Sains Sosial Bab 6-politik

  • Uploaded by: estefania sofea zahara
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sains Sosial Bab 6-politik as PDF for free.

More details

  • Words: 1,136
  • Pages: 27
 





   

Mendefinisikan Istilah Politik Membezakan bentuk-bentuk kerajaan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh pada zaman Yunani Membezakan sejarah sains politik di Eropah dalam era politik tradisional dan era politik moden Membincangkan kepentingan pendekatan sistem, dan pendekatan sejarah dan tradisional dalam mengkaji mengenai kerajaan Membincangkan istilah-istilah kuasa Membincangkan jenis-jenis autoriti Menjelaskan enam tumpuan sains politik Menjelaskan kaitan bidang sains politik dengan disiplin sains sosial

Politik mengkaji tingkah laku manusia; contohnya bagaimana manusia berinteraksi dengan kerajaan atau mendapatkan kuasa melalui saluran-saluran tertentu.  Menurut Hunt & Collander (1996), politik mengkaji susun atur sosial yang menjamin kestabilan dan keamanan dalam masyarakat dan mengkaji sistem-sistem kerajaan yang dilaksanakan oleh sesebuah kerajaan. 



Terbahagi kepada tiga (3) peringkat:i. Zaman Yunani dan Rom ii. Sejarah Sains Politik di Eropah iii.Zaman Pengkajian

Kontemporari

dan

Kaedah

Persoalan-persoalan yang timbul dalam pemerintahan pada zaman ini adalah bagaimana bentuk kerajaan dan bentuk kehidupan yang diingini oleh manusia.  Pendekatan falsafah dan normatif digunakan untuk menjawab persoalanpersoalan tersebut.  Pendekatan falsafah/ sejarah merujuk kepada fakta-fakta yang nyata atau hasil kajian empirik yang boleh memberi jawapan kepada ‘apa itu kerajaan’ 

Pendekatan normatif menjawab persoalan yang lebih subjektif iaitu ‘apa yang sepatutnya kerajaan lakukan’.  Tokoh-tokoh yang terkenal pada zaman ini adalah Herodotus, Aristotle dan Plato.  Herodotus, ahli sejarah menyarankan bahawa pembuat keputusan merupakan faktor penentu bentuk kerajaan.  Herodotus membahagikan kerajaan kepada Monarki, Aristokrasi dan Demokrasi. 







Aristotle sebagai Bapa Sains Politik menekankan kepada dua kriteria berikut kepada pembentukan sebuah kerajaan:i. Jumlah individu pembuat keputusan – melihat kepada aspek individu yang terlibat dalam membuat keputusan sama ada seorang, sedikit ataupun ramai ii. Matlamat pemerintahan oleh golongan pembuat keputusan sama ada bertujuan untuk kepentingan sendiri (kepentingan peribadi) atau kepentingan bersama (menekankan kebajikan umum)



Pendekatan yang digunakan oleh Aristotle cuba menggabungkan Pendekatan Falsafah dan Pendekatan Normatif dalam kajiannya membentuk kerajaan. Jumlah Keputusan Matlamat

Seorang

Sedikit

Pembuat Ramai

Genuine (Terbaik)

Perajaan (Kingship)

Bangsawan

Polity

Perverted (Sumbang )

Tirani

Oligarki

Demokrasi/ Mobokrasi

Bentuk Kerajaan Aristotle

Plato menerangkan bentuk kerajaan yang dibentuk adalah berasaskan konsep keadilan.  Menurut beliau, keadilan wujud di dalam sesebuah negara sekira masyarakat mempunyai tanggungjawab sesuai dengan kemahiran yang dipelajari dan kemahiran semulajadi dimiliki.  Plato juga mengemukakan sistem permerintahan kepada peringkat-peringkat yang terdapat dalam masyarakat.  Peringkat Pertama Golongan Emas, Peringkat Kedua – Golongan Perak, Peringkat Ketiga – Golongan Gangsa 



Terdapat dua era dalam sejarah sains politik Eropah iaitu:i. Era Politik Tradisional ii. Era Politik Moden

Peringkat permulaan negara-negara Eropah mula berkembang.  Kuasa secara warisan atau keturunan  Terdapat dua (2) golongan masyarakat iaitu golongan atasan dan bawahan.  Golongan atasan terdiri daripada raja dan kerabatnya dan pihak gereja, manakala golongan bawahan terdiri daripada rakyat biasa.  Wujud pemerintahan secara divine rule, iaitu pemerintahan suci.  Raja merupakan wakil tuhan dan tidak siapa pun boleh mempertikaikan kuasanya, 

Era ini tidak kekal lama apabila Zaman Renaissance muncul dan memperjuangkan kadaulatan rakyat.  Perubahan struktur dan hak asasi rakyat telah berlaku. 

Bermulanya gerakan reformasi  Ekoran dari Revolusi Industri dan penyebaran maklumat mengenai isu-isu politik Eropah telah membuka mata golongan bawahan akan hak mereka yang tertindas.  Kepentingan rakyat mula diberikan perhatian dan diutamakan oleh golongan pemerintah dan wujud kumpulan-kumpulan berkepentingan memperjuangkan hak rakyat.  Tokoh-tokoh pada zaman ini adalah seperti Martin Luther dan Jeans Bodin. 

Martin Luther telah mencabar kekuasaan (supremacy) Pope dan golongan gereja. Ini menjejaskan kedudukan Raja yang disokong sepenuhnya oleh pihak gereja.  Jeans Bodin memperkenalkan pengkajian mengenai kedaulatan, fungsi kerajaan, dan institusi membuat undang-unndang.  Era Politik tradisional Vs Era Politik Moden i. Pembahagian Masyarakat ii. Kedaulatan Raja dan Rakyat iii. Kepentingan Raja dan Negara iv. Kepentingan kumpulan berkepentingan 



Zaman ini menggunakan dua (2) pendekatan penting untuk menganalisis dan mengkaji mengenai kerajaan:-

i. Pendekatan Sistem  ii. Pendekatan Sejarah/Tradisional 

Merujuk kepada pendekatan yang digunakan untuk mengkaji mengenai kerajaan dan perhubungan dengan masyarakat dan persekitaran.  Menurut pendekatan ini, keadaan politik sesebuah negara dapat digambarkan dengan wujudnya interaksi antara persekitaran dan masyarakat dengan sistem politik yang diamalkan oleh negara tersebut. 

ELEMEN-ELEMEN DALAM PENDEKATAN SISTEM INPUT

BLACK BOX

OUTPUT

FEEDBACK (MAKLUMBAL AS)

Sumber: Jackson & Jackson (1997)



Pendekatan ini menerangkan pendekatan secara formal dan sah berkenaan kewujudan sesebuah kerajaan.



Cenderung ke arah pembuatan perlembagaan, dan fungsi institusi politik seperti peranan eksekutif, legislatif, kehakiman, birokrasi dan sebagainya.

Ia merujuk kepada bagaimana sebuah institusi politik seperti kerajaan pusat atau mahkamah boleh dipraktikkan sehingga hari ini; faktor yang menyebabkan tercetusnya idea penubuhan kerajaan pusat, mahkamah dan sebagainya.  Pendekatan ini mengetepikan aktivti bercorak tidak formal seperti perolehan sumber-sumber maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. 

Politik merujuk kepada satu proses yang dilakukan oleh kerajaan untuk pengagihan nilai-nilai yang sah(Ahmad Martadha, 1998). Nilai-nilai ini merujuk kepada:i . Kuasa ii . Kesejahteraan iii . Pencerahan iv. Rasa hormat dan dihargai



Harold Laswell mengetengahkan idea iaitu politik adalah siapa mendapat apa, bila dan bagaimana (Politics is who gets what, when and how).  Pendekatan ini merujuk kepada hasilan yang diperolehi oleh seseorang individu apabila melibatkan diri dalam aktivti politik.  Merujuk kepada proses yang berlaku dalam usaha individu mencapai apa yang dihajati apabila melibatkan diri dalam kegiatan politik. 

Bahasa Latin – potere yang bermaksud berkemampuan atau to be able.  Merujuk kepada kemampuan seseorang penyuruh meminta individu lain melakukan satu-satu pekerjaan sama ada atas kerelaan atau tidak.  Menurut Hague (1992), kuasa boleh dikategorikan kepada tiga (3) bentuk iaitu: i. The Stick (Tongkat)  ii. The Deal (urus janji)  iii. The Kiss (akrab) 

Ia dibezakan oleh tiga (3) elemen berikut: i. nature (kenapa kuasa diwujudkan)  ii. Motif atau tujuan kenapa kuasa tersebut dipatuhi  Iii. Institusi yang mengamalkan kuasa tersebut 

The Stick (Tongkat) – merujuk kepada bentuk kuasa bersifat ancaman atau paksaan. Bertujuan untuk menimbulkan rasa takut di kalangan individu yang menerima arahan supaya mereka taat kepada pihak penyuruh.  The Deal (Urus Janji) – merujuk kepada urusan pertukaran yang bersifat produktif bertujuan memastikan faedah atau keuntungan hasil daripada pertukaran tersebut dapat dinikmati bersama.  The Kiss (akrab) – merujuk kepada bentuk kuasa berdasarkan kepada hubungan 

Apakah yang membezakan kuasa dan autoriti?  Adakah ia mempunyai maksud yang sama?  Autoriti adalah apabila seseorang diberi hak untuk memerintah dan hak untuk melakukan tindakan.  Tiga bentuk autoriti:i. Autoriti berbentuk tradisional ii. Autoriti berbentuk karisma iii. Autoriti berbentuk legal rational 

Ia merujuk kepada kerajaan yang memerintah diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir sesebuah negara.  Sesebuah kerajaan yang memerintah adalah sah atau legitimate untuk memerintah sekiranya mendapat kepercayaan umum dan seterusnya mendorong ia untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang wajib dipatuhi oleh rakyat.  Kesahan berlaku apabila wujudnya keadaan saling bergantungan antara pemerintah dan rakyat. 

Teori Politik dan Falsafah Politik  Kerajaan  Perbandingan Politik dan Kerajaan  Hubungan Antarabangsa  Pentadbiran Awam dan Dasar Awam  Kaedah atau methodology 

Related Documents


More Documents from "estefania sofea zahara"