Sejarah Kekal Penting

  • Uploaded by: musbri mohamed
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Kekal Penting as PDF for free.

More details

  • Words: 2,808
  • Pages: 50
Perspektif Melayu Sejarah kekal penting !

Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) Pursuing MBL ( UKM ) 1

Kenapa saya menyatakan bahawa sejarah itu masih penting untuk perancangan kehidupan kita di dunia ?

2

Saya adalah seorang pelajar aliran sains di peringkat sekolah. Namun saya menukar aliran di Tingkatan Enam. Dan saya akhirnya mengikuti disiplin sastera di IPTA iaitu di dalam jurusan undangundang. Rekaan dan juga penemuan bidang sains telah berubah dengan cepat pada Abad ke 20. Bermula dengan revolusi industri ,angkasa, laser sehingga nanoteknologi. Saya sendiri tidak menghadapi masalah untuk memahami dan mengharunginya.

3

Lewat tahun 60an dan 70an saya telah dikilafkan oleh catatan sejarah yang menyatakan bahawa sains asalnya daripada pengetahuan dan amalan orang Barat. Pada akhir tahun 70an saya mendapati bahawa sains adalah perkara universal dan bukan milik ekslusif orang Barat. Terbukti bahawa sains juga berakar umbi di Timur. Dan sains juga secara jelas tercatat di dalam Al-Quran.

4

Di peringkat universiti pada zaman awal 80an saya dapati bahawa ramai siswa sains agak statik pemikiran mereka. Manakala siswa sastera agak kreatif. Kini saya dapati bahawa pada Abad ke 21 kini maka siswa universiti lebih terbuka dan inovatif. Subjek disiplin sains atau sastera telah ditambahbaikan dan lebih pratikal. Malahan subjek untuk sastera telah ditransformasikan sebagai sains sosial.

5

Bagi saya yang utama adalah matlamat pendidikan termasuk daripada sekolah sehingga ke universiti mesti membentuk kerangka minda yang sistematik dan pratikal bagi mengharungi kehidupan di dunia iaitu domestik dan internasional. Di dalam konteks ini saya lebih menitikberatkan pembangunan kerangka minda bangsa Melayu. Isu di dalam kertas ini adalah persoalan sejarah. Ramai masih berkata “ we look forward, forget about history”.

6

Kerana lupa sejarah maka kita mempercayai kenyataan bahawa asal orang Melayu adalah daripada golongan anisma, kemudiannya Hindu dan selepas itu baru jadi Islam. Fakta evolusi sebegini disokong oleh hujah dan artifak berbentuk primer dan sekunder yang kabur serta masih tidak dijelaskan. Kelemahannya adalah seperti Teori Darwin yang akhirnya diputuskan hanya merupakan hipotesis dan bukan teori ; jauh lagi daripada fakta untuk dianggap sebagai sejarah.

7

Pengasas teori komunis iaitu Karl Marx amat mengagumi Charles Darwin sehingga di dalam bukunya Das Kapital di mana beliau menganggap dirinya sebagai pengikut setia Charles Darwin. Ikan jenis Coelacanth iaitu makhluk setengah ikan dan setengah haiwan yang dikatakan oleh pakarpakar evolusi adalah rantaian bukti evolusi telah didapati merupakan satu pembohongan yang dicipta oleh para saintis pendokong Teori Darwin.

8

Teori Darwin adalah di antara kesesatan saintis dahulu dan Allah s.w.t amat murka kepada umat Islam yang mengikut landasan jahiliyah.

9

Kita jangan lupa bahawa sejarah bagi golongan yang bertamaddun tanpa mengira bangsa adalah bermula dengan Nabi Adam a.s dan Siti Hawa untuk fasal pertama. Manakala Nabi Noh a.s adalah fasal kedua. Dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan fasal terakhir. Sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w telah adanya nabi dan rasul yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk menjadi pembimbing dan panduan umat manusia di dunia.

10

Sebelum turunnya Al-Quran maka keturunan bangsa Melayu adalah pewaris Islam daripada titisan Nabi Ibrahim a.s dengan isterinya Jawihirah. Orang-orang Arab dari dahulu hingga sekarang memanggil orang Melayu sebagai orang Jawi iaitu mengambil sempena nama isteri Nabi Ibrahim a.s.

11

Maka telah berlaku kebodohan luar biasa di kalangan sejarawan Malaysia yang menyatakan bahawa Islam hanya bermula di zaman Kesultanan Melaka sedangkan Islam di Tanah Melayu merupakan susur galur Nabi Ibrahim yang telah sampai di Kepulauan Melayu sezaman dengan permulaan pembukaan Kota Suci Mekah oleh Nabi Ibrahim a.s bersama puteranya Nabi Ismail a.s.

12

Nabi Adam dan Hawa hidup di Makkah apabila dipertemukan semula selepas turun ke bumi daripada syurga. Makkah adalah penempatan pertama manusia di dunia ini. 13

Masjidil Haram, Mekah Qiblat umat Islam.Masjid pertama dibina Allah s.w.t di bumi. Masjid paling suci untuk umat Islam. Barang siapa solat di sini mendapat 100,000 pahala solat untuk satu solat. 14

Masjid Nabawi, Madinah Masjid ke 2 paling suci dalam Islam. Barang siapa solat di sini mendapat 1,000 pahala solat untuk satu solat. 15

Masjid adalah sebuah institusi ibadah yang sepatutnya berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah.

16

Institusi Masjid haruslah dijadikan tempat percambahan ilmu, di mana masjid haruslah mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja membekalkan buku-buku agama , tetapi juga buku yang berkaitan dengan ibadah dan muamalah.Begitu juga buku mengenai ilmu sosial, ekonomi, politik dan sebagainya haruslah diletakkan di dalam perpustakaan masjid.

Masjid adalah rumah Allah di bumi atau lebih khusus rumah Allah dalam sesebuah kariah. Sifatnya yang sedemikian bermaksud masjid mestilah mempunyai semua kelebihan dari bangunan atau tempat-tempat lain dalam kariah. 17

Pepatah Arab ada mengatakan: “Ilmu tanpa direalisasikan atau diamalkan, laksana pokok tanpa buah”. Allah berfirman yang bermaksud: “Bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri berusaha mengubah nasib mereka sendiri.” (Surah ar-Ra’ad, ayat 11) Jika umat Islam mengamalkan sepenuhnya ajaran Al-Quran, bermakna mereka mampu mengubahsuai politik dan kehidupan dunia.

18

Kehadiran Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi terakhir telah melengkapkan Islam di dunia dan ini dipancarkan melalui penurunan Al-Quran yangmana pengajarannya telah tersebar di seluruh dunia dan dimaktubkan di dalam perundangan Tanah Melayu seperti Kanun Melaka dan Kanun Pahang. Peristiwa dan fakta ini iaitu penguatkuasaan Syariah Islam yangmana kanunnya secara bertulisan Jawi telah berlaku di Tanah Melayu lebih kurang 800 tahun dahulu bersamaan 400 tahun sebelum pengenalan Charter of Justice di Pulau Pinang oleh Inggeris pada tahun 1786. Ini adalah satu fakta sejarah yang amat jelas.

19

Andainya kita lupa sejarah maka kita akan lupa bahawa Islam bermula dengan Nabi Adam a.s sebagai rasul yang pertama dan berakhirnya dengan Nabi Muhammad s.a.w.

20

Kehadiran penjajah Inggeris telah mengubah kedudukan dan peranan undang-undang Islam di Tanah Melayu. Inggeris telah menyempitkan skop undang-undang Islam yang ditadbir ke atas orang Islam khususnya kepada perkara-perkara berhubung personal law sahaja seperti hal-ehwal perkahwinan dan perceraian. Pada masa yang sama Inggeris memperkenalkan undang-undang mereka menerusi pelbagai cara. Peraturan tersebut akhirnya turut dikenakan ke atas orang lslam.

21

Memang benar perjanjian antara British dan raja Melayu tidak menyebut dengan jelas mengenai pengenalan undang-undang Inggeris ke negeri Melayu, namun pihak Inggeris dengan cara beransur-ansur menerapkan undang-undang mereka. Sebelum negara ini mencapai kemerdekaan, beberapa negeri Melayu seperti Johor (1895) dan Terengganu (1911) , mempunyai Perlembagaan Negeri. Contohnya, Johor memasukkan agama Islam dalam Perlembagaan Negeri bertarikh 1895. Di dalam Perkara 57, Perlembagaan Negeri Johor membuat peruntukan bahawa Islam adalah agama bagi Johor dan segala jajahan takluknya. Bahkan, ada pula negeri secara khusus menetapkan mazhab yang terpakai adalah Ahli Sunnah wal-Jamaah.

22

Sekiranya dibandingkan dengan kedudukan undang-undang Islam di bawah Perlembagaan Malaysia sekarang secara relatif dengan di zaman Kerajaan Melayu Melaka, kita dapati undangundang di dalam Kanun Melaka adalah lebih luas skopnya kerana undang-undangnya tidak terhad kepada undang-undang diri dan keluarga sahaja malahan meliputi undang-undang jenayah, ekonomi dan juga komersial. Bukan itu sahaja malahan hukuman-hukuman dalam undangundang jenayahnya lebih menepati hukum syara' di mana hukuman-hukuman yang dikenakan berdasarkan qisas, hudud dan ta'zir Mengenai undang-undang komersial kaedah-kaedah asas seperti persetujuan bersama membeli dan menjual, identiti barang-barang, kebankrapan dan hutang-hutang dinyatakan juga dalam Kanun Melaka.

23

Keistimewaan Kanun Melaka ini bukan sahaja cuba menyesuaikan elemen-elemen Islam dengan elemenelemen tempatan malahan mukaddimahnya dimulai dengan memuji Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Mukaddimahnya berbunyi seperti berikut: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekalian Alam dan kesejahteraan bagi mereka yang percaya kepada Allah, dan selamat serta salam bagi utusanNya Saiyidina Muhamad dan seluruh keluarganya dan sahabatsahabatnya.

24

Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim menyatakan :"Undang-undang yang terpaksa kita ikuti di Malaysia………. ialah undangundang Inggeris, dan undang-undang Inggerislah yang menjadi undangundang asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Undang-undang Islam pada masa sekarang hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja dan dalam perkara-perkara yang terhad sahaja, iaitu perkara-perkara berhubung dengan keluarga dan agama Islam dengan pengertian yang sempit... Oleh sebab Islam menjadi agama rasmi Persekutuan dan juga agama rasmi untuk beberapa buah negeri di Malaysia, undang-undang Islam harus dikembalikan kepada tempatnya yang asal sebagai menjadi undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Seksyen 3 dan 5 dalam Akta Undang-Undang Sivil hendaklah dimansuhkan. Dengan ini kita tidak akan merujuk kepada undang-undang Inggeris yang lapuk itu …….. Suatu fasal hendaklah diadakan dalam Perlembagaan yang bertujuan bahawa jika terdapat mana-mana undang-undang di Malaysia yang bertentangan dengan undang-undang Islam, maka hendaklah undang- undang itu terbatal setakat mana ia bertentangan. Dengan dua cara ini bolehlah kita mengesahkan bahawa undang-undang di Malaysia sekurang- kurangnya tidak bertentangan dengan undang-undang Islam." 25

Mengembalikan semula kepentingan dan kedudukan Islam sebagai undang-undang Malaysia telah sebelum ini secara strategik dimulakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed yang telah mengistiharkan Malaysia sebagai Negara Islam pada 29 hb. September ,2001. Kemudian Datuk Abdullah Ahmad Badawi memperkukuhkan pula dengan memperkenalkan Islam Hadhari. Dan Datuk Najib Razak memperkasakan idea dan tindakan ini dengan Melayu Glokal. Tindakan mereka bersesuaian dengan firman Allah s.w.t ; maksudnya :“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan menjalin hubungan dengan orang-orang kafir yang tidak memerangi dan mengusir kamu dari tanah air kamu. Sesungguhnya Allah amat mengasihi mereka yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu memberi walad (kuasa penuh) kepada mereka. Maka mereka itulah orang yang zalim.” 26

Latar belakang atau sejarah sesuatu undang-undang itu tidak boleh dipandang sepi, ia penting untuk diketahui, supaya kita dapat lebih memahami mengapa sesuatu undangundang itu seperti yang sedia ada pada hari ini. Manakala kenyataan seperti di bawah oleh CEO Hewlett-Packard adalah pengakuan bahawa pentingnya pengetahuan sejarah dalam tamadun dunia.

27

Extract from a speech by Carly Fiorina, CEO of Hewlett-Packard “There was once a civilization that was the greatest in the world. It was able to create a continental super-state that stretched from ocean to ocean, and from northern climes to tropics and deserts. Within its dominion lived hundreds of millions of people, of different creeds and ethnic origins. One of its languages became the universal language of much of the world, the bridge between the peoples of a hundred lands. Its armies were made up of people of many nationalities, and its military protection allowed a degree of peace and prosperity that had never been known. The reach of this civilization’s commerce extended from Latin America to China, and everywhere in between. When other nations were afraid of ideas, this civilization thrived on them, and kept them alive. When censors threatened to wipe out knowledge from past civilizations, this civilization kept the knowledge alive, and passed it on to others ……….the civilization I’m talking about was the Islamic world.” 28

Sebelum Perang Salib adalah diketahui bahawa tamaddun bangsa Arab melalui cara hidup Islam telah mencapai kemuncak di segi pendidikan, teknologi dan perubatan sedangkan di masa yang sama tidak ada sebuah rumah sakit ( hospital ) ataupun seorang doktor di England.

29

Sejak tahun 1970an di merata dunia isu kebebasan seksual memang merupakan kebebasan “bawah” iaitu organ seksual yang menggantikan kebebasan “atas” iaitu minda dan intelek. Transformasi ini amat dibimbangkan kerana ianya bermula apabila ramai anak muda yang mendapat pendidikan sekolah dan seterusnya memperolehi ijazah tiba-tiba beralih “bawah”. Akibatnya golongan homoseksual iaitu gay dan lesbian diitiraf undang-undang sesetengah negara di dunia.

30

Kita mengharapkan proses pendidikan akan membawa kesedaran sosial yang “atas”. Budaya atau kebebasan “bawah” perlukan perhatian para ibubapa, ketua masyarakat dan kepimpinan negara di seluruh dunia.

31

Bagaimanakah kita untuk mempastikan bahawa anak muda di dunia yang telah mendapat peluang dan ruang menerokai kebebasan “atas” untuk kekal dengan status “atas” ?

32

Kepentingan budaya juga perlu disedari. Negara Rom mempunyai budaya militari dan artistik; Greek dengan budaya falsafah dan India dengan spiritual. Budaya mengawal kehidupan bangsabangsa ini untuk berjaya. Sejarah menunjukkan Mahatma Gandhi mempunyai pemahaman dinamik tentang budaya India bagi menggerakkan rakyat India ke arah kemerdekaan.

33

Remaja harus faham bahawa kemajuan itu terletak kepada diri manusia. Diri manusia harus dibangunkan dengan kekuatan akhlak mulia supaya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi, manusia dapat berperanan mengurus diri dan mengurus kehidupan dengan baik supaya manfaatnya memberi kebaikan kepada yang lain. Terlibat dengan salahguna dadah, kegiatan mat rempit, pergaulan yang lepas bebas, ketagih hiburan yang melampau umpamanya bukanlah lambang maju dan membangun. Ia adalah lambang mundur dan kemusnahan. Islam mengajak remaja supaya berilmu dan berketerampilan. Di dalam Surah Az Zumar, Ayat 9, Allah s.w.t meletakkan kedudukan orang yang berilmu lebih tinggi berbanding orang yang tidak berilmu.

34

Antara isu utama dunia di Abad ke 21 ialah:2. Kegawatan ekonomi global; 3. Krisis makanan; 4. Dadah dan Aids; dan 5. Alam sekitar.

35

Isu mengenai kitaran ekonomi telah digambarkan oleh Allah s.w.t melalui Surah Yusuf; Ayat 46-49 “…….simpanan 7 tahun untuk menampung kesusahan 7 tahun …………” Ayat ini adalah penerangan bahawa susah dan senang manusia tidak dapat dielakkan. Ianya adalah sebagai ujian serta untuk mengajar manusia supaya merancang dan menyimpan.

36

Sejarah awal manusia iaitu kerajaan bumi dan kerajaan langit mencatatkan peranan syaitan yang senantiasa menyesatkan manusia hingga kiamat. Allah s.w.t juga memberikan peringatan tentang Yahudi dan Nasrani namun kita juga harus sedar bahawa Allah s.w.t juga melahirkan ramai rasul dan nabi daripada golongan mereka. Senantiasalah ingat bahawa tidak kira apa warna kulit ; apa jenis bangsa ; apapun bahasa kita dan dari negara mana asal kita namun persamaan kita semua manusia adalah kita merupakan milik Allah s.w.t dan kita semua adalah anak cucu Nabi Adam a.s. 37

Pengetahuan dan kedudukan tidak dapat menjamin keredhaan daripada Allah s.w.t . Ini dibuktikan oleh Azazil iaitu penghulu para malaikat yang akhirnya menjadi penghulu para syaitan kerana engkar dengan perintah Allah s.w.t. Pengajarannya adalah kita perlu dengar dan patuh kepada Allah s.w.t sahaja. Itulah takwa sebenar yang dituntut oleh syariat Islam.

38

Sebenarnya sentimen antiagama oleh masyarakat Eropah adalah kerana pengalaman yang mereka lalui pada Zaman Pertengahan dan kebebasan yang dicapai pada Abad ke 15 dan Abad ke 16.

39

Kita kini harus mengenalpasti apakah jenis masyarakat yang ada di sekeliling kita serta memahami dan menghargai perspektif sejarah yang melandasi pegangan agama mereka.

40

Pengalaman antiagama tidak boleh diaplikasi dalam kes dunia Islam yang lampau atau kini. Seseorang Islam yang cerdik tidak kira apa idealoginya mesti menampakkan dirinya sebagai seorang Islamologis.

41

Jika seorang Islam memahami Islam secara mendalam , beliau akan terkejut melihat pembaziran intelek akibat mengambil langkah yang salah , kewujudan salah faham, penghargaan yang tidak kena pada tempatnya dan perhubungan yang tidak rasional yang wujud dalam masyarakat Islam.

42

Nasionalisma menerusi UMNO muncul sebagai idealogi antikolonialisma yang progresif dan membawa kemerdekaan di Malaysia. Namun kini muncul ikatan humanisma dan agama yang mencabar nasionalisma. Ikatan ini sebenarnya adalah ikatan palsu dan tanpa matlamat jelas.

43

Sejarah menjelaskan bahawa dunia adalah tapak untuk tanaman yangmana hasil akan dituai di akhirat. Panduan kita dalam kehidupan adalah Al-Quran , Hadis, Itjamak dan Qiyas. Kita yang berasal daripada tanah akan pulang ke tanah.

44

Rasulullah s.a.w bersabda: Yang bermaksud: "Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan kefahaman pula hanya didapati dengan mendalaminya, sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan pada dirinya, diberikan kefahaman yang mendalam di dalam urusan agama". (Riwayat Tabrani).

45

Abu Zar Al-Ghiffari r.a berkata: "Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w: Apakah kandungan Suhuf Nabi Musa?" Baginda menjawab: "Keseluruhannya adalah pengajaran". Aku merasa hairan terhadap orang yang yakin kepada kematian tetapi ia masih terus bergembira, Aku hairan kepada orang yang yakin tentang neraka tetapi ia masih ketawa, Aku hairan terhadap orang yang meyakini qadar ketentuan Allah tetapi masih kecewa, Aku hairan terhadap orang yang melihat dunia yang membolak-balik penghuninya tetapi ia masih merasa aman terhadap dunia, Aku juga merasa hairan terhadap orang yang meyakini adanya hisab di kemudian hari tetapi masih tetap tidak beramal (untuk bekalan)".

46

Al-Quran ِ‫عنِ النّار‬ َ َ‫كُلّ َنفْسٍ ذَا ِئقَةُ الْمَوْتِ وَإِنّمَا تُوَ ّفوْنَ ُأجُورَكُمْ يَوْمَ ا ْلقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِح‬ ِ‫وَأُدْخِلَ الْجَنّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا ا ْلحَيَاةُ الدّنْيَا إِلّ مَتَاعُ الْغُرُور‬ Yang bermaksud: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran, Ayat: 185). 47

Melalui penulisan ini saya bukan ingin membawa pembaca berangan-angan dengan kegemilangan Islam masa lalu tetapi saya ingin menyatakan bahawa untuk berjaya kita perlu merancang dan berusaha serta berdoa kepada Allah . Semuanya akan pulang semula kepada Allah s.w.t. Jika dulu kita hanya memiliki media wayang gambar dan televisyen, sekarang sudah ada TV-satelit serta internet, membawa kepada iPod, telefon mudah alih, permainan video dan sebagainya bagi menyampaikan fikiran kita.

48

Kita seharusnya jelas bahawa ada perbezaan antara apa disebut ‘kebebasan berfikir’ dengan ‘kebebasan menyebarkan fikiran’. Perancangan amat perlu kerana tidak merancang bermakna kita telah merancang untuk gagal. Untuk merancang maka kita perlu melihat sejarah.Itulah sebab saya katakan pentingnya sejarah. Allahu akbar 3x.

49

Firman Allah s.w.t ِ‫جلَلِ وَالِْكْرَام‬ َ ْ‫ وَيَ ْبقَى وَجْهُ رَ ّبكَ ذُو ال‬.ٍ‫ن عَلَ ْيهَا فَان‬ ْ ‫كُلّ َم‬. Yang bermaksud: Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (Surah Ar-Rahmaan, Ayat: 26 - 27)

50

Related Documents

Sejarah Kekal Penting
December 2019 15
Alam Kekal
November 2019 24
Penting
December 2019 42
Penting
May 2020 38
Penting
October 2019 42

More Documents from ""

Presentation Ip Law
May 2020 18
Nostalgia
May 2020 20
Common Law 1malaysia
May 2020 22
E-dagang & Globalisasi
June 2020 22
Collapse Of The Us Dollar
December 2019 25