Morfologi

  • Uploaded by: azie
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Morfologi as PDF for free.

More details

  • Words: 3,146
  • Pages: 23
1.0 Pengenalan Tatabahasa ialah satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa dan ayat. Urutannya seperti ini : -

Perkataan bergabung membentuk frasa, frasa bergabung membentuk ayat

-

Dua atau lebih ayat membentuk satu ayat majmuk. Ayat-ayat dalam ayat majmuk dikenali sebagai klausa (klausa juga dikenali sebagai ayat kecil)

Pengetahuan tatabahasa membantu pengguna bahasa membuat ungkapan yang lebih kompleks, dengan canggih dan betul. 1.1 Morfologi Dua bidang penting dalam tatabahasa bahasa Melayu iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan kata yang sama. Aspek morfologi yang diberikan tumpuan ialah: i. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi: - kata asli bahasa Melayu - kata pinjaman bahasa Melayu ii. Bentuk kata terdiri daripada: - kata tunggal - kata terbitan - kata majmuk - kata ganda 1

Manakala proses pembentukan kata bahasa Melayu meliputi: - pengimbuhan - penggandaan - pemajmukan Antara ketiga-tiga proses pembentukan di atas, yang amat kompleks ialah pengimbuhan.

Oleh

itu,

penekanan

hendaklah

diberikan

pada

aspek

penggunaan imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna, termasuk aspek baru dalam proses pengimbuhan.

iii. Golongan kata terdiri daripada: - kata nama - kata ker ja - kata adjektif - kata tugas Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Morfem dan kata berbeza dari segi fungsi dan konsep. Morfem Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka katakata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Contoh : ‘berpeluh’  2 morfem : ber+peluh

‘berkakikan”  3 morfem : ber+kaki+kan ‘saya’  1 morfem : saya

2

Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya wujud bersama-sama morfem lain). Contoh : -

Morfem bebas – ‘saya’

-

Morfem terikat – ‘ber’ dan ‘kan’, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi membentuk perkataan seperti ‘berkakikan’

Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi, dapur dan meja. Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfem yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan.

3

Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut: Morfem bebas Morfem terikat

1.

Morfem bebas Dapat berdiri sendiri, misalnya,

1.

minum, cuti, sekolah, periksa 2.

mempunyai makna sendiri

Morfem terikat/imbuhan Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per, kan, ber

2.

Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat.

Morfem terikat/imbuhan pula boleh dibahagikan seperti berikut: Morfem terikat/imbuhan Awalan - ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya, membaca, menghafal. Akhiran - ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar Sisipan - diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar - misalnya, telapak (tapak).

Apitan - ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per……..an, permainan.

4

1.2 Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah: i. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan pembinaannya, serta pembahagian subjek dan predikat ii. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan iii. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif iv. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang v. Binaan ayat: - ayat dasar - ayat tunggal - ayat terbitan atau majmuk vi. Proses penerbitan ayat: - konsep ayat terbitan - proses pengguguran - proses penyusunan semula

5

- proses peluasan vii. Aspek tanda baca 2.0 Aspek Morfologi 2.1 Jenis-jenis kata Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda. 2.1.1 Kata Tunggal Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh: satu suku kata – am, dan, roh, skru dua suku kata – itu, ubi, aku

Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

6

a) Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol b) Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk c) Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentukbentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh : berdikari – berdiri di atas kaki sendiri komuter – keretapi berkomputer kugiran – kumpulan gitar rancak pawagam – panggung wayang gambar 2.1.2 Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan : a) Kata Terbitan Berawalan b) Kata Terbitan Berakhiran c) Kata Terbitan Berapitan d) Kata Terbitan Bersisipan Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis : a) imbuhan awalan -

unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar. Contoh : imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’  ber+sukan

7

b) imbuhan akhiran -

unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar Contoh : imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’  makan+an imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’  kembali+kan

c) imbuhan apitan -

imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan Contoh : imbuhan ‘men…..kan’ dalam ‘mendebarkan’  men+debar+kan imbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’ pen+didik+an

d) imbuhan sisipan -

unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan Contoh : imbuhan ‘…er…’ dalam ‘keruping’ imbuhan ‘…el…’ dalam ‘telunjuk’

2.1.3 Kata Terbitan Berawalan Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh : a) Kata Nama : pelari, perakus ( imbuhan ‘pe’) pembawa, pembuat (‘pem’) suprakelas, supranasional (‘supra’) b) Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa (‘me’) berjalan, berganti, berserta (‘ber’)

8

c) Kata Adjektif : terbesar, tercantik (‘ter’) secerah, setebal, senipis (‘se’) 2.1.4 Kata Terbitan Berakhiran Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh : a) Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan (‘-an’) sasterawan, angkasawan (‘-wan’) budiman, seniman (‘-man’) peragawati, seniwati (‘-wati’) nasionalisme, patriotisme (‘-isme’) b) Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan (‘-kan’) duduki, turuti, berkati (‘-i’) 2.1.5 Kata Terbitan Berapitan Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh : a) Kata Nama : pelaksanaan, perasaan (‘pe…an’) kelainan, kedukaan (‘ke…an’) b) Kata Kerja : memainkan, melukakan (‘me…kan’) beralaskan, berlaukan (‘ber…kan’) diyakini, disirami (‘di…i’) dipergunakan (‘diper…kan’) memperdagangkan (‘memper…kan’) keselesaan (‘ke…an’)

9

c) Kata Adjektif : kemelayuan (‘ke…an’) 2.1.6 Kata Terbitan Bersisipan Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan –perkataan lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata terbitan bersisipan dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh : a) Kata Nama : kelingking, telunjuk (‘..el..’) keruping, seruling (‘..er..’) b) Kata Adjektif : kelebak, selerak (‘..el..’) gemilang, semerbak (‘..em..’) 2.1.7 Kata Majmuk Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap. Kata majmuk terbahagai kepada tiga : a) Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji, kebolehubahan b) Kata

Kerja

Majmuk.

Contoh

:

menandatangani,

bertanggungjawab,

memberitahu

10

c) Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita d) Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana

Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok: a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya

gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam

kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya. b) Kata majmuk berbentuk istilah khusus. Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan. c) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa. Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih. Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara: a) dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh : duka + cita = dukacita jawatan + kuasa = jawatankuasa b) perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya walaupun dan adalah.

11

c) dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan. Contohnya uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak milik. d) dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh : pindah milik  dipindahmilikkan tukar ganti  ditukargantikan e) kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum. Contoh : campur aduk  bercampur aduk temu bual  ditemu bual

Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, setiausaha. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja, contohnya alat-alat tulis, balai-balai raya. Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya setiausahasetiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.

2.1.8 Kata Ganda 12

Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang. Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti dasarnya. Terdapat tiga jenis kata ganda : a) Penggandaan penuh -

proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan. Contohnya pulau-pulau, cantik-cantik, anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih.

b) Penggandaan separa -

proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Contohnya kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.

c) Penggandaan berentak -

proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.

13

-

Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis : i)

Penggandaan berentak pengulangan vokal - penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya sayur-mayur, selok-belok, hina-dina

ii)

Penggandaan

berentak

pengulangan

konsonan

-

iaitu

penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyibunyi konsonan tertentu. Contohnya gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda. iii)

Penggandaan berentak bebas - iaitu penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.

Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata. a) gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. Contohnya meja-meja, bukit-bukau b) gandaan sebagai penanda nama haiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan kupu-kupu c) gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula d) gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuihmuih. e) Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa.

3.0 RAGAM AYAT Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan pasif. 14

3.1 Ayat aktif Ayat aktif mengandungi kata kerja aktif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif mengandungi kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Kata kerja transitif mempunyai dua bentuk : yang pertama tidak menerima imbuhan ( seperti makan, minum) dan yang kedua menerima imbuhan ‘men-‘ ( seperti memanggil, melanda) Contoh : -

frasa nama sebagai objek: Guru disiplin memanggil pelajar itu. Banjir kilat melanda Kuala Lumpur.

-

ayat komplemen sebagai Pengawas memberitahu bahawa pelajar itu sudah pulang. Pengetua mengumumkan bahawa kawasan sekolah perlu dibersihkan setiap hari.

3.2 Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang dibina dengan mengutamakan objek asal sebagai pokok atau bahagian yang diterangkan. Ayat ini mempunyai kata kerja yang ditandai oleh penanda pasif seperti imbuhan ‘di-‘, ‘ter-‘, ‘ber-‘ serta ‘ke-‘dan ‘-an’. Contoh : Kain itu belum berlipat Penjenayah itu ditangkap oleh polis. -

bagi ayat pasif yang berkata kerja pasif ‘di-‘, kata sendi ‘oleh’ dan frasa nama yang berkedudukan selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa merosakkan makna struktur ayat 15

Contoh : Penjenayah itu ditangkap polis malam tadi. Namun jika binaan ‘oleh’ dan frasa nama itu terletak jauh daripada kata kerja, maka ‘oleh’ tidak boleh digugurkan. Bagi ayat pasif dengan kata ganti diri orang pertama dan kedua, jenis kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Ini kerana kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif ‘di-‘. Contoh : Buku itu jangan sekali-kali kau baca lagi. Ayat pasif dengan kata bantu pasif ‘kena’ pula mempunyai perkataan ‘kena’ di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Contoh : Pengedar dadah itu kena tangkap.

4.0

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Minggu Tarikh

: :

Minggu Keenam (6)

10 Februari 2009

16

Tingkatan

:

5C

Tajuk

:

Kata Majmuk

Objektif

:

Pada akhir pelajaran, para pelajar diharapkan dapat:

1. Mengetahui definisi kata majmuk. 2. Menyatakan jenis-jenis kata majmuk dan memberikan contoh bagi setiap jenisnya. 3. Mengetahui tentang pembentukan kata majmuk yang mengandungi kata adjektif tunggal, kata adjektif terbitan, kata adjektif majmuk, dan kata adjektif ganda. 4. Menyenaraikan contoh-contoh kata majmuk dari keratan akhbar dengan betul secara bertulis. 5. Menjawab 8 daripada 10 soalan kata majmuk dengan betul di dalam lembaran kerja. HPU

:

7.0

HPK

:

7.1

7.3

HHP

:

Aras 1 (ii)

Aras 1 (iii)

Aras 2 (iii) Aktiviti

Aras 2 (iii)

:

 Guru menjelaskan tentang kata majmuk dan pecahan-pecahan kata majmuk .  Guru mengemukakan soalan ringkas bercorak kritis kepada para pelajar untuk dijawab secara lisan (menggunakan ayat sendiri).  Komentar akan diajukan oleh guru terhadap setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar.  Para pelajar akan menyenaraikan beberapa contoh kata majmuk di atas kertas mahjong dan pembentangan kumpulan akan dijalankan. KBT

:

Kontekstual

:

Kecerdasan Pelbagai

17

Refleksi Pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan menyeronokkan kerana para pelajar gemarkan penyelitan unsur komedi dan jenaka di samping penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk keratan akhbar dan persembahan power point. Rancangan Harian Langkah/ Masa Set Induksi

Isi Pelajaran Keratan akhbar : •

(5 minit) •

Aktiviti murid / aktiviti guru •



Guru

Sayang-

memaparkan

menyayangi

keratan

Tolong-

menggunakan

menolong

power point.



Jujur



Ikhlas



Bertanggu ngjawab



Murid melihat

Catatan Kecerdasan pelbagai

akhbar •

Interpersonal

Nilai

diminta Patriotisme paparan

slaid secara aktif •

Guru

bersoal

jawab

dengan

murid

mengenai

isi penting yang dalam

keratan

akhbar

yang dipaparkan. Aktiviti 1

Langkah 1 (10 minit)

terdapat

Paparan power point : • •

Definisi kata majmuk Contoh kata majmuk



Kontekstual

Murid diminta

Kecedasan

membentuk

Pelbagai

kepada beberapa



Interpersonal

kumpulan kecil. •

Guru 18





bercantum dengan partikel pun Contoh kata majmuk yang mantap penggunaannya dan dieja bercantum Contoh kata majmuk yang dieja terpisah

memaparkan slaid power point mengenai kata majmuk. •

Guru menerangkan mengenai definisi kata majmuk menggunakan slaid power point dan bersoal jawab dengan murid.

Aktiviti 3 •

Guru menunjukkan contoh-contoh kata majmuk dengan paparan

slaid power point Aktiviti 1

Langkah 2 ( 15 minit)

Keratan akhbar : • •







Guru

Patriotisme

mengedarkan

Kata majmuk dengan partikel pun Kata majmuk yang telah mantap penggunaan Kata majmuk yang dieja terpisah

Nilai:

keratan Guru

akhbar. Belajar cara membaca belajar

keratan

akhbar •

Mencatat nota

tersebut

terlebih •

Mencirikan

dahulu. •

Murid

membaca

bersama-sama

19

guru. Aktiviti 2 •

Murid

diminta

menyenaraikan beberapa

kata

nama

majmuk

yang

terdapat

dalam

keratan

akhbar

di

atas

kertas

mahjong

yang diberi. Aktiviti 3 •

Semua kumpulan hendaklah memaparkan hasilan kumpulan masing-masing di

hadapan kelas. Aktiviti 1

Langkah 3 (15 minit)

Hasilan perbincangan kumpulan :



Guru dan murid Belajar membincangkan setiap

Langkah 4



Isi tempat kosong berdasarkan

kata

majmuk

yang

rujukan Pelbagai: • Interpersonal Kecerdasan

Aktiviti 1 Lembaran kerja :

Membuat

kumpulan Kecerdasan

secara lisan.





mengenai hasilan

Pembentangan

(15 minit)

Belajar Cara

.Guru

Pelbagai

mengedarkan



Interpersonal

lembaran

kerja •

Intrapersonal

berkaitan

kata

20

majmuk. diberi.



Murid

diminta

untuk

menjawab

soalan-soalan dalam

di

lembaran

kerja. •

Perbincangan mengenai lembaran yang

telah

kerja di

jawab oleh murid.

5.0

LATIHAN : 1. Mereka berangkat ke Amerika Syarikat dengan _________________ (kereta, kapal, layar) terbang dari Singapura pagi semalam. 2. Pegawai pertanian itu menasihatkan mereka menggunakan baja ______

21

(tanah, pasir, bata) bagi menyuburkan tanamannya. 3. Mesir memberi __________ (fikiran, amaran, kata) dua kepada Israel supaya meninggalkan Semenanjung Gaza. 4. Semua (maha, warga, para) siswa yang mendaftar dikehendaki menyertai program orientasi. 5. ___________ (rakyat, marhaen, warga) negara yang bertanggungjawab sentiasa taat terhadap hukum dan undang-undang negaranya. 6. Sultan itu tidak mahu melantik ________________ (putera, puteri, raja) untuk menggantikannya. 7. ____________ (lebuh, jalan, lorong) raya timur barat yang dibina dari Kelantan ke Kedah memakan masa bertahun-tahun sebelum disiapkan. 8. Pulau Pinang dan Melaka mesti melantik ________________ (ketua, perdana, datuk) menteri masing-masing. 9. Mamalia mempunyai ________________ (tulang, batang, urat) belakang sebagai pusat sistem sarafnya. 10. Semua anggota yang baru perlu berangkat ke __________________ (padang, lorong, jalan) tembak untuk latihan menembak.

RUJUKAN : 1.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi ( Siri pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Batu Caves : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

22

2.

Ali Mahmood. Dr (2008). HMBL2103 Pembelajaran morfo sintaksis Bahasa Melayu. Seri Kembangan : Open University Malaysia.

3.

Arbak Othman. (1985). Mengajar tatabahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

4.

Arbak Othman. (2000). Pengajaran nahu Bahasa Melayu. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

5.

Nik Safiah Karim. (1989). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

6.

Sulaiman Masri. (2006). Tatabahasa melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

23

Related Documents

Morfologi
April 2020 45
Morfologi
May 2020 42
Hbef1103 Morfologi
June 2020 28
Adaptasi Morfologi
June 2020 36
Bm Morfologi
May 2020 38
Morfologi Bakteri.docx
December 2019 45

More Documents from "Anonymous A1ZJROwSdj"