Sejarah Perkembangan Negara-perlembagaan&kontrak_sosial

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Perkembangan Negara-perlembagaan&kontrak_sosial as PDF for free.

More details

  • Words: 5,243
  • Pages: 23
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

PENGENALAN Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Keperluan perlembagaan menjadi lebih ketara dalam sebuah negara yang berbilang etnik seperti negara Malaysia. Perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara serta melindungi kepentingan semua kumpulan etnik. Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai perlembagaan persekutuan yang mengandungi 183 perkara yang merangkumi undang – undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang – undang yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Sumber ini dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia . Perlembagaan

ini

telah

dirangka

berdasarkan

nasihat

daripada

Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Maka Perlembagaan berkenaan telah berkuat kuasa sejurus selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan. •

Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan



Bahagian 2 - Kebebasan asasi



Bahagian 3 - Kewarganegaraan



Bahagian 4 - Persekutuan



Bahagian 5 - Negeri-negeri



Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri



Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan



Bahagian 8 - Pilihanraya



Bahagian 9 - Kehakiman



Bahagian 10 - Perkhidmatan awam



Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat

Azman Bin Salleh 750312025163

1

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA



Bahagian 12 - Am dan pelbagai



Bahagian 13 - Peruntukan sementara



Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya



Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Menurut Modul OUM HBSS 1203, Halatuju Pembangunan Negara ada menyatakan pada aswasnya, Perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang

mengasaskan

sesebuah

negara

dan

memperkenalkan

sistem

pemerintahan seperti yang termaktud sama ada dalam undang – undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang – undang yang mengandungi peraturan – peraturan yang boleh dikuatkuasakan. A.S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary ada menyatakan ”Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang – undang dan prinsip – prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah”. Setelah mengetahui serba sedikit tentang perlembagaan di atas maka menurut http://budaklaw.files.wordpress.com/2008/07/tajuk-6-perlembagaanmalaysia (Dr. Fisol Mydin) telah mendefinisikan Perlembagaan sebagai satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam serta sebagai satu dasar formula yang menyatakan tugasan kuasa – kuasa awam di dalam sesebuah negara Apakah konsep Perlembagaan? Menurut Dr. Pisol Maidin melalui pautan http://budaklaw.wordpress.com di dalam tajuk Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia ada menyatakan Perlembagaan adalah sumber undang – undang tertinggi sesebuah negara. Ia juga berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang – undang samada di pihak kerajaan atau rakyat dan secara umumnya, perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu Azman Bin Salleh 750312025163

2

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA



Perlembagaan bertulis – Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.



Perlembagaan tidak bertulis – Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang – undang yang diluluskan oleh Parlimen dan keputusan – keputusan mahkamah.

Malaysia mengamalkan Perlembagaan bertulis di mana badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada Perlembagaan. Seperti yang kita ketahui, Perlembagaan Malaysia terdiri daripada : 1. Teks 

15 Bahagian



183 Perkara dan fasal – fasal

2. Jadual – jadual 

13 jadual

Yang mana ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, Kewarganegaraan, Bahasa kebangsaaan, Kedudukan dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah. Di Malaysia, tidak ada mana – mana institusi yang boleh mengatasi ketinggian kuasa Perlembagaan. Malah, ketiga – tiga badan kerajaan iaitu badan Kehakiman, Perundangan dan Eksekutif serta Yang di Pertuan Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Kuasa – kuasa perundangan dan kehakiman yang dijalankan di mahkamah juga tertakluk kepada sekatan – sekatan yang dikenakan atau tertakluk di dalam Perlembagaan. Ini semua kerana terkandung dengan nyata di dalam Perlembagaan pada perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang – undang utama persekutuan dan apa – apa undang – undang yang diluluskan yang berlawanan dengan Perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal.

Azman Bin Salleh 750312025163

3

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Unsur – unsur tradisi di dalam Perlembagaan. Unsur – unsur tradisi adalah antara faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Ia juga merupakan sebuah kontrak sosial yang telah dipersetujui dan disepakati. Unsur – unsur tradisi yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia meliputi 

Bahasa



Agama



Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kedaulatan pemerintahan beraja.

Ketiga- tiga aspek atau tradisi ini amat penting dan termaktub di dalam Perlembagaan antara tujuan untuk menstabilkan sistem politik di Nagara Malaysia. Hak bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai agama rasmi negara serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kuasa raja- raja tidak boleh di sentuh atau dipertikaikan. Selain itu, unsur tradisi in juga dilindungi dibawah Akta Hasutan¹ atau lebih di kenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ( Internal Security Act 1960 (ISA) ). Ini menyatakan bahawa jika terdapat sebarang hasutan berkaitan dengan un sur – unsur tradisi ini maka seseorang atau pemula hasutan boleh dikenakan tidakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Maka di sini unsur – unsur tradisi boleh dianggap sebagai isu yang sensitif serta dilarang dijadikan isu perbincangan awam.

______________________________________________________________________________________ ¹Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hasutan 1948. Tafsiran Dalam Akta ini—“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan manamana Negeri di Malaysia;“menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut; “penerbitan” termasuk semua perkara bertulis atau bercetak dan segala benda sama ada atau tidak serupa jenisnya dengan perkara bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan apa-apa cara lain boleh menggambarkan perkataan atau gagasan, dan juga termasuk tiap-tiap naskhah dan keluaran semula atau keluaran semula substansial apa-apa penerbitan; “perkataan” termasuk apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan perkataan atau gabungan perkataan yang berturut-turut yang lain, sama ada secara lisan atau bertulis;

Azman Bin Salleh 750312025163

4

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Sekarang cuba kita sama –sama lihat ketiga – tiga unsur tradisi ini secara ringkas. 1. Perkara 152. Bahasa kebangsaan. (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa— (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apaapa bahasa lain; dan (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan. Bahagaian awal petikan yang terdapat pada Perlembagaan pada Perkara 152 telah menerangkan bahawa bahasa rasmi negara Malaysia adalah bahasa Melayu dan digunakan untuk urusan rasmi. Maka kita sebagai rakyat Malaysia perlu tahu dan menjunjung bahasa Melayu sebagai bahasa utama dinegara kita. Namun, remaja kini lebih gemar memartabatkan bahasa asing berbanding bahasa rasmi negara kita sendiri. Walaupun Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahaswa rasmi negara namun kerajaan tidak menghalang mana – mana kaum untuk menggunakan bahasa ibunda mereka namun mereka haruslah menerima dan menghormati dan tidak mempertikaikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia. 2. Perkara 3. Agama bagi Persekutuan. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. (2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan

Azman Bin Salleh 750312025163

5

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang diPertuan Agong mewakilinya. Membincangkan di sini, Perkara 3 dalam Perlembagaan (1) telah menyebut bahawa agama rasmi negara Malaysia adalah agama Islam. Kesemua kaum yang terdapat di negara ini harus menerima pernyataan ini namun, adalah diberi kebebasan beragama jika diamalkan secara aman dan damai. Malah telah ditetapkan bahawa Ketua Agama Malaysia adalah Yang di Pertuan Agong. Ketua Agama bagi negeri yang bersultan adalah diketuai oleh Sultan negeri itu sendiri. Bagi negeri yang tidak bersultan adalah dibawah Yang diPertuan Agong. Maka, unsur tradisi ini adalah dipersetujui oleh semua kaum ketika Perlembagaan digubal dan ianya adalah tidak boleh di pinda atau dipertikaikan lagi. Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. (1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini. (2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undangundang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam Azman Bin Salleh 750312025163

6

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa,

danasiswa

dan

keistimewaan

pendidikan

atau

latihan

yang

seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu. Unsur Tradisi yang ketiga yang terkandung di dalam Perlembagaan ialah berkaitan dengan kedudukan dak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang menjadi kepentingan untuk dijaga, dilindungi dan tidak boleh dipertikaikan. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia ini juga memberikan tanggungjawab kepada Yang di Pertuan Agong untuk menjaga hak keistimewaan berikut termasuk kerajaan dengan mendirikan kuota kemasukan dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga boleh dianggap sebagai sebuah Kontrak Sosial yang menjaga dan mempertahankan hak ketuanan kaum Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal Malaysia. Kesimpulannya, unsur – unsur tradisi yang termaktub dan terdapat di dalam Perlembagaan haruslah dipertahankan dan dijaga. Pengetahuan tentang perkara ini amat penting untuk semua kaum agar kaum lain mengetahui dan tidak akan mempertikaikannya. Akta Hasutan yang disediakan adalah semata – mata untuk menjaga unsur tradisi yang telah dipersetujui ini terjaga.

Azman Bin Salleh 750312025163

7

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Sejarah penggubalan Perlembagaan Menurut Mohamad Salleh Abas (1987) Sejarah Perlembagaan Malaysia, ada menerangkan bahawa sejarah Perlembagaan Malaysia berasal sejak Tanah Melayu berlindung di bawah naungan kerjaan Inggeris pada akhir abad ke -19. Menjelang tahun 1895, kerajaan Inggeris telah berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan pahang yang dkenali sebagai Negeri – negeri Melayu Bersekutu. Pada 10 September 1899, Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu. Selepas Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali, mereka merancang untuk memperkenalkan malah meluluskan penubuhan Malayan Union pada 10 Oktober 1945 di mana Sir Harold Mac Micheal dilantik wakil Inggeris untuk mendapatkan tandatangan raja – raja Melayu. Perkara ini telah mendapat tentangan hebat dari kaum orang Melayu pada masa itu. Antara sebab – sebab penubuhan Malayan Union adalah: 1. Untuk menyatukan negeri – negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. 2. Pihak British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu telah bekerjasama dengan Jepun sebelum ini dan bertujuan untuk melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya kuasa raja-raja. 3. Menjadi asas kepada pihak British untuk

masyarakat tempatan

memerintah negara sendiri. Namun, Malayan Union telah ditentang habis – habisan oleh orang Melayu kerana perjanjian yang berat sebelah dan melenyapkan kuasa orang Melayu terutama kuasa raja- raja. Antara sebab – sebab penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union adalah kerana: 1. Kuasa raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran Negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu. 2. Singapura dipisahkan dari Tanah Melayu (Malayan Union) dan ia kekal sebagai tanah jajahan British. Azman Bin Salleh 750312025163

8

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

3. Hak kerakyatan diberikan atas dasar prinsip Jus Soli iaitu penduduk asing yang bermastautin lebih 10 tahun dan lahir selepas Malayan Union secara automatik akan mendapat kerakyatan atau menjadi warganegara. 4. Hak yang sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa yang menyebabkan kaum Melayu dan Bumiputera hilang keistimewaan. 5. Cara Sir Harold Mac Micheal mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dengan cara paksaan malah ugutan telah menimbulkan kemarahan orang Melayu yang mana cukup setia dan menjunjung ke atas rajanya. Maka, penentangan yang hebat telah berlaku pada masa itu, pada januari 1946, di Alor Star, dianggarkan seramai 50,000orang Melayu telah mengadakan demonstrasi membantah penubuhan tersebut. Pada tanggal 10 Februari 1946, di Johor, dianggar seramai 150,000 orang telah mengadakan demonstrasi. Namun, pada 11 April 1946, British cuba mengisytiharkan Malayan Union dan Sir Edward Gent sebagai Gabenor pertama Malayan Union. Pengisytiharan itu telah dipulaukan oleh orang Melayu dan mahukan Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya British sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu, Malayan Union akan gagal. Akhirnya

Malayan

Union

dimansuhkan

dan

digantikan

dengan

Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini telah dipersetujui dan berjalan dengan beberapa pengubahsuaian sehinggalah Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957. Setelah British melihat kemenangan Parti PERIKATAN pada Pilihanraya umum pada

1955, telah

menjadi bukti bahawa orang Melayu dan bukan Melayu boleh bekerjasama di dalam membentuk dan mentadbir sebuah negara. Maka British telah menawarkan kemerdekaan andainya semua rakyat di negara ini bersatu padu dan mampu bekerjasama. Berikutan tawaran tersebut, pada Januari 1956, rombongan lapan orang wakil Persekutuan Tanah Melayu telah berangkat ke London yang diketuai oleh Azman Bin Salleh 750312025163

9

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Tunku Abdul Rahman. Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari sehinggalah 8 Febuari 1956 iaitu telah mengambil masa selama 3 minggu. Hasilnya pada 8 Febuari 1956, termetrailah perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian London. Antara kandungan perjanjian tersebut ialah: 

British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.



Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi.



British mendapat hak menempatkan askarnya di Tanah Melayu.



Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.



Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan digantkan dengan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dipegang oleh rakyat tempatan.

Maka, melalui Suruhanjaya Reid, Perlembagaan telah digubal dan antara mereka yang terlibat di dalam Suruhanjaya Reid ialah : 1. Lord Reid (British) 2. Sir Ivor Jennings (British) 3. Sir Williamn Mckell (Australia) 4. B. Malik (India) 5. Hakim Abdul Hamid (Pakistan) Menurut pautan http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid , Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid. Pertemuan sebanyak 118 kali telah diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu selepas rombongan Parti Perikatan pulang dari Perundingan London, dan telah menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat Azman Bin Salleh 750312025163

10

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri. Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari 1957 yang telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja diwakili oleh empat orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi British, Setiausaha Agung, dan Peguam Negara. Perbincangan mengenai laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk disahkan. Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan kerajaan British. Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957 dan Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos. (Walau bagaimanapun, secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan.) Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda dengan beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak lalu membentuk Malaysia Kesimpulannya disini, proses penggubalan telah mengambil kira masa dan pengorbanan yang telah dicurahkan terutama oleh kaum Melayu. Sepanjang tempoh era penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang. Sifat keterbukaan orang Melayu pada masa itu menerima kaum lain di dalam Parti Parikatan untuk menubuhkan kerajaan sendiri biarpun tanpa memerlukan jumlah kerusi dari MCA dan MIC pada masa itu.

Azman Bin Salleh 750312025163

11

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Kepentingan Perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan ganjil, malah berada ditahap rendah atau tidak bermoral. (Dr. Pisol Maidin, http://budaklaw.wordpress.com/2008/07/15/nota-hubungan-etnik/ ) Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu

sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek

moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.

Azman Bin Salleh 750312025163

12

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Pembahagian Jumlah etnik di Malaysia dari 1957 hingga 2005 Etnik Melayu

Tahun 1957 &

Tahun 2005 49.8%

16.1 j

65.9 %

putera Cina

37.2%

6.2 j

25.3 %

India

11.1%

1.8 j

7.5 %

Lain-lain

-

0.3 j

1.3 %

Jumlah

100%

24.4 j

100 %

Bumi/

Rajah 1 : Perangkaan jumlah etnik di Malaysia (1957-2005) Sumber :http://budaklaw.wordpress.com/2008/07/15/nota-hubungan-etnik/ Setelah kita mengetahui maksud etnik itu, maka, dapatlah sekarang kita lihat kepentingan perkara – perkara di dalam Perlembagaan yang menyentuh konteks hubungan etnik di Malaysia. Pertama merujuk kepada Perkara 3 (1), Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Perkara ini menunjukkan bahawa setiap etnik di Malaysia harus mengetahui bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara dan tidak boleh dipertikaian amalan dan hukum – hukum agama tersebut haruslah dipatuhi. Kelonggaran telah diberikan kepada etnik lain untuk menganut agama pilihan mereka namun Perlembagaan tetap tertulis bahawa Agama Islam adalah yang utama.

Azman Bin Salleh 750312025163

13

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Seterusnya, merujuk kepada Perkara 8: Kesamarataan. Ia merujuk kepada semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Maka, setiap etnik di Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan ini dan tidak terkecuali di dalam menerima undang – undang yang dikeluarkan oleh negara ini. Namun terdapat

pengecualian

peruntukan

di

dalam

soal

agama,

kedudukan

keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pentingnya dimaktubkan di dalam Perlembagaan agar, etnik lain tahu kedudukan mereka dan sama – sama bernaung di bawah hak kesamarataan. Antara perkara lain di dalam Perlembagaan yang menyentuh hubungan etnik ialah pada Perkara 10(4) : Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu. Perkara ini merujuk kepada batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja – Raja, agama Islam, Keistimewaan hak orang Melayu dan Bumiputera dan kewarganegaraan. Ini menunjukkan bahawa ia adalah isu sensitif yang perlu dielakkan dijadikan isu perbincangan awam. Antara Perkara lain yang terapat di dalam Perlembagaan yang menyentuh konteks hubungan etnik ialah 

Perkara 38: Memberi kuasa kepada Majlis Raja – Raja untukmenghalang Parlimen membuat undang – undang yang menyentuh kedudukan Raja – raja Melayu, Keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, Agama Rasmi dan Bahasa Kebangsaan.

Azman Bin Salleh 750312025163

14

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA



Perkara 1510(6) : Menyentuh kedudukan agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu dan kewarganegaraan untuk dipertikaikan walaupun keadaan darurat.



Perkara 152: kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak – hak bangsa lain untuk menggunakan bahasa mereka.



Perkara 153: Kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.

Perkara 153 amat penting sekali terutama di dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Pemahaman yang tinggi perlu diterapkan kepada etnik lain untuk memahami perjanjian atau Perlebagaan ini yang telah dipersetujui dahulu dan diambil kira hingga masa kini atau masa akan datang. Dapat disimpulkan di sini bahawa di dalam Perlembagaan telah termaktub menyenaraikan undang – undang dan peraturan yang perlu dipegang teguh oleh setiap etnik di Malaysia bagi menjaga kestabilan politik, keamanan dan kesejahteraan setiap rakyat di negara ini. Kecuaian kefahaman tentang perkara ini seringkali menimbulkan suasana yang tidak selesa di Malaysia. Malah sepatutnya setiap individu warganegara ini perlu memahami dan menjunjung Perlembagaan yang telah dipersetujui oleh datuk nenek kita terdahulu.

Azman Bin Salleh 750312025163

15

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Kontrak Sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian berimemberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. (Sumber yang dipetik daripada http://mymassa.com Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial ) Melalui laman web ini juga (http://mymassa.com) ada menerangkan bahawa dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habishabis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Azman Bin Salleh 750312025163

16

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat formal mengenai kontrak sosial ini. Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak sosial.

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial” (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab pemimpinpemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.” [1]

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuotakuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaundiskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Azman Bin Salleh 750312025163

17

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orangorang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universitiuniversiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”. Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukanperuntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Azman Bin Salleh 750312025163

18

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkangpembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “… apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu.” Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh partiparti politik sejak kebelakangan ini. Semangat muhibah dikalangan pemimpinpemimpin awal negara seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang menjadi pemimpin parti-parti politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh pemimpin bukan melayu, di mana pemimpin-pemimpin Melayu tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina? Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk ’hidup’ di masa hadapan sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. (Petikan di Azman Bin Salleh 750312025163

19

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

atas dimuat turun daripada http://mymassa.com/news/118/ARTICLE/1235/200804-24.html ) Kesimpulannya, kontrak sosial memainkan peranan penting di dalam menjaga dan mempertahankan prinsip ketuanan Melayu. Kontrak ini sebenarnya telah dipersetujui dahulu dan ia adalah perjanjian antara orang Melayu dengan orang bukan melayu di dalam kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan pemberian hak kearga negaraan kepada orang bukan Melayu. Namun penekanan yang lemah tentang perkara ini telha menyebabkan ramai golongan muda sekarang tidak mengetahui perkara ini. Sepatutnya golongan bukan Melayu dan Bumiputera harus tahu bahawa kontrak sosial ini masih digunapakai dan perlu diikuti sehingga bila – bila. Namun dewasa ini, perkara ini telah di ambil mudah dan menyebabkan ramai pihak lupa akan perkara ini maka wujudlah pelbagai ancaman dan soal hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera dipertikaikan. Pada pendapat saya, kontrak sosial ini harus diterapkan di dalam kurikulum pendidikan terutama diperingkat sekolah rendah atau menengah untuk menanam dan memberi kefahaman kepada golongan muda tentang perkara ini. Ini agar dapat menjaga dan memelihara kedaulatan kaum Melayu dan Bumiputera seterusnya menjamin dan menjaga kesejahteraan semua kaum di Malaysia.

Azman Bin Salleh 750312025163

20

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Rumusan Kesimpulannya, keseluruahan tugasan Kajian Sosial kali ini banyak membincangkan

berkaitan

dengan

Perlembagaan

Malaysia.

Bagaimana

golongan terdahulu berkorban untuk mendapatkan Kemerdekaan malah membentuk sebuah kerajaan daripada tangan Penjajah. Melalui tugasan kali ini juga telah memberi peluang kepada saya untuk mendalami dan memahami kandungan Perlembagaan Malaysia. Ia juga memberi peluang kepada saya mengkaji dan menilai peraturan dan undang – undang yang ditetapkan di dalam Perlembagaan. Malah, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kefahaman saya tentang unsur – unsur tradisi yang terkandung di dalam Perlembagaan dan keutamaan untuk mengetahui dan menjaganya. Selain itu, tugasan ini telah membuka mata saya tentang hubungan etnik di Malaysia dan kepentingan sebuah Perlembagaan untuk menjaga dan mengawal kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara yang mempunyai berbilang etnik. Selain itu, ia juga memberi pemahaman kepada saya tentang kewujudan kontrak sosial yang harus di peliharan dan difahami. Akhir kata, melalui tugasan ini dapat kita simpulkan bahawa bukan mudah untuk membentuk sebuah kerajaan yang mempunyai berbilang etnik di dalamnya. Perlembagaan sesebuah negara haruslah dijunjung dan dihayati sebagai satu panduan menjaga keamanan dan kesejahteraan sesebuah negara.

Azman Bin Salleh 750312025163

21

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

BIBLIOGRAFI Digitallibrary.my (2008) Perlembagaan Persekutuan, (atas talian), http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/338_Perlembagaan _Persekutuan.pdf (30Okt 2008). Dr. Fisol Maidin (2008) Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia,(atastalian) http://budaklaw.files.wordpress.com/2008/07/tajuk-6-perlembagaanmalaysia

(23 Okt 2008)

Dr. Fisol Maidin (2008) Konsep Konsep Asas Hubungan Etnik,(atastalian) http://budaklaw.wordpress.com/2008/07/15/nota-hubungan-etnik/ (23 Okt 2008) Muhammad Salleh Abas (1987). Sejarah Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala lumpur. Mymassa.com (2008) Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial, (atas talian) http://mymassa.com/news/118/ARTICLE/1235/2008-04-24.html (18.Okt.2008). Open Universiti Malaysia, (2007). HBSS 1203 Halatuju Pembangunan Negara, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. Open Universiti Malaysia, (2007). HBSS 2103 Sejarah Perkembangan Negara, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. Wikipedia (2008) Perlembagaan Malaysia, (atas talian), http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia ( 23 Okt 2008). Wikipedia (2008) Suruhanjaya Reid, (atas talian), Azman Bin Salleh 750312025163

22

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid ( 23 Okt 2008).

Azman Bin Salleh 750312025163

23

Related Documents