Sejarah Perkembangan Negara

  • Uploaded by: azie
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Perkembangan Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 4,148
  • Pages: 20
1.0

PENGENALAN

Masyarakat majmuk di Malaysia terhasil kesan daripada penjajahan British satu dekad yang lalu di Tanah Melayu. Malaysia begitu sinonim sebagai sebuah negara yang bercirikan masyarakat pelbagai kaum serta identiti yang juga dikenali sebagai masyarakat majmuk. Tiga bangsa paling utama iaitu Melayu, Cina dan India. Mengikut Kamus Dewan, definisi masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu tempat dengan mengikut peraturan tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Manakala majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik. Menurut J.S Furnival (1956) dalam jurnal yang bertajuk ‘Plural Society’, masyarakat majmuk merujuk kepada sebuah masyarakat yang terdiri daripada sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan setiap kaum mempunyai budaya, agama, bahasa, adat resam dan cara hidup yang tersendiri. Masyarakat majmuk juga merujuk kepada masyarakat yang dicirikan dengan perpecahan dan konflik antara kumpulan manusia yang berada di bawah satu sistem politik atau pemerintahan. Keadaan ini terjadi akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keadaan ekonomi ti tanah jajahannya yang akhirnya mengakibatkan wujudnya kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Manakala menurut Fredrik Barth masyarakat majmuk ditakrifkan seperti satu masyarakat yang berlainan etnik: saling bergantungan ekonomi bagi kumpulankumpulan mereka, dan pengkhususan ekologi (seperti penggunaan sumber alam sekitar). Mereka juga saling

bergantungan ekologi di antara kumpulan etnik

berdasarkan aktiviti-aktiviti yang berbeza dalam sesebuah daerah, negeri atau negara.

1

Dalam masyarakat majmuk, walaupun mereka ini hidup dibawah satu sistem politik yang sama, namun mereka hidup berasingan dan mempunyai fungsi ekonomi yang berbeza. Mereka kurang bergaul dan hubungan yang wujud antara mereka hanya sekadar di pasar iaitu terhad kepada perkara ekonomi sahaja. Kehadiran

pelbagai

kaum

pada

asasnya

telah

bermula

semasa

era

kegemilangan Melaka melalui proses perdagangan yang dijalankan di Melaka. Bagaimanapun

kehadiran

mereka

tidak

di

katakan

masyarakat

majmuk.Penggunaan istilah majmuk hanya bermula pada penghujung abad ke18 dengan adanya peranan British. Malaysia yang dikenali sebagai Tanah Melayu pada waktu itu pernah dijajah oleh empat negara bermula dengan kedatangan Portugis pada tahun 1511 ke Melaka, diikuti Belanda pada tahun 1597, British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Pangkor dan Jepun pada tahun 1941 semasa perang dunia kedua. 1.2

SEJARAH PERKEMBANGAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH MELAYU

Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah Melayu membangun dengan pelbagai infrasturktur seperti jalan raya dan jalan keretapi yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan, ladang dan estet dan pembangunan bandar kecil. Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan telah menyebabkan pihak British mula membawa masuk buruh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja.

2

Seterusnya sejarah pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu bermula selepas campur tangan British secara langsung dalam hal ehwal politik negerinegeri Melayu pada pertengahan kedua abad ke-19. Campur tangan British bermula dengan minat British terhadap dua sumber penting di dunia iaitu getah dan bijih timah. Demi mengaut keuntungan dan memenuhi keperluan pasaran dunia dan industri mereka maka British telah membawa masuk dua golongan iaitu orang Cina dari selatan negara Cina dan orang India dari India Selatan. Kedua-dua golongan ini akhirnya telah mengubah struktur masyarakat Tanah Melayu pada masa itu. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemajmukan masyarakat Tanah Melayu. Antaranya ialah fungsi ekonomi yang berbeza. Ini bermakna setiap kaum di Tanah Melayu melakukan kegiatan ekonomi yang berbeza. Orang Cina berhijrah je Tanah Melayu pada pertengahan abad ke 20 bertumpu di kawasan perlombongan dan bandar besar, mengusahakan kegiatan perlombongan dan perdagangan. Kegiatan ekonomi ini tertumpu di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Sungai Ujong dan Seremban. Kebanyakan orang India pula bekerja di kawasan ladang getah. Manakala sebilangan daripada mereka berkhidmat dalam pembinaan jalan raya atau landasan kereta api. Ada juga yang bekerja sebagai kerani dan buruh di pelabuhan seperti Port Swettenham. Orang Melayu masih hidup di kawasan kampung, pesisiran pantai dan kawasan pedalaman. Di kawasan-kawasan ini mereka mengusahakan pertanian seperti penanaman padi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Mereka juga turut menternak binatang dan menangkap ikan. Mereka yang tinggal di kawasan pedalaman akan memungut hasil hutan seperti damar, rotan dan madu. Terdapat juga orang Melayu ini menjalankan kegiatan perlombongan, tetapi secara kecil-kecilan semasa menunggu musim menuai padi. Ini bermakna kegiatan ini dijalankan

3

sebagai pekerjaan sambilan. Mereka menggunakan peralatan tradisional seperti mendulang. Perbezaan fungsi ekonomi jelas memisahkan kaum utama di Tanah Melayu, padahal perbezaan tersebut mengukuhkan lagi kemajuan masyarakat di Tanah Melayu. 1.3

DASAR BRITISH DI TANAH MELAYU 1.3.1 Sistem ekonomi

Dasar kerajaan British turut mengukuhkan kemajmukan yang diwujudkan di Tanah Melayu. Kerajaan British hanya ingin mengaut keuntungan yang lebih banyak daripada ekonomi Tanah Melayu yang semakin kukuh dan makmur. Mereka hanya ingin menikmati kemakmuran tersebut. Oleh itu mereka melakukan ialah pengamalan dasar pecah dan perintah. Ini mereka membiarkan ketiga-tiga kaum terbesar ini menjalankan kegiatan ekonomi yang berbeza dan hidup di kawasan yang berbeza. Dasar pecah dan perintah (Divide and Rule) ini melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Mereka menjaga kaum Cina dan kaum India dengan lebih baik kerana golongan imigran ini seolah-olah merupakan sumber ekonomi kepada British. Golongan ini mengusahakan kegiatan ekonomi komersial yang sangat menguntungkan kerajaan British pada masa itu. Pada masa yang sama, orang Melayu hidup melarat dan ketinggalan di kawasan pedalaman dan kampung. Mereka masih menjalankan kegiatan sara diri secara primitif. Hidup secara ringkas dan mereka merupakan bangsa yang tidak menentang secara kekerasan. Golongan imigran hidup mewah dalam rangkaian perdagangan antarabangsa manakala orang Melayu hidup dalam keadaan serba kekurangan.

4

Selain keinginan mengaut keuntungan seberapa banyak yang boleh, kerajaan British juga ingin menjamin kedudukan mereka sebagai penjajah. Mereka berasa selamat apabila kaum ini tidak berinteraksi di antara satu sama lain. Juga tiada pengaruh luar yang dapat mempengaruhi pemikiran mereka supaya menentang penjajah. 1.3.2 Sistem Pendidikan Sistem pendidikan yang berbeza juga merupakan salah satu faktor mengapa masyarakat majmuk wujud di Tanah Melayu. Kerajaan British memberikan pendidikan sekular yang rendah dan asas sahaja kepada orang Melayu. Sekolah Melayu hanya terdapat di kawasan luar bandar dengan keadaannya yang sangat daif. Orang Melayu diajar sekadar asas menulis, membaca dan mengira. Mereka menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Mereka tidak diberi peluang menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam. Secara implisit orang Melayu hanya hidup di kawasan luar bandar yang ketinggalan. Sekolah Cina pula telah dibina sejak akhir abad ke-19. Sekolah seperti sekolah Cina Kwang Hua terdapat di Klang, Selangor. Ini jelas menunjukkan bahawa sekolah Cina tertubuh di kawasan perlombongan dan kegiatan ekonomi komersial. Sekolah Cina ditubuhkan atas usaha pihak perseorangan dan pertiparti politik. Sukatan pelajaran, guru dan buku teks adalah dari negara Cina. Jadi semua ini mengukuhkan identiti kecinaan kaum Cina di Tanah Melayu. Sekolahsekolag Cina berkembang dengan pesatnya dan mereka emainkan fungsi sebagai institusi ilmu, budaya dan bahasa Cina di seluruh Tanah Melayu. Jelas bahawa sekolah seperti ini telah memisahkan antara kaum yang ada. Sekolah Tamil pula ditubuhkan oleh pihak pengurusan ladang atau estet sebagai satu tanggungjawab sosial. Sekolah Tamil juga mengukuhkan kemajmukan masyarakat kerana sukatan pelajarannya berorientasikan pendidikan yang

5

terdapat di negara India. Guru dan buku teks juga dibawa masuk dari India. Tetapi peringkat pengajiannya hanya di peringkat rendah. Jelas bahawa sekolah vernakular iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil mengukuhkan kemajmukan masyarakat dan kaum di Tanah Melayu. Ini dibuktikan dengan adanya bahasa pengantar, tujuan pembinaan dan tempat pembinaan sekolah yang jauh berbeza. 1.3.3 Sistem Budaya Amalan budaya yang berbeza juga merupakan salah satu faktor bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Golongan imigran iaitu kaum Cina dan India mengamalkan budaya yang berbeza. Orang Cina hidup berpuakpuak seperti Kantonis, Hokkien, Hakka dan Tewchew. Puak-puak ini juga mengamalkan budaya yang berbeza. Mereka juga menggunakan dialek yang berbeza serta hidup dalam kawasan dominan seperti kawasan perlombongan di Klang, Ampang dan Larut. Mereka hanya mengamalkan budaya yang berkait rapat dengan puak mereka dan pergaulan dengan orang India ataupun dengan orang Melayu. Orang Cina juga menubuhkan pertubuhan sosial mereka sebagai perlindungan kepada mereka. Ramai daripada mereka menyertai kongsi gelap seperti Hai San dan Chee Hin. Orang India juga begitu. Usaha mencari tempat perlindungan dan pergantungan ini telah memisahkan antara kaum yang terdapat di Tanah Melayu. Terdapat banyak puak orang India di Tanah Melayu. Ada orang Tamil dari India Selatan. Terdapat juga Telegu, Malayali, Punjab dan orang Ceylon. Kebanyakan daripada mereka hanya mengamalkan budaya mereka di kawasan mereka yang tertentu khususnya di ladang-ladang atau estet.

1.3.4 Agama

6

Perbezaan agama turut mengukuhkan kemajmukan kaum di Tanah Melayu. Mereka mengamalkan agama yang berbeza seperti Islam, Budha dan agama Hindu. Tempat ibadat juga berbeza, orang Melayu di masjid, orang Cina di tokong Cina dan orang India di kuil Hindu. Semua ini secara tidak langsung mengukuhkan kemajmukan masyarakat dan kaum di Tanah Melayu. Pada sekeluruhannya masyarakat majmuk wujud di Tanah Melayu disebabkan beberapa faktor antaranya sistem ekonomi, budaya, pendidikan, dan agama yang begitu jauh berbeza. Namun yang paling ketara ialah dasar kerajaan British yang menyebabkan wujudnya kelompok yang pelbagai kaum dalam satu unit politik yang bercampur tetapi tidak bergabung. Setiap kaum berpegang kuat kepada agama, budaya, bahasa dan cara hidup mereka yang tersendiri. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan oleh kerajaan British mengukuhkan lagi pewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu sehingga kini walaupun kita telah 51 tahun merdeka. 2.0

Komposisi kaum di Tanah Melayu pada abad ke-20

Setelah termeterinya Perjanjian Pangkor di pada tahun 1874, pemerintahan British telah tertubuh secara sah di Perak. Menjelang 1919 seluruh semenanjung Tanah Melayu telah menjadi milik kerajaan British. Semenjak bermulanya pemerintahan kolonial ini, kehidupan masyarakat di Tanah Melayu telah mengalami perubahan. Pentadbiran corak baru ini telah membawa perkembangan dan kemajuan yang amat memuaskan dan menguntungkan tetapi hanya kepada satu pihak sahaja iaitu British. Pihak British telah menanam modal besar dalam perusahaan yang terdapat di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor perladangan getah dan perlombongan bijih timah.

7

Bagi menjayakan perusahaan ini buruh-buruh dari luar terutamanya dari India dan China telah di bawa masuk. Pada awalnya jumlah mereka sedikit sahaja, tetapi apabila industri ini semakin berkembang, jumlah mereka semakin ramai. Buruh-buruh India dibawa masuk untuk aktiviti perladangan getah dan juga membina jalan perhubungan seperti jalan kereta api dan jalan raya manakala orang Cina dibawa masuk untuk aktiviti perdagangan dan juga perlombongan bijih timah. Kemasukan imigran dalam jumlah yang besar telah menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk terutamanya di negeri-negeri Melayu bersekutu. Pada tahun 1930an jumlah penduduk Cina telah mencapai 39% daripada populasi penduduk di tanah Melayu berbanding 44.7 % orang Melayu pada masa itu. Hampir semua negeri kecuali negeri-negeri Melayu tidak bersekutu jumlah penduduk Cina telah melebihi penduduk Melayu. Di Selangor misalnya hanya 23.1% penduduknya berbangsa Melayu dan 45.3% pula adalah orang Cina. Di Perak pula jumlah orang Cina adalah 42.8% berbanding 35.6% orang Melayu. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negerinegeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. 2.1

Syarat Penerimaan Kontrak Sosial

Selepas Jepun dari Tanah Melayu pada tahun 1945, British kembali memerintah. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan kaum. Namun begitu sokongan rakyat terhadap mereka luput sama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama 5 tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Perkara ini membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum daripada pihak British.

8

Pihak British telah memberikan syarat yang paling besar di mana untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, orang Melayu harus menerima dan bekerjasama dengan masyarakat Cina dan India dan masyarakat lain sebagai warganegara. Pada awalnya agak sukar bagi masyarakat Melayu menerima kerakyatan kaum Cina dan India. Namun dengan berlakunya keganasan Parti Komunis Malaya yang berleluasa menyebabkan hubungan etnik tegang di mana etnik Melayu yang menyokong dan menyertai PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam semasa darurat pada tahun 1948. Demi berusaha ke arah kemerdekaan aspek kerjasama kaum diutamakan. Langkah paling awal ialah penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada tahun 1949. CLC memperlihatkan kerjasama dan tolak ansut antara kaum yang jelas. Keanggotaannya terdiri daripada orang Melayu yang di ketuai oleh Dato’ Onn Ja’afar dan orang Cina yang di ketuai Tun Tan Cheng Lok dan kemudiannya diikuti oleh orang India, Ceylon, Serani dan Eropah. UMNO telah mengemukakan memorandum ingin mempertahankan ketuanan Melayu, malah ianya telah ditolak oleh CLC. Maka satu kompromi atau kerjasama tercapai apabila UMNO dan CLC bersetuju dalam beberapa perkara. Antaranya kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan akan diberikan kepada orang bukan Melayu. Bagi orang Melayu pula, bantuan ekonomi dan pelajaran akan disediakan. Pilihan raya pada peringkat majlis bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan akan diadakan pada masa yang sesuai. Turut dipersetujui dalam kerjasama tersebut iaitu bahawa satu sistem pendidikan yang mewajibkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar diadakan. Semua perkara ini telah dipersetujui bersama demi merealisasikan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

9

Seterusnya beberapa buah parti politik yang utama di Tanah Melayu telah berusaha ke arah kerjasama kaum. Menteri besar, pihak British dan Parti Negara telah menganjurkan Konferensi Nasional. Kedua-dua Konferensi Nasional dan Konvensi

Nasional

berusaha

mencari

jalan

ke

arah

kerjasama

kaum

Kemudiannya Parti UMNO, MCA dan MIC telah membentuk Parti Perikatan pada tahun 1955. Permuafakatan politik yang terbentuk antara UMNO, MCA dan MIC bukan sekadar mempercepatkan lagi proses kemerdekaan tetapi telah berjaya membentuk satu gandingan yang mantap dan seterusnya menerajui negara ke satu dimensi politik yang baru. Pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 hasil daripada tolak ansur antara kaum membuktikan bahawa Tanah Melayu berada di landasan yang tepat dalam usaha membentuk sebuah negara bangsa yang dikongsi bersama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengambil kira pelbagai aspek yang melibatkan kaum yang berbeza. Perkara paling mustahak mereka telah berjaya membentuk satu pakatan murni dan menerima satu kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada dasarnya kontrak sosial terdiri daripada dua elemen. Elemen pertama yang terdapat dalam kontrak sosial ini ialah penerimaan orang Melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan Melayu sebagai rakyat ‘jus soli’ bagi negara baru merdeka. Elemen kedua ialah penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum Melayu dalam negara. Idea kontrak sosial bermula di Eropah pada abad ke-17 dan ke-18 dan dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Jaque Rousseau, John Locke dan Thomas Hobes. Pada dasarnya ia merujuk kepada persetujuan bersama dalam kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan dengan hak dan tanggungjawab mereka.

10

Istilah kontrak sosial mula digunakan dalam politik negara pada tahun 1986 buat pertama kali oleh ahli Parlimen UMNO, Abdullah Ahmad. Beliau menegaskan bahawa kemerdekaan negara serta kesinambungan politik Malaysia berdasarkan kepada sistem politik yang didominasi oleh orang Melayu. Oleh itu kedudukan orang Melayu dalam politik Malaysia perlu dipelihara dan sebarang usaha menghapuskannya mahupun mempertikaikannya bakal menggugat kestabilan negara. Sejak diperkenalkan, kontrak sosial dikaitkan dengan dominasi Melayu atau ketuanan Melayu, di mana ia dilihat sebagai penerus kesinambungan kuasa politik orang Melayu dan turut memberi jaminan terhadap kedudukan dan keistimewaan orang Melayu di Malaysia. 2.3

Rasional pemilihan perkara-perkara yang dipersetujui dalam kontrak sosial

Kontrak sosial merupakan satu persetujuan bersama dalam kalangan pemimpinpemimpin berbilang kaum dalam menentukan hala tuju negara ketika era kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu pakatan murni yang melibatkan antara kaum untuk mengekalkan perpaduan dalam negara. Ia juga adalah bagi mewujudkan satu situasi saling mempercayai antara satu sama lain dan ia amat penting untuk mengekalkan keselamatan negara. Ini adalah kerana sekiranya hubungan kepercayaan tersebut terhakis maka pemerintah akan kehilangan kuasa untuk melaksanakan dasar yang perlu dilakukannya. Selain itu ia juga dilihat sebagai satu cara memelihara kedudukan orang Melayu dalam politik negara dan sebarang usaha menghapuskan atau mempertikaikan bakal menggugat kestabilan negara. Kontrak sosial juga turut memberi jaminan terhadap kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, memelihara hak-hak raja

11

Melayu sebagai pemerintah negara, kedudukan agama Islam, dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaaan di Tanah Melayu.

3.0

Perlembagaan Malaysia

3.0.1 Pengenalan Perpaduan, intergrasi dan toleransi adalah aspek yang sangat penting untuk dihayati oleh masyarakat Malaysia. Perkara-perkara yang menyentuh isu-isu bahasa, agama, kedudukan istimewa bumiputera dan kewargenagaraan dalam perlembagaan Malaysia adalah faktor penting dalam mewujudkan hubungan yang baik antara etnik dalam kalangat rakyat Malaysia. Perkara-perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam perlembagaan Malaysia perlu diimbangi dengan peruntukan lain yang juga diberi kepada bukan bumiputera. Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dapat dikatakan berasal sejak Tanah Melayu berlindung di bawah naungan kerajaan British pada akhir abad ke19. Selepas perang dunia ke-2 iaitu selepas pendudukan Jepun dan British kembali

semula ke Tanah Melayu, mereka memperkenalkan Malayan Union

yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada orang-orang Melayu. Malayan Union telah dimansuhkan dan digantikan dengan perlembagaan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Perlembagaan dibentuk dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu sehingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dengan beberapa pindaan penting. Antara beberapa pindaan yang telah dilakukan ialah Akta Malaysia yang di luluskan pada tahun 1963 meminda interalia Perkara 1(1)

12

dan (2) untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia. 3.0.2 Definisi Perlembagaan Bermaksud satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga autoriti dengan rakyat awam. Ia juga adalah satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan. 3.2

Konsep Ketertinggian Perlembagaan

Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Ia berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang samada di pihak kerajaan atau rakyat. Umumnya perlembagaan terbahagi kepada 2 jenis iaitu : (1)

Perlembagaan bertulis

(2)

Perlembagaan tidak bertulis

Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Manakala perlembagaan tidak bertulis pula ialah semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undangundang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Malaysia mengamalkan Perlembagaan Bertulis di mana badan perundangan, kehakiman

dan

eksekutif

mendapat

kuasa

daripadaperlembagaan.

Perlembagaan Malaysia mengandungi : Teks – 15 bahagian – 183 perkara dan fasal-fasal

13

Jadual-jadual -

13 jadual

Ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Di Malaysia tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketinggian Perlembagaan Malaysia. Malah ketiga-tiga badan kerajaan (perundangan, kehakiman, eksekutif) dan Yang di Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Ketertinggian perlembagaan dapat dilihat melalui peruntukan: Parlimen Memperoleh kuasa daripada perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan di satu pihak dan kepada tiap-tiap buah negeri di pihak yang lain. Dalam hal ini perlembagaan menentukan perkara persekutuan yang Kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan. Kedudukan Yang di Pertuan Agong Baginda sebagai Ketua Negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, Ketua Parlimen, Ketua Pemerintah dan sebagainya. Tetapi baginda tertakluk kepada batasan-batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Baginda adalah Raja Berpelembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri. Kuasa Perundangan Kuasa ini dijalankan oleh pelbagai badan perundangan juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa

14

Yang di Pertuan Agong sebagai ketua ketiga-tiga komponen kerajaan juga adalah tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kebebasan Sosial Merupakan elemen penting dalam sesebuah negera yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Antara kebebasan asasi yang termaktub di bawah Perkara 5 – 13 Perlembagaan Persekutuan adalah kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan seseorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya, tidak boleh memenjarakan sesiapa kecuali melalui undang-undang. 3.2

Contoh Isu Perbahasan Terbuka 3.2.1 Isu Bahasa Kebangsaan

“ PPSMI itu adalah dasar yang cacat. Oleh sebab itu ia mesti dimansuhkan. Hujah melaksanakan PPSMI itu adalah kerana kebanyakan pengetahuan sains dan matematik itu terdapat dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab itu mempelajari mata pelajaran ini dalam bahasa Inggeris akan membolehkan pelajar mendapat ilmu ini dengan tidak perlu menunggu ia diterjemahkan. Hujah ini cacat. Bukan semua pelajar mahu menjadi ahli sains dan matematik. Oleh sebab itu tidaklah perlu semua orang memahami sains dan matematik melalui bahasa Inggeris. Lebih buruk lagi apabila ada pelajar yang tidak mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris itu gagal mempelajari ilmu sains dan matematik yang diajarkan melalui bahasa yang tidak mahir dikuasainya. Oleh sebab itu lebih baiklah mereka diajar dalam bahasa ibunda yang mereka “ (21/03/2009 –http://profabdullah1.wordpress.com)

15

3.2.2 Isu Agama “ KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Hrkh) - Kemarahan dan kesangsian masyarakat Islam

terhadap

seperti

tujuan

forum

Majlis

Peguam

'Peluk

Islam'

untuk

mengadakan

itu

"talkshow"

ada

asasnya.

Demikian ditegaskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohamad Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Menurutnya,

Pensyarah

Universiti

Islam

Antarabangsa

(UIA),

Mehrun

Siraj yang menyokong perbahasan terbuka mengenai masalah-masalah pemeluk Islam seharusnya lebih sedar bahawa membiarkan sesiapa sahaja secara bebas untuk membahas soal hukum Islam secara terbuka akan menimbulkan kekeliruan yang sangat merugikan umat Islam.” (Aug 11, 08 – harakahdaily) 3.2.3 Isu Kontrak Sosial “ Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak bersetuju dengan penganjuran Forum Kontrak Sosial oleh Majlis Peguam kerana merasakan perbincangan mengenai kontrak sosial kemungkinan akan membawa kepada rasa permusuhan dan ketegangan. "Saya ingat tak usahlah. Tak payah bincang perkara ini...kalau bincang akan timbul macam-macam reaksi daripada orang Melayu dan bila sudah jadi begitu, maka akan berlaku sesuatu yang tidak baik yang boleh menyebabkan rasa permusuhan dan membawa kepada keadaan yang mungkin kita tidak suka. Ia boleh menimbulkan ketegangan katanya.” (1 Julai 2008 – thinkproperty.my)

16

3.3

Komentar mengenai impak perbahasan terbuka kepada masyarakat dan negara

Pada

pendapat

saya

kecenderungan

pihak

tertentu

terutama

dalam

membincangkan secara terbuka pelbagai isu yang diklasifikasikan sebagai sensitif dalam masyarakat dan negara perlu dipantau secara ketat kerana ia boleh meninggalkan kesan yang tidak dijangka terutama kalau ia tidak mengikut kaedah dan landasan tertentu. Tidak dapat dinafikan bahawa perbahasan melibatkan isu sensitif boleh mengguris perasaan dan emosi apatah lagi kalau ianya tidak dijalankan secara berhemah, terkawal dan adil. Hakikatnya, perbincangan mengenai isu sensitif yang rata-rata berlansung dalam pelbagai media samada melalui televisiyen, laman web atau forum yang diragui keupayaannya dari segi penganjuran terutama yang melibatkan integriti, keikhlasan, keadilan serta bebas daripada agenda peribadi, kumpulan atau politik. Perbincangan mengenai isu sensitif dalam pelbagai laman web ternyata tidak diadili secara profesional dan paling membimbangkan ia hanya melibatkan pandangan dan komentar yang bersifat unilateral. Oleh itu hasilnya hanyalah kepalsuan, ketidakadilan dan membelakangkan undang-undang berkaitan. 3.4

Kesimpulan, cadangan dan kaedah yang sesuai untuk membendung perbahasan terbuka

Ada pihak berpendapat bahawa sesetengah isu memerlukan perbincangan secara terbuka manakala ada juga menganggap sesetengah perkara itu sukar dibahas secara terbuka kerana ianya sensitif dan lebih kompleks. " Debat ialah sebahagian daripada demokrasi yang matang dan kita harus bergerak ke arah itu," kata penganalisis politik Khoo Kay Peng. Katanya

17

perbahasan seperti itu akan membolehkan ahli politik membincangkan dasar dan pendekatan dalam menangani pelbagai isu. (17 Julai 2008 – Bernama.com) Menurut pendapat pengatur strategi DAP, Liew Chin Tong, berkata rakyat Malaysia perlu menerima debat sebagai sebahagian daripada proses politik setelah ianya dipelopori di Amerika Syarikat pada tahun 1960 apabila John F. Kennedy dan Richard Nixon muncul dalam debat presiden yang pertama disiarkan menerusi televisyen. Di atas, ialah antara beberapa pendapat yang saya petik daripada penganalisis politik dan juga parti pembangkang mengenai isu perbahasan terbuka. Saya sendiri bersetuju dengan isu perbahasan secara terbuka. Tetapi isu ini haruslah ditangani dengan bijak supaya tidak menyinggung mana-mana pihak dan mendatangkan keuntungan hanya di sebelah pihak sahaja. Parti politik samada di bawah parti kerajaan atau parti pembangkang haruslah berkompromi dengan isu-isu yang dibincangkan supaya tidak berlaku seperti kata pepatah “ Gajah sama gajah berperang, pelanduk mati di tengah-tengah”, seperti keadaan yang berlaku sekarang. Pemimpin-pemimpin peringkat atasan samada dari parti pembangkang atau parti kerajaan bertelagah mengenai kepimpinan dalam parti politik mereka, kita sebagai rakyat biasa yang menghadapi keperitannya. Banyak isu-isu dan kehendak rakyat yang tidak dapat dijalankan hanya kerana pemimpin yang sentiasa bertukar tangan. Keadaan ini dapat kita lihat daripada isu yang terjadi di negeri Perak sekarang. Di bawah ini ialah beberapa cadangan yang boleh dilakukan dan diberi perhatian apabila membahaskan isu-isu sensitif melibatkan tiga perkara yang diberikan di atas :

18

1. Tajuk — tajuk harus tepat dan khusus. Janganlah menggunakan tajuk “Peluk Islam” yang terlalu umum misalnya sedangkan perbincangan adalah mengenai harta dan hak penjagaan anak. 2. Matlamat dan manfaat — perlu jelas dan bukan sekadar suka-suka. Hadkan ianya untuk mencari kebenaran tetapi bukan untuk mencari populariti atau lebih teruk kalau ianya untuk mencaci, mengutuk, mengecam dan menghina, menjatuhkan maruah (individu atau kumpulan). Ia mesti bebas daripada mengandungi agenda tersembunyi. 3. Penyertaan — kumpulan pengkritik/penyokong dan penentang/pembela harus seimbang. Janganlah komentar daripada satu kumpulan di paparkan sedangkan komentar kumpulan yang lain disekat. 4. Penganjur — harus mempunyai integriti, bebas dan berpengetahuan yang luas mengenai tajuk perbahasan. 5. Syarat dan peraturan — harus terpakai secara saksama terhadap dua kumpulan yang mengambil bahagian. Janganlah satu kumpulan seolah-olah terlalu bebas yakni contohnya tidak terikat dengan set perundangan yang berkaitan dengan isu sensitif sedangkan satu kumpulan lagi amat terikat dengannya. Justeru, jika dilihat dengan minda terbuka sudah tentu tidak ada salahnya mengadakan perdebatan secara terbuka mengenai sesuatu isu sensitif dengan syarat 5 perkara di atas diutamakan dan tidak dikompromikan.

19

RUJUKAN: Desmond Khoo, (2008). Koleksi kertas ramalan : sejarah kertas 2 940/2 STPM. Shah Alam : Cerdik Publication Sdn. Bhd. Mahdi Shuid, (2008). Teks pra-u STPM sejarah Malaysia. Petaling Jaya : Pearson Malaysia Sdn. Bhd. http://marzukimohamad.blogspot.com/feeds/8009356869376305913/comments/d efault http://myblogzam.blogspot.com/ http://profabdullah1.wordpress.com/2009/02/04/8-ppsmi-soalan-yang-selaluditanyakan/#comment-474 http://www.pdfcoke.com/doc/7710363/stpm-sejarah-malaysia http://www.pdfcoke.com/doc/10193543/Sejarah-Malaysia-Tema-2 http://www.pdfcoke.com/doc/10193544/Sejarah-Malaysia-Tema-3 http://www.pdfcoke.com/doc/13097947/Sejarah-Kewujudan-Masyarakat-MajmukDi-Malaysia http://www.pdfcoke.com/doc/8494930/Sejarah-PerkembanganNegaraPerlembagaankontraksosial

20

Related Documents


More Documents from "Muhammad Shof Rijal"