Contoh Surat Jemputan Sebagai Panel Forum

  • Uploaded by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contoh Surat Jemputan Sebagai Panel Forum as PDF for free.

More details

  • Words: 267
  • Pages: 2
UKM 3.31/31/04.05PMFPI/11/OPKIM/ /53 19 JULAI 2006 / 21 JAMADIL AKHIR 1427

Dr. Sulaiman bin Ibrahim Pensyarah, Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Melalui, Prof Madya Dr Idris bin Zakaria Penasihat, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Yang berbahagia Dr, JEMPUTAN SEBAGAI AHLI PANEL BAGI FORUM AGAMA EHWAL ISLAM. Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam akan mengadakan program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM SULONG)’06 pada 18 Ogos 2006 sehingga 20 Ogos 2006 bertempat di Parit Sulong Batu Pahat Johor. 2. Sehubungan itu kami berbesar hati menjemput Ybhg. Dr untuk hadir sebagai ahli panel Forum tersebut. Disertakan tarikh, masa, tempat dan topik perbincangan untuk makluman Ybhg. Dr. Tarikh: 19 Ogos 2006 (Sabtu) Masa : 9.00 malam hingga 10.30 malam Tempat : Perkarangan Pasar Parit Sulong, Johor Topik : Keluarga Sakinah-Rumah Ku Syurga Ku 3. Segala jasa baik dari pihak Yang Berbahagia Dr. amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Yang Berbahagia Dr. akan memperolehi kebaikan dan keberkatan dengan kerjasama yang diberikan.

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, 43600 UKM, BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN TEL : 017-6240608 FAX : 03-89253902

Sekian,terima kasih.

”BELIA CEMERLANG PEMANGKIN KEGEMILANGAN UMMAH” Yang Menjalankan Amanah,

............................................................. Huszarudin Bin Haji Hussin Ketua Pengarah Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM SULONG)’06, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. s.k

Dekan Fakulti Pengajian Islam Penasihat Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Setiausah Agung PMFPI

*sebarang pertanyaan sila hubungi Husza – 017-7009275

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, 43600 UKM, BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN TEL : 017-6240608 FAX : 03-89253902

Related Documents


More Documents from "NUR HETYKA MARTINUS"