Teks Syarahan 2019.docx

  • Uploaded by: Kema Malini Thiagarajan
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Syarahan 2019.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,410
  • Pages: 4
Mata pelajaran : Bahasa Melayu Hari : Tarikh : Tema : Tajuk : Standard Kandungan : Standard Pembelajaran : Objektif Diakhir pembelajaran murid dapat : Pembelajaran

Kelas : Masa :

Aktiviti pembelajaran PdPc ABAD 21

ABM / BBM

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) TAHAP PEMIKIRAN

PETA PEMIKIRAN i-THINK

PENILAIAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Gallery Walk

Think Pair Share

Round Robin

Quiz Quiz Trade

1 Stay 3 Stray

Numbered Heads Together

Rally Robin

Talking Chips

Jigsaw

Inside Outside Circle

Lain-lain:……………………………..

Buku Teks

Edaran/Lembaran Kerja

Modul Subjek

Buku Rujukan/ Buku Kerja

Model/Gambar/Carta

Lainlain:………………………… ….

Bahasa

Kelestarian Alam Sekitar

Keusahawanan

Patriotisme

Sains dan Teknologi

Pendidikan Kewangan

TMK

STEM

Nilai Murni

Kreativiti dan Inovasi

Kelestarian Global

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS RENDAH

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Buku Kerja

Mengaplikasi

Menilai

Buku Rujukan

Menganalisis

Mencipta

Peta Bulatan

Peta Pokok

Peta Buih

Peta Alir

Peta Dakap

Peta Titi

Peta Buih Berganda

Peta Pelbagai Alir

Lembaran Kerja

Pemerhatian

Lisan

Tugasan

Hasil Kerja Murid

Kuiz

Drama/PBL

Pembentangan

Lain-lain: ..........................................

PENTAKSIRAN (Nyatakan Bilangan Murid) REFLEKSI

Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

Tahap 4

Tahap 5

Tahap 6

………/…………orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pengayaan/ pengukuhan. ………/…………orang murid tidak menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ditangguhkan kerana

Bahasa Program Sekolah :........................... Aktiviti Luar Cuti Rehat/Cuti Sakit

Cikgu Anelyza SPM Sunday, November 6, 2016 KARANGAN SPM 4/16

Soalan: Pada masa ini, teknologi maklumat memberikan banyak kebaikan dalam kehidupan seharian. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada masyarakat dan negara. Zaman beralih musim berubah, fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari zaman falsafah ke Zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran dan seyogianya manusia memperoleh pelbagai input baharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Di Malaysia, teknologi maklumat dan komunikasi merupakan agenda baharu yang begitu diberi-kan perhatian. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah yang serius untuk menerapkan budaya ICT kepada masyara-kat. Berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan untuk tujuan itu. Berda-sarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, ternyatalah bahawa bidang ICT mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini. Teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan di dalam dan di luar negara. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan Internet, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari selur-uh dunia. Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. Dengan ini, masyarakat Malaysia tidak akan keciciran maklumat dalam menelusuri arus perdana yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini. Gelaran katak di bawah tempurung tidak akan dilabel pada setiap rakyat Malaysia. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi. Selain itu, dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi dapat mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan berbilang kaum. Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok bandingnya? Jelaslah bahawa kemajuan ICT dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain walaupun berada di benua yang berbeza. Kejauhan tidak lagi menjadi penghalang untuk menjadikan hubungan semakin akrab bagai isi dengan kuku.

Jika kita tinjau kebaikan ICT kepada negara pula, kehadiran teknologi maklumat dan telekomunikasi merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Kewujudan ICT dapat membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dapat dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan. Fakta ini nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung sudah boleh menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik daripada pelajar yang sudah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Pelajaran di sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul pemelajaran yang disediakan dalam cakera padat-ingatan baca sahaja (CD-ROM) yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Izharlah bahawa kemajuan ICT mampu menjadi pemudah cara dan menjadi tarikan dalam memajukan sistem pendidikan di negara kita. Selain membantu dalam sistem pendidikan, ICT juga menjadi penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen atau kamera litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini ialah penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Isyarat yang dihantarnya tidak dihantar secara terbuka. Hal ini berbeza sekali dengan televisyen. CCTV ini digunakan untuk mengawas keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping itu, kegiatan jenayah yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit. Dengan bantuan CCTV, akhirnya kanak-kanak yang bernama Nurin Jazlin berjaya ditemui. Kes penculikan kanak-kanak yang penuh tragis tersebut pernah menggegarkan seluruh masyarakat Malaysia. Kejadian ini tentu sekali kes jenayah yang sangat kejam. Walaupun mayat kanakkanak tersebut ditemui dalam keadaan yang menyayatkan hati namun dengan adanya kamera video dapat merakamkan lokasi beg yang mengandungi mayat kanak-kanak tersebut. Dengan kemajuan bidang ICT, keselamatan negara dapat dipelihara dan secara implisitnya, kehidupan rakyat juga tidak akan terancam. Tugas anggota keselamatan negara juga akan menjadi lebih mudah. Pendek kata, keamanan dan keselamatan dapat dijaga melalui kemajuan bidang ICT di negara kita. Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan bidang ICT secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi maklumat. Hal ini dapat dibuktikan ketika Bill Gates, insan terkaya di dunia melawat Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multimedianya. Oleh itu, terbuktilah bahawa pembangunan teknologi maklumat membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Kita tidak harus ketinggalan untuk menguasai kemahiran ICT kerana bidang ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa dengan pantas. Sistem hidup manusia masa depan akan lebih bergantung kepada kemajuan dalam bidang ini. Malah pada masa ini pun, kebergantungan manusia terhadap teknologi maklumat sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, sebagai rakyat Malay-sia, kita perlu menyokong usaha ini di samping menyediakan diri untuk mempelajari pengetahuan baharu berkaitan ICT agar kita tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung. Namun begitu, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan ICT. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020.

Related Documents

Teks Syarahan Akir.ii.docx
December 2019 28
Syarahan
May 2020 30
Karangan Syarahan
November 2019 25
Syarahan Isdlam Ilmui
June 2020 26

More Documents from "Muhammad"