Sc

  • Uploaded by: Nor Anisa Musa
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sc as PDF for free.

More details

  • Words: 3,634
  • Pages: 18
ISI KANDUNGAN Topik

Mukasurat

1.0

PENGENALAN

…….……………….…………………………...

1

2.0

KEPENTINGAN ORANG LAIN (SIGNIFICANT OTHERS)……..

2

3.0

MAKLUM BALAS (FEEDBACK) ………………………………….

2

4.0

MAKLUMBALAS DAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK ..

3

5.0

PENYELIDIKAN TERHADAP PERANAN MAKLUMBALAS …

5

6.0

7.0

5.1

Teori Cermin dan Teori Model (Mirror vs Model Explanation)

5.2

Sumber/ Punca Harga Diri Kanak-kanak

5.3

Kajian mengenai Maklumbalas Terkawal.

FAKTOR-FAKTOR LAIN DI DALAM MAKLUM BALAS ……. 6.1

Kesan Penonton

6.2

Fokus Penumpuan

6.3

Respon dan Kebimbangan

6.4

Susceptibility to Persuasion

6.5

Objektive Appraisal and Credibility

6.6

Personalism (Keperibadian)

6.7

Group Aspirations (Harapan kumpulan yang tinggi)

6.8

Salience Of Characteristic Judged

RUMUSAN ............................................................................................

RUJUKAN ........................................................................................ POWERPOINT SLIDE Presented by: Siti Zunariah Mohd. Said & Nor Anisa Musa

8

17

18

Perkembangan dan Pendidikan Konsep Kendiri Topik: Peranan Maklum balas dan Kepentingan orang lain (Significant Others and Feedback)

1.0

PENGENALAN Konsep Kendiri boleh didefinisikan secara dalaman (internal) atau luaran (external). Konsep kendiri secara dalaman ditafsirkan dengan melihat sikap diri atau kesempurnaan diri. Manakala konsep kendiri secara luaran ditafsirkan dengan melihat atau mengambil kira tingkah laku atau persepsi orang lain contohnya daripada ibubapa, guru-guru, kawan-kawan dan lain-lain. Kebanyakan individu menyatakan mereka mempunyai ciri-ciri tertentu dengan mempelajari atau mencontohi daripada orang lain. Maklumbalas daripada ibubapa, rakan sebaya dan guru memainkan peranan penting dalam membentuk konsep kendiri seseorang. Menurut Cooley (1912) perkembangan konsep kendiri pada awal zaman kanak-kanak adalah dengan melihat atau memerhatikan tindakbalas yang mereka terima ketika itu.

Mead (1934) pula menyatakan

bahawa makna ‘diri’ adalah perkembangan kebolehan seseorang itu untuk mengambil peranan orang lain dan membuat tanggapan tentang sikap seseorang terhadap diri sendiri. Selain itu, Kinch (1963) telah membahagikan ‘kendiri’ kepada empat komponen iaitu:i.

Konsep kendiri seseorang

ii.

Tanggapan seseorang ke atas sikap dan tindakbalas orang lain terhadapnya.

iii.

Tindakbalas dan sikap sebenar orang lain terhadap seseorang.

iv.

Tingkah laku seseorang.

Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

2

2.0

KEPENTINGAN ORANG LAIN (Significant Others) Myamoto dan Dombusch (1956), Quarantelli dan Cooper (1966) menyatakan bahawa tanggapan diri bagi seseorang itu adalah serupa dengan bagaimana pandangan orang lain terhadap seseorang itu secara umum. ‘Kepentingan orang lain’ bermaksud orang-orang yang penting atau orangorang yang memberi makna kepada kanak-kanak tersebut dan dikesan boleh melindungi, membantu dan menghargai diri kanak-kanak tersebut. Kepentingan orang lain memainkan peranan penting di dalam mendefinisikan kendiri. Contohnya seperti ibubapa, guru-guru, rakan sebaya, pemimpin agama, saudaramara dan lain-lain. Ibubapa merupakan orang-orang yang paling penting di dalam persekitaran kanak-kanak diikuti oleh guru-guru dan rakan sebaya.

3.0

MAKLUM BALAS (Feedback) Kanak-kanak mendapat gambaran atau pantulan imej mereka daripada maklumbalas yang diberikan oleh individu-individu penting tadi melalui terjemahan pengalaman dan kejadian. Peneguhan (reinforcement) juga terlibat di dalam maklumbalas, di mana ia berkemungkinan akan menyebabkan sesuatu tindakbalas itu dilakukan semula atau

dikurangkan.

Maklumbalas

yang

menyenangkan

dan

dipersetujui

menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut telah melakukan sesuatu yang baik dan bernilai. Ini akan membuat kanak-kanak tersebut merasa dihargai dan berwibawa. Sebaliknya maklumbalas yang tidak menyenangkan dan tidak dipersetujui menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut telah melakukan sesuatu yang salah, dan seterusnya menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak dihargai dan tidak berwibawa. Peneguhan yang positif seperti senyuman, pujian dan usapan di belakang kanak-kanak akan meningkat harga diri mereka. Sebaliknya bermasam muka, Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

3

kritikan atau menghalang mereka daripada mendapatkan sesuatu secara kasar akan merendahkan harga diri kanak-kanak tersebut. Justeru itu, kanak-kanak perlu diberi

maklumbalas positif untuk memastikan perkembangan kendiri yang

positif dan seterusnya akan meningkatkan tingkah laku yang boleh diterima. Sehubungan dengan itu, ibubapa dan guru perlu mengawal persekitaran dan kerja yang diberikan untuk memastikan kejayaan yang sesuai. 4.0

MAKLUMBALAS DAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK Kanak-kanak perlu diberi penekanan oleh orang-orang penting disekeliling mereka tentang perkara-perkara baru yang mereka belajar dan keperluan pembelajaran tambahan untuk membangunkan kewibawaan mereka. Menurut Burns (1982), kanak-kanak mulai merasa dihargai sejak diperingkat bayi lagi. Kasih-sayang dan perhatian yang diberikan oleh ibubapa ketika bayi menunjukkan bahawa mereka telah dihargai. Bayi yang baru lahir tidak mempunyai kesedaran diri, tetapi segala tingkahlakunya adalah untuk memenuhi keperluan jasad dan tidak merujuk kepada kendiri. Oleh itu, maklumbalas awal yang diterima oleh seorang bayi bagaimana perasaan orang lain terhadapnya adalah melalui pengurangan keperluan fisiologinya. Contohnya bayi terasa dihargai dan terima dengan memberinya makan, menukar lampin, mandi, senyuman dan perhatian daripada ibubapa. Ketika awal zaman kanak-kanak,

mereka meneguhkan tanggapan

terhadap diri mereka melalui pengalaman sendiri dari reaksi orang-orang penting terutamanya ibubapa. Oleh itu ibubapa merupakan pengaruh utama di dalam perkembangan konsep kendiri anak-anak mereka. Ini disebabkan kanak-kanak pra-sekolah mempunyai persekitaran yang terhad iaitu di rumah di mana ibubapa menjadi model utama yang ditiru di dalam proses pengenalan diri anak-anak dan pembelajaran tingkah laku sosial. Ibubapa menjadi sumber maklumbalas, menilai dan bertindakbalas ke atas tingkah laku anak-anak mereka. Kebiasaannya, ibu lebih berpengaruh daripada bapa kerana ibu mempunyai masa lebih panjang Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

4

dengan anak mereka dan lebih bertanggung-jawab memberi perhatian dan memenuhi keperluan asas anak-anak. Bandura(1965) dan Kagan (1958) menyatakan bahawa keseluruhan proses pengenalan diri (sandaran emosi kanak-kanak kepada ibubapa serta mengikut tingkah laku dan nilai ibubapa) adalah suatu proses peniruan (imitation). Contohnya kanak-kanak seringkali menggunakan ayat yang biasa digunakan oleh ibubapanya. Apabila kanak-kanak berkata: “Saya budak baik. Saya pakai baju sendiri”, menyerupai apa yang telah disebut oleh ibunya sebelum itu, iaitu; “Awak budak baik. Awak pakai baju sendiri”. Terdapat dua jenis maklumbalas iaitu dari:i.

Persekitaran -

interaksi kanak-kanak dengan alam

sekelilingnya. Apabila seseorang melakukan sesuatu dan kesan

dari

tindakan

itu

akan

menghasilkan

maklumbalasnya sendiri. Contohnya, seorang kanak-kanak cuba hendak memanjat dan jatuh. Fakta jatuh dan merasa sakit menyumbang kepada maklumbalas fitrah ke atas aktivitinya itu. ii.

Individu lain – memerlukan orang lain sebagai fungsi ejen di dalam sesuatu situasi. Maklumbalas daripada ibubapa dan orang lain akan memberi ‘moral’ dan ‘nilai’ yang bermakna kepada hasil aktiviti kanak-kanak tersebut. Contohnya, kanak-kanak yang menjatuhkan cawan dan pecah akan dimarahi dengan kata-kata ‘anak tidak berguna’ dan

sebagainya,

walaupun

perkataan

itu

tidak

menggambarkan tingkah laku sebenar dan akan memberi kesan kepada nilai diri kanak-kanak tersebut. Ibubapa juga merupakan penilai (secara lisan) kepada anak-anaknya. Contoh penilaian positif, “Awak sudah besar, awak boleh melakukannya”. Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

5

Sebaliknya, jika penilaian negatif diberi lebih banyak daripada penilaian positif, ia akan meningkatkan kelemahan, kegagalan dan kenakalan kanak-kanak tersebut. Justeru itu, ibubapa, guru, pemimpin golongan muda dan lain-lain perlulah melayan kanak-kanak dengan hormat, bertimbang rasa, dan sambutan yang baik. 5.0

PENYELIDIKAN TERHADAP PERANAN MAKLUMBALAS Kebanyakan kajian menunjukkan hubungan yang kuat di antara tanggapan individu terhadap dirinya dengan cara mereka menganggap pandangan orang lain terhadap mereka. 5.1

Teori Cermin dan Teori Model (Mirror vs Model Explanation) Terdapat dua penerangan yang popular mengenai perkembangan konsep kendiri iaitu:i.

Teori Cermin atau Pantulan - di perkenalkan oleh Mead, Cooley dan William James - Konsep kendiri kanak-kanak adalah hasil daripada pantulan penilaian orang lain.

ii.

Teori Model atau Peniruan - diperkenalkan oleh Bandura (1963) - Seorang kanak-kanak memperolehi kebanyakan ciri-ciri tingkahlaku dan sikapnya daripada proses peniruan orang lain dan persekitarannya.

Perbezaan di antara Teori Cermin dan Model adalah seperti berikut: Teori Cermin Teori Model a) Menekankan penilaian tindakbalas a) Seseorang mengambil ciri-ciri Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa 6

atau maklumbalas daripada orang lain orang lain sebagai ciri-ciri dirinya b) Penilaian ibubapa terhadap anak- b) Konsep kendiri ibubapa anak mempunyai hubungan positif mempunyai

hubungan

positif

dengan konsep kendiri anak-anak dengan konsep kendiri anak-anak c) Pertalian adalah lebih kuat di antara c) Pertalian adalah lebih kuat di ibubapa dengan anak yang berlainan antara ibubapa dengan anak yang jantina. d) Kanak-kanak perempuan

sama jantina. lebih d) Kanak-kanak perempuan lebih

dipengaruhi oleh ibubapa dipengaruhi oleh ibubapa e) Penilaian Diri: Pertalian di antara e) Bapa adalah model ibubapa dan anak yang berlainan berpengaruh jantina f) Kanak-kanak

‘muda’

dengan

yang lebih ‘tua’

5.2

anak-anak

lelaki dan perempuan lebih f) Kanak-kanak ‘muda’

dipengaruhi oleh ‘cermin’ ibubapanya dipengaruhi dibandingkan

kepada

oleh

yang

lebih ‘model’

kanak-kanak ibubapanya dibandingkan dengan kanak-kanak yang lebih ‘tua’

Sumber/ Punca Harga Diri Kanak-kanak Menurut kajian Kircher dan Vondraek (1975), kanak-kanak memperolehi harga diri dari tanggapan atau pandangan orang lain. Empat punca atau sumber harga diri tersebut seringkali diperolehi dari rakan-rakan, adikberadik, ibu dan bapa.

Kebanyakan dapatan kajian menunjukkan bahawa:i.

Kanak-kanak perempuan lebih menerima ibu dan adik-beradik sebagai sumber harga diri dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki.

Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

7

ii.

Kedua-dua kanak-kanak lelaki dan perempuan mendapati bapa mereka lebih bersikap penghukum, garang dan kurang peramah dibandingkan dengan sikap ibu.

iii.

Konsep kendiri kanak-kanak sekolah rendah tahun akhir berterusan berubah

kerana

dipengaruhi

oleh

perkembangan

sosial

persekitaran. iv.

Kanak-kanak yang sering hidup berpindah-randah, contohnya keluarga dari anggota polis atau tentera, akan merosakkan perkembangan konsep kendirinya.

v.

Harga diri kanak-kanak pra-remaja yang tidak mempunyai kawan rapat tidak dapat disahkan kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya.

vi.

Kanak-kanak akan mulai terlibat dengan perbandingan sosial ketika berumur lapan tahun.

5.3

Kajian mengenai Maklumbalas Terkawal. Prosedur kajian mengenai maklumbalas perkara yang dikawal adalah:i.

menerangkan tentang atribut diri yang dinilai didalam ujian,

ii.

diikuti dengan mengambil ujian,

iii.

menerima maklumbalas mengenai persembahan mereka dengan segera atau dalam tempoh satu atau dua minggu dan akhirnya,

iv.

membuat penilaian ke atas diri sendiri.

Daripada dapatan kajian, kebiasaannya seseorang individu akan mengubah penerangan diri mengikut maklumbalas yang mereka terima. Menurut Muller dan Spuhler (1976) kebimbangan akan timbul jika konsep kendiri yang positif di rendahkan dan seterusnya akan merosakkan proses pembelajaran individu tersebut. Apabila maklumat negatif diberi dengan sokongan, tidak terdapat kesan yang membahayakan proses pembelajaran kerana konsep kendiri yang tepat itu lebih penting daripada tahapnya. Sebaliknaya jika maklumat yang sama

Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

8

disampaikan dengan cara yang tidak menyokong akan melemahkan proses pembelajaran. Sehubungan dengan itu, daripada bersikap posesif, pendidik perlu menambah penerangan-diri dengan lebih baik dan tepat. Selain itu, untuk mencapai ketepatan penerangan-diri tanpa halangan pembelajaran, guru-guru dan kauselor perlu menentukan konsep kendiri seseorang individu dengan nada yang menyokong dan menyakinkan. 6.0

FAKTOR-FAKTOR LAIN DI DALAM MAKLUM BALAS Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi konsep kendiri seseorang terutama

apabila

berhadapan

dengan

orang

ramai

dalam

komunikasi,

mempersembahkan sesuatu atau membuat pembentangan, antaranya ialah: 6.1

Kesan Penonton Kehadiran penonton boleh mempengaruhi kelakuan seseorang dan suatu

kelakuan itu dapat dijangkakan perubahannya. Contohnya, tahap kesedaran dan keinginan sosial individu akan meningkat positif kerana perasaan ingin mempamerkan sesuatu yang memberi kesan kepada penonton dan ia secara langsung akan mengurangkan keinginan yang negatif iaitu, mempamerkan sesuatu yang tidak memberi kesan kepada penonton. Aspek kawalan kelakuan tersebut dipengaruhi oleh kehadiran orang lain (penonton). Shrauger (1972) menyatakan, orang yang mempunyai keyakinan tinggi dan berkebolehan melakukan sesuatu mempunyai kesan yang sedikit pada emosi mereka. Sebaliknya bagi yang tidak berkebolehan yang berkeyakinan rendah, mereka merasakan kehadiran orang sekeliling membuatkan mereka rasa tidak selesa. Kesan emosi juga mempengaruhi kualiti kerja mereka.

Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

9

Dengan kata lain, individu yang berkeyakinan tinggi lebih baik penampilan mereka berbanding individu yang kurang berkeyakinan. Perasaan cemas dan bimbang dalam diri seseorang juga boleh menyebabkan keyakinan diri menjadi lemah. 6.2

Fokus Penumpuan

Selain itu, fokus atau penumpuan daripada penonton juga mempengaruhi penampilan seseorang. Kehadiran penonton merupakan ransangan dalam penumpuan yang diberikan oleh mereka. Mereka juga akan jadi lebih sedar kerana semua tumpuan penonton akan tertumpu kearahnya. Contohnya, guru yang berada dihadapan kelas akan menjadi tumpuan kepada anak muridnya. Atau murid yang dikehendaki membuat pembentangan akan menjadi tumpuan murid-murid lain. Brockner (1979) berpendapat, orang yang berkeyakinan rendah tidak dapat mempersembahkan sesuatu dengan baik apabila terdapat penonton, kamera atau cermin. Fokus perhatian mereka dimanipulasikan oleh perasaan cemas. Tetapi individu yang lebih fokus akan membuatkan diri mereka lebih berkeyakinan. Bagaimana pun, jika individu latih tubi dan memperbaiki tugasan persembahannya, keyakinan mereka akan beransur positif. Penumpuan orang lain juga akan membuatkan individu lebih cemas. Brockner memberikan bukti dan mempercayai bahawa kebimbangan dan penampilan mempunyai hubungan yang bertentangan. Beliau memerhati estim diri yang rendah mempunyai penampilan yang tidak menyenangkan dirinya dan sering terganggu penumpuannya apabila terlalu diperhatikan oleh orang lain. Dalam erti kata lain, konsep kendiri individu juga bergantung kepada penumpuan dan fokus orang lain terhadap dirinya. Terdapat individu yang kurang selesa apabila penonton terlalu memberi tumpuan kepadanya dan terdapat juga Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

10

individu yang lebih bermotivasi apabila individu lain sangat memberi tumpuan ke arahnya. Contoh Kajian: •

Seseorang telah dihadapkan di depan cermin dan diminta beri tumpuan pada tugasan yang diberi.



Sekumpulan low estim yang dikenalpasti juga diminta membuat tugasan di hadapan cermin tetapi diarah untuk beri tumpuan pada tugasannya.

Keputusannya: •

yang diminta untuk beri tumpuan pada tugasan lebih banyak melakukan beberapa kesilapan berbanding kumpulan yang tidak diminta beri tumpuan.



Kumpulan

yang

tidak diminta

beri tumpuan menunjukkan

kurang

kebimbangannya. Oleh itu, Wicklund & Ferris (1973) mendapati, seseorang yang rendah estim diri akan lebih mudah menyiapkan tugasan tanpa cermin di hadapan berbanding terdapat cermin di hadapan mereka. Ia menunjukkan orang yang berkeyakinan rendah akan mempamerkan rasa cemas yang jelas apabila terdapat sesuatu yang memberi tumpuan padanya atau seolah-olah terdapat seseorang yang telah memerhatikanya seperti cermin tersebut. Pelajar yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi membolehkannya fokus dalam tugasan akademik dan menyelesaikan masalah. Mossman & Ziller (1968) berpendapat, keyakinan rendah akan menyebabkan perhatian atau penumpuannya terhalang kerana pelajar lebih prihatin terhadap perasaannya sendiri. Mereka juga dijangkakan akan gagal sebagaimana orang sekeliling memberi reaksi terhadap persembahannya. 6.3

Respon dan Kebimbangan

Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

11

Respon yang negatif daripada orang lain terhadap persembahan seseorang akan menyebabkan keyakinan diri mereka menurun dan melemahkan persembahannya. Hubungan antara konsep diri dan perasaan bimbang biasanya adalah negatif. Konsep diri yang rendah juga berkait langsung dengan perasaan bimbang dan cemas yang tinggi. Low self-esteem akan lebih mudah mengalami stres berbanding mereka yang berkeyakinan tinggi. Esperimen Schalon (1968) menunjukkan tugasan subjek telah gagal apabila membuat persembahan kerana mereka tidak cuba untuk lebih berusaha dan lebih ketinggalan 50% berbanding kumpulan yang berkeyakinan tinggi. Kebimbangan (anxiety), merupakan ransangan utama dalam sesebuah hubungan sosial. Ia juga sebagai cabang individu untuk menilai individu lain dan juga melihat pencanggahan penilaian diri sendiri dengan orang lain. Dari sudut psikodanamik, kebimbangan melibatkan komponen phenomenological dan physiological kedua-duanya. (Keadaan dan keperluan). •

Suatu keadaan: contohnya pengalaman yang mendatangkan kebimbangan kepada individu akan memberi kesan kerisauan tentang masa depan atau ketakutan yang amat sangat.



Simptom fisiologi: termasuklah sesak nafas, berpeluh-peluh, gigil dan bermacam-macam lagi masalah manifestasi anggota badan yang hadir disebabkan oleh sesuatu. Sullivan (1953) menekankan bahawa kebimbangan timbul melalui

hubungan antara satu sama lain kerana ia boleh terjadi dengan pelbagai isyarat dan mempengaruhi orang lain. Contohnya dengan melihat secara nyata individu lain dalam ketakutan atau secara membayangkannya sahaja, individu tersebut juga akan mengalami keadaan yang sama dan merasai ketakutan.

Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

12

Miller’s (1963) telah membezakan antara self-esteem dan subjective public-esteem. i. Self-esteem merujuk kepada penilaian attribusi individu (anggapan individu). ii. Subjective public-esteem merujuk kepada persepsi individu dalam menilai diri mereka sendiri berdasarkan hubungan sosial Hipotesis menyatakan bahawa: i. Kebimbangan mempunyai hubungan dengan SPE yang rendah. Seseorang percaya bahawa orang lain mempunyai persepsi yang buruk terhadap dirinya dan mereka memberi reaksi dengan kritikan dan tidak setuju. Oleh itu kebimbangan akan lebih meningkat. ii. Keyakinan dan semangat yang rendah akan menyebabkan tahap kebimbangan lebih ketara. Kebimbangan akan terus menguasai apabila individu berasa tidak setanding ataupun tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan. iii. SPE yang negatif menyebabkan tekanan dan penurunan terhadap SE dan seseorang akan menjadi amat tertekan.

6.4

Susceptibility to Persuasion (Sifat mudah makan pujuk)

Self-esteem kebanyakannya mempunyai hubungan yang negatif dengan ‘sifat mudah makan pujuk’, terutamanya self-esteem yang tinggi kerana ingin melindungi diri daripada pengaruh sosial. Nisbett dan Gordon (1967) menyatakan, hubungan yang negatif hanya akan kuat atau dipertimbangkan jika pujukan difahami sepenuhnya atau tidak Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

13

menyakinkan. Semakin payah seseorang memahami suatu pujukan, semakin besar keyakinan individu dan semakin tinggi self-esteem yang diperlukan untuk mengelakkan diri dari dipengaruhi. 6.5

Objektive Appraisal and Credibility

Kredibiliti daripada orang lain boleh mempengaruhi respon dalam hubungan seseorang dari segi perbezaan pendapat dan perubahan persepsi diri. Dengan mempunyai kredibiliti yang tinggi, perbezaan pendapat akan berkurangan dan mengubah tingkah laku yang bertepatan. Manakala kredibiliti yang rendah daripada orang lain cenderung untuk kurang berubah. Kredibiliti seseorang mempunyai kesan yang kuat dalam penilaian kendiri. Contohnya: pemerhatian yang dibuat tentang persepsi kendiri yang negatif. Iaitu: “saya buruk”, “saya benar-benar gagal”. Ia menentang untuk berubah tanpa meneliti apakah anggapan ini benar-benar berlaku. Oleh itu, maklum balas kredibiliti hendaklah dilihat adil dan tidak berat sebelah terutama yang dipunyai oleh guru di sekolah kerana ia amat bermakna dan memberi kesan yang sangat kuat terhadap self-esteem kanak-kanak tersebut. Apabila penilai (appraiser) hadir dalam mana-mana situasi dan mereka memperolehi kemahiran tertentu, kita akan lebih meletakkan kepercayaan kita kepadanya daripada orang yang tidak mempunyai apa-apa kemahiran. Kesannya, penilai

tersebut

mempunyai

kredibiliti.

Kajian

dalam

mengubah

sifat

menunjukkan, komunikasi seorang penilai yang semakin besar kredibilitinya akan semakin besar kesan konsep diri kita terhadap diri sendiri. Jika ibubapa berkomunikasi dengan anak dan menyatakan anaknya tidak bertanggungjawab, anaknya mungkin memandang dirinya sebagaimana yang dinyatakan. Ini merupakan suatu alasan mengapa ibubapa dan guru perlu mengambil bahagian dan mempengaruhi untuk menentukan self-konsep kanakkanak. Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

14

6.6

Personalism (Keperibadian)

Suatu experimen telah dijalankan melalui demonstrasi. Ia memberi tumpuan kepada self-esteem seseorang iaitu pelajar perempuan yang diinterview oleh pelajar perempuan lain yang sangat menarik dan lebih senior dari mereka. Ketika interview, subjek diberi tugasan untuk menilai diri mereka sendiri dengan pelbagai dimensi. Penemuduga secara halus menunjukkan tanda persetujuan apabila subjek menilai dirinya secara positif dan tanda tidak setuju apabila subjek menilainya secara negatif. Persetujuan disertai dengan senyuman, anggukan atau menyatakan “ya, saya rasakan begitu juga”. Tidak bersetuju menunjukkan tanda dengan berdiam, berkerut atau menyatakan tidak setuju. Keutamaan dalam interview ini, separuh daripada subjek belajar bahawa temuduga akan menjadi latihan yang mudah jika menggunakan teknik yang mana semua kelakuan yang ditunjukkan boleh memberi nasihat kepadanya (ia juga tidak bersifat peribadi). Subjek lain pula diberitahu bahawa penemuduga akan beri pengajaran untuk tingkah laku mereka sebelum ini. Mereka perlu bersikap sejujur mungkin ketika temuduga. (ia merupakan suatu keadaan yang bersifat peribadi). Keduaduanya sebelum dan selepas temuduga, semua subjek diberi ujian self-esteem dan diberitahu untuk menilai diri mereka sendiri sejujur yang mungkin. Keputusan menunjukkan, subjek yang menerima penilaian secara impersonal memperlihatkan sedikit peningkatan self-esteem. Manakala subjek yang menerima penilaian secara personalistic lebih banyak peningkatan selfesteem.

Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

15

Dengan kata lain, seseorang akan kuat terkesan jika orang lain melihatnya secara jujur, tidak berkira-kira, dan membawa seseorang supaya setuju pada diri mereka sebagai individu. 6.7

Group Aspirations (Harapan kumpulan yang tinggi)

Kumpulan yang mempunyai cita-cita untuk berjaya mempunyai hubungan yang relevan dalam mempengaruhi seseorang kerana menilai secara adil. Jika gagal, mereka benar-benar mengatakan gagal dan jika berjaya mereka benar-benar mengatakannya ia berjaya. Di sini mereka mengandaikan kumpulannya akan lebih berminat dengan persembahannya. Stotland et al. mengkaji kesan tahap pencapaian terhadap penilaian individu berkenaan persembahannya berdasarkan harapan ahli kumpulannya. Ia juga menentukan tahap self-esteem seseorang. Berdasarkan harapan kumpulan, individu yang mempunyai estim diri yang tinggi lebih melindungi diri mereka daripada memberi penilaian negatif terhadap diri sendiri. Jika mereka menemui kegagalan, mereka menganggap ia merupakan kegagalan yang kecil, dan jika mereka berjaya, mereka berpendapat ia merupakan suatu kejayaan yang besar. Bagi individu yang low self-esteem pula, kegagalan mereka dianggap persembahan yang sangat lemah dan kejayaan mereka hanya suatu kejayaan yang kecil. Keputusan ini, mengemukakan high esteem yang berjaya tidak menilai persembahannya berdasarkan harapan kumpulannya, tetapi, jika mereka gagal mereka beranggapan ia memberi kesan kepada harapan ahli kumpulannya. Kejayaan mereka tiada kena-mengena dengan harapan ahli kumpulan sama ada ia tinggi atau tidak, atau begitu penting atau tidak berapa penting. Kesan daripada tahap harapan terhadap penilaian persembahan juga meningkat jika lebih ramai orang mengambil berat terhadap harapan kumpulan. Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

16

Individu yang gagal tidak begitu pasti bagaimana ahli kumpulannya dapat menerima apabila mendapati dia gagal. Penonton yang melaporkan kegagalannya, terutama jika kumpulannya merupakan sebuah kumpulan yang menarik akan menimbulkan rasa malu. Kadang kala tidak pasti, kesan kegagalan menjadikan seseorang lebih sensitif terhadap pendapat dan penilaian orang lain. Maka, realiti hubungan sosial lebih penting bagi mereka yang gagal daripada mereka yang berjaya. Mereka yang berjaya pula bersedia untuk dinilai dan tidak memerlukan realiti sosial dari ahli kumpulannya. 6.8

Salience Of Characteristic Judged Karektor penilai ada berkaitan dan mempengaruhi maklum balas yang

mana kesan maklum balas secara amnya adalah berkenaan dengan kerektor orang lain. Maehr et al. (1962), menyatakan bukan suatu yang menghairankan jika terdapat perubahan pada sesuatu penilaian yang telah dinilai terlebih dahulu akan lebih ukurannya, berbanding sesuatu yang belum pernah dinilai. Perubahan tersebut juga akan berlainan pengukurannya atau lenyap mengikut peredaran masa. Dengan kata lain, sesuatu penilaian

mempengaruhi atau bergantung

kepada penilaian yang telah dibuat sebelumnya. Jika penilaian pernah dibuat, tahap ukuran lebih tinggi berbanding sesuatu yang belum pernah dinilai sebelum ini. 7.0

Rumusan Faktor yang boleh mempengaruhi konsep kendiri seseorang terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai melibatkan pandangan penonton terhadap dirinya termasuklah tumpuan dan pemfokusan mereka. Respon orang ramai dan perasaan bimbang juga mempengaruhi self-esteem kerana secara tidak sedar ia

Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

17

memberi refleksi terhadap diri individu melalui pengalaman lepas dan tindakan fisiologi yang mereka alami. Keyakinan dan semangat yang rendah akan menyebabkan tahap kebimbangan lebih ketara. Kebimbangan akan terus menguasai apabila individu apabila berasa tidak setanding ataupun tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan. Oleh itu, seseorang yang berkredibiliti amat penting dalam memainkan peranan dalam membentuk konsep kendiri dan tingkah laku individu lain, selain dari ahli kumpulan yang terlibat perlu memberi sokongan sepenuhnya. Harapan mereka juga perlu diberi penekanan agar mereka boleh memperolehi kejayaan melalui konsep kendiri yang dapat dibina melalui komunikasi yang baik dan kejujuran dalam memberi penilaian.

RUJUKAN Buku Teks: Baron, R.A., Bryne, D.,Branscombe, N.R., (2007). Mastering in Social Psychology, Boston, MA: Pearson Education, Inc. Burns, R. B. (1982). Self-Concept Development and Education, London: Holt, Rinehart and Wiston.

Internet www.wikipedia.com

Presented by: Siti Zunariah Said & Nor Anisa Musa

18

Related Documents

Sc
October 2019 68
Sc
November 2019 68
Sc
April 2020 48
Sc
November 2019 81
Sc
December 2019 67
Sc
August 2019 75

More Documents from "Jose Carreto"