SEJARAH BANGSA DAN BAHASA MELAYU BML 1023
TAJUK 1 : KONSEP MELAYU DAN TEORI BARAT DAN TEMPATAN DALAM MENCARI TITIK KEBENARAN MENGENAI ASAL USUL BANGSA MELAYU.
SIAPAKAH MELAYU ?
ASLI
YUNAN
Allah berfirman bahawa Dia menjadikan manusia ini berbagai-bagai bangsa dan etnik untuk kenal-mengenal antara satu dengan yang lain,Surah al-Hujarat ayat 131],
MELAYU
KONSEP MELAYU
KONSEP MELAYU
Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin(2002) **Istilah Melayu merujuk kepada nama bangsa dan bahasa yang wujud setelah adanya kerajaan Melaka dan kemudiannya berkembang menjadi kerajaan agung
Buku Sejarah Melayu ** perkataan Melayu dikatakan ada kaitan dengan nama sebuah sungai iaitu Sungai Melayu.
PETA KEPULAUAN MELAYU
Zubir Usman dan Ismail Hashim(1991) **Perkataan Melayu berasal daripada kata ‘Himalaya’ yang dipendekkan menjadi ‘Malaya’. Himalaya bermaksud tempat yang sejuk di puncak gunung yang tinggi.
Istilah Melayu juga dikatakan terbit daripada perkataan Sanskrit ‘Malaya’ atau kemungkinan daripada perkataan Tamil iaitu ‘Malai’ yang bermaksud ‘bukit’ atau ‘tanah tinggi’
Profesor Slametmuljana **Perkataan Melayu berasal dari bahasa Sanskrit dan ianya merujuk kepada 2 tempat yang berbeza iaitu utara Selat Melaka yang disebut ‘ Malaya’ dan selatan Selat Melaka yang disebut ‘Melayu’
Istilah Melayu ditemui di dalam tulisan Cina sebagai ‘Molo-yeu’ pada tahun 644 dan 645 Masihi (Nik Safiah Karim et al, 1996).
Noriah Mohamed (23:1999) **Penggunaan istilah Melayu yang terawal pada zaman sejarah dapat dikesan sekitar 100-150 Masihi apabila Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam Geographike Sintaxisnya.
Penakrifan Tentang Melayu
Undang-Undang
Berkait dengan Perlembagaan
Antropologi
Berkait dengan Teori
PENAKRIFAN UNDANG-UNDANG
ORANG MELAYU **Perlembagaan Persekutuan 160 (2) -- “....seseorang yang menganut agama Islam, -lazimnya bercakap bahasa Melayu, -menurut adat istiadat Melayu dan -Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau ibu bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari Merdeka menetap di Persekutuan atau di Singapura atau Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.”
PENAKRIFAN ANTROPOLOGI
TEORI TEMPATAN DAN TEORI BARAT
TEORI ASIA TENGAH
TEORI NUSANTARA
TEORI-TEORI MENGENAI ASAL USUL BANGSA MELAYU Hipotesis penghijrahan (Budaya Gelombang)
Hipotesis peribumi/azali
TEORI ASIA TENGAH Pandangan Sarjana Barat -Dikemukakan oleh R.H. Geldern, J.H.C.Kern, W. Marsden, J.R. Foster, J.R. Logan, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. -Orang Melayu dikatakan berasal dari bahagian Selatan China -Budaya Gelombang (Penghijrahan)
-Kapak Tua yang mirip dengan Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu-sudah wujudnya migrasi.
-Adat Resam Melayu yang mirip dengan suku naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dan Myammar)
-Bahasa Melayu dikatakan serumpun dengan bahasa Kemboja. (penduduk Kemboja dikatakan berasal dari Yunan menyusuri Sg Mekong.)
Sungai Mekong yang menjadi laluan penghijrahan
Suatu Pertentangan
-Pendapat Geldern dianggap tidak kukuh dan lemah disebabkan penemuan kapak di tempat lain,
-sarjana tempatan iaitu Abdullah Hassan dan Ainon Mohd mengatakan teori ini kabur kerana kapak-kapak itu turut ditemui di Amerika dan Eropah pada zaman yang sama. Lalu pandangan atau teori Geldern ini tidak dapat diterima kerana kabur kesahihannya.
Pandangan Sarjana Tempatan
-Dikemukakan oleh Slametmuljana dan Asmah Hj. Omar menyokong teori yang mengatakan bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah. -Asmah Haji Omar mengatakan perpindahan orang Melayu dari daratan Asia tidak berlaku secara sekaligus (Darwis Harahap,1992:3).
Melalui 3 gelombang : a) perpindahan orang Negrito b) Melayu Proto c) Melayu Deutro -berlaku perpindahan dari Daratan Asia Tengah yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.
TEORI NUSANTARA
•
Hipotesis peribumi / azali
•
Menjelaskan bahawa kelompok manusia ini memang manusia
.
asal yang wujud di Nusantara • •
Terbukti dengan penemuan rangka manusia awal seperti Proto Homonid. Manusia moden (Homo Sapiens) adalah keturunan hasil dari evolusi manusia yang awal iaitu Proto Homonid. (Sumber : Noriah Mohamed (1999), Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama. Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia.)
Pandangan Sarjana Barat Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana Barat seperti J.Crawfurd, K.Himly, dan Gory Keraf. -ianya berdasarkan bukti bahawa :a) Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa mempunyai ketamadunan yang tinggi pada abad ke 19. b) Penemuan manusia kuno di Pulau Jawa c) Bahasa di Nusantara berbeza dengan bahasa di Asia Tengah.
J. Crawfurd -membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. -mendapati bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). -Bahasa Jawa dan bahasa Melayu adalah induk bagi bahasa yang terdapat di Nusantara ini serta serumpun . -bukti lain bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas.
Pandangan Sarjana Tempatan -Dikemukakan oleh Darwis Harahap, Sutan Takdir Alishjahbana. Sutan Takdir Alishjahbana mengatakan bangsa yang berkulit coklat tinggal di Asia Tenggara mempunyai perbezaan kulit dengan bangsa Cina yang tinggal di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat. - Beliau telah menolak pendapat teori yang mengatakan bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah.
KESIMPULAN -Salasilah yang rumit -agak samar untuk mencari titik kebenaran asal-usul melayu -Namun, ada satu teori yang boleh diterima umum iaitu pendapat oleh Von Hein Geldern – pengembaraan 2 puak ke Kepulauan Melayu– puak pertama Melayu Proto (menetap di kawasan pedalaman), puak kedua Melayu Deutro(menetap di pesisir pantai)- lama-kelamaan ianya bertebaran dan berkembang. -Hakikatnya tidak ada bukti yang nyata mengenai asal usul bangsa dan bahasa Melayu ini. -Setiap teori luar dan mahupun tempatan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.
DISEDIAKAN OLEH
MOHD RAFIZAL BIN ISMAIL
D20072031165
NURULHUDA BINTI ISMAIL
D20061028067
NOOR MAZRIZAN BINTI CHE MUSA
D20061028068
NAZHATUL SHIMA BINTI AHMAD SOLAN D20061025227 NIK ZAILIZA BINTI NIK LI
D20061025223