1.0
Pengenalan 1.1
Sekolah Bestari
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunkan Konsep Sekolah Bestari pada tahun 1996, di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed iaitu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada waktu itu. Sekolah bestari Malaysia merupakan sebuah
institusi pembelajaran yang direka semula secara
sistemik iaitu dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi zaman maklumat. Bertepatan dengan hasrat dan misi kerajaan untuk mengubah sistem pendidikan negara, kewujudan sekolah bestari dilihat sebagai salah satu alternatif atau jalan yang sangat baik untuk menaik taraf sistem pendidikan negara kita kepada satu peringkat yang lebih baik. Kewujudan sekolah bestari yang lengkap dengan teknologi terkini merupakan antara pemangkin kepada perubahan sistem pendidikan negara disamping menyediakan tenaga yang mahir bagi cabaran alaf baru. Sistem persekolahan yang ada pada masa kini perlu berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan kepada teknik hafalan kepada pembelajaran yang boleh merangsang pemikiran dan kreativiti dengan mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid serta memastikan semua murid berpeluang untuk membina konsep kendiri. Pelaksanaan sekolah bestari merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Pelaksanaannya adalah secara berfasa 1
dan strateginya adalah melalui Quick Wins iaitu mengambil kira inisiatif ICT KPM sedia ada. Program ini merupakan usaha inovatif KPM menjadikan semua sekolah sebagai sekolah bestari menjelang 2010. Pembestarian sekolah sebenarnya merupakan satu proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Bagi memastikan kejayaan program ini, terdapat lima inisiatif utama KPM yang ditekankan iaitu projek perkomputeran dan makmal komputer, projek rintis sekolah bestari sebagai penanda aras, penyediaan infrastruktur dan rangkaian jalur lebar SchoolNet, PPSMI dan TV Pendidikan. Terdapat lima komponen utama dalam pelaksanaan sekolah bestari iaitu pengajaran dan pembelajaran, sistem pengurusan sekolah bestari, sumber manusia serta kemahiran dan sikap, teknologi dan proses. Komponen-komponen ini akan sentiasa dinilai dan diubah untuk memastikan tahap kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan adalah tinggi. Melalui projek perkomputeran, 6,263 buah sekolah telah dibekalkan dengan makmal komputer dan 99,000 buah komputer. Selain itu 9,383 buah sekolah juga dibekalkan dengan rangkaian jalur lebar SchoolNet. Dengan kata mudah kini sekolah boleh mencapai talian internet. Kemudahan ini membolehkan warga pendidik dan murid-murid di sekolah mendapatkan apa juga maklumat dalam sekelip mata ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid tidak perlu ke luar negara untuk mengetahui tentang sesebuah negara lain. Terdapat 3025 buah sekolah yang 2
mempunyai pusat akses sekolah. Pusat ini berbentuk cybercafe, tempat bagi muridmurid mendapatkan maklumat. Sistem pembelajaran sekolah bestari adalah bercorak kendiri mengikut kadar keupayaan seseorang individu, berkesinambungan dan reflektif. Ia akan terlaksana dengan adanya kemudahan teknologi pelbagai media dan jaringan yang meliputi seluruh dunia. Pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid atau student centre. Kurikulum sekolah bestari juga lebih fleksibel dan terbuka dimana ia dirancang supaya lebih bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial dan bersifat global berdasarkana matlamat. Sekolah bestari juga menekankan kepada pembelajaran secara aktif dimana murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran adalah berpusatkan kepada budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber dan kemudahan teknologi yang ada serta menggunakannya menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai situasi. Selain itu sekolah bestari dijadikan tampuk untuk memupuk kemahiran penyelesaian masalah secara kreatif dalam menghadapi situasi dan era yang semakin membangun dan berkembang pesat. Murid akan dilatih untuk berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat dengan mengambil kira risiko dan masalah yang mungkin akan mereka hadapi ekoran daripada keputusan yang telah diambil dan dibuat.
3
2.0
Contoh-contoh Borang Pengurusan Grafik 2.1
Pengurusan Grafik (Peta Minda)
Tulis sebuah karangan berpandukan idea-idea utama yang diberikan di bawah ini :
Vaksin
Tanda serangan
Kitaran hidup
Nyamuk aedes
Kesan gigitan
Tempat pembiakan
4
2.2
Pengurusan Grafik (Carta)
Pembayaran bil ASN/ASB Pembaharuan road tax Pembaharuan insurans kenderaan motor ken Pembaharuan lesen kenderaan motor Setem
Pelbagai
Kemudahan di Pejabat Pos
Kiriman wang
Wang pos
Money oder
Perkhidmatan
Telegraf
Perkhidmatan mel
Kiriman
wang udara
darat
surat
laut
5
bungkusan
3.0
Kemahiran Generik Bagi
mencapai
objektif
sekolah
bestari,
proses
pelaksanaannya
perlu
diselaraskan sebagai suatu sistem. Sistem yang terancang membolehkan input menghasilkan output yang dikehendaki seperti kesediaan murid untuk melanjutkan pelajaran dan penyertaan yang aktif dan produktif dalam kalangan tenaga kerja. Sekolah bestari juga memberi peluang untuk menilai semula sistem persekolahan sedia ada, mengenalpasti masalah dan mencari penyelesaian yang terbaik dengan bantuan teknologi. Sehubungan itu, kemahiran-kemahiran generik perlu diperkembangkan di sekolah bestari. Antara kemahiran generik yang perlu diperkembangkan ialah kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran mentafsir dan menilai, kemahiran teknologi maklumat serta kemahiran pemudahcara atau fasilitator. Untuk memastikan perkembangan kemahiran-kemahiran generik ini, pelbagai pendekatan pembelajaran yang sesuai perlu dilaksanakan. Antara pendekatan pembelajaran
yang
sesuai
untuk
diaplikasikan
ialah
pembelajaran
masteri,
pembelajaran kadar kendiri, akses kendiri, pembelajaran berasaskan otak dan projek serta
pembelajaran
secara
berfikrah
dan
berbantukan
teknologi.
Bagi
memperkembangkan kemahiran generik dalam kalangan murid, guru-guru perlu menggunakan
strategi
pengajaran
yang
sesuai
seperti
direktif,
pemerhatian,
kontekstual, koperatif dan kolaboratif, metakognitif, mediatif, generatif serta kajian terhadap masa hadapan.
6
KEMAHIRAN GENERIK
KEMAHIRAN KEMAHIRAN
BERFIKIR
BELAJAR
KEMAHIRAN GENERIK
KEMAHIRAN KEMAHIRAN
MENTAKSIR DAN
FASILITATOR
MENILAI
KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
7
3.1
Kemahiran Belajar Apakah kemahiran belajar ? Menurut (Sabri Samad, 2003) kemahiran belajar
ialah prinsip, teori umum dan kaedah tertentu yang dapat melipatgandakan keberkesanan belajar. Manakala menurut (Modul OUM HBML2203, 2009) kemahiran belajar adalah kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat. Sekolah bestari juga bertanggungjawab mengujudkan budaya pembelajaran yang menumpukan kepada pemikiran mendalam dan pembelajaran bermakna. Matlamat yang ingin dicapai ialah melahirkan pelajaran yang berfikiran kreatif dan kritis, cekap menjana dan merumus idea serta menyelesaikan masalah. Setelah mahir menggunakan teknologi maklumat untuk mengakses dari segala sumber yang ada, mereka juga perlu mahir menilai sumber maklumat dan seterusnya menggunakan maklumat untuk menjana idea sama ada untuk menyelesaikan masalah atau mengembangkan sesuatu bidang pengetahuan. Seterusnya murid perlu dididik untuk menjadi pembelajar kendiri sepanjang hayat supaya apabila mereka dewasa kelak, mereka akan terus belajar untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu murid perlu menguasai kemahirankemahiran belajar seperti kemahiran : Pengoptimuman sumber pembelajaran – jenis-jenis sumber pembelajaran, penilaian sumber pembelajaran dan cara mengoptimumkan sumber Pemerolehan maklumat – mengumpul maklumat dan kemahiran membaca Memproses maklumat Membuat laporan
8
3.1.1 Pengoptimuman sumber pembelajaran Sejajar dengan persekitaran sekolah bestari yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran, seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak
untuk
memilih
sumber
pembelajaran
yang
sesuai
dan
seterusnya
mengoptimumkan penggunaannya dalam kelas bestari. Guru perlu menguasai kemahiran memilih bahan yang sesuai supaya mencapai kesan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran. Selepas mengenal pasti semua sumber pembelajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu membuat keputusan untuk memilih bahan yang paling berkesan untuk digunakan dalam bilik darjah. Disamping itu juga guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti untuk mencapai kesan terbaik. Sebagai contoh, guru boleh memulakan pengajaran dengan menggunakan alatan seperti audio, perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak dalam perbincangan dengan rakan sekumpulan. Pengajaran dan pembelajaran boleh diteruskan dengan mendapatkan bahan dari sumber internet. 3.1.2 Pemerolehan maklumat Salah satu daripada matlamat pendidikan ialah melahirkan pelajar yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, tetapi juga menguasai kemahiran belajar kendiri. Asas kepada kemahiran tersebut ialah keupayaan mengumpul maklumat secara aktif. Maklumat boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti membaca, mendengar secara aktif, menemuramah, mencatat nota dan membuat pemerhatian terhadap objek atau persekitaran. Dalam proses kemahiran belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Menurut Ab Rahim (1989) membaca “ melibatkan aktiviti fizikal dan mental seperti pergerakan mata, tatabahasa, perbendaharaan kata, ejaan, fonetik dan kefahaman intelektual “. Kemahiran asas ini penting kerana ia adalah salah satu kemahiran asas di sekolah. Bacaan penting bagi 9
seseorang murid kerana dalam semua mata pelajaran ada komponen bacaan terutama bahasa. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran. Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca: 1. Membaca secara berhati-hati
Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
Elakkan gangguan radio dan televisyen
2.
Membaca secara menyeluruh
Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting
Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.
3.
Membaca secara berulang-ulang
Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.
4.
Membaca dalam suasana yang selesa
Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
Udara sekitar mestilah mencukupi
Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.
5.
Berasa dalam keadaan selesa
Duduk dengan betul
Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.
6.
Baca secara peringkat
Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
10
Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.
7.
Cuba bentuk soalan ketika membaca
Gunakan kaedah 1 husband 6 wives HOW
8.
WHAT
WHO
WHEN
WHERE
WHICH
WHY
Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca. Catatkan isi yang dibaca
Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.
9.
Gunakan bahan pembelajaran lain ketika membaca
Pastikan pen, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting. Kemahiran membaca boleh dibahagikan kepada empat iaitu skimming,
scanning, reseptif dan intensif : a. Skimming/Luncuran Sesuai digunakan untuk maklumat ringkas dan pantas. Membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan nota. b. Scanning/ Imbasan Sesuai digunakan untuk mendapatkan malumat yang lebih dalam. Membaca pendahuluan, rumusan dan kandungan bab, seterusnya memerhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik dan data.
11
c.
Antara kemahiran membaca ialah membaca secara insentif iaitu untuk
mendapatkan malumat terperinci, perlu membuat strategi SQ3R. SQ3R ialah seperti di bawah: Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan Question –tajuk jadi soalan – jawab Read – baca perenggan untuk maklumat Recite – ringkaskan, refrasakan perenggan Review – lihat nota semula, pastikan ingat isi d.
Membaca laju juga merupakan kemahiran membaca, membaca laju ini
perlu memahami isi kandungan sesuatu topik. Tumpuan sepenuhnya masa membaca laju agar tidak ada kesalahan membaca. Mengesan isi-isi penting melalui tanda-tanda dalam sesuatu fakta tersebut seperti tulisan condong, bergaris tebal, gambar rajah dan juga peta minda. Seterusnya membuat catatan nota daripada membaca laju. Menurut Modul OUM HBML2203 (2009) mendengar secara aktif ialah proses mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan proses maklumat yang didengar. Kemahiran ini melibatkan apa yang didengar dan mengapa seseorang mendengar. Mendengar secara aktif juga merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui pertuturan, bunyi-bunyi tertentu atau alat pandang dengar. Dalam proses pembelajaran, kemahiran mendengar perlu digunakan terutamanya semasa mendengar kuliah atau pengajaran guru. Antara perkara yang perlu diberi perhatian semasa pengajaran guru ialah : Tenangkan fikiran dan duduk dalam keadaan yang selesa. Berikan tumpuan kepada guru. 12
Kenal pasti tajuk dan tujuan pembelajaran. Tujuannya ialah untuk memberikan tumpuan pendengaran kepada perkara-perkara yang akan disampaikan. Dengar dan fahamilah dengan teliti. Kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk mengekalkan daya ingatan anda. Berikan tumpuan kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan rumusan yang dibuat oleh guru dan penceramah. Mencatat nota merupakan suatu aktiviti untuk merakam fakta pada kertas dengan cara pantas, ringkas dan padat. Biasanya catatan dibuat berdasarkan kuliah, syarahan, ucapan, ceramah, seminar dan sebagainya. Catatan atau nota lazimnya mempunyai ciri-ciri yang berikut : Ringkas – menggunakan kata kunci dan bukan ayat yang lengkap Mengandungi rangka kasar perkembangan ceramah Ditulis dengan pantas, ringkas dan padat. Terdiri daripada isi-isi penting Disusun dalam bentuk lakaran idea yang jelas dan boleh difahami Mengutamakan idea atau isi utama, disusuli dengan sub idea pertama, kedua dan seterusnya. Menggunakan
tatanda
seperti
garisan,
bulatan
dan
sebagainya
bagi
memudahkan anda mengenali idea, subidea dan maklumat solongan. (Modul Latihan Guru Bestari) Seseorang dapat mengumpul maklumat dengan pelbagai cara. Antaranya dengan membuat temuramah individu seperti tokoh, pakar dalam bidang tertentu, orang kenamaan dan sebagainya. Ada juga temuramah dilakukan semasa seseorang 13
membuat
pemerhatian
lapangan.
Terdapat
3
peringkat
dalam
kemahiran
menemuramah iaitu : Peringkat sebelum temuramah Tentukan maklumat yang diperlukan Kenalpasti orang yang hendak ditemuramah Selidik latar belakang tokoh berkenaan serta bidang yang hendak ditemuramah Buat temu janji dengan tokoh berkenaan tentang masa, tempat dan tarikh Sediakan soalan-soalan untuk mencungkil dan mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Sediakan alat perakam, alat tulis, kamera pegun, kamera video dan sebagainya mengikut keperluan Peringkat semasa temuramah Antara perkara-perkara yang perlu dijalankan semasa temuramah : Tiba awal daripada masa yang dijanjikan. Gunakan pengucapan yang bertatasusila. Nyatakan tujuan temuramah. Bersikap ramah mesra dengan orang yang ditemuramah. Tunjukkan anda berminat dengan perkara yang diceritakan oleh tokoh berkenaan. Catatkan perkara dan butir-butir penting dalam buku catatan. Peringkat selepas temuramah Teliti semula maklumat yang dicatat dan dirakamkan semasa temuramah
14
Rancangkan cara penyusunan isi penting sama ada perlu disusun berdasarkan kronologi, keutamaan, kata tanya atau kategori tertentu. Tulis draf pertama berdasarkan rangka yang telah dikenal pasti. Masukkan gambar, rajah atau grafik untuk memudahkan pemahaman pembaca. Dapatkan bimbingan guru atau rakan. 3.1.3 Memproses maklumat Maklumat yang dikumpul daripada pelbagai sumber dan dengan pelbagai cara perlu diproses supaya ia boleh dianalisa, dibuat kesimpulan dan menghasilkan laporan maklumat yang ringkas, tepat dan menarik.
Dalam proses memproses maklumat
terdapat tiga perkara penting yang perlu diberi perhatian iaitu : Menyusun maklumat Membuat lakaran grafik Menganalisa data Maklumat yang telah dikumpulkan harus disusun mengikut keutamaan atau kepentingannya. Contohnya murid menulis sebuah karangan berkaitan sesuatu tajuk. Guru dan murid seharusnya berbincang melalui teknik sumbangsaran, mencari faktor untuk disenaraikan. Faktor-faktor itu kemudiannya disusun mengikut keutamaan. Lakaran grafik juga penting dalam memproses
maklumat. Lakaran grafik
adalah maklumat yang ditunjukkan dengan simbol, rajah, graf dan gambar bersamasama dengan maklumat berbentuk tulisan. Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu dianalisa supaya dapat membuat kesimpulan yang jelas dan tepat. Terdapat beberapa langkah untuk menganalisa data :
15
Menghubungkaitkan data Mengsintesis data Membandingkan fakta Membaca yang tersirat Membuat kesimpulan (Modul Latihan Guru Bestari ) 3.1.4 Membuat laporan Membuat laporan adalah aktiviti menyatakan sesuatu maklumat secara logikal dan tersusun ( Modul Latihan Guru Bestari, 2000). Ianya berkaitan dengan : Memberikan maklumat dan fakta Mengenal pasti masalah Mencadangkan penyelesaian Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan Membuat kesimpulan Membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti Membuat rekod sesuatu peristiwa Menganalisa aktiviti Mensistesis sesuatu pelan tindakan Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur dan tindakan Laporan boleh berbentuk pendek atau panjang dalam informal atau formal. Penyediaan laporan sebaik-baiknya berpandukan kata tanya iaitu : 16
Apa
( What)
Mengapa
(Why)
Siapa
(Who)
Bila
(When)
Dimana
(Where)
Bagaimana (How) Persembahan laporan yang baik akan menarik perhatian dan mengekalkan daya tumpuan serta daya ingatan.
Kesimpulan Perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia dan manusia yang bertaraf dunia. Pendidikan di alaf baru hasil daripada ledakkan dan perkembangan teknologi maklumat mengundang pelbagai cabaran yang harus ditangani dengan bijak oleh para pendidik khususnya. Guru harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna. Unsur Kemahiran Belajar perlu diselitkan secara bijak dalam sekolah bestari. Maka pelaksanaan sekolah bestari adalah amat bertepatan dengan zaman masa kini yang cukup dikenali sebagai zaman ledakan teknologi maklumat.. Apa yang pasti, pelaksanaan sistem ini bukan sahaja akan menguntungkan para pelajar, malah akan turut meninggikan martabat pendidikan negara kita amnya.
17
4.0
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran
:
Bahasa Malaysia
Tahun
:
5 Maju
Masa
:
60 minit
Tajuk
:
Kawalan Serangan Nyamuk Aedes
Objektif
:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : a. Membina ayat topik berdasarkan peta minda. b. Membina ayat huraian berdasarkan ayat topik yang dihasilkan c. Menulis sebuah karangan fakta bertajuk “ Kawalan Serangan Nyamuk Aedes “
Hasil Pembelajaran Fokus Utama
:
8.4 - Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara. Aras 3 ( i ) Menulis karangan dengan menggunakan ayat topik dan ayat huraian yang lengkap.
Fokus Sampingan
:
3.2 - Menghuraikan maklumat dengan alasan yang menyakinkan. Aras 2 ( i ) Mengemukakan sesuatu maklumat dengan menggunakan laras bahasa yang 18
betul. 5.1 - Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara – perkara yang dibaca. Aras 2 (ii ) Menghuraikan maklumat yang diperoleh daripada bahan yang dibaca. Kemahiran Bahasa
:
Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis
Sistem Bahasa
:
Penanda wacana.
Penggabung jalinan
:
PJPK, Sains, Pendidikan Moral
Nilai
:
Berhemah Tinggi, Kebersihan Fizikal dan Mental, dan Rasional
Kemahiran Generik
:
Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar, Kemahiran Fasilitator, Kemahiran Mentaksir dan Menilai, dan Kemahiran TMK.
Strategi Pembelajaran
:
Koperatif
Pengetahuan Sedia ada
:
Murid – murid pernah mendengar dan membaca tentang demam denggi dan penyebabnya.
Bahan Sumber p & p
:
Buku teks, komputer, peta minda dan borang pengurusan grafik
19
PROSEDUR/ PELAKSANAAN
SET INDUKSI ( 5 MINIT )
KEMAHIRAN GENERIK
Kemahiran Belajar
2. Guru bersoaljawab dengan murid
Di manakah nyamuk membiak?
Kemahiran Berfikir
Menghubungkait
Menjana Idea
Apakah kesan pembiakan nyamuk? Bagaimanakah proses kitaran hidup nyamuk?
Kemahiran Fasilitator
Membimbing
3. Guru mengaitkan/ persoalan dan berbincang tentang isi pelajaran.
Nilai
Menyoal
1. Guru menayangkan slaid tentang tempat pembiakan nyamuk.
CATATAN/NILAI
Kecerdasan Pelbagai
Naturalis
Strategi Pembelajaran Kontekstual
20
Menjaga Kesihatan dan Kebersihan
LANGKAH 1 ( 15 MINIT )
Kemahiran Belajar
1. Guru mengagihkan murid – murid kepada beberapa kumpulan 2. Guru
meminta
membaca
dan
murid
–
murid
memahami
teks
Nyamuk Aedes dan nyamuk Tiruk 3. Murid-murid diminta melengkapkan
Menyoal
Mengumpul
teks
yang
diberi
secara
berkumpulan di dalam komputer. Nyamuk Aedes
Nyamuk Tiruk
1. Kitaran hidup
Kemahiran Berfikir
Membanding beza
Membimbing
Pengarahan
Kemahiran Menilai dan Mentafsir
Mengisi borang penilaian
Kemahiran TMK
2. Kesan gigitan
3. Tempat pembiakan
MS Word ( Jadual )
Kecerdasan Pelbagai 4. Tanda serangan
Interpersonal
Strategi Pembelajaran
5. Vaksin
4.
Setiap
membentangkan daripada
kumpulan
Koperatif
diminta
hasil
dapatan
perbincangan
kumpulan
Bekerjasama
Kebersihan Fizikal dan
maklumat
jadual pengurusan grafik Banding Kemahiran Fasilitator Beza yang diberikan berdasarkan
Nilai
tersebut.
21
Mental
Hormat menghormati
LANGKAH 2 ( 10 MINIT )
Kemahiran Belajar
1. Guru meminta murid – murid meneliti
peta
diberikan
minda
tentang
yang
“Kawalan
Serangan Nyamuk” ( BT ms 67 ) 2. Murid – murid dalam setiap
Memproses maklumat
Kemahiran Berfikir
Menjana dan
kumpulan diminta membina ayat
menghasilkan
topik
idea
daripada
peta
minda
tersebut. 3. Seterusnya
murid
–
murid Kemahiran Fasilitator
dibimbing untuk membina ayat huraian berdasarkan ayat topik yang mengikut
telah
dibincangkan
kumpulan AYAT TOPIK
Pemantauan
Memberi maklumbalas
dan
menaipnya dalam komputer. ISI UTAMA
Menghubungkait
AYAT HURAIAN
Kemahiran TMK
MS Word
Kecerdasan pelbagai
KUMP 1
Verbal Linguistik
Elakkan air bertakung
Ruang Imaginasi
Strategi Pembelajaran
KUMP 2
Kontekstual
Gunakan racun serangga
Koperatif
KUMP 3 Tutup pintu dan tingkap 22
Nilai
Bekerjasama
Rasional
menjelang senja KUMP 4 Tidur dalam kelambu KUMP 5 Pasang jaring nyamuk
LANGKAH 3 ( 15 MINIT )
1. Hasil
daripada
dalam kumpulan seorang
perbincangan Kemahiran Berfikir
langkah yang
2, diwakili
wakil
mempersembahkan
setiap oleh akan hasil
skrin layar LCD untuk ditonton
Kemahiran Belajar
dan dibincangkan bersama murid – murid yang lain.
Menerangkan sebab
perbincangan mereka.
2. Hasil tugasan akan dipaparkan di
Memberikan pendapat
Menyusun maklumat
Nilai
Membentang hasil tugasan.
3. Guru pula memberikan pendapat 23
Menghormati Berfikiran positif
dan
bimbingan
untuk Kemahiran TMK
penambahbaikan terhadap hasil kerja murid.
4. Guru membimbing murid dan memberikan
penerangan
MS Word
Kemahiran Fasilitator
terhadap penggunaan penanda
Memantau dan membimbing
wacana. Kemahiran Menilai
Penilaian tugasan orang lain
Strategi Pembelajaran
Koperatif Mediatif
24
LANGKAH 4 ( 10 MINIT ) 1. Murid – murid diberi peluang untuk
menyampaikan
hasil Kemahiran Belajar pembelajaran secara lisan Membuat rumusan berdasarkan ayat topik dan ayat huraian yang telah dibincangkan. Kemahiran Berfikir 2. Murid – murid menterjemahkan
hasil pembelajaran dalam bentuk “ Kawalan Serangan Nyamuk Aedes”
Menerima
orang lain
Pengarahan
Penentuan tema
Kemahiran Menilai Penentuan Matlamat
Kecerdasan Pelbagai Verbal Linguistik
Strategi Pembelajaran
maklumat ikut
Rasional
pendapat
Kemahiran Fasilitator
Menyusun
urutan
karangan fakta yang bertajuk
Nilai
Kolaboratif
25
PENUTUP ( 5 MINIT ) 1. Murid membuat rumusan tentang Kemahiran Berfikir pembelajaran dengan bantuan guru
Membuat rumusan
Mengambil iktibar
2. Guru membuat rumusan tentang peri
Nilai
pentingnya
mengelakkan
Kemahiran Fasilitator
Renungan
dan mengawal diri, keluarga dan masyarakat daripada serangan nyamuk aedes
26
5.0
RUJUKAN
Ab Rahim Selamat (1989). Belajar cara belajar. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur. Sabri Ahmad (2003). Kemahiran belajar berkesan. Utusan & Publications Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Tuan Jah Tuan Yusuf (2009). HMBL 2203 Pembestarian pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu. Open University, Kuala Lumpur. ____________ (2001). Belajar cara belajar, Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. ____________(2000). Kemahiran belajar , Modul Latihan Guru Bestari. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. ____________(2001). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
27