BIL.
KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.
Pendahuluan
2-3
2.
Tarikfan lgbt
4-5
3.
Perkembangan lgbt di Malaysia
6-8
4.
Masalah gaya hidup lgbt
9 - 12
5.
Langkah membasmi lgbt di Malaysia
13 - 17
6.
Kesimpulan
18
7.
Rujukan
19
1
PENGHARAMAN LESBIAN, GAY, BISEXUAL, AND TRANSGENDER (LGBT) DI MALAYSIA
PENDAHULUAN LGBT adalah singkatan dari Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender. Kebelakangan isu LGBT tengah marak dengan aplikasi pengubah tampilan PP (profil picture) oleh Facebook. Aplikasi ini menampilkan bendera pelangi yang menjadi simbol kaum LGBT. Bagaimana kita harus menyikapinya! Fitur foto profil facebook berwarna pelangi bertajuk ‘Celebrate Pride’ memang memancing kontroversi. Ketika seorang pengguna FB mengubah fotonya dengan fitur ini, ia bererti mendukung pernikahan sejenis. Facebook sendiri tengah merayakan momentum kemenangan komuniti sesama jenis di Amerika Syarikat pada Sabtu (27/6/2015). Ketika itu Mahkamah Agung negara tersebut mengizinkan pernikahan sesama jenis di AS. Facebook memakai filtur pelangi enam warna yang merupakan bendera simbol kaum LGBT. Dalam sejarahnya, bendera pelangi ini dibuat oleh Gilbert Baker, seniman San Fransisco pada tahun 1978. Ketika itu ia menyanggupi permintaan seorang gay, Harvey Milk, untuk mereka bendera mendukung hak-hak kaum gay. Baker memilih warna pelangi bukan tanpa alasan. Ia mengungkap kepada majalah Time, “Kami menginginkan sesuatu yang menyatakan (ekspresi keberadaan) kita. Pelangi benar-benar sesuai untuk menggambarkan idea itu, dalam hal keberagaman: warna, jenis kelamin dan rasa.” Awalnya, Baker menciptakan bendera pelangi dengan delapan warna: pink, merah, oren, kuning, hijau, biru kehijauan, nila dan ungu, Namun saat ini, yang paling populer adalah bendera pelangi enam warna, tanpa pink dan biru kehijauan. Istilah LGBT sendiri, mula dipakai sejak tahun 1990an. Istilah ini berkembang dari istilah LGB ‘saja’, satu dekad sebelumnya. Berbagai istilah tambahan mula muncul seiring dengan waktu. Misalnya pembubuhan unsur Q (queer) menjadi LGBTQ untuk menampung orang-orang yang masih mempertanyakan identiti seksual mereka. 2
Ada pula bubuhan I untuk interseks sehingga menjadi LGBTI. Sementara di India, ada istilah LGBTIH dengan H yang berasal dari kata hijrah, yang digunakan untuk mereka yang lahir sebagai lelaki, tapi memiliki identiti gender feminin, bertindak feminin, dan memakai pakaian perempuan. Keberadaan kaum LGBT sendiri kerap memicu banyak perdebatan. Tidak sedikit yang menganggap mereka sejajar dengan kaum heteroseksual. Namun, banyak yang menduga, kaum ini melanggar kudrat alamiah mereka. LGBT (juga kadangkala dipanggil GLBT) adalah akronim merujuk secara kelompok kepada golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual. Dalam kegunaan sejak 1990an, istilah LGBT adalah keserapan parap LGB. Dalam kegunaan moden, akronim ini berkaitan dengan perbezaan budaya gay. Singkatan ini telah menjadi arus perdana sebagai penetapan diri, ia telah diterima pakai oleh majoriti seksualiti dan pusat komuniti berasaskan identiti jantina dan media di Amerika Syarikat, dan juga beberapa negara berbahasa Inggeris yang lain. Istilah ini juga digunakan di sesetengah negara lain, terutamanya mereka yang bahasanya menggunakan singkatan, seperti Argentina, Perancis dan Turki.
3
TAKRIFAN LGBT
LESBIAN: Lesbian itu bererti seorang perempuan yang mencintai atau menyukai perempuan, baik dari segi fizik ataupun dari segi seksual dan juga spiritualnya, jadi memang hal ini sangatlah menyimpang
GAY: Sedangkan gay sendiri adalah seorang laki-laki yang menyukai dan juga mencintai laki-laki, dan kata-kata gay ini sering disebutkan untuk memperjelas atau tetap merujuk pada perilaku Homoseksual.
4
BISEXUAL: Bisexual ini sedikit berbeza dengan kedua pengertian diatas kerana orang bisexual itu adalah orang yang memiliki hubungan emosional dan juga seksual dari dua jenis kelamin tersebut jadi orang ini boleh menjalin hubungan asmara dengan laki-laki ataupun perempuan.
TRANSGENDER: Transgender itu adalah ketidaksamaan dari identiti gender yang diberikan kepada orang tersebut dengan jenis kelaminnya, dan seorang transgender biasanya termasuk dalam orang yang homoseksual, biseksual, atau juga heteroseksual. Dari semua pengertian yang diatas memang semuanya memiliki sebuah kesamaan iaitu mencari kesenangan baik dari segi praktis ataupun psikologi dan mereka boleh melakukan hubungan dengan sesama jenis, bukan melakukannya dengan lawan jenis seperti orang normal.
5
PERKEMBANGAN LGBT DI MALAYSIA Hari ini, golongan yang memperjuangkan LGBT begitu lantang menyuarakan hak dan meminta dunia mengakui kebebasan berkehendak mereka sehingga suara mereka terdengar di Majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Di Malaysia, situasi yang sama juga terjadi. Penganjuran acara "Seksualiti Merdeka" begitu jelas menggambarkan kesungguhan mereka di samping dukungan kuat dari Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO). Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualitas yang diadakan di Kuala Lumpur. Mereka tidak saja berlindung di sebalik slogan hak-hak asasi manusia sebagaimana yang digariskan dalam pengakuan hak asasi manusia universal 1948, malah turut memanipulasi perlembagaan Malaysia berdasarkan tafsiran mereka sendiri. Golongan ini turut menegaskan bahwa mereka bukan mau mempromosikan budaya LGBT dan seks bebas tetapi cuma mau memberi paparan kepada golongan LGBT ini tentang hak-hak yang mereka ada. Pendukung seksualits merdeka juga menggambarkan golongan yang membantah perhimpunan seksualitas merdeka ini sebagai berpikiran sempit dan tidak menghormati hak asasi manusia golongan minoritas (LGBT) ini. Bagi mereka, masalah seksualitas sebenarnya adalah hak asasi manusia. Di Malaysia, banyak anak muda sudah terjebak dengan gejala itu. Kelab-kelab, spa dan panti pijat gay beroperasi secara tertutup dalam apa yang dianggap sebagai gerakan gay underground. Apakah disedari atau tidak, di Malaysia, golongan tersebut semakin berpengaruh. Pengamal homoseksual yang diduga punya manfaat, akan diangkat sebagai pahlawan. Berdasarkan kajian tertentu, golongan bersangkutan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kehidupan homoseksual termasuk siapa yang menjadi ikon mereka. Golongan seks menyimpang ini menular melalui jaringan sosial media seperti facebook, twitter dan blog. Hal ini dikesankan menjadi antara platform utama yang menyumbang kepada penularan budaya menyimpang mereka di negara ini. Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menggunakan media dalam talian itu untuk 6
berinteraksi dan mencari pasangan sejenis. Di laman sosial facebook saja, berpuluh-puluh kumpulan itu dikesankan secara terang-terangan mengungkapkan identiti menyimpang mereka dan bertindak mengumpulkan anggota baru. Pada akhir tahun 2011 Malaysia dikejutkan dengan berita seorang mahasiswa Malaysia di Dublin bernikah dengan pasangan sejenis. Siswa yang bernama Ariff Alfian Rosli ini merupakan siswa perubatan tajaan Petronas yang berkuliah di sebuah universiti di Dublin, Ireland. Menurut sumber, keluarga beliau tidak dapat menghubunginya selama 3 tahun dan misteri kehilangan Ariff telah terbongkar setelah dia didapati telah menikah dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin. Kerana hal inilah masyarakat Malaysia mulai terbuka untuk mengetahui perkembangan golongan LGBT. Dan hal ini dianggap lebih serius apabila golongan transgender mulai menuntut hak untuk mengganti nama di pengadilan. Tanpa disedari, masalah homoseksual kian mengikis dan menggugat keharmonian hidup bermasyarakat pada hari ini. Komuniti gay, lesbian biseksual dan transgender (LGBT) menarik banyak mahasiswa untuk bergabung dengan komuniti mereka melalui jaringan sosial media baru seperti facebook. Namun, di Malaysia komuniti LGBT tidak diterima dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana melanggar etika sosial. Selanjutnya, Malaysia masih menggunakan hukuman kepada mereka yang melakukan sodomi. Keberadaan media baru menyebabkan golongan LGBT mudah mengamalkan budaya menyimpang kerana jumlah pengikut mereka kian bertambah.
7
Pada Februari 2018, International Women's Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ) melaporkan bahawa pada 2017, seramai 14 daripada 15 penuntut di universiti awam negara kita yang dijangkiti kes HIV/Aids ialah pengamal homoseksual dan biseksual. Sesungguhnya, pendedahan itu yang memetik sumber dari Unit HIV/AIDS, Kawalan Penyakit Berjangkit Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, adalah berita mengejutkan bagi pengamal bidang perubatan dan kesihatan. Normalisasi atau menjadikan LGBT sesuatu yang normal, mampu memberi konflik baharu di negara kita, khususnya dari aspek perundangan. Seksyen 377A, 377B dan 377C Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa perlakuan amalan seks luar tabii, sama ada secara sukarela mahupun paksa ialah satu kesalahan jenayah dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan. Undang-undang negeri dan Wilayah Persekutuan turut memperuntukkan kesalahan jenayah syariah liwat seperti Seksyen 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 13 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sarawak) 1991.
8
MASALAH GAYA HIDUP LGBT Amalan gaya hidup LGBT sememangnya diharamkan Islam, apatah lagi diamalkan secara terbuka oleh masyarakat Timur. Tuntutan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (COMANGO) yang mendukung fahaman liberalisme dan sekularisme berkumandang sejak 2013. Mereka mengemukakan tuntutan melalui Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diadakan pada Oktober 2013 agar Kerajaan Malaysia mengiktiraf orientasi seksual dan identiti jantina (SOGI). Namun, isu LGBT bukan hanya terhad kepada kehidupan atau peribadi seseorang individu atau pengamal LGBT. Di Amerika Syarikat (AS), perkahwinan sejenis diiktiraf Mahkamah Agung dalam kes Obergefell v Hodges pada 2015 yang disambut baik komuniti LGBT seluruh dunia. Ini diikuti Mahkamah Perlembagaan Taiwan yang mengesahkan perkahwinan sejenis pada Mei tahun lalu. Terkini, Australia mengubah perkataan 'the union of a man and woman' kepada 'the union of two people' pada hujung 2017. Pengiktirafan hak LGBT menimbulkan konflik baharu yang bukan sahaja menambahkan kecelaruan nilai dan pegangan, bahkan menimbulkan pertembungan hak dan kebebasan. Contohnya, Mahkamah Rayuan di Oregon, AS pada 28 Disember 2017 menafikan hak beragama dua orang Kristian yang mengusahakan kedai kek, iaitu Aaron dan Melissa Klein apabila mereka didapati bersalah mendiskriminasi serta mencabuli hak pasangan lesbian kerana enggan menerima tempahan kek, lalu didenda AS$135,000. Pada 2015, seorang kerani pejabat kerajaan di Kentucky, AS dikenakan hukuman denda dan penjara lima hari kerana enggan mengeluarkan sijil perkahwinan bagi pasangan homoseksual berikutan kepercayaan agamanya, Kristian.
9
LGBT mampu meruntuhkan institusi keluarga, Bukan sahaja mengakibatkan pertembungan hak, ia juga boleh menjurus ke arah keruntuhan institusi keluarga. Contohnya, Mahkamah Juvana Daerah Hamilton, AS menyerahkan hak penjagaan seorang remaja berusia kurang 18 tahun kepada datuk dan nenek, lantas memisahkan remaja berkenaan daripada ibu bapa kandungnya. Ini disebabkan pendirian ibu bapa remaja itu yang tidak bersetuju dengan permintaan anaknya bagi mengubah jantina melalui terapi hormon. Kes berkenaan membawa unsur kemusnahan terhadap institusi dan autonomi sesebuah unit keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan anak. Walaupun usia anak masih di bawah 18 tahun, hak sebagai ibu bapa kandung yang bertanggungjawab mencurahkan kasih sayang dan memberikan didikan moral mahupun agama selama belasan tahun kepada anak mereka, dinafikan. Ia semata-mata kerana desakan fahaman dan gaya hidup LGBT, khususnya ketika anak sedang membesar, mengenali diri dan mencari erti hidup serta membina jati diri. Sikap agresif pendukung hak LGBT membangkitkan prasangka terhadap anak dan remaja yang kelihatan cenderung kepada perwatakan jantina yang berlawanan. Akhirnya, mereka begitu mudah mendakwa bahawa anak itu tergolong dalam kelompok trans- gender yang ingin menukar jantina. Anak yang belum matang dan cukup membesar menjadi mangsa ideologi yang diselindungi dengan konsep kepentingan anak-anak atau in the best interest of child. Akibatnya, ibu bapa tidak lagi berperanan mencorak identiti dan kehidupan anak mereka sendiri. Situasi sama turut bakal dihadapi ibu bapa yang mahu mengambil anak angkat. Dengan peningkatan penerimaan golongan LGBT, ibu bapa yang berpegang teguh kepada ajaran agama mereka boleh menjadi asbab kepada penafian hak untuk mengambil anak angkat, walaupun melalui prosedur sah di sisi undang-undang.
10
Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) merupakan kelompok tertinggi dijangkiti HIV yang mewakili 50 peratus kes baharu dilaporkan sepanjang 2017. Berdasarkan laporan Sektor HIV/STI, Bahagian Kawalan Pe-nyakit, Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,697 individu yang mengamalkan tabiat seks songsang seperti homoseksual dan biseksual adalah sebahagian daripada 3,347 kes HIV baharu dica-tatkan pada tahun lalu. Lebih mengejutkan, jumlah tersebut adalah 14 kali ganda lebih tinggi berbanding individu yang mengambil dadah melalui perkongsian jarum suntikan (IDU) dijangkiti HIV yang se-ring diperkatakan sebagai punca utama penyebaran virus berkenaan. Apapun, yang menjadi kebimbangan apabila penyebaran virus itu dalam kalangan golongan homoseksual dan biseksual itu semakin meningkat setiap tahun daripada 63 kes pada tahun 2000 kepada 1,553 pada tahun 2016 selain 1,697 pada tahun lalu. Peningkatan tersebut turut menyaksikan jumlah mereka yang disahkan positif HIV melalui aktiviti menagih dadah dengan berkongsi jarum suntikan terus menurun sebaliknya melalui hubungan seks di luar tabii pula semakin meningkat. Mengikut rekod 2017 itu juga, seramai 1,335 kes pula adalah mereka yang dijangkiti virus tersebut melalui hubungan seks di antara lelaki dan perempuan tidak kira pasangan suami isteri mahupun yang belum berkahwin. Bagi pecahan pekerjaan pula, kakitangan swasta merupakan kelompok terbesar iaitu seramai 1,085 orang manakala penjawat awam pula seramai 213 yang menghidap HIV pada tahun 2017. Jumlah yang ketara juga melibatkan kumpulan pelajar yang mencatatkan sebanyak 247 kes baharu selain penganggur seba-nyak 241 kes dan suri rumah tangga 145 kes. Bagi peringkat umur pula, mereka yang berusia di antara 20-29 tahun merupakan kumpulan umur paling ramai menghidap HIV diikuti mereka berumur 30 hingga 39 tahun. Walaupun secara amnya, jumlah penghidap HIV baharu tidak menunjukkan peningkatan yang ketara,
11
namun setiap tahun jumlahnya melebihi 3,300 kes baharu sejak 2010. Namun apa yang meresahkan, golongan LGBT kini semakin berani untuk mendedahkan diri selain mendesak semua pihak untuk menghormati hak mereka untuk bebas mengamalkan tabiat luar norma kehidupan itu. Keadaan itu secara tidak langsung mempromosikan tabiat songsang sekali gus meningkatkan jumlah mereka yang terjebak dengan HIV jika tidak dibendung dengan berkesan.
12
LANGKAH MEMBASMI LGBT DI MALAYSIA “CINTA tertinggi adalah kepada Dia Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, iaitu Allah SWT. Pandanglah alam dengan penuh cinta dan berjuang dengan semangat cinta. Dengan begitu, anda akan berbalas-balasan cinta dengan Dia pemberi cinta. Cinta sejati adalah tatkala anda memasuki gerbang maut dan bertemu Dia: ‘Almautu ayatu bi sadiq’.” – Buya HAMKA. Rasa kasih yang wujud secara semula jadi dalam setiap manusia adalah anugerah dan ihsan Tuhan kepada kita. Malangnya mutakhir ini, kerap pula dipekikkan perihal budaya tidak sihat percintaan kaum sejenis. Isu ini teramatlah meruncing sehingga perlu diperdebatkan dalam Parlimen lewat Mac 2017. Isu perbahasan tersebut berkisar tentang penapisan filem Beauty & The Beast yang sememangnya mempunyai unsur-unsur homoseksual nyata. Penapisan filemfilem seperti ini harus dilakukan bagi memastikan masyarakat mengetahui pendirian dan komitmen kerajaan dalam menangani isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Menentang gejala songsang LGBT bukanlah sehingga menidakkan hak asasi mereka sebagai manusia yang harus hidup dengan kehormatan. Hak asasi mereka terhadap pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang pekerjaan masih perlu dihormati dan dipelihara. Demi penghormatan ini, pada Julai 2016 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Perlakuan LGBT serta turut menganjurkan program bersama golongan LGBT. Tambahan lagi, baru-baru ini Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad AlBakri turut hadir menyantuni komuniti transgender di sekitar Kuala Lumpur. Langkahlangkah ini seharusnya dipuji dan diteruskan untuk menambah baik taraf hidup komuniti LBGT, selain dijadikan peluang untuk menitipkan nasihat kepada yang memerlukan. Menyantuni komuniti LBGT pula tidaklah sehingga tuntutan mereka keseluruhannya diterima dan diberikan pengiktirafan. Perlu diimbangi di antara hak asasi harus dimiliki 13
semua manusia dan tuntutan-tuntutan memungkinkan kebebasan agama, budaya dan naratif kebangsaan. Imbangan ini harus diperhalusi sebelum konflik hak asasi membarah dalam negara ini. Melalui landasan Semakan Berkala Sejagat (UPR) disediakan Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lewat 2013, Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) telah melontarkan beberapa tuntutan bagi pihak komuniti LGBT termasuklah pemansuhan Seksyen 377A Kanun Ke-seksaan (Akta 574) - yang sekarang ini menjadikan perbuatan seks luar tabii sebagai suatu jenayah. Dengan memansuhkan undangundang yang mengharamkan perlakuan homoseksual, gejala LGBT akan terus berleluasa tanpa kekangan dan ini akan merosakkan kesejahteraan institusi kekeluargaan selain membawa kesan kesihatan yang merisaukan. Pada penghujung Oktober lalu, Ketua Penolong Pengarah Kanan (HIV/STI) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mendedahkan bahawa 65 peratus kes jangkitan HIV adalah daripada golongan LGBT. Dapatan ini membimbangkan bukan hanya kerana isu kesihatan yang berbangkit tetapi juga menimbulkan persoalan lebih asas lagi - adakah kesongsangan cinta sejenis boleh dibela apabila ia merosakkan jasad dan diri serta menular sehingga merosakkan jurai kekeluargaan dan masyarakat. COMANGO juga mendesak agar isu orientasi seksual dan identiti jantina (SOGI) diberikan perhatian termasuklah dengan memberikan kebebasan ekspresi kepada semua mengikut pilihan masing-masing. Ini nyata cara halus menghilangkan nilai-nilai agama, norma-norma budaya. Tambahan lagi, COMANGO mendukung penggunaan kata ‘gender’ yang luas bagi membuka ruang untuk membolehkan jantina ditakrifkan mengikut social construct atau acuan sosial. Lebih menggerunkan apabila terma inilah yang dimasukkan juga dalam Cadangan Akta Kesaksamaan Gender, yang kini dalam proses dibawa untuk perbahasan dalam
14
Parlimen. Dalam Seksyen 4 Cadangan Akta tersebut, ‘gender’ ditakrifkan sebagai “makna sosial yang diberikan kepada perbezaan seks biologi termasuk mengikut social construct sama ada diterbitkan semula dalam amalan material atau tidak.”
Selepas menapis beberapa konsep asing yang ada dalam takrifan ini, jelas jika Seksyen 4 Cada-ngan Akta Kesaksamaan Gender diluluskan, negara ini akan me-ngalami masalah perundangan dan perlembagaan serius dalam menterjemah maksud ‘gender’ mengikut buram social construct. Perlu diperhatikan bagaimana dalam Statut Rom, satu-satunya konvensyen antarabangsa yang mentakrifkan istilah ini, ‘gender’ dimaksudkan sebagai lelaki dan perempuan dalam konteks masyarakat. Satu kumpulan khusus dianggotai pendakwah berkelayakan perlu ditubuhkan dalam usaha menangani penularan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini, termasuk dalam kalangan remaja Islam. Untuk tujuan itu, pemilihan pendakwah perlu mengambil kira pelbagai aspek terutama dari segi personaliti dengan memiliki ciri tertentu seperti mudah mesra, bersikap terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap golongan sedemikian. Panel Pemikir Panel Isu Semasa Wanita Islam (PISWI), Dr Fariza Md Sham, berkata sinergi antara pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu diwujudkan bagi memberi latihan khusus kepada pendakwah atau pegawai agama. Katanya, ini penting demi memastikan teknik penyampaian digunakan pendakwah khususnya ketika berdepan golongan LGBT mampu memberi kesan secara lebih menyeluruh kepada golongan sasar. "Pemulihan bagi LGBT ini tidak boleh dilakukan secara bidan terjun dan sembarangan kerana bukan semua golongan agama mampu
15
mengendalikannya...ciri paling penting mereka mampu menerimanya sebagai sasaran dakwah. "Berdasarkan kajian yang kami lakukan, golongan ini mengalami masalah psikologi, perasaan kurang yakin diri dan beranggapan masyarakat membenci fizikal serta diri mereka. "Mereka ini kebanyakannya tahu kesalahan yang dilakukan, jadi perlu kepada pendekatan bersesuaian untuk menarik perhatian secara berhikmah. Dakwah pula perlu dilakukan secara tertutup tanpa penyertaan orang awam," katanya ketika sesi temu bual media di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bangi, semalam. Fariza yang terbabit dalam penyelidikan isu transgender sejak 2015, berkata statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada 2013 menunjukkan tiga peratus daripada rakyat Malaysia terjebak dalam gejala LGBT. "Bayangkan pada 2013 direkodkan sebanyak 173,000 pelaku LGBT di negara ini dan dipercayai angka ini terus meningkat...amat membimbangkan, kajian yang kami lakukan mendapati pelaku LGBT ini bermula pada usia remaja seawal 14 hingga 15 tahun. "Ada antaranya terjebak gejala tidak sihat ini kerana kurang penghayatan agama, bahkan amat malang ada yang tidak faham ayat al-Quran dengan mentafsir perintah Allah SWT supaya berpasang-pasangan, bagi menghalalkan hubungan songsang mereka," Beliau yang juga pensyarah di Fakulti Pengajian Islam UKM, berkata jika dilihat sejarah manusia, golongan LGBT ini banyak disebut dalam al-Quran terutama mengenai kisah kaum Nabi Luth yang wajar dikongsikan sebagai peringatan dan pengajaran kepada umat Islam hari ini. "Allah SWT menyifatkan golongan ini sebagai melampaui batas kemanusiaan dan melanggar perintah-Nya, selain ia melambangkan kejahilan sehingga sanggup memuaskan nafsu dengan memilih pasangan daripada jantina yang sama," katanya. Beliau berkata,
16
JAKIM turut memainkan peranan penting dalam menangani isu ini dengan mengeluarkan empat teras pelan tindakan bagi menanganinya secara tuntas dan progresif. "Ia termasuk meningkatkan pembabitan pelbagai pihak untuk bekerjasama termasuk keluarga, sosial dan komuniti, selain menetapkan daripada segi dasar dan undang-undang bagi mencegah golongan ini dari terus berkembang. "JAKIM turut memfokuskan usaha melahirkan program pencegahan dan perkhidmatan yang mudah diakses serta memperkasa pegawai khidmat sosial syarie bagi memastikan keberkesanan setiap acara dianjurkan," katanya.
Fariza berkata, LGBT turut menjadi ancaman bagi masyarakat Islam pada peringkat global khusus apabila Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada 2011 mengiktiraf hak asasi mereka golongan ini. "Cabaran lebih besar apabila 20 negara menyokong pengiktirafan terhadap LGBT, sekali gus memberi petanda buruk terhadap kesukaran membendung pertambahan kelompok ini," katanya. Justeru, beliau berkata, semua pihak perlu bersatu dalam menangani isu LGBT dan mendekati mereka dengan cara yang baik, memandangkan pergaulan dan pembawakan diri yang agak berbeza berbanding manusia normal. "Berikan teguran termasuk di media sosial secara berhemah dan jangan sesekali meminggirkan mereka," katanya.
17
KESIMPULAN LGBT merupakan penyimpangan orientasi seksual yang dilarang oleh semua agama terlebih lagi dilarang oleh agama islam. Selain karena perbuatan keji ini akan merusak kelestarian manusia, yang lebih penting Allah SWT dan Rasulullah melaknat perbuatan ini. Oleh karena itu sudah menjadi kewajiban bagi umat islam untuk melawan segala jenis opini yang atas nama HAM membela kaum LGBT akan tetapi sesungguhnya mereka membawa manusia menuju kerusakan yang lebih parah. Pandangan islam terhadap LGBT adalah haram, karena islam telah mengharamkan zina, gay, lesbian dan penyimpangan seks lainnya serta islam mengharuskan di jatuhnya sanksi bagi pelakunya. Hukumannya adalah dengan dibunuh, baik pelaku (fa’il) maupun obyek (marf’ul bih) bila keduannya telah baliqh Hukumannya di rajam , hal ini sebagaimana diriwayatkan oleh Al Baihaqy dari Ali bahwa dia pernah merajam orang yang berbuat liwath. LGBT bukannlah suatu pilihan yang di benarkan apalagi merupakan suatu hak asasi manusia karena homo seksual bisa menimbulkan keburukan-keburukan pada masyarakat dan akan merampas hak orang lain. Karena bila itu adalah suatu hak terlebih bagi merupakan hak asasi manusia hal tersebut tidaklah mungkin menimbulkan kerugian, kerugian pada orang lain juga.dan dengan dilakukannya homo seksual maka akan lebih terbuka kemungkinan akan penyakit kelamin berbahaya. Jadi pada intinya hal tersebut tidaklah dapat di katagorikan sebagai hak asasi manusia karena lebih banyak keburukan di bandingkan kebaikannya. Dan HAM yang benar HAM yang tidak menimbulkan keburukan namun menimbulkan banyak kebaikan- kebaikan. Saran Sebaiknya pemerintah lebih bertindak tegas dan berani mengatakan bahwa hal tersebut salah dan dilarang agama maupun di Malaysia karena hal tersebut lebih banyak mengandung keburukan bila di bandingkan dengan kebaikannya.
18
REFERENCES 1. Sodomylaws.Org 2. Panjat^ [1] 3. ^ Panjat ke:a bhttp://www.ilga.info/Information/Legal_survey/Asia_Pacific/malaysia.htm 4. Panjat^ Sodomylaws.Org 5. Panjat^ "Gay ministers barred, Malaysia tells UK". BBC News. 1 November 2001. Dicapai 7 May 2010. 6. Panjat^ "PM's daughter slams Malaysian anti-gay group". BBC News. 23 October 1998. Dicapai 7 May 2010. 7. Panjat^ Sodomylaws.Org 8. Panjat^ [2] 9. Panjat^ Sodomylaws.Org 10. Panjat^ [3] 11. Panjat^ Sodomylaws.Org 12. Panjat^ Sodomylaws.Org 13. Panjat^ Former PM says gays should not rule mostly Muslim Malaysia | News | Advocate.com 14. Panjat^ "Malaysia's Anwar Ibrahim arrested". BBC News. 16 July 2008. Dicapai 7 May 2010.
19
20