Minit Mesyuarat Guru Yang Pertama Bagi Tahun 2014.docx

  • Uploaded by: Kema Malini Thiagarajan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Guru Yang Pertama Bagi Tahun 2014.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 719
  • Pages: 4
Minit Mesyuarat Guru Yang Pertama bagi Tahun 2014 SJK (T) Ladang Serapoh, 32810,Parit, Perak.

Tarikh

: 27.12.2013

Masa

: 9.00 pagi (Jumaat)

Tempat

: Pusat Sumber Sekolah

Hadir

: 1) Pn.C.Devi (Guru Besar) 2) Pn.A.Sanggari 3) En.S.Prassaad 4) Pn.M.Vani 5) Pn.Noorleanna 6) Cik.P.Anigala 7) Cik.T.Kemamalini 8) Cik.V.Vishalani 9) Pn.C.Sreejaya 10)Cik.R.Annapurani 11)Cik.V.Kogilavani

1.0)

Ucapan Pengerusi (Guru Besar :Pn.C.Devi)

1.1)

Guru Besar mengalu-alukan kedatangan semua guru ke Mesyuarat Guru yang pertama bagi tahun 2014.

1.2)

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru ke atas kesudian mereka meluangkan masa menghadiri mesyuarat pada kali ini.

2.0)

Membentangkan dan mengesahkan mesyuarat guru. -

3.0)

Agenda Perbincangan

3.1)

Guru Besar meminta semua guru kelas membersih dan menceriakan bilik darjah masing-masing sebelum hari persekolahan.

3.2)

Guru Besar meminta guru bertugas datang awal iaitu pada pukul 7.15 pagi ke sekolah dan memantau semua kegiatan berjalan dengan lancar dan dalam keadaan selamat.

3.3)

Beliau meminta guru-guru menggalakan murid-murid menyanyi empat buah Lagu iaitu lagu Negara Ku, Lagu negeri Perak ,Lagu Perak Gemilang dan Lagu sekolah pada waktu perhimpunan.

3.4)

Beliau membimbing guru-guru cara menulis refleksi dalam buku rekod pengajaran dan pembelajaran.

3.5)

Beliau meminta semua panitia matapelajaran teras seminggu sekali mengadakan perjumpaan kecil diantara guru-guru supaya dapat berkongsi maklumat dan membincangkan pencapaian murid-murid dalam pelajaran.

3.6)

Guru Besar mengagihkan kelas kepada guru-guru berikut: Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Guru Kelas Cik.P.Anigala Cik.R.Annapurani Pn.C.Sreejaya Cik.T.Kemamalini Cik.V.Vishalani Cik.M.Kogilavany

Tahun 1 2 3 4 5 6

3.7)

Beliau meminta semua guru melengkapkan semua bahagian dalam Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dengan lengkap dan memastikan semua guru menyediakan serta menulis Rancangan Harian pada hari pertama persekolahan

3.8)

Beliau meminta semua guru memakai pakaian formal serta mengikuti peraturan-peraturan am sekolah.

3.9)

Beliau mengingatkan semua guru memakai pakaian batik pada hari Khamis dan Beliau juga menegaskan kepada semua guru supaya menurunkan tandatangan waktu pagi dan sebelum balik rumah.

3.10)

Beliau meminta semua guru harus mengetahui Visi dan Misi Sekolah.

3.11) Beliau juga meminta guru kelas tahun 5 dan 6 menyediakan sudut Headcount dan mencatatkan Tov dan sasaran murid-murid dalam setiap matapelajaran.

3.12) Beliau meminta semua guru masuk ke kelas mengikut waktu yang ditetapkan dan mengajar dengan berkesan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai. 3.13) Beliau meminta semua guru memberi kerjasama untuk meningkatkan pencapaian keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang 3.14) Guru Besar akan membuat pencerapan sekurang-kurangnya dua kali setahun satu diberitahu sebelum membuat pencerapan dan satu lagi tanpa diberitahu. 3.15) Guru-guru dikehendaki melaporkan maklumat penting kepada Guru Besar selepas menghadiri kursus atau mesyuarat, jika perlu diberi inhouse training kepada semua guru sekolah. 3.16) Guru Besar meminta semua guru mengamalkan program Guru Penyayang dan program Mentor-mentee dengan bersungguh-sungguh. 3.17) Beliau mengingatkan guru-guru mendapat surat arahan daripada ketua jabatan sebelum membawa keluar murid untuk sesuatu tujuan .Dengan adanya surat arahan ini akan membantu guru dari dakwaan dan ia juga akan dilindungi oleh pihak kerajaan. 3.18) Beliau telah memberitahu hal kecuaian seseorang guru didalam kelas dan di luar kelas boleh mengakibatkan masalah atau kemalangan pada murid-murid dan ia juga boleh didakwa di mahkamah, oleh demikian, guru- guru perlu berwaspada dan sentiasa memberi perhatian kepada murid-murid semasa waktu sekolah. 3.19) Beliau menyatakan bahawa pelajar tidak boleh dirotan dan sebelum mengambil sesuatu tindakan perlu diberi nasihat sekurang-kurangnya 3 kali kepada pelajar tersebut dan tindakan atas pelajar tersebut perlu direkodkan

3.20) Beliau meminta guru Hem menghantarkan data ponteng sekolah dan mewujudkan jawatankuasa bagi bahagian disiplin.Beliau juga memberitahu masalah disiplin murid boleh ditangani oleh guru bertugas pada masa tertentu. 3.21) Beliau juga meminta guru-guru menitikberatkan tulisan murid-murid dalam buku latihan dan buku kerja. Beliau juga meminta guru bertugas mengisi kehadiran murid-murid dan guru-guru dalam aplikasi APDM.

3.22) Beliau meminta semua guru menyemak buku latihan murid dengan betul dan diggalakan murid-murid membuat pembetulan. 3.23) Beliau meminta semua guru mengemaskini maklumat penting dalam aplikasi online E-SPLG dan E-Operasi. 3.24) Beliau menggalakkan guru-guru menjalankan pdp di luar kelas supaya muridmurid dapat belajar dalam suasana yang berbeza. 3.25) Semua guru yang terlibat dalam kelas tambahan yang akan berjalan selama 3 hari Isnin, Selasa dan Jumaat. 3.26) Guru-guru dikehendaki menulis laporan tentang pengajaran sewaktu kelas tambahan dalam buku yang telah disediakan.

4.0)

Ucapan Penangguhan

4.1)

Guru Besar merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang sudi menghadirkan diri dalam mesyuarat guru ini dengan penuh kerjasama. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

Disediakan oleh:

…………………………… (Kemamalini a/p Thiagarjam) Setiausaha

Disahkan oleh :

………………………………..

Related Documents


More Documents from ""