Sekolah Bestari

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sekolah Bestari as PDF for free.

More details

  • Words: 3,744
  • Pages: 16
JABATAN KIMIA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TKU 3023 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM KIMIA ASSIGNMENT 1: CONTENT ANALYSIS TAJUK TUGASAN : SEKOLAH BESTARI MENERAJUI WAWASAN GEMILANG NAMA NO MATRIK NORSHAHIRA BT MOHAMAD D20081032315 SITI SUZILA BINTI MISRAN D20081032324 KUMPULAN A PENSYARAH PUAN ASMAYATI BT YAHAYA MASA 1 – 4 PM / KHAMIS

1

ISI KANDUNGAN NO.

KANDUNGAN

MUKA SURAT 1-2

1.

1.0 PENGENALAN

2.

2.0 SEKOLAH BESTARI

2-6

3.

2.1 PERBEZAAN ANTARA SEKOLAH BESTARI DENGAN SEKOLAH HARIAN BIASA

6-7

4.

2.2 OBJEKTIF DAN CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI

8-9

5.

2.3 PERANAN GURU, PELAJAR DAN IBUBAPA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT DAN OBJEKTIF SEKOLAH BESTARI

9-11

6.

11-12

7.

2.4 PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN YANG PERLU ADA BAGI GURU ALAF BARU UNTUK MEMAINKAN PERANAN EFEKTIF DALAM PENDIDIKAN DI SEKOLAH BESTARI 3.0 KESIMPULAN

8.

BIBLIOGRAFI

2

13

1.0 Pengenalan Dalam menghadapi alaf baru yang melonjak-lonjak dalam bidang ekonomi, politik dan sosial, tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan di mana dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi. Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru. Pengubahsuian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan dan budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran merangsangkan pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri. Di samping itu, ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang aktif untuk merealisasikan halatuju perubahan dalam sistem pendidikan negara. Tahun 2000 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi turut berganding bahu menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan. Justeru itu, profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk

3

pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti mana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara. 2.0 Sekolah Bestari Memandangkan kemampuan dan potensi tinggi yang ditunjukkan oleh teknologi multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan cuba memperkenalkan penggunaan teknologi tersebut dalam pendidikan setempat melalui reformasi pendidikan. Reformasi yang dimaksudkan tersebut ialah sebuah projek pendidikan yang merupakan salah satu daripada tujuh projek mega Negara yang dinamakan Projek Sekolah Bestari. Menurut Azizah (2005), langkah drastik ini diambil dalam usaha untuk menarik minat pelajar kepada pembelajaran dan meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran terutamanya bagi menepati kurikulum baru Sekolah Bestari. Fasa permulaan Projek Rintis Sekolah Bestari adalah tertumpu kepada empat empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pada awal tahun 2003, proses instalasi untuk empat mata pelajaran tersebut telah siap dilakukan kepada 92 buah sekolah yang telah senaraikan sebagai projek rintis sekolah bestari. Tahun 2010 adalah merupakan tahun sasaran dimana semua sekolah iaitu 10,000 buah sekolah rendah dan menengah, diseluruh negara ditransformasikan kepada sekolah bestari. Pengwujudan Sekolah Bestari ini juga merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia adalah menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari. Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai

4

aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif. Sekolah Bestari boleh didefinisikan sebagai sebuah institusi pembelajaran yang telah direka bentuk semula secara sistematik dari segi proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan untuk menyediakan pelajar menghadapi era maklumat. Ia adalah suatu intitusi pembelajaran yang menyediakan murid untuk zaman teknologi maklumat. Maka, intitusi ini melengkapkan pelajaran supaya boleh belajar sepanjang hayat. Maklumat akan sentiasa berkembang dengan pesat ke hadapan. Oleh itu, pentingnya menyediakan individu untuk belajar sepanjang hayat dalam zaman maklumat. Sekolah Bestari menyediakan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat dengan mengembangkan kemahiran generik yang membolehkan pelajar memperoleh, menganalisis, menilai, mentafsir, mensintesis dan menyampai atau menyebar maklumat. Kemahiran-kemahiran generik yang perlu dikembangkan ialah kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran mentaksir dan menilai, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dan sebagainya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan ‘jantung’ Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif. Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari diseluruh negara, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti

5

pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). “Pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Andullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolahsekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dsan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos” (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 2005). Program pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah. Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi 3 dasar ICT iaitu ICT untuk semua pelajar, ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata pelajaran dan ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan. Matlamat Pembestarian Sekolah pula ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang

6

melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ia akan memudahkan guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Perlaksaan Sekolah Bestari sebagai Aplikasi Perdana adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan golongan sasaran khususnya pelajar didedahkan aplikasi ICT dalam kegiatan penbelajaran dan pengajaran bagi menyediakan mereka ke arah generasi yang mampu bersaing dalam era mayarakat ilmu. Di Sekolah Bestari, pembelajaran akan bercorak kearah kendiri mengikut kadar individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia. Sekolah bestari akan merubah pembelajaran yang selama ini berpusatkan guru kepada yang berpusatkan pelajar. Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka di mana ia dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. Tujuan kurikulum Sekolah Bestari dibentuk adalah untuk membentuk pelajar mencapai perkembangan yang seimbang. Dunia pelajar akan diperluaskan melalui perhubungan, pendidikan dan sosial ini. Pembelajaran yang bermakna ini dapat memupuk dan mempertingkatkan segala potensi yang ada pada pelajar secara cekap, ekonomis dan berkesan dengan menggunakan daya fikir, pengetahuan, kemahiran dan teknologi pendidikan era ini dan cabaran masa hadapan memerlukan Sekolah Bestari sebagai wadah ke arah pencapaiannya. Penjaringan mempunyai kelebihan dari segi membolehkan pelajar yang tidak dapat menghadiri sekolah untuk membuat kerja sekolah dari rumah. Ini memberi makna baru kepada idea ketidakhadiran sekolah kerana pembelajaran masih dapat berlaku di luar sekolah. Oleh itu, pelajar perlu diajar strategi untuk menerajui maklumat dengan cekap dan elektif. Usaha berpasukan, kerjasama kumpulan, fleksibiliti, pandangan jauh dan ketrampilan menggunakan bahasa antarabangsa akan juga ditekankan.

7

2.1 Perbezaan Antara Sekolah Bestari Dengan Sekolah Harian Biasa Apakah diperkatakan tentang Sekolah Bestari, sudah tentu ramai yang kurang faham tentang perbezaan yang terdapat di antara Sekolah Bestari dan sekolah harian biasa. Sebenarnya terdapat perbezaan Sekolah Bestari di mana semua murid berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing. Hal ini kerana Sekolah Bestari menjadikan pelajar-pelajar celik kepada teknologi maklumat. Tidak mustahil untuk pelajar itu belajar sendiri menggunakan maklumat dari internet dengan kebolehan dan kepakaran yang telah mereka ada. Sekolah Bestari memerlukan tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti yang tinggi berbanding sekolah harian biasa yang sepenuhnya menggunakan khidmat guru kepada pelajar. Contohnya, ibu bapa akan terlibat secara langsung dalam menetukan program pembelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa juga akan bersama-sama membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar. Sekolah Bestari menjalankan pentaksiran murid secara berterusan dan digunakan untuk menggalakkan pembelajaran. Guru akan mengadaptasi Kurikulum Kebangsaan yang luas dengan mengambil kira keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman murid. Persekitaran sekolah adalah kondusif untuk aktiviti pembelajaran, menggalakkan murid mengamalkan gaya pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan berkadar kendiri dengan guru sebagai fasilitator untuk menggalakkan minat belajar secara berterusan. Guru yang bertanggungjawab mencungkil bakat dan menilai minat seseorang pelajar agar pembelajaran Sekolah Bestari mencapai objektifnya. Di dalam kelas harian biasa, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru sepenuhnya. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Terpulang kepada guru sama ada menggunakan ‘konsep suap’, ‘tipu sunat’ atau pelbagai teori yang telah dipelajari dahulu seperti behaviourisme, kontruktivitisme dan teori kecerdasan pelbagai. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks dan pengetahuan pelajar terbatas setakat kandungan dalam buku teks sahaja.

8

Selain itu, sekiranya pelajar tidak faham di dalam kelas dan malu bertanya maka pelajar tersebut akan kekal tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Perhatian guru kurang dapat diberikan secara induvidu kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas. Jika kelas dipecahkan, bilangan guru perlu ditambah. Penyampaian isi pelajaran bergantung kepada guru untuk mewujudkan persekitaran belajar yang menarik dan menyeronokkan. Pengajaran & pembelajaran hanya dijalankan secara formal iaitu di dalam bilik darjah. Berbeza dengan Sekolah Bestari yang menggunakan pembelajaran e-learning di mana suasana pembelajaran e-learning akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Pelajar membuat perancangan dan mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri. Pencarian maklumat tidak terbatas dan terkini kerana bahan pengajaran boleh dipilih sendiri oleh pelajar sama ada dirasakan sesuai atau tidak. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk mengulangi tajuk pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap kepuasan pemahaman mereka sebelum beralih ke tajuk pelajaran yang lain. Selain itu, masa lebih fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh dilakukan di mana sahaja asalkan ada kemudahan komputer dan internet. ‘Segelintir pelajar-pelajar sekolah di Malaysia sudah mula menggunakan internet sebagai sumber maklumat yang penting. Mereka juga sudah didedahkan kepada bahan ‘e-learning’ yang ada di pasaran tempatan. Ada juga pelajar yang sudah mula mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan sebaya di dalam ‘chat groups’ atau ‘buletin boards’ (Alam Pendidikan Bulletin Board, 2001).

2.2 Objektif dan Ciri-Ciri Sekolah Bestari

9

Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan proses dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan pembelajaran. Pihak pengurusan membantu mengagihkan sumber tenaga manusia yang mahir kepada aktiviti yang lebih bermakna, menjimatkan kos pada jangka panjang, meningkatkan mutu keputusan melalui akses yang lebih baik kepada maklumat dan mempercepatkan proses membuat keputusan. Bagi mencapai objektif ini, pengurusan Sekolah Bestari memerlukan pentadbir profesional yang gigih dan berwibawa serta guru yang dapat menjelaskan matlamat sekolah, memimpin pengajaran di sekolah dan mampu mendapatkan sokongan padu daripada ibubapa dan masyarakat. Mereka perlu mempereratkan komunikasi terbuka dengan semua pihak, mengagihkan sumber secara adil dan bijak, mengesan prestasi sekolah berbanding dengan objektif kewangan dan bukan kewangan, serta menyediakan suasana persekolahan yang menyokong pembelajaran. Mereka juga perlu mewujudkan dan mengekalkan staf yang bermotivasi dan berprestasi tinggi, menjamin keselamatan sekolah dan penghuni serta menggunakan dan mengurus teknologi dengan sesuai, berkesan dan cekap. Bagi mencapai objektif Sekolah Bestari proses dalamannya perlu diselaraskan sebagai suatu sistem. Sistem yang sempurna membolehkan bekalan input yang sesuai menghasilkan output yang dikehendaki seperti kesediaan pelajar untuk melanjutkan pelajarann atau penyertaan yang aktif dan produktif di kalangan tenaga kerja. Inisiatif Sekolah Bestari menawarkan peluang yang unggul untuk menilai semula sistem persekolahan sedia ada, mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian terbaik dengan bantuan teknologi. Ciri Sekolah Bestari yang paling ketara ialah suasana pengajaran dan pembelajaran yang dibina berdasarkan amalan terbaik dalam pendidikan rendah dan menengah daripada seluruh dunia. Ini melibatkan pemantapan kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sah. Antara tujuan Sekolah Bestari di perkenalkan adalah supaya dapat membanttu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang, menyepadukan pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang betul, menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang dikehendaki bagi tahap keupayaan yang berbeza, memupuk pengetahuan dan kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam zaman teknologi maklumat.

10

Pengajaran Sekolah Bestari berhasrat menjadikan pembelajaran lebih menarik, menggalakkan, merangsangkan dan bermakna melibatkan minda, semangat dan tubuh badan dalam proses pembelajaran membina asas kemahiran untuk menyediakan kanakkanak bagi menghadapi cabaran masa depan dan mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar.Sekolah Bestari memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbagai-bagai. Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri. 2.3 Peranan Guru, Pelajar dan Ibu Bapa Untuk Mencapai Matlamat dan Objektif Sekolah Bestari Peranan guru adalah sebagai pembimbing di sisi pelajar di samping memberi sokongan psikologi dan galakan. Guru bertanggubngjawab menyediakan suasana yang boleh menggalakkan pembelajaran pelajar ke arah kendiri yang kreatif dan berdikari. Guru akan mengenalpasti matlamat mendefinisikan hala tuju bagi pelajarnya, memandu kemajuan pelajar ke arah mencapai matlamat tersebut dan membenarkan pelajar belajar mengikut kadar mereka sendiri. Pelajar akan mendapat perhatian individu dari guru. Komputer akan mengambil alih rutin dan penyampaian maklumat dan membebaskan guru daripada tugasan pentadbiran yang remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran akan digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari. Antaranya ialah pengaplikasian strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan dapatan, merujuk ensiklopedia elektronik, belajar dari courseware elektronik dan juga komunikasi elektronik. Interaksi pelajar dan guru sama ada dalam kumpulan kecil atau individu masih menjadi sebahagian daripada kursus pengajaran dan pembelajaran.

11

Seterusnya, dengan menumpukan perhatian kepada perkembangan individu, guru digalakkan untuk membina kemahiran sosial pelajar dan juga untuk menerap moral dan etika yang baik serta nilai patriotisme. Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan membolehkan penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan semula data yang banyak. Ia memudahkan kerja memproses dan menyampaikan hasil yang berkaitan untuk pentadbir membuat keputusan. Ini akan membantu meningkatkan kecekapan, menghapuskan pertindihan dan secara radikal, membaiki akses bagi semua yang berkenaan. Selain itu, dengan adanya kemudahan pengkomputeran dalam talian pengurusan sekolah, pentadbir akan dapat merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan lebih berkesan, mudah, cepat dan menjimatkan masa serta tenaga. Penjaringan akan memudahkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat dalam rancangan sekolah dan menjadikan mereka rakan kongsi yang berkesan dalam pendidikan anak-anak mereka. Dengan adanya pangkalan data, maklumat tentang pelajar dan guru lebih mudah didapati oleh pihak yang sah. Keperluan kebajikan pelajar dan guru lebih mudah diambil kira dengan pemantauan yang kerap. Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan mengingatkan sekolah tentang bila perlunya tindakan susulan bagi pelajar pintar dan yang kurang pintar. Penilaian berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar. “Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam melaksanakan tugas-tugas kita yang lazim, rutin dan “reasonable” kepada yang lain: yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear, dan lateral yang menggunakan budaya “reflective rationality” dan yang “unreasonable” (Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin)

Bukan itu sahaja, guru-guru juga perlu membuat sedikit anjakan paradigma terhadap pemikiran serta tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi pengajaran, begitu juga dalam amalan di bilik darjah. Guru tidak seharusnya berpuas hati dengan apa yang telah mereka perolehi sekarang. Maka, guru haruslah meneroka dengan lebih giat lagi serta sanggup menerima segala cabaran dalam arena mencari dan menyampai ilmu. Guru seharunya lebih bersifat responsif, proaktif serta dapat membuat 12

penyesuaian terhadap apa sahaja perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan akhibat daripada perkembangan teknologi dan perledakan maklumat.

2.4 Pengetahuan dan Kemahiran Yang Perlu Ada Bagi Guru Alaf Baru Untuk Memainkan Peranan Efektif Dalam Pendidikan di Sekolah Bestari Pelaksanaan Sekolah Bestari telah mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran dan pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini amat memerlukan persediaan guru. Menurut Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. “Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita.” (Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zaid bin Mohd. Nordin, 1997)

Bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam proses pendidikan di alaf baru yang serba moden ini, seseorang guru itu mestilah mampu menyusun dan mensepadukan ilmu dengan perkembangan semasa seperti teknologi dan perkomputeran. Hal ini bermaksud, para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri dan berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian. Seterusnya, guru mestilah mampu menggabungjalinkan ilmu dengan kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal 13

intelektual tinggi dalam menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. Selain itu, para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu), learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran), learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna) dan learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama). Tambahan lagi, guru perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dan moral serta akhlak yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai-nilai murni ini menitikberatkan perlakuan yang baik serta peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Akhir sekali, guru alaf baru mestilah menguasai pengetahuan dan kemahiran industri. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi bagi pasaran tenaga kerja industri yang merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai salah satu sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsive kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

3.0 Kesimpulan Perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk

14

memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru iaitu abad ke-21. Pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan teknologi maklumat mengundang pelbagai cabaran yang harus ditangani dengan bijak oleh para pendidik khususnya. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna. . Unsur Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) perlu diselitkan secara bijak dalam Sekolah Bestari. Maka, pelaksanaan Sekolah Bestari adalah amat bertepatan dengan zaman masa kini yang cukup dikenali sebagai zaman ledakan teknologi maklumat. Kerajaan atau Kementerian Pelajaran Malaysia terutamanya sememangnya pandai menggunakan kesempatan ini bagi membuat perubahan kepada sistem pendidikan di negara kita. Apa yang pasti, pelaksanan sistem ini bukan sahaja akan menguntungkan para pelajar, malah akan turut menaikkan martabat pendidikan negara kita amnya.

Bibliografi Apa Dia Sekolah Bestari (2009). Diperoleh pada Julai 15, 2009 daripada http://pendidikanislamsmkfbblogspot.com

15

Azizah Jaafar (2006). Penggunaan Perisian Kursus Sekolah Bestari di Kalangan Guru dan Pelajar Sekolah di Malaysia. Diperoleh pada Julai 25, 2009 daripada www1.tganu.uitm.edu.my Dr. Ismail Zain (2009). Pendidikan Bertaraf Dunia: Ke Arah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada Julai 19, 2009 daripada www.ppdbesut.net Konsep Sekolah Bestari (2009). Diperoleh pada Julai 13, 2009 daripada www.mohrudzi.com Lai Kim Leong (2002). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Diperoleh pada Julai 18, 2009 daripada www.ipbl.edu.my Mohamad bin Muda (1998). Cabaran dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru. Diperoleh pada Julai 13, 2009 daripada www.ipbl.edu.my Sejarah Sekolah Bestari (2007). Diperoleh pada Julai 19, 2009 daripada http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/informasi/soalan_lazim/sejarah_bestari Sekolah Bestari: Konsep dan Matlamat (2009). Diperoleh pada Julai 25, 2009 daripada http://www.geocities.com

16

Related Documents

Sekolah Bestari
July 2020 28
Sekolah Bestari
June 2020 28
Sekolah Bestari
June 2020 24
Sekolah Bestari
May 2020 30
Sekolah Bestari
October 2019 38
Sekolah Bestari
June 2020 22