JENIS-JENIS PERCUTIAN
1)PERCUTIAN JANGKA PENDEK Percutian jangka pendek biasanya dilakukan dengan melawat ke destinasidestinasi percutian yang berdekatan sahaja. Contohnya percutian keluarga hanya dilakukan didalam negeri sahaja atau dalam negara sendiri. Percutian ini dilakukan untuk beberapa hari sahaja dan tidak mengambil masa yang lama kerana disebabkan oleh banyak faktor. Keadaan ini berlaku kerana setiap anggota keluarga sentiasa sibuk dengan tanggungjawab dan peranan masing-masing . Kekangan masa juga menyebabkan anggota keluarga jarang dapat berjumpa dan tidak dapat meluangkan masa bersama-sama. Kebiasaannya, percutian untuk jangka pendek dilakukan pada cuti minggu kerana pada hari tersebut kesemua anggota keluarga dapat berkumpul beramai-ramai. Kos yang ditanggung sepanjang percutian seperti kos penginapan,kelengkapan dan perbelanjaan lain sepanjang percutian berlansung adalah lebih sedikit berbanding percutian jangka panjang. Pengangkutan biasa yang digunakan untuk ke destinasi percutian adalah dengan menggunakan kenderaan sendiri untuk memudahkan menuju ke tempat tersebut.
2)PERCUTIAN JANGKA PANJANG Percutian untuk jangka panjang pula biasanya dilakukan dengan mengunjungi tempat yang jauh dari tempat kediaman mereka. Contohnya, dengan melawat tempattempat percutian yang ada di luar negara. Tempoh percutian jangka panjang adalah lama sehingga mengambil masa berminggu-minggu. Kebiasaannya, percutian jenis ini dilakukan pada waktu cuti persekolahan kerana anak-anak bercuti panjang. Keadaan ini memberi peluang kepada ibu bapa membawa anak-anak mereka pergi bercuti untuk menghabiskan masa terluang bersama-sama. Tumpuan yang lebih dapat diberikan bersama-sama keluarga dalam mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan. Percutian jangka panjang ini melibatkan kos yang banyak seperti kewangan, kos penginapan dan
sebagainya kerana mengambil masa yang lama. Pengangkutan yang digunakan adalah kenderaan sendiri untuk menjimatkan kos pengangkutan dan ada juga yang lebih selesa menggunakan pengangkutan awam yang telah disediakan.
ORANG-ORANG YANG TERLIBAT DALAM AMALAN PERCUTIAN
1)KELUARGA Kebanyakan percutian banyak disertai oleh anggota-anggota keluarga. Kesemua anggota keluarga turut terlibat dalam amalan percutian ini seperti ibu bapa, anak-anak, datuk, nenek, saudara-mara serta kaum keluarga yang lain. Setiap anggota keluarga memainkan peranan masing-masing dalam mengendalikan percutian tersebut Disamping itu juga, percutian keluarga ini turut disertai oleh sahabat handai yang rapat dengan mereka.Kehadiran mereka semua dapat memeriahkan suasana sesebuah percutian melalui aktiviti yang dilakukan sepanjang percutian berlansung dan dapat merapatkan hubungan silaturrahim
dalam
kalangan
mereka
dalam
mengukuhkan
sesebuah
institusi
kekeluargaan.
2)MAJIKAN Majikan juga turut memainkan peranan penting dalam amalan percutian di Malaysia. Situasi ini dapat dilihat apabila majikan menganjurkan sesuatu percutian untuk para pekerja bawahannya. Contohnya, percutian ini dibuat bersempena “Hari Pekerja” untuk meraikan pekerja-pekerja bawahannya. Semua kos perbelanjaan sepanjang percutian ini berlansung adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan mereka seperti kos makanan dan minuman , pengangkutan dan sebagainya. Selain itu, percutian ini juga turut melibatkan anggota keluarga pekerja itu sendiri iaitu isteri dan anak-anak mereka yang turut memeriahkan lagi suasana sesebuah percutian itu. Percutian ini
biasanya mengambil masa yang singkat iaitu memakan mengambil masa dalam satu hari atau beberapa hari sahaja.
3)PEKERJA Pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi juga turut melakukan amalan percutian ini. Persatuan Sekerja yang melibatkan kesemua pekerja melakukan percutian sebagai salah satu daripada aktiviti persatuan mereka. Percutian ini di anjurkan setahun sekali dan turut disertai oleh ahli keluarga pekerja itu sendiri. Kos sepanjang percutian ini adalah dari wang simpanan pekerja itu sendiri yang digunakan untuk membiayai kesemua perkara yang diperlukan. Pemilihan destinasi percutian adalah melalui persetujuan bersama dan jenis pengangkutan yang digunakan untuk ke destinasi percutian seperti beberapa buah bas kerana melibatkan pekerja yang ramai.
4)PELAJAR Pelajar-pelajar sekolah mahupun pelajar dari IPTA dan IPTS turut terlibat sama dalam menjayakan amalan percutian di Malaysia. Percutian ini dilakukan melalui program lawatan yang seringkali dianjurkan oleh pihak sekolah ataupun IPTA dan IPTS itu sendiri. Aktiviti luar ini tidak mengambil masa yang lama iaitu hanya memakan masa 2 hingga 3
hari sahaja. Percutian ini dilakukan secara rombongan dan disertai oleh
ramai pelajar.
FAKTOR KEJAYAAN PERCUTIAN KELUARGA DI MALAYSIA
1)EKONOMI KELUARGA YANG KUKUH DAN STABIL Kebanyakan amalan percutian keluarga di Malaysia kerap dilakukan oleh golongan berada. Keadaan ini menunjukkan bahawa, golongan yang berpendapatan tinggi ini masih menjadikan amalan percutian bersama keluarga ini sebagai salah satu aktiviti keluarga yang penting. Pendapatan yang tinggi juga membolehkan penyimpanan wang yang banyak untuk diperuntukkan dalam sesebuah percutian yang dilakukan itu berbanding mereka yang berpendapatan rendah. Bagi golongan yang berpendapatan tinggi, mereka lebih gemar melakukan amalan percutian di luar negara. Selain itu, mereka juga turut memilih pakej percutian yang mahal untuk menjamin keselesaan kepada keluarga mereka.
2)GALAKAN DARI KERAJAAN Kerajaan memberi sokongan dan galakan kepada rakyat Malaysia agar melakukan amalan percutian di Malaysia. Sokongan ini dapat dilihat melalui kempen yang diadakan seperti,”Cuti-Cuti Malaysia”dan “Tahun Melawat Malaysia.”Kempen ini dilakukan secara berterusan melalui media massa dan media elektronik. Pakej percutian menarik yang ditawarkan mampu menarik minat masyarakat untuk bercuti ke sesuatu destinasi percutian. Agensi pelancongan juga turut bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi menjayakan lagi objektif percutian keluarga di Malaysia. Pelancongan di Malaysia telah dijadikan sebagai salah satu kompenen penting pembangunan ekonomi negara. Banyak tempat percutian menarik telah dinaiktaraf untuk membangunkan semula kawasan tersebut bagi memastikan keunikan sesuatu tempat tersebut terus terjamin. Banyak dana yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk menyediakan infrastruktur dan prasarana yang lengkap dalam memastikan kejayaan amalan percutian keluarga di Malaysia berjalan lancar.
3)PENGLIBATAN GOLONGAN IPTA DAN IPTS Penglibatan golongan IPTA dan IPTS mampu menjayakan lagi aktiviti percutian di Malaysia. Penglibatan mereka adalah menerusi program “Anak Angkat” yang dianjurkan oleh institusi mereka.Pelaksanaan program ini adalah menerusi aktiviti yang dirancang oleh pihak institusi tersebut dengan kerjasama serta sokongan yang telah diberikan oleh orang ramai. Program ini dilakukan dengan cara pelajar-pelajar IPTA dan IPTS tinggal dan melakukan bersama keluarga angkat mereka selama beberapa hari sepanjang tempoh percutian tersebut dan mempelajari cara hidup serta kebudayaan sesuatu masyarakat. Penglibatan keluarga angkat dapat menjadikan sesebuah percutian lebih menarik dan mampu memupuk hubungan silaturrahim yang lebih utuh antara pelajar-pelajar IPTAdan IPTS dengan keluarga angkat masing-masing. 4)CIRI-CIRI KEBUDAYAAN DAN SOSIAL Keunikan budaya sesuatu bangsa mampu menarik orang ramai untuk mengunjungi tempat tersebut.Keunikan ini dapat dilihat melalui cara hidup,pemakanan ,pemakaian dan sebagainya yang ditonjolkan oleh sesebuah bangsa. Contohnya kita berpeluang melihat interaksi setiap bangsa kerana Malaysia ini terdiri daripada masyarakat majmuk yang pelbagai bangsa.Mereka ini mewarnai lagi corak kehidupan masyarakat yang terdapat di Malaysia.Persembahan kebudayaan seperti seni tari dan permainan tradisional boleh dipertontonkan untuk memperlihatkan budaya yang terdapat dalam sesebuah bangsa.Sikap masyarakat tempatan yang peramah dan mudah mesra dengan orang asing menyebabkan pelancong berasa senang untuk berurusan dengan mereka.Mereka akan menghulurkan bantuan tanpa diminta dan keadaan ini memudahkan segala urusan pelancong sepanjang mereka berada di tempat percutian tersebut.
5)KEINDAHAN SEMULAJADI Faktor semulajadi sesuatu kawasan percutian merupakan sebab utama pemilihan kawasan tersebut.Keindahan semulajadi seperti udara yang nyaman dan terhindar dari
kebisingan serta pencemaran menarik orang ramai untuk melakukan percutian di kawasan tersebut.Alam semulajadi ini dijaga dengan baik dan terdapat juga sesetengah kawasan telah diwartakan untuk melindungi khazanah yang ada di kawasan tersebut Walaupun arus pembangunan yang pesat membangun, namun alam sekitar di kawasan tersebut tidak mengalami sebarang kerosakan kerana adanya peraturan mengenai perlindungan alam sekitar dibuat melalui “Akta Alam Sekitar”. PERANAN ANAK DALAM AMALAN PERCUTIAN KELUARGA 6)FAKTOR-FAKTOR LAIN Selain faktor kejayaan percutian seperti diatas, faktor seperti iklim ataupun cuaca, darjah kesampaian serta keselamatan orang ramai perlu diambil kira.Darjah kesampaian sesuatu tempat membolehkan para pelancong sampai atau menjejaki keseluruhan kawasan percutian tersebut.Kemudahan yang disediakan seperti rangkaian jalan raya yang baik menjadikan seseatu tempat dapat dihubungi dan menjadikan perjalanan menuju ke sesebuah lokasi percutian menjadi cepat dan mudah. Disamping itu, iklim ataupun cuaca yang baik turut mempengaruhi kejayaan amalan percutian keluarga ini.Percutian keluarga di Malaysia sesuai dilakukan pada bila-bila masa kerana Malaysia mengalami pola iklim yang sekata sepanjang tahun iaitu panas dan lembap. Ramai yang memilih Cameron Hingland ataupun Genting Hingland sebagai salah satu kawasan percutian pilihan mereka disebabkan iklim yang sejuk dan nyaman. Pola iklim ini juga dapat membantu orang ramai dalam membuat pemilihan bulan untuk melakukan amalan percutian bersama keluarga.
Faktor geografi seperti keadaan tempat percutian yang berbukit bukau,bergunungganang ataupun yang mempunyai kawasan perairan merupakan daya penarik sesebuah kawasan percutian keluarga. Aspek keselamatan juga perlu diberi perhatian kerana ianya menjamin sesebuah percutian keluarga yang dibuat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang boleh mendatangkan kesan
yang mudarat terhadap kesihatan anggota keluarga sepanjang percutian dilakukan. Keselamatan ini adalah dari segi tahap kesihatan yang baik dalam kalanga anggota keluarga ataupun bebas dari sebarang ancaman bahaya.Oleh itu, langkahlangkah awal telah dibuat seperti menempatkan klinik yang berdekatan dengan pusat percutian tersebut , menyediakan pondok telefon awam untuk digunakan semasa kecemasan dan mengupah pegawai keselamatan bagi megawal serta melindungi kawasan percutian.
PERANAN ANAK MENGIKUT JANTINA DALAM PERCUTIAN KELUARGA 1)PERANAN ANAK LELAKI Anak lelaki memainkan peranan yang penting bagi menjayakan amalan percutian sesebuah keluarga. Mereka berperanan dalam menguruskan segala hal yang berkaitan perbelanjaan sepanjang percutian dilakukan.Mereka bertanggungjawab membiayai kos seperti kos penginapan, pengangkutan, makan dan minum serta kelengkapan yang lain sepanjang percutian tersebut. Mereka turut membantu bapa mereka bagi mengawal keselamatan setiap anggota keluarga dari sebarang ancaman bahaya dengan mengawasi dan melindungi keselamatan mereka sepanjang percutian . Mereka juga diberi tugasan mengendalikan pengangkutan
untuk memudahkan perjalanan menuju ke destinasi
percutian keluarga.
2)PERANAN ANAK PEREMPUAN Anak perempuan juga memainkan peranan yang sama penting dengan anak lelaki dalam amalan percutian keluarga di Malaysia. Mereka berperanan membantu ibu mereka dalam menyediakan segala kelengkapan semasa percutian. Mereka mengambil alih tugas ibu mereka dalam menyedia dan menyiapkan bekalan makanan dan minuman, pakaian, membantu menyiapkan adik-beradik yang lain dan sebagainya.
DEFINISI KELUARGA Secara lazimnya, sesebuah keluarga dianggotai oleh ibu bapa dan anak-anak. Terdapat beberapa kategori keluarga, iaitu yang terdiri dari keluarga kecil dan keluarga besar. Setiap anggota keluarga ini mempunyai perhubungan yang erat dan rapat antara satu sama lain disebabkan pertalian darah yang wujud antara mereka. Selain itu, setiap ahli keluarga ini memainkan peranan tersendiri dan saling melengkapi antara satu sama lain. Ibu dan bapa adalah merupakan peneraju utama dalam sesebuah keluarga dalam membentuk keperibadian anak-anak. Bapa berperanan sebagai ketua keluarga, menyediakan segala keperluan keluarga untuk keselesaan dan semua kemudahan serta mencari rezeki dalam sesebuah
keluarga. Manakala ibu pula, berperanan dalam
menguruskan anak-anak dan hal rumah tangga, mengambil alih tugas sekiranya bapa tiada serta menyiapkan segala keperluan keluarga yang lain Anak pula berperanan dalam membantu kedua ibu bapa mereka untuk menguruskan sesebuah keluarga,nmentaati ibu bapa, mengembirakan hati mereka dan sebagainya.
JENIS-JENIS KELUARGA 1)KELUARGA KECIL Keluarga kecil ini hanya terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak. Keanggotaan ahli keluarga ini adalah kecil dan sedikit. Contohnya, setiap keluarga kecil mempunyai seramai 3 hingga 10 orang sahaja. Keluarga jenis ini mempunyai tanggungan yang lebih kecil berbanding kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga besar yang terdiri daripada keanggotaan keluarga yang lebih ramai.
2)KELUARGA BESAR Keluarga besar ini terdiri daripada ibu bapa,anak-anak, datuk, nenek dan saudara mara lain yang menpunyai ikatan darah serta tinggal dalam satu bumbung. Mereka hidup sebagai sebuah keluarga yang besar dan walaupun begitu, mereka ini mudah mesra
kerana mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat. Selain itu, kos yang perlu ditanggung adalah besar berbanding keluarga kecil kerana perlu menyediakan segala keperluan anggota keluarga yang ramai untuk memberi keselesaan kepada mereka semua.
PERANAN ANAK SECARA UMUM DALAM MENJAYAKAN AMALAN PERCUTIAN KELUARGA DI MALAYSIA 1)MENANGGUNG KOS PERBELANJAAN Bagi anak-anak yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan yang lebih, mereka boleh memainkan peranan dalam membiayai kos perbelanjaan seperti makanan dan minuman, bayaran penginapan dan sebagainya.Anak-anak yang mempunyai pengangkutan seperti kereta ataupun van boleh mengendalikan dan menggunakan kenderaan tersebut untuk pergi ke sesebuah destinasi percutian keluarga yang ingin dituju.Mereka boleh menumpangkan adik-beradik yang lain sekiranya kenderaan yang ada tidak mencukupi untuk membawa adik-beradik yang ramai.Anak-anak boleh berkongsi wang bersama-sama untuk membantu ibu bapa mereka meringankan beban kewangan yang banyak dalam melaksanakan amalan percutian keluarga.
2)MEMBERI CADANGAN DAN SOKONGAN PENDAPAT Anak-anak turut diberikan peluang dan oleh ibu bapa mereka dalam memberi pendapat mereka mengenai cadangan pemilihan sesuatu tempat percutian keluarga yang menarik untuk dikunjungi
oleh mereka sekeluarga.Selain itu, mereka juga boleh
memberi
penetapan
idea
berkenaan
waktu
atau
masa
yang
sesuai
untuk
bercuti.Kebiasaannya, masa bercuti bersama keluarga banyak diperuntukkan pada cuti persekolahan anak-anak kerana mereka mempunyai lebih masa untuk melakukan banyak aktiviti bersama.Anak-anak boleh memberi sokongan mereka terhadap amalan percutian
keluarga ini menerusi penyumbangan kos dalam meringankan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa mereka. 3)MEMANTAPKAN INSTITUSI SESEBUAH KELUARGA Amalan percutian keluarga yang dilakukan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang renggang antara ibu bapa dan anak-anak.Menerusi amalan ini,sesebuah keluarga dapat mengenali setiap anggota keluarga yang lain dengan lebih mendalam.Keadaan ini dapat menggalakkan komunikasi dan interaksi yang baik antara anggota keluarga yang lain.Segala masalah yang timbul dapat diselesaikan apabila adanya perbincangan ,kerjasama dan
sikap bertolak-ansur dalam kalangan anggota
keluarga itu wujud. 4)MELUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA Kesibukan tugas harian seperti beban pekerjaan yang banyak,urusan persekolahan dan urusan peribadi menyebabkan anak-anak serta ibu bapa jarang berada di rumah.Mereka mengalami kekangan masa untuk mengejar tugas harian dan membahagikan masa mereka sehingga keluarga sendiri terabai.Walaupun mempunyai masa yang sedikit,anak-anak hendaklah meluangkan masa yang ada ini sebaik mungkin untuk bersama-sama keluarga mereka kerana keluarga sangat penting.Oleh itu,masa yang ada ini dapat dimanfaatkan dengan melakukan amalan percutian keluarga ke sesebuah destinasi yang menarik untuk bersama-sama keluarga mereka.Melalui amalan ini,ibu bapa akan berasa dihargai dan perhatian yang lebih dapat ditumpukan kepada mereka. Walau sesibuk manapun dengan urusan sendiri,anak-anak patut mengambil berat akan kebajikan ibu bapa dan meluangkan masa untuk keluarga mereka.Amalan percutian keluarga ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak serta mampu memperkukuhkan lagi hubungan silaturrahim dalam institusi kekeluargaan yang renggang.
5)MENYEDIAKAN SEGALA KELENGKAPAN DAN MENJAGA KEBAJIKAN KELUARGA Anak-anak boleh membantu ibu bapa mereka menguruskan percutian keluarga yang dilakukan.Bagi anak-anak yang mempunyai pengangkutan sendiri,mereka boleh menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk membawa anggota keluarga pergi bercuti.Sekirannya mereka tidak mempunyai sebarang pengangkutan ,altenatif lain boleh diambil seperti dengan menyewa kenderaan seperti kereta atau van untuk membawa anggota keluarga yang ramai.Kebiasaannya,mereka lebih suka dan selesa menggunakan kenderaan sendiri untuk pergi bercuti bersama keluarga kerana ini memudahkan mereka mengunjungi ke seluruh kawasan tempat percutian pada bila- bila masa yang mereka kehendaki.Anak-anak hendaklah menyediakan tiket untuk ibu dan bapa mereka seperti tiket bas, keretapi ataupun kapal terbang bagi perjalanan menuju ke tempat percutian keluarga yang jauh . Bagi mereka yang inginkan keselesaan, mereka boleh memilih menaiki kapal terbang untuk perjalanan yang lebih cepat dan mudah.
PERANAN ANAK MENGIKUT PERINGKAT UMUR 1)ANAK PERTAMA Anak pertama memainkan peranan yang sangat penting dalam amalan percutian keluarga di Malaysia.Keadaan ini kerana anak sulung merupakan anak yang lebih tua dalam adik-beradik yang lain dan mampu membantu
ibu bapa mereka untuk
menguruskan sesebuah keluarga.Mereka diberi keutamaan dalam mencadangkan pemilihan sesebuah destinasi percutian percutian untuk di kunjungi nanti.Kepercayaan lebih diberikan terutama kepada anak sulung kerana mereka diberikan peluang yang lebih untuk menyatakan sebarang pandangan mengenai destinasi dan aktiviti yang akan dilakukan dalam sesebuah percutian .Mereka juga diberi tanggungjawab oleh ibu bapa mereka untuk memimpin dan menguruskan perjalanan pengurusan sesebuah percutian keluarga.Selain itu,anak sulung boleh membahagikan sebarang tugas kepada adik-beradik
yang lain bagi memudahkan pengurusan sesebuah percutian keluarga yang dilakukan berjalan dengan lebih lancar.
2)ANAK KEDUA Anak kedua juga turut memainkan peranan yang sama penting dalam menjayakan amalan percutian keluarga di Malaysia.Mereka bertanggungjawab untuk sama-sama membantu anak sulung dalam menguruskan kerja yang dipertanggungjawabkan oleh anak sulung kepada mereka bagi memastikan agenda percutian keluarga berjalan dengan lancar serta teratur.Mereka boleh menyokong pendapat yang dikemukakan oleh anak sulung ataupun memberikan cadangan lain yang dirasakan lebih sesuai untuk menjadikan sesuatu percutian lebih menarik.Contohnya,mereka boleh mencadangkan destinasi percutian menarik yang menawarkan pakej percutian keluarga yang lebih menarik dan menyeronokkan.Selain itu, mereka boleh berkongsi wang bersama untuk membiayai kos perbelanjaan sepanjang tempoh percutian keluarga berlansung.
3)PERANAN ANAK KETIGA Anak ketiga boleh memainkan peranan dalam menguruskan segala persiapan dan kelengkapan semasa percutian keluarga seperti membantu ibu dan kakak mereka untuk menyediakan pakaian, bekalan makanan, pengangkutan dan sebagainya. Mereka juga boleh membantu anak sulung dan anak kedua dengan mengambil alih tugas mereka. Selain itu,.mereka turut bertanggungjawab mengawasi dan memantau setiap anggota keluarga yang lain agar sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Di samping itu, mereka perlu bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa percutian keluarga dilakukan. Anak ketiga boleh bersama-sama menyumbangkan kos kewangan untuk perbelanjaan sampingan seperti membeli cenderahati , menyediakan makanan dan minuman tambahan dan sebagainya untuk meringankan beban kewangan yang terpaksa di tanggung oleh anak sulung dan anak kedua.
4)PERANAN ANAK KEEMPAT DAN SETERUSNYA Kehadiran anak keempat serta adik-beradik yang lain mampu menjadikan suasana sepanjang percutian keluarga menjadi lebih meriah dan menyeronokkan. Menerusi gelagat dan telatah anak-anak yang riang serta gembira menjadikan sesebuah percutian keluarga lebih bermakna. Perbagai aktiviti dapat dilakukan bersama-sama anggota keluarga sepanjang percutian seperti melakukan aktiviti pantai iaitu berkayak, berkhemah, berbasikal dan sebagainya. Menerusi amalan percutian keluarga yang dilakukan ianya dapat mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dan membina hubungan silaturrahim yang lebih utuh dalam kalangan anggota keluarga.
PERSIAPAN-PERSIAPAN YANG DIBUAT DALAM PERCUTIAN KELUARGA
1)KELENGKAPAN KEPERLUAN Penyediaan kelengkapan keperluan sangat diutamakan bagi menjayakan aktiviti percutian keluarga yang dilakukan.Antara barangan keperluan yang perlu disediakan ialah seperti pakaian,bekalan makanan dan sebagainya. Keperluan ini merupakan perkara asas yang perlu dipenuhi supaya anggota keluarga berasa lebih selesa agar percutian keluarga dapat berjalan dengan lebih lancar. Persiapan awal perlu dilakukan dengan secukupnya supaya tidak berlaku sebarang masalah sepanjang tempoh percutian seperti keciciran barang yang hendak di bawa semasa pergi bercuti. Selain itu, kelengkapan keperluan asas ini boleh disediakan dari rumah seperti penyediaan bekalan makanan dan pakaian. Ini mampu menjimatkan kos yang perlu ditanggung sepanjang percutian keluarga. Di samping itu, ibu bapa hanya perlu membeli barang yang sudah habis atau tidak mencukupi sahaja untuk dibawa semasa percutian.
2)PERSIAPAN MENTAL DAN FIZIKAL Sebelum pergi bercuti bersama-sama keluarga ke sesebuah destinasi percutian, kita hendaklah memastikan bahawa mental dan fizikal setiap anggota keluarga berada dalam keadaan yang baik. Dari segi fizikal, kita hendaklah memastikan setiap anggota keluarga berada dalam keadaan sihat dan selamat Sekiranya salah seorang daripada anggota keluarga ada menghidapi penyakit yang kronik, penyediaan bekalan ubat-ubatan khas
perlu disediakan dan sentiasa dibawa sebagai langkah keselamatan sementara
menunggu bantuan kecemasan tiba. Manakala persiapan dari segi mental pula ialah kita perlu memastikan setiap anggota keluarga berada dalam keadaan gembira agar percutian yang dilalui akan menjadi suatu pengalaman yang meenyeronokkan. Ini kerana,objektif utama sesuatu percutian keluarga yang dilakukan ialah untuk mencari ketenangan jiwa dan merehatkan diri tanpa memikirkan bebanan tugasan kerja yang bertimbun-timbun serta melarikan diri dari kesibukan dan kebisingan kota.
FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN SESEBUAH LOKASI PERCUTIAN 1)DESTINASI PERCUTIAN DI LUAR BANDAR Ramai golongan masyarakat yang memilih kawasan luar bandar sebagai salah satu destinasi percutian keluarga pilihan mereka. Ini disebabkan kawasan percutian di luar bandar terhindar dari kesesakan jalan raya dan kesibukan hiruk-pikuk kota yang kerap berlaku di bandar-bandar besar. Selain itu, pemilihan destinasi percutian ini adalah kerana suasana di luar bandar lebih tenang dan mendamaikan jiwa. Kawasan luar bandar tidak banyak dicemari oleh kemajuan walaupun arus pemodenan dunia yang semakin giat dilakukan. Kawasan-kawasan seperti sungai dan hutan turut dijaga dengan rapi agar terpelihara dari sebarang pencemaran dan kerosakan yang akan mengakibatkan kemusnahan kawasan tersebut. Apabila bercuti, kita dapat merehatkan diri sambil menikmati pemandangan semulajadi seperti bukit bukau, air terjun, pantai serta panorama yang indah dan mengasyikkan. Disamping itu, keadaan geografi dan iklim
sesebuah tempat merupakan salah satu tarikan kepada orang ramai untuk mengunjungi tempat tersebut.
2)DESTINASI PERCUTIAN DI BANDAR-BANDAR BESAR
Walaupun ramai yang memilih untuk melakukan amalan percutian keluarga di luar bandar, namun percutian di bandar-bandar besar juga tetap menjadi pilihan. Keadaan ini disebabkan terdapatnya tarikan yang tersendiri terhadap sesuatu tempat yang menjadi tumpuan orang ramai untuk berkunjung ke tempat tersebut. Antaranya ialah Danga Bay di Johor Bharu telah dibangunkan sebagai “Internasional Tourism”dan Putrajaya yang dahulunya hanya dikenali sebagai pusat pentadbiran penting negara Malaysia telah dijadikan salah satu
daya tarikan pelancong untuk mengunjungi Malaysia kerana
keunikan seni bina dan rekaan struktur bangunan yang tidak terdapat di negara-negara lain. Disamping itu, penyediaan prasarana yang lengkap dan sempurna seperti terdapatnya kemudahan infrastruktur dan prasarana
seperti pusat peranginan, pusat
membeli belah , kemudahan jalan raya, tandas awam, tong sampah, pengangkutan awam restoren dan sebagainya mampu memberi keselesaan yang maksima kepada orang ramai. Selain itu, pemilihan sesebuah destinasi percutian di bandar adalah kerana kawasan ini merupakan pusat bandar dan menjadi tumpuan orang ramai. Di bandar-bandar besar ,terdapat banyak bangunan-bangunan pencakar langit yang tinggi dan bangunan yang besar dan cantik yang dapat menarik pelancong untuk mengunjungi sesebuah tempat percutian tersebut.
MASALAH-MASALAH DALAM MELAKSAKAN AMALAN PERCUTIAN DI MALAYSIA
1)KESUNTUKAN MASA
Dalam dunia yang serba moden ini, anak-anak dan ibu bapa sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing. Ini kerana anak-anak sibuk dengan aktiviti persekolahan mereka manakala ibu bapa pula sibuk dengan tugasan dan kerja mereka. Keadaan ini menyebabkan tidak banyak masa yang dapat diluangkan untuk bersama dengan keluarga. Mereka hanya dapat berkumpul beramai-ramai hanya pada hujung minggu sahaja dan kadang-kadang mereka juga terpaksa bekerja pada hari tersebut kerana ingin menyelesaikan beban tugasan yang banyak. Terdapat juga ibu bapa yang bekerja sampai lewat malam sehingga tidak sempat melihat dan mangetahui perkembangan anak mereka dan begitu juga yang berlaku sebaliknya. Pelbagai masalah yang timbul ini telah menghalang dalam usaha melaksanakan amalan percutian keluarga di Malaysia. Walaupun mereka mempunyai keinginan untuk melakukan amalan percutian keluarga ,namun disebabkan faktor kesuntukan masa telah menyebabkan amalan ini terpaksa ditangguh dan tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya..
2)KEWANGAN Faktor kewangan juga merupakan salah satu faktor yang menghalang dalam pelaksanaan amalan percutian keluarga di Malaysia. Kewangan yang tidak mencukupi bagi mereka yang berpendapatan rendah menyebabkan mereka tidak mempunyai wang simpanan dan pendapatan yang cukup untuk dilaburkan dalam melakukan amalan percutian keluarga .Hal ini kerana gaji mereka hanya cukup untuk menampung dan menyediakan perkara asas untuk keluarga mereka sahaja .Berikutan dengan masalah ini, mereka terpaksa melupakan hasrat mereka untuk melakukan amalan percutian keluarga walaupun ada keinginan untuk melakukan amalan percutian seperti ini. Walau bagaimanapun, bagi golongan yang berpendapatan rendah, mereka masih boleh melaksanakan amalan percutian keluarga ini dengan melakukan percutian di destinasi menarik yang banyak terdapat di Malaysia kerana peruntukan dan kos yang diperlukan adalah tidak banyak. Mereka masih boleh memilih pakej percutian yang menarik di Malaysia dengan harga yang murah apabila promosi percutian ini ditawarkan oleh agensi perlancongan atau badan-badan tertentu.
3)KURANG BERMINAT DALAM AMALAN PERCUTIAN KELUARGA Amalan percutian keluarga di Malaysia tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana kurangnya minat dalam melakukan amalan ini . Keadaan ini berlaku kerana tiadanya kesungguhan untuk melakukan amalan percutian seperti ini. Sokongan yang kurang daripada anggota keluarga yang lain juga menyebabkan amalan percutian keluarga di Malaysia tidak dapat diteruskan. Mereka berpendapat bahawa melakukan amalan percutian ini hanya membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri sendiri dan keluarga mereka. Ini kerana mereka merasakan ianya membuang masa dan wang mereka begitu sahaja. Masyarakat sekarang lebih mementingkan kerja mereka dan melihat amalan percutian keluarga di Malaysia sebagai suatu yang tidak penting dan remeh. Selain itu, mereka kurang berminat dengan amalan percutian keluarga ini kerana kurang pendedahan yang lebih mendalam mengenai kebaikan amalan ini dan tiadanya promosi yang meluas mengenai tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia oleh pihak-pihak tertentu.
4)IBU BAPA LEBIH MEMENTINGKAN KERJAYA Pada zaman sekarang, ibu bapa sentiasa sibuk dengan urusan kerja masingmasing. Percutian keluarga tidak dapat dilakukan kerana ibu bapa lebih menumpukan perhatian terhadap kerjaya masing-masing sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak-anak mereka. Kebanyakan kedua-dua ibu bapa zaman sekarang bekerja dari pagi sampai lewat malam sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap keluarga. Ibu bapa sibuk bekerja mencari rezeki dan kekayaan kerana mereka beranggapan bahawa dengan menyediakan segala kelengkapan yang mewah dan mencukupi tentunya dapat membahagiakan keluarga mereka. Anak-anak terabai dan kehausan kasih sayang yang sepatutnya mereka perolehi daripada ibu bapa mereka menyebabkan mereka kehilangan tempat untuk bergantung serta meluahkan segala
masalah yang dihadapi. Kebajikan anak-anak terabai kerana kurangnya perhatian yang diberikan oleh ibu bapa terhadap mereka.
IMPAK NEGATIF YANG TIMBUL KERANA TIDAK MELAKSANAKAN AMALAN PERCUTIAN KELUARGA
1)DARI SEGI IBU BAPA Impak yang akan timbul kesan ibu bapa tidak melaksanakan amalan percutian keluarga ialah kurangnya komunikasi antara mereka dengan anak-anak kerana tidak mempunyai masa untuk
duduk bersama dan berbincang mengenai masalah yang
dihadapi. Keadaan ini menyebabkan masalah yang dialami dalam konflik kekeluargaan tidak dapat diselesaikankan. Selain itu, ikatan kekeluargaan semakin renggang dan ikatan kekeluargaan semakin terhakis berikutan tiadanya interaksi dan kurangnya keprihatinan yang ditunjukkan kepada anggota keluarga. Kesibukan kerja menyebabkan kebajikan keluarga terabai serta fokus terhadap perkembangan anak-anak tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
2)DARI SEGI ANAK-ANAK Sekiranya amalan percutian keluarga tidak dilakukan, kehidupan sesebuah keluarga menjadi begitu hambar kerana tiada aktiviti menarik yang dilakukan bersama anggota keluarga. Sikap ibu bapa yang tidak memberi perhatian terhadap perkembangan anak-anak menyebabkan mereka berasa kehadiran mereka kurang dihargai dan tidak diperlukan lansung. Keadaan ini menyebabkan mereka mencari jalan keluar dari masalah ini dengan mencari ketenagan di luar seperti berkawan dengan orang luar. Apabila ini berlaku, pelbagai masalah akan timbul seperti pergaulan bebas . Mereka juga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan perbuatan yang tidak sihat seperti dengan melakukan jenayah seperti mencuri, lepak, membunuh dan sebagainya. Hal ini
memdatangkan kesan buruk terhadap perkembangan sosial dan perkembangan jiwa anakanak. Mereka lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya di luar kerana berasa keseorangan dan kesunyian ketika berada di rumah. Apabila bersama rakan sebaya, mereka berasa bebas tenang kerana mereka dapat meluahkan segala masalah yang terbuku di hati mereka. Rakan sebaya dianggap sebagai orang yang rapat dengan mereka kerana mereka saling memahami masalah yang dihadapi dan sentiasa berada disisi mereka apabila diperlukan. Mereka akan berkongsi masalah dan mereka menganggap rakan sebaya boleh dipercayai dan baik sehingga mereka terjebak dalam gejala sosial yang seterusnya meruntuhkan akhlak serta peribadi mereka.
TEMPAT DAN JENIS PENGINAPAN SEMASA PERCUTIAN 1)PANTAI DAN PUSAT PERANGINAN LAIN
Terdapat pelbagai jenis penginapan yang boleh dipilih untuk menginap bersama keluarga semasa percutian keluarga dijalankan. Bagi penginapan di kawasan pantai, orang ramai bebas memilih sama ada untuk menginap di chalet ataupun khemah khas yang disediakan. Kebiasaannya, chalet-chalet ini dibina di kawasan yang berhampiran dengan pantai untuk memudahkan pengunjung berulang-alik ke kawasan tersebut serta mereka juga dapat menyaksikan panorama serta keindahan pantai dari tempat penginapan mereka. Terdapat juga chalet-chalet yang dibina menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti menggunakan batang-batang buluh dan kayu-kayan. Chalet-chalet ini pula di bahagikan kepada beberapa jenis mengikut kemudahan, keselesaan serta harga penginapan yang ditawarkan. Bagi mereka yang menginginkan kelainan,mereka boleh memilih untuk menyewa khemah-khemah khas yang disediakan dan harganya juga lebih murah berbanding penginapan di chalet.
2)PUSAT-PUSAT BANDAR Pada kebiasaannya, pengunjung yang ingin menginap sepanjang percutian keluarga mereka di pusat bandar memilih hotel ataupun rumah tumpangan yang banyak terdapat di kawasan tersebut.Tempat penginapan ini lebih mahal kerana berada di tempat strategik yang menjadi tumpuan orang ramai. Penginapan di hotel lebih selesa dan mewah
berbanding penginapan di rumah tumpangan kerana segala kemudahan dan
kelengkapan telah disediakan secukupnya serta mereka akan diberi layanan dan servis yang istimewa sepanjang menginap di sana. Manakala penginapan di rumah tumpangan pula lebih murah dan sesuai bagi mereka yang mempunyai peruntukan bajet kewangan yang sedikit. Kemudahan dan servis yang disediakan juga tidak sebagus perkhidmatan yang ditawarkan hotel mewah .
PERANAN KERAJAAN DALAM MENJAYAKAN AMALAN PERCUTIAN KELUARGA DI MALAYSIA
Kerajaan memainkan peranan penting dalam menjayakan amalan percutian keluarga di Malaysia. Antara usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan ialah dengan memperkenalkan pelbagai pakej percutian keluarga yang menarik untuk ditawarkan kepada orang ramai. Kempen juga giat dilakukan menerusi media massa dan media elektronik seperti melalui radio, majalah, televisyen, internet dan sebagainya untuk menarik orang ramai untuk melakukan amalan percutian keluarga di Malaysia. Kempen ini dilakukan secara berterusan untuk memberi pendedahan betapa pentingnya amalan percutian keluarga kepada orang ramai dilakukan. Kerjasama antara agensi pelancongan dengan pihak kerajaan memudahkan lagi pelaksanaan amalan percutian keluarga ini diadakan.
Disamping itu, pihak swasta juga turut terlibat dalam usaha membangunkan amalan percutian keluarga di Malaysia.Pihak swasta membangunkan industri
pelancongan di Malaysia melalui penglibatan mereka secara giat dalam amalan ini. Kerajaan juga menggubal dasar baru iaitu kakitangan awam hanya perlu bekerja hanya sepuluh jam dalam satu hari. Selain itu, penetapan cuti juga telah dibuat pada hari Sabtu dan Ahad membolehkan mereka berehat serta meluangkan masa bersama dengan keluarga mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama seperti percutian keluarga . KESIMPULAN Amalan percutian keluarga penting dan patut diteruskan dalam usaha memperkukuhkan lagi sesebuah institusi kekeluargaan dalam sesebuah masyarakat.Hal ini kerana keluarga sangat penting dalam memacu kesejahteraan negara. Amalan percutian keluarga ini perlu diteruskan supaya menjadi suatu tradisi masyarakat di negara ini. Kita bebas untuk memilih tempat-tempat percutian keluarga yang menarik di negara ini kerana terdapat banyak tempat percutian menarik di Malaysia. Sesebuah percutian keluarga yang dilakukan mampu memberi kesan positif dan memberi pengalaman mendalam kepada ibu bapa dan anak-an
PERMASALAHAN KAJIAN Dalam kaji selidik yang dilakukan, permasalahan kajian yang ingin diketengahkan ialah berkenaan peranan anak dalam amalan percutian keluarga di Malaysia. Peranan anak ini meliputi pelbagai aspek dalam menjelaskan betapa pentingnya anak dalam menjayakan sesebuah percutian keluarga. Peranan anak ini diklasifikasikan mengikut umur dan jantina seseorang anak.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan utama kajian dilakukan ialah untuk mengenalpasti peranan anak dalam amalan percutian keluarga yang dilakukan.Pengenalpastian ini dilakukan secara mendalam dari segi konteks peranan anak dalam menyempurnakan amalan percutian sesebuah keluarga.Kepentingan yang dimainkan oleh seseorang anak itu boleh dilihat dari segi politik, ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat. SKOP KAJIAN Skop kajian yang ingin disentuh dalam kajian ini ialah mengenai peranan anak, masa dan lokasi sesebuah percutian keluarga yang dilakukan. SEBAB-SEBAB SESEBUAH KELUARGA PERGI BERCUTI DALAM SATUSATU TEMPOH MASA 1)INGIN MENGUNJUNGI SANAK-SAUDARA DAN SAHABAT HANDAI Terdapat banyak faktor yang menyebabkan sesebuah keluarga pergi bercuti dalam satu-satu tempoh masa. Antaranya ialah kerana ingin mengunjungi sanak-saudara dan sahabat handai bersama keluarga.Percutian ini dilakukan kerana mereka ingin melawat dan berjumpa dengan saudara-mara dan sahabat handai yang sudah lama mereka tidak temui kerana disebabkan oleh kesuntukan masa ataupun jarak kediaman yang jauh dari rumah mereka.Percutian keluarga juga dilakukan kerana mereka ingin menghayati keindahan alam semulajadi sesuatu tempat dan nilai estetika sesuatu tempat.Alam semulajadi yang tidak mengalami kerosakan dan terhindar dari pencemaran menjadi salah satu daya tarikan sesuatu tempat untuk dikunjungi. 2)BERMINAT TERHADAP TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH Selain itu, minat sekeluarga terhadap tempat-tempat bersejarah yang memaparkan strukstur seperti seni bina yang menarik mampu mendorong orang ramai mengunjungi tempat tersebut.Seni bina yang unik seperti rekaan yang memaparkan sejarah atau
tamadun sesuatu bangsa menjadi pilihan kerana
memperlihatkan nilai sejarah serta
keagungan sesebuah bangsa tersebut.Sebab utama yang mendorong percutian keluarga dilakukan ialah kerana semua anggota keluarga ingin menyegarkan tubuh badan dan fikiran. Apabila bercuti,secara tidak lansung fikiran menjadi tenang kerana ia dapat menghilangkan segala kekusutan yang dialami dengan merehatkan fikiran dari bebanan tugas yang sering membelenggu fikiran.Melalui aktiviti percutian keluarga,suami isteri dapat mengurangkan tekanan yang dialami di tempat kerja dan menyelesaikan masalah dalam rumah tangga.
3)MENCARI PENGALAMAN DAN PERSEKITARAN BARU Percutian keluarga turut dilakukan kerana setiap anggota keluarga ingin mencari pengalaman dan persekitaran baru yang berlainan.Melalui amalan percutian keluarga, setiap anggota keluarga dapat menimba pengalaman berguna yang dapat dikongsi dengan orang lain melalui aktiviti yang dilakukan semasa percutian. Mereka juga dapat melihat banyak tempat-tempat menarik yang belum pernah mereka lihat sebelum ini semasa bercuti di tempat lain serta dapat mempelajari budaya sesebuah masyarakat berbilang kaum di tempat mereka lawati.Ini kerana anggota keluarga mempunyai minat untuk meneroka
dan
menjelajah
tempat-tempat
baru
yang
belum
dilawati
mereka
sekeluarga.Mereka menjelajah ke tempat-tempat baru kerana sudah jemu dengan persekitaran yang sama untuk mencari sumber aspirasi dan kelainan dalam kehidupan mereka. 4)KEINGINAN MELANCONG YANG GEMAR BERCUTI Salah satu sebab amalan percutian keluarga ini turut dilakukan ialah keinginan dan kegemaran sesebuah keluarga yang suka bercuti dan melancong. Mereka menjadikan aktiviti percutian ini sebagai salah satu amalan keluarga yang patut diteruskan.Amalan percutian ini menjadi aktiviti tahunan dan dirancang .Mereka boleh memilih untuk melakukan percutian keluarga sama ada didalam negara mahupun luar negara mengikut
kemampuan mereka sendiri.Percutian ini juga dilakukan untuk memenuhi hasrat keluarga yang gemar membeli-belah. Mereka cenderung memilih tempat percutian yang terdapat pusat beli-belah terbesar yang terkenal sebagai gedung membeli-belah untuk membeli barang yang dihajati. Percutian ini juga dilakukan kerana ingin menziarahi tempat-tempat suci bersama keluarga .Pencapaian anak-anak yang cemerlang dalam pembelajaran di sekolah seperti peperiksaan dan pertandingan menjadi sebab sesebuah percutian keluarga ini disamping memenuhi keinginan anak-anak yang ingin bersenang-senang , berhibur dan berseronok.
6)MENGIMBAU KEMBALI NOSTALGIA Percutian keluarga turut dilakukan kerana ingin mengimbau kembali nostalgia antara suami dengan isteri.Apabila melawat kembali tempat tersebut, secara tidak lansung mereka dapat melihat kembali kenangan masa silam mereka di tempat yang banyak memberi kenangan dalam kehidupan mereka ketika waktu dahulu. Keadaan ini dapat memberi motivasi diri terhadap suami isteri untuk merasa lebih bersemangat melakukan tugasan harian sama ada di rumah atau di tempat kerja. CIRI-CIRI TEMPAT PERCUTIAN PILIHAN 1)PELANCONGAN BERASASKAN EKOLOGI Pelancongan berasaskan ekologi semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini.Contoh yang dapat kita lihat melalui pelancongan berasaskan ekologi ialah terdapatnya Taman Negara. Taman Negara ini diwujudkan bertujuan melindungi habitat flora dan fauna. Khazanah ini dilindungi dan dikawal supaya tidak mengalami kepupusan akibat impak dari pembangunan negara yang semakin pesat berkembang. Antara contoh taman negara yang terdapat di Malaysia ialah Taman Negara Pahang.Taman negara ini diwartakan sebagai salah satu tempat perlindungan. Melalui perlancongan ini, masyarakat dapat didedahkan dengan kesedaran mencintai alam sekitar.
Semasa pelancongan ini dilakukan,orang ramai dapat melihat dan menikmati sendiri keindahan alam semulajadi iaitu dapat menghirup udara yang nyaman,melihat flora dan fauna yang hampir pupus dan
bersama-sama menanamkan kesedaran kepentingan
menjaga serta melindungi alam sekitar. 2)PELANCONGAN YANG MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR AGAMA Pelancongan yang berunsurkan agama pula memaparkan kepada orang ramai mengenai unsur-unsur yang terdapat dalam setiap agama yang dianuti oleh sesebuah bangsa. Keunikan unsur-unsur ini dapat dilihat melalui seni bina atau struktur bangunan yang dihasilkan oleh sesebuah bangsa.Unsur-unsur agama ini memperlihatkan ketamadunan dalam sesebuah bangsa dan ianya berbeza antara satu sama lain. Contohnya Masjid Putrajaya telah dijadikan sebagai salah satu mercu tanda yang melambangkan corak keagamaan masyarakat islam di Malaysia.Manakala kuil pula melambagkan unsure-unsur agama bagi penganut hindu, tokong pula untuk penganut cina dan gereja pula melambangkan unsure keagamaan dalam kalangan masyarakat kristian.
3)PELANCONGAN BERASASKAN PERTANIAN DAN HOMESTAY Pelancongan berasaskan pertanian dan homestay ini melibatkan kawasan pedalaman ataupun perkampungan.Melalui pelancongan jenis ini, masyarakat dapat didedahkan dengan produk-produk pertanian yang dihasilkan melalui hasil pertanian yang diperolehi dan kemudiannya diproses untuk menghasilkan keluaran berasaskan pertanian baru yang mempunyai kegunaan tertentu. Produk pertanian yang dihasilkan ini boleh dikomersialkan ke pasaran luar sekiranya mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat tempatan mahupun masyarakat luar.Produk pelancongan pertanian dan homestay ini merupakan produk pelancongan baru dan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dalam negara ini.Hasil keluaran yang dikeluarkan ,dapat memberi pulangan yang lumayan dan dapat dipasarkan ke negara luar.
4)TAMAN TEMA Percutian di taman tema juga merupakan salah satu tempat percutian keluarga yang popular di negara ini. Permainan yang terdapat di taman tema ini menjadi salah satu daya penarik untuk masyarakat bercuti di tempat tersebut. Contoh taman tema yang terdapat di Malaysia ialah Sunway Lagoon ataupun lebih dikenali sebagai “Kota Keriangan”. Ibu bapa lebih gemar membawa anak-anak mereka berkunjung ke taman tema ini kerana anak-anak mereka lebih tertarik dengan pelbagai
permainan yang
terdapat di tempat tersebut. Anak-anak boleh memilih apa sahaja permainan yang disukai kerana semua permainan terdapat dalam kawasan tersebut.Antara contoh permainan yang boleh dicuba ialah seperti menaiki roller coster, berenang di dalam kolam yang disediakan dan sebagainya.Kebiasaannya, ibu bapa akan membawa anak-anak mereka ke taman tema pada musim cuti sekolah ataupun hujung minggu.Anak-anak akan berasa seronok menikmati percutian mereka dengan menghabiskan masa berhibur serta berseronok dengan mencuba pelbagai jenis permainan yang terdapat di taman tema tersebut. 5)DESTINASI MEMBELI-BELAH Sesuatu tempat pelancongan juga dikenali atau lebih terkenal dengan destinasi membeli-belah selain keunikan tempat tersebut.Destinasi ini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menghabiskan masa percutian mereka dengan aktiviti membeli-belah .Terdapat banyak pusat membeli-belah telah dibina dari kedai-kedai kecil hinggalah pusat beli-belah yang besar.Pusat membeli belah ini mempunyai kawasan yang yang luas dan turut disediakan banyak kemudahan awam seperti surau, pondok telefon tandas, tong sampah,restoran dan sebagainya untuk keselesaan pengunjung. Barangan yang dijual adalah pelbagai dan harga yang ditawarkan juga berpatutan.Disamping itu juga, pembeli boleh melakukan penawaran harga terhadap barangan yang ingin dibeli.
ABSTRAK Amalan percutian keluarga di Malaysia merupakan salah satu amalan yang bagus dan patut diteruskan. Kini, percutian ini bukan lagi menjadi satu produk barang mewah kerana ianya merupakan barang keperluan atau barang mesti dalam sesebuah keluarga untuk menjana keutuhan institusi sesebuah keluarga. Terdapat banyak faktor yang perlu diambil
kira
dalam
menjayakan
pelaksanaan
amalan
percutian
keluarga
di
Malaysia.Pemilihan masa untuk melakukan amalan percutian ini perlu dirangka dengan sistematik kerana sesebuah keluarga melakukan amalan percutian keluarga ini dalam satu-satu tempoh masa.Percutian keluarga ini bukan sahaja boleh dibuat di dalam negeri sahaja bahkaan ianya boleh dibuat di luar negara bagi sesiapaa yang inginkan sesuatu kelainan dalam percutian yang dilakukan oleh mereka.Dalam percutian ini, semua anggota keluarga, saudara mara,sahabat handai tetapi juga turut melibatkan pelajar IPTS,IPTA dan pihak majikan itu sendiri. Pelbagai persediaan dan persediaan yang perlu dilakukan oleh setiap anggota keluarga iaitu sebelum , semasa dan selepas sesebuah amalan percutian keluarga dilakukan bagi menjayakan sesebuah amalan percutian keluarga di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis penginapan yang disediakan boleh dipilih untuk menginap sepanjang amalan percutian keluarga ini dilakukan.Pengangkutan sendiri atau pengangkutan awam boleh dipilih untuk menuju ke sesuatu destinasi percutian keluarga di Malaysia. Keunikan dan keistimewaan sesuatu tempat seperti struktur binaan serta keindahan alam semulajadi menjadi salah satu daya tarikan sesebuah tempat percutian keluarga di Malaysia.Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh anggota keluarga sepanjang percutian ini berlansung bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang terbina antara mereka. Semua anggota keluarga memainkan peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan amalan percutian ini dan ianya melibatkan kos yang banyak bagi mengendalikan sesebuah amalan percutian keluarga.selain itu, terdapat kekangan yang menghalang sesebuah amalan percutian keluarga ini dilakukan.