Si Comel Dan Makhluk Hodoh.docx

  • Uploaded by: Kema Malini Thiagarajan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Si Comel Dan Makhluk Hodoh.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 367
  • Pages: 2
TEKS TEATER SOLO 2017

Si Comel dan Makhluk Hodoh Yang saya hormati saudari peneraju majlis, dif-dif kehormat, barisan panel hakim yang bijaksana serta hadirin sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Tajuk cerita saya ialah ‘Si Comel dan Makhluk Hodoh.’

Pada zaman dahulu, tinggal seorang saudagar dengan tiga orang anak perempuannya. “Wahai anak-anakku, ayah akan berjalan jauh esok. Apakah yang kamu mahu ayah belikan?” tanya saudagar itu.

Dua orang anak sulungnya meminta baju yang cantik dan barang kemas yang mahal. Tetapi anak bongsunya yang cantik, bernama Si Comel meminta bunga ros. Tetapi, nasib saudagar itu agak malang. Kapalnya yang sarat dengan muatan karam di laut. Maka, dia pun pulang ke rumah dengan perasaan sedih.

Dalam perjalanan pulangnya, saudagar itu ternampak sebuah istana yang dikelilingi dengan bunga-bunga ros. Dia teringat akan permintaan anak bongsunya. Maka saudagar itu pun memetik beberapa kuntum bunga ros untuk anaknya, Si Comel. Tiba-tiba muncul seorang makhluk yang gagah dan hodoh. “Jangan mencederakan saya. Saya memetik bunga ini untuk anak saya Si Comel,” pinta saudagar itu dengan sedih. “Saya akan melepaskan awak tetapi awak mesti menghantar anak awak kepada saya,” kata makhluk itu.

Saudagar itu pun pulang ke rumah dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada anak-anaknya. Dua orang anak sulungnya begitu hampa kerana ayah mereka pulang dengan tangan kosong. Tetapi, Si Comel berkata, “Jangan risau ayah. Saya akan pergi ke tempat makhluk itu dan tinggal bersamanya.”

TEKS TEATER SOLO 2017

Pada suatu hari, ayah Si Comel jatuh sakit. Si Comel pun meminta izin makhluk itu untuk melawat ayahnya. Dengan kebenaran makhluk itu, Si Comel pun menjaga ayahnya hingga sembuh.

Sementara itu, makhluk hodoh itu pula jatuh sakit kerana terkenangkan Si Comel. “Oh Tuhanku, bawalah Si Comel kepada saya,” pintanya.

Apabila Si Comel pulang ke rumah makhluk itu, dia mendapati makhluk itu sudah pengsan. “Oh, makhluk yang baik hati, mengapakah kamu menjadi begini? Saya juga sudah jatuh hati dengan kamu,” katanya sambil menangis.

Tiba-tiba, makhluk itu bertukar menjadi seorang putera yang tampan. “Seorang ahli sihir telah menyumpah saya sehingga saya jadi begini. Sumpahan itu hanya dapat dibatalkan apabila seorang wanita jatuh cinta dengan saya,” kata putera itu dengan gembira.

Akhirnya, putera itu dan Si Comel pun jatuh hati. Mereka pun berkahwin dan hidup bahagia.

Related Documents


More Documents from "Aiman"