ini sebenarnya telah pun dituntut pada zaman permulaan Islam lagi. Menurut pakar perundangan dan ulama Islam berpandangan bahawa konsep insurans boleh diamalkan kerana faktor-faktor berikut: 1.1. pemegang polisi akan bekerjasama sesama sendiri untuk kebaikkan bersama

3

1.2. Setiap pemegang polisi akan membayar jumlah yang perlu disumbangkan dengan tujuan membantu mereka yang memerlukan pertolongan 1.3. konsep ini tergolong dalam janji untuk menderma yang bertujuan untuk meng agihkan kerugian dan perluasan tanggungan mengikut sistem kumpulan masyarakat 1.4. Elemen ketidakpastian yang ada kaitannya dengan jumlah sumbangan dan pampas an boleh dihapuskan 1.5. Sistem ini tidak bertujuan memberi manfaat kepada satu pihak dan menjadi bebanan kepada pihak lain. Setelah melihat definisi takaful yang telah diterangkan beserta konsep konsep dalam kendalian takaful seterusnya dalam bahagian kedua, kita akan melihat prinsip –prinsip utama yang digunapakai dalam takaful iaitu saling bertanggungjawab,saling bekerjasama, dan saling lindung melindungi daripada sebarang kesusahan dan sebagainya. Pada umumnya terdapat prinsip yang memagari perjalanan takaful yang terdiri daripada prinsip-prinsip takjiri,mudharabah, wakalah, dan tabarru ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut beserta dengan riwayat. Juga empat konsep atau model kendalian perlindungan yang ditawarkan pengendali takaful iaitu konsep bukan keuntungan,konsep mudharabah konsep wakalah, dan konsep campuran (Md Azmi Abu Bakar ,2004) Dalam bahagian ketiga kita akan melihat perbezaan antara takaful dan insuran konvensional secara perbandingan di dalam jadual, serta jenis perlindungan takaful 4

beserta kaedah pelaksanaanya, dan di bahagian akhir merupakan ringkasan serta pendapat saya sendiri mengenai sistem takaful ini. 2. LATAR BELAKANG TAKAFUL Syarikat Insurans Islam yang pertama telah ditubuhkan pada 1979 iaitu Syarikat Insuran Islam Sudan. Bertitik tolak daripada perjalanan dan pengembangan Syarikat Insuran Islam Sudan ini maka pelbagai usaha dan langkah susulan telah dibuat, khususnya negara-negara Islam dan negara-negara di mana bilangan penduduk Islam agak besar bagi memperkenalkan syarikat-syarikat insurans yang menawarkan perniagaan insurans secara Islam. Lanjutan daripada ini, pada awal tahun 1980-an, beberapa buah syarikat insurans secara Islam mula ditubuhkan termasuk juga yang beroperasi di negara-negara Eropah, antaranya ialah Syarikat Insurans Islam Arab yang ditubuhkan pada tahun 1979 di Arab Saudi. Pada tahun 1983, telah diperbadankan Syarikat Takaful Islam Luxembourg oleh Dar Al-Maal Al–Islami (DMI). Insuran Islam juga menyediakan khidmatnya di Britain melalui Islamic Takaful Company (ITC), London. Di Asia, Malaysia adalah Negara pertama yang merintis perniagaan insurans secara Islam melalui penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad yang memulakan operasinya pada Ogos 1985. Pada Mei 1993, Negara Brunei Darussalam telah mencontohi Malaysia dengan munculnya Takaful Islamic Bank of Brunei (Takaful IBB Berhad). Kini Indonesia juga pula akan mengikuti langkah yang sama, dengan kerjasama teknikal daripada Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad, Syarikat

5

Takaful Indonesia telah diperbadankan. Perniagaan takaful mula beroperasi di Indonesia pada Ogos 1994 (Mohd Fadzli Yusof, 1996). 3. PRINSIP TAKAFUL Islam tidak pernah melarang umatnya untuk mencipta sesuatu perkara di dalam urusan duniawinya untuk kepentingan dan kesejahteraan hidup manusia asalkan bertepatan dengan prinsip syariah Islam. Inilah keindahan Islam yang begitu unggul. Malah Islam sangat menggalakkan umatnya agar lebih bijaksana dalam menguruskankehidupan mereka agar tercapai hasanah di dunia dan juga hasanah di akhirat.Di antara bidang yang menyaksikan inovasi hebat umat Islam masa kini adalah bidang takaful. kini terdedah kepada pelbagai bentuk kemungkinan terutamanya yang berbentuk musibah dan malapetaka. Badan Petugas Penubuhan Syarikat Takaful di Malaysia did lam laporannya menjelaskan bahawa takaful mempunyai tiga prinsip utama iaitu: 3.1 Saling bertanggungjawab “Perbandingan hubungan dan perasaan antara Mukmin umpama sebuah badan; apabila salah satu daripada bahagian merasa sakit, akan terasa seluruh badan”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

6

3.2 Saling bekerjasama “Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa (al-Birr dan al-Taqwa) dan janganlah kamu bertolongtolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Surah Al-Maidah, Ayat 2)

3.3Saling lindung melindungi daripada sebarang kesusahan dan sebagainya “Demi diriku, yang di dalam kekuasan ALLAH, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika ia tidak melindungi jirannya yang di dalam kesusahan”. (Riwayat Imam Ahmad bin Hanba)l

Pelaksanaan sistem takaful ini melibatkan dua pihak iaitu pihak yang menguruskan urusan pengendalian dan pentadbiran takaful tersebut, dan pihak yang ingin menyertainya. Pihak yang mengendalikan sistem takaful ini boleh memilih konsep atau model yang ingin digunakan. Pada umumnya prinsip yang memagari perjalanan takaful terdiri daripada prinsip takjiri, mudharabah, wakalah dan tabarru 7

3.1.1 Takjiri Perkataan takjiri adalah daripada perkataan Arab yang bermaksud perdagangan. Oleh sebab pengendalian takaful ini berdasarkan konsep perdagangan maka amalan-amalan perdagangan Islam perlu diamalkan oleh pengendali takaful. Bidang –bidang perniagaan yang dilarang oleh Syariah tidak boleh diceburi ole pengendali takaful. Begitu juga dengan dana yang dicarumkan oleh peserta takaful tidakboleh dilaburkan ke dalam institusi kewangan yang berasaskan riba. Etika dan moral perniagaan Islam perlu menjadi ikutan dan tidak seharusnya mengandungi unsure eksploitasi antara pengendali dan peserta takaful. Konsep adil dan saksama juga perlu diamalkan. Sifat tidak terlalu mengejar keuntungan semata-mata perlu dihindari. Secara ringkasnya, segala prinsip dan falsafah perniagaan berlandaskan Islam perlulah diikuti pada setiap masa. Kaedah pengurusan yang sistematik dan pelaburan yang berhati-hati akan mengurangkan risiko kerugian dan dengan itu perniagaan yang dijalankan kan memberikan keuntungan pada kedua-dua belah pihak.

3.1.2 Mudharabah Dalam konsep ini pengendali bertindak sebagai mudarib atau pengusaha yang dilantik oleh peserta-peserta takful. Peserta peserta takaful ini bertindak sebagai shaib-ul-maal atau pelabur atau penyumbang dana. Peserta akan melantik pengendali takaful untuk memobilisasikan dananya dalam perniagaan yang tidak dilarang oleh Syariah dan keuntungan yang diperoleh dikongsi bersama oleh kedua-dua pihak berdasarkan nisbah 8

yang dipersetujui bersama. Dalam sistem takaful ini, wang yang perlu dikeluarkan oleh peserta bergantung kepada jenis-jenis perlindungan yang disertainya. Ada antara caruman yang perlu dibuat pada setiap bulan, tahun, atau sekali gus. Caruman ini juga disebut sebagai ra’s-ul-mal’.

3.1.3 Wakalah Sekiranya konsep wakalah atau dalam bahasa melayu disebut wakil digunakan, pengendali kepada sistem takaful bertindak sebagai pengurus yang akan mengendalikan keseluruhan perjalanan sistem tersebut. Pengurus ini hanya boleh mengambil bayaran perkhidmatan menggunakan prinsip al-ujr dan tidak berhak menerima keuntungan daripada dana yang dimobilisasinya itu. Segala keuntungan yang diperoleh akan dikembalikan kepada peserta takaful tersebut.

3.1.4 Tabarru Tabarru adalah bahasa Arab yang beerti menderma , mencarum, atau menyedekah. Prinsip tabarru merupakan teras kepada sistem takaful. Dalam sistem ini peserta – peserta yang mengambil bahagian akan membuat bayaran kepada dua jenis bayaran iaitu kepada dirinya sendiri dan bayaran derma atau sumbangan yang akan membantu peserta-peserta lain yang ditimpa kesusahan dan bencana. Oleh itu , wang derma inilah yang akan digunakan oleh syarikat takaful ketika membayar kepada ahli yang ditimpa musibah tersebut

9

4. PRINSIP KENDALIAN Terdapat empat konsep atau model kendalian perlindungan yang ditawarkan oleh pengendali takaful iaitu konsep (1) bukan keuntungan, (2) konsep mudharabah (3) Wakalah dan (4) konsep campuran (Md Azmi Abu Bakar, 2004). 4.1 Konsep bukan keuntungan Dalam konsep ini sekumpulan individu di dalam sesebuah masyarakat bersepakat untuk memberikan sumbangan ikhlas kepada ahli di dalam kumpulanya yang mengalami bencana. Sumbangan yang diberikan itu adalah dalam bentuk derma. Sumbangan ikhlas ini boleh dibuat secara sistematik dalam tempoh yang ditentukan , atau hanya dibuat pada waktu ahli mendapat kecelakaan. Takaful mengikut kaedah ini boleh juga dikendalikan mengikut kaedah moden dan teratur. Jika takaful ini diuruskan oleh sesebuah organisasi maka konsep wakalah masih digunakan dan pengendali masih bertindak sebagai wakil yang mengurus dana tersebut dan syarikat mendapat upah kerana usahanya itu. Walaubagaimanapun peserta tiidak akan diberikankeuntungan atau pulangan ke atas dana yang telah diserahkan itu. Contoh syarikat yang menggunakan kaedah ini adalah Al- Sheikhkhan Takaful Company di Sudan. 4.2 Konsep Mudharabah Dalam konsep mudharabah terdapat perjanjian antara pengendali dan peserta. Pengendali akan dilantik sebagai pengusaha yang akan memobilisasikan dana dalam kegiatan ekonomi dan segala keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama oleh pengendali dan peserta. Seperti juga dalam model lain peserta perlu mencarum kepada dua jenis akaun iaitu akaun umum dan akaun tabarru. Dalam konsep ini pengendali

10

tidak mengenakan bayaran perkhidmatan atau bayaran pengurusan ke atas perkhidmatan atau kerja-kerja yang dilakukan ketika mengendalikan takaful tersebut. Bayaran mengurus atau mentadbir akan dikenakan pada dana pemegang saham di Malaysia , konsep ini digunakan oleh Syarikat Takaful Berhad. 4.3 Konsep wakalah Dalam

konsep

wakalah

pengendali

yang

mengendalikan

caruman

dan

memobbilisasikan dana peserta-peserta. Yuran perkhidmatan akan dikenakan oleh pengendali ini kerana tugas-tugas perkhidmatan yang diberikan tersebut. Segala risiko berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan itu akan ditanggung oleh peserta-peserta. Pengendali takaful ini juga akan mengenakan yuran perkhidmatan ke atas keuntungan hasil pelaburan dana peserta. Pengendali takaful berdasarkan konsep ini menawarkan khidmat takaful am dan takaful keluarga. Di Malaysia, konsep ini menjadi amalan Syarikat Takaful ikhlas. 4.4 Konsep campuran Dalam konsep campuran operasi takaful berlandaskan gabungan prinsip wakalah dan mudharabah. Pengendali takaful akan bertindak sebagai wakil yang menguruskan dana peserta dan mengenakan yuran perkhidmatan di atas tugas yang dijalankan dan mereka juga akan berkongsi keuntungan hasil pelaburan yang dibuat menggunakandana peserta tersebut.

11

5. PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS Pada pandangan seseorang yang bukan dari bidang ini, pasti akan melihat tiada perbezaan antara kedua-dua sistem tersebut. Selepas diteliti, pada asasnya perbezaannya hanyalah satu, iaitu sistem takaful berlandaskan prinsip Syariah. Akan tetapi, jika diselidiki lebih mendalam, ternyata ada banyak perbezaan antara dua sistem ini. Perbezaan-perbezaan ini boleh dikategorikan seperti berikut: 5.1 Kontrak yang digunapakai: Dalam sistem takaful, kontrak yang digunapakai ialah gabungan kontrak tabarruk (derma) dan agensi (wakalah) atau kontrak berkongsi keuntungan (mudharabah). Kontrak dalam insurans pula ialah kontrak pertukaran (jual dan beli) antara penanggung insurans dengan pelanggan (pihak yang diinsuranskan). 5.2 Tanggungjawab pemegang polisi: Peserta takaful membuat caruman ke dalam skim dan saling menjamin sesama sendiri dalam skim ini. Di bawah sistem insurans, pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insurans. 5.3 Liabiliti pengendali takaful / penangggung insurans: Pengendali takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat daripada kumpulan wang para peserta. Risiko tidak berpindah dari peserta kepada pengendali Takaful. Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang para peserta tersebut, pengendali Takaful diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia memberi pinjaman (tanpa faedah) untuk menampung kekurangan berkenaan. Manakala

12

insurans, penanggung insurans bertanggungjawab membayar manfaat insurans seperti dijanjikan dan ini akan dibayar kepada pelanggan dari wang asetnya. 5.4 Pelaburan kumpulan wang: Caruman yang diterima akan hanya dilaburkan dalam instrumen yang memenuhi kehendak Syariah. Bagi syarikat insurans, tiada sebarang sekatan dalam jenis pelaburan yang dibolehkan, selain sekatan yang dikenakan untuk tujuan kehematan. Jadual 1.5 Perbezaan antara Takaful dan Insurans TAKAFUL

INSURAN

Tertakluk kepada AKTA TAKAFUL Tertakluk kepada AKTA INSURANS 1963 1984

(Pindaan 1996)

Peserta

dikehendaki

sumbangan

membayar Pemegang

berdasarkan

polisi

dikenakan

bayaran

konsep premium atas perlindungan

tabarru’at (menderma secara ikhlas) Pihak syarikat merupakan Pengendali Pihak syarikat merupakan Penanggung risiko

risiko

penyertaan Takaful merupakan satu akad Pembelian Insurans adalah satu kontrak di antara Peserta dan Pengendali Takaful

diantara penginsurans dan pemegang polisi

Terdapat Majlis Pengawasan Syariah Tiada Majlis Pengawasan Syariah. Yang yang

bertanggungjawab

memastikan mungkin terdapat ialah Majlis Penasihat

semua transaksi Syarikat berpandukan untuk dana islam (bukan insurans) Syariat Islam Tidak ada unsur riba, maisir (judi) dan Terdapat unsur riba, maisir (judi) dan gharar (tidak ketentuan) terlibat

gharar (tidak ketentuan)

HALAL di sisi Islam

Jabatan 13

Kemajuan

Islam

Malaysia

(JAKIM)

telah

mengeluarkan

fatwa

bahawa Insurans nyawa adalah HARAM Sumber:http://www.warisanmukmin.com. 6. JENIS PERLINDUNGAN TAKAFUL Jika dibawah insuran konvensional, jenis perniagaan yang disediakan dibahagikan kepada Insuran Nyawa dan Insuran Am, manakala dibawah takaful, perniagaan yang disediakan juga boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu Perniagaan Takaful Keluarga dan Perniagaan Takaful Am. Takaful Keluarga, ialah suatu skim pemuafakatan antara seorang individu dengan individu yang lain sehinggakan terbentuk suatu pakatan atau kumpulan masyarakat dengan bermatlamat ingin membantu antara satu sama lain sekiranya ada di antara ahli dalam kelompok tersebut menghadapi bencana. Pada umumnya terdapat 3 pelan takaful keluarga iaitu, pemuafakatan biasa, pemuafakatan beserta simpanan, pemuafakatan berdasarkan kelompok khusus. Pelbagai jenis pelan Takaful ditawarkan. Pelan takaful ini ada yang boleh disertai oleh orang perseorangan dan ada pula untuk badan-badan korporat sahaja. Secara umumnya, pelan Takaful untuk orang perseorangan menawarkan suatu kemudahan program kewangan jangka panjang dengan dua matlamat utama. Pertama menabung secara beransur-ansur bagi mendapatkan perolehan perlindungan apabila berlaku kematian atau kecacatan anggota dan kedua menabung bagi mendapatkan perolehan simpanan beserta keuntungan daripada pelaburan. Perolehan perlindungan adalah merupakan manfaat Takaful yang akan dibayar jika ditakdirkan peserta meninggal dunia sebelum pelan Takaful yang disertainya genap tempoh matang. Sementara perolehan simpanan beserta apa-apa keuntungan daripada pelaburan 14

pula adalah merupakan manfaat Takaful yang dihasilkan daripada tabungan yang terkumpul. Perolehan simpanan ini akan dibayar apabila genap tempoh matang. Berdasarkan kepada matlamat untuk menyediakan manfaat Takaful kematian dan simpanan atau tabungan di hari tua maka jenis pelan Takaful seperti ini dilihat seolah olah sama dengan polisi insurans nyawa konvensional. Di bawah Pelan Takaful am, produk-produk yang disediakan, yang dipanggil skim Takaful boleh disertai oleh orang perseorangan atau badan korporat. Skim Takaful ini menawarkan suatu kemudahan jangka pendek dengan matlamat menyediakan tabungan sebagai suatu jalan ikhtiar bagi membantu para peserta meringankan apa-apa beban kewangan yang perlu ditanggung akibat suatu musibah atau bencana. Perniagaan Takaful am menyediakan sistem untuk mengumpulkan sejumlah wang supaya manfaat perlindungan ke atas harta benda seperti rumah, kenderaan, barangan dagangan kilang-kilang dan seumpamanya dapat dikeluarkan jika ditakdirkan sesuatu kemalangan menimpa ke atas harta benda tersebut. 7.

PERKEMBANGAN TAKAFUL DI MALAYSIA

Di Malaysia, Industri Takaful mempamerkan pertumbuhan yang pantas dan kini kian mendapat pengiktirafan sebagai satu komponen utama sistem kewangan Islam secara keseluruhannya. Bagaimanapun, perniagaan Takaful semula di Malaysia masih terhad daripada segi kapasiti. Dengan itu, industri itu mempunyai peluang besar untuk berkembang lagi. Kadar Penembusan Sijil Takaful adalah 5.5 peratus. Selain Takaful Ikhlas Sdn Bhd, antara agensi yang telah melaksanakan sistem Takaful di Malaysia ialah Syarikat Takaful

15

Malaysia Bhd. Takaful Nasional Sdn. Bhd. Maybank Takaful Bhd dan Commerce Takaful Bhd (laporan Bank Negara Malaysia, BNM 2006). Pasaran modal Islam diharapkan untuk menggerakkan lebih dana institusi dan tempatan untuk membiayai kegiatan ekonomi. Apatah lagi memandangkan besarnya dana Islam yang digerakkan oleh sektor perbankan Islam, industri Takaful dan pelbagai skim simpanan Islam seperti Tabung Haji. Ketiga-tiga ini telah berkembang pesat dalam masa lima tahun kebelakangan dan melihat kepada jumlah aset dan simpanan dalam semua sektor itu, potensi dana yang ada untuk pelaburan dalam pasaran modal Islam adalah cukup besar (dipetik dari arkib utusan, 2008). “Dari segi Takaful, pertumbuhannya sangat menggalakkan manakala Takaful semula sedang mengikuti rapat, walaupun industri itu diperkenalkan lewat” Bagi mengembangkan lagi Takaful dan Takaful semula, ia memerlukan kemahiran dan pengetahuan khusus mengenai risiko yang dikendalikan. Sebahagian besar perniagaan takaful semula dihalakan kepada penyedia Insurans Konvensional kerana syarikat Takaful semula tempatan kekurangan kepakaran bagi mengendalikan risiko sedemikian. Industri Takaful di Malaysia mencatatkan rekod prestasi yang boleh dibanggakan sejak pengenalannya lebih dua dekad yang lepas. Dana Takaful dicatatkan RM8.8 bilion pada 2007, kenaikan kira-kira RM2 bilion berbanding tahun sebelumnya (Adnan Alias, 2008) 8. RUMUSAN Hidup ini penuh dengan kejutan, bak kata pepatah melayu“malang tidak berbau” jadi, sebagai seorang manusia kita tidak terlepas daripada kemungkinan ditimpa oleh pelbagai

16

musibah, malapetaka dan bencana yang akan mengakibatkan kerugian dan pengurangan nilai, tidak kira samada seseorang itu kerjanya di kilang atau bekerja sendiri, makan gaji di pejabat, di sekolah, seorang hartawan, pengusaha kebun ataupun seorang korporat. Risiko untuk terdedah kepada musibah yang bakal memberi pelbagai tekanan dan kesulitan pasti akan terjadi, cuma bila masanya kita sendiri tidak dapat mengagak. Sebarang malapetaka dan musibah jika datang menimpa bukan sahaja boleh mengakibatkan kemusnahan, malah boleh mengancam nyawa manusia. Justeru itu, bagi orang Islam mereka semestinya yakin bahawa apa juga bentuk musibah, malapetaka, atau bencana yang datang menimpa sesungguhnya adalah qadak dan qadar Allah S.W.T. Oleh itu seseorang itu hendaklah sentiasa bersedia menghadapinya dengan keimanan yang teguh serta penuh kesabaran. Serentak dengan itu, menjadi kewajipan seseorang muslim supaya berikhtiar dan berusaha seberapa terdaya olehnya untuk mengelak dan menjauhkan daripada kemungkinan berlakunya musibah malapetaka atau bencana yang boleh membahayakan dirinya dan mengancam keselamatan harta bendanya. Selaras dengan ini seseorang itu seharusnya juga berusaha dan merancang dan mencari jalan bagaimana dia dapat meringankan beban yang terpaksa dipikul olehnya atau ahli keluarganya sekiranya musibah melanda. Perbuatan ini adalah selaras dengan tuntutan agama Islam. Islam telah menetapkan peraturan supaya seseorang itu sentiasa peka dan seboleh – bolehnya memastikan jiwa dan raganya, orang di bawah tanggunganya dan harta bendanya terjamin dan terpelihara. Secara keseluruhannya, Islam sangat mengiktiraf inovasi hebat yang dapat mendatangkan manfaat yang besar seperti ini lebih-lebih lagi apabila hakikat kehidupan kini terdedah

17

kepada pelbagai bentuk kemungkinan terutamanya yang berbentuk musibah dan malapetaka. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran Karim yang bermaksud: Dan Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan secebis rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, kehilangan nyawa serta tanam-tanaman yang tidak menjadi. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata; Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya jualah kami akan kembali. (al-Baqarah :155) Semoga dengan wujudnya pengendali-pengendali takaful dan penglibatan kita semua di dalam sistem perlindungan yang berteraskan syariah ini, akan memberi manfaat dan jaminan kesejahteraan bersama di dunia dan juga di akhirat.

RUJUKAN Mohd Fadzli Yusof TAKAFUL : Sistem Insurans Islam.Utusan Publication &Distributors SDN BHD.Kuala Lumpur.(2006) Md Azmi Abu Bakar, The Development of Takaful In the Global Perspectives, kertas kerja dibentangkan di Seminar Takaful For Non –Takaful Practitioners, IBFIM 19-20 julai 2004. 18

Dicapai melalui laman web: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0812&pub=Utusan_Mala ysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm pada 15 ogos 2009 Dahlia El-Hawary, Wafik Grais, Zamir Iqbal Diversity in the regulation of Islamic Financial Institutions The Quarterly Review of Economics and Finance, Volume 46, Issue 5, February 2007, Pages 778-800 Rifaat Ahmed Abdel Karim International accounting harmonization, banking regulation, and Islamic banks .The International Journal of Accounting, Volume 36, Issue 2, May 2001, Pages 169-193 Beng Soon Chong, Ming-Hua Liu. Islamic banking: Interest-free or interestbased? Pacific-Basin Finance Journal, Volume 17, Issue 1, January 2009, Pages 125-144

19

Related Documents

Takaful
October 2019 32
Takaful
May 2020 23
Takaful
May 2020 20
Etiqa Takaful
May 2020 19
Etiqa Takaful
May 2020 19
Sistem Takaful
April 2020 16