MODUL 2 PSIKOLOGI
Objektif Modul
Mendefinisikan istilah psikologi Memahami konteks pengkajian dan aspek tumpuan disiplin psikologi Membezakan pelbagai perspektif dalam disiplin psikologi Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkahlaku manusia
PENGENALAN
Berasal daripada perkataan Greek gabungan ‘psyche’ dan ‘logos’ (Shaver & Tarpy, 1993) ‘Psyche’ bermaksud roh atau jiwa manakala ‘Logos’ adalah kajian. Psikologi boleh didefinisikan sebagai satu bidang kajian saintifik mengenai tingkah laku manusia (Atkinson, Smith & Bem, 1993;Shaver & Tarpy, 1993; Baron 1996)
PENGENALAN
Saintifik – penggunaan kaedah atau prosedur penyelidikan sosial bersifat sistematik. Tingkah laku – Terbahagi kepada tingkah laku zahir dan terpendam. Tingkah laku zahir seperti cara seseorang bertutur, tersenyum, melahirkan pandangan Tingkah laku terpendam merujuk kepada proses mental dan emosi yang berlaku dalam diri seseorang individu; cara berfikir, proses pengamatan, perasaan sedih atau gembira atau beliau cuba mengingatkan kembali sesuatu fakta yang dipelajarinya
PENGENALAN
Pelbagai pendekatan dalam perspektif psikologi yang cuba diutarakan oleh ahli psikologi seperti psikodinamik, behaviorisme, kognitif, humanistik dan biologi. Akan tetapi, pergantungan kepada satu pendekatan sahaja tidak mencukupi. Oleh yang demikian, memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh iaitu pendekatan eklektik. Ia merujuk kepada sudut pandangan atau haluan yang menggabungkan penggunaan pelbagai perspektif berbeza mengikut kesesuaian satu-satu fenomena psikologi.
PERSOALAN PSIKOLOGI
MENGAPA ? DAN BAGAIMANA? SESUATU TINGKAH LAKU ITU TERJADI. CONTOH: BAGAIMANA SESEORANG INDIVIDU ITU BERFIKIR,MENGAPA ANDA SELALU BERFIKIRAN NEGATIF, ATAU BAGAIMANA PERSONALITI SESEORANG INDIVIDU TERBINA.
MATLAMAT PSIKOLOGI
Menceritakan atau memerihalkan tingkah laku manusia Menjelaskan tingkah laku manusia Membuat ramalan tentang tingkah laku manusia Membuat kawalan ke atas tingkah laku
MENGAPA PERBEZAAN BERLAKU DALAM PERSPEKTIF PSIKOLOGI?
Aspek-aspek psikologi yang perlu diberikan tumpuan Faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku Kaedah yang digunakan untuk mengkaji aspek psikologi Tafsiran ke atas dapatan kajian
PERSPEKTIF PSIKOLOGI
Terdapat lima (5) perspektif dalam ilmu psikologi iaitu:1. Psikodinamik 2. Behaviorisme 3. Kognitif 4. Humanistik 5. Biologi
PERSPEKTIF PSIKODINAMIK
Tokoh utama adalah Sigmund Freud dalam Teori Psikoanalisis. Menurut beliau, tingkah laku manusia terhasil daripada konflik-konflik yang berlaku di antara desakan atau kuasa dalaman (id, ego, superego) yang berada di bawah tahap sedar. Manusia tidak mempunyai keupayaan untuk mengawal kuasa atau desakan-desakan dalaman tersebut.
Konsep Asas Psikodinamik
Manusia secara semulajadi dilahirkan dengan sifat heuristik-naluri bertujuan untuk mendapatkan kepuasan diri atau seks sebagai dorongan tingkah laku manusia. Kadangkala berlaku pertentangan yang dikenali sebagai konflik desakan dalaman. Tiga bentuk naluri adalah id, ego dan super ego.
Konsep Asas Psikodinamik
Id merujuk kepada komponen nafsu yang suka kepada makan, minum, tidur dan seks dan ia tidak menyukai perkara-perkara yang mendatangkan kesakitan atau kepayahan. Ego adalah komponen akal atau fikiran yang cuba untuk memenuhi keperluan id dan superego untuk mengurangkan konflik dalaman. Superego adalah komponen yang telah terdidik dengan kedua-dua nilai positif dan negatif atau betul atau salah. Menurut Freud, komponen superego adalah komponen yang sentiasa berkonflik dengan komponen id, manakala komponen ego sebagai pendamai antara keduanya dengan cuba untuk memuaskan kehendak keduanya.
Aplikasi dalam Psikodinamik 1.
Mekanisme Bela Diri - mekanisme yang bertindak di tahap bawah sedar. -cuba mewujudkan tingkah laku yang dapat mengurangkan kerisauan akibat konflik dalaman yang berlaku dalam diri manusia - Contoh senario di Bulan Ramdhan
Mekanisme Bela Sifat Semulajadi Diri
Contoh
Repression
Melupakan-menolak pemikiran atau dorongan yang tidak diingini dari tahap sedar ke tahap tidak sedar
Seorang perempuan melupakan tarikan yang dirasainya terhadap menantunya yang kacak
Rationalization
Mewujudkan alasan yang boleh diterima untuk perbuatan atau pemikiran yang dibuat berasaskan motif yang tidak boleh diterima
Seorang gadis menyatakan yang dia menghabiskan kek kerana takut kek itu rosak
Displacement
Mengarahkan respon emosi dari satu objek yang merbahaya objek selamat
Kemarahan kepada ketua di pejabat dipindahkan kepada anak di rumah
Projectioni
Memindahkan motif atau dorongan yang tidak dapat diterima kepada orang
Seorang lelaki tertarik secara seks mewujudkan pemikiran bahawa jirannya tertarik kepadanya
Aplikasi dalam Psikodinamik 2. Tafsiran Mimpi - Mimpi, khayalan dan latah adalah di antara manifestasi konflik dalaman yang terkeluar dari tahap bawah sedar kepada tahap sedar. - Mimpi, khayalan dan latah kemudiannya akan ditafsirkan supaya dapat difahami dengan lebih lanjut lagi.
Penilaian Psikodinamik
Mengutarakan pandangan yang bersifat negatif terhadap fitrah manusia dengan mengatakan bahawa naluri seks dan keganasan adalah pendorong utama tingkah laku manusia. Manusia juga dikatakan ingin memenuhi kehendak asas sahaja. Tingkah laku manusia adalah ditentukan di mana konflik dalaman adalah kuasa utama dalam menentukan tingkah laku manusia dan tiada pilihan.
PERSPEKTIF BEHAVIORISM
Tokoh behaviorism mengatakan bahawa tingkah laku manusia terhasil daripada rangsangan persekitaran yang datang kepadanya. Perspektif ini mengutarakan elemen rangsangan (stimulus) yang lahir daripada persekitaran dan elemen tindak balas (response).
Tokoh dan konsep asas dalam Perspektif Behaviorism 1. Ivan Pavlov: Pelaziman Klasik 2.
3.
B.F Skinner: Pelaziman Operan (Konsep ganjaran dan hukuman) Albert Bandura: Pembelajaran Sosial (Pembelajaran melalui pemerhatian)
Aplikasi dalam Behaviorism
Proses pelaziman klasik contohnya melalui iklan di kaca tv seperti makanan yang sedap, perempuan yang cantik, produk-produk menarik. Proses pembelajaran sosial berlaku apabila iklan tersebut menzahirkan paparan seorang individu hidup dengan kemewahan apabila memakai jenama tertentu.
Penilaian Behaviorism
Masih berbentuk deterministik iaitu ada faktor-faktor tertentu yang menghasilkan tingkah laku. Andaian dalam perspektif ini tidak dapat memberi penjelasan terhadap tingkah laku manusia yang lebih kompleks seperti cinta, perjuangan tentera jepun, kamikaze.
PERSPEKTIF KOGNITIF
Andaian perspektif ini masih lagi mengandaikan faktor luaran sebagai penentu tingkah laku manusia. Ia mengkritik perspektif Behaviorisme kerana dikatakan terlalu sempit dan tidak dapat menerangkan sesuatu tingkah laku yang kompleks. Masih mengekalkan elemen rangsangan dan tindak balas yang menyumbang kepada tingkah laku manusia. Elemen Organisma dimasukkan di antara kedua elemen rangsangan dan tindakbalas.
PERSPEKTIF KOGNITIF
Elemen organisma merujuk kepada proses mental atau kognitif yang berlaku pada diri manusia. Proses kognitif adalah seperti berikut:1. Sensasi- bagaimana tubuh badan manusia merasai perkara seperti suhu panas, sejuk dan sebagainya. 2. Persepsi- proses otak merakamkan apa yang dirasai oleh tubuh badan 3. Kesedaran- Berjaga, tidur, mengantuk, khayal 4. Ingatan – Proses manusia mengingati dan melupa sesuatu perkara 5. Kognisi – Proses berfikir secara logik serta kreativiti dalam menyelesaikan masalah
Tokoh dan Konsep Asas 1.Jean Piaget: Peringkat Perkembangan Kognitif 2. Kohlberg: Peringkat Pembangunan Moral
Aplikasi dalam Kognitif 1.
5. 6.
Nemonik: Meningkatkan daya ingatan i. Mengolah dalam bentuk cerita ii. Sistem Kata Kunci iii. Sistem peg-word Ujian IQ Ilusi Persepsi
PERSPEKTIF HUMANISTIK
Lebih bersifat fenomenologi. Mementingkan pengalaman subjektif manusia dan elemen unik manusia. Manusia digambarkan berupaya melakukan pemilihan berkenaan dirinya sendiri iaitu bertentangan dengan perspektif psikodinamik dan behaviorisme. Meluaskan lagi skop psikologi supaya merangkumi pengalaman manusia seperti konsep cinta, kebencian, harapan, jenaka, kebahagiaan dan tanggungjawab.
Tokoh dan Konsep Asas Dalam Perspektif Humanistik 1. Abraham Maslow: Teori Hierarki Keperluan 2. Carl Rogers: Fitrah manusia yang baik dan kecenderungan ke arah aspek kehidupan yang positif dan usaha untuk mencapai potensi sepenuhnya
Aplikasi Perspektif Humanistik 1.
Kaunseling Bercorak Humanistik Manusia mempunyai aspek-aspek semulajadi yang positif dan sentiasa akan mengarahkan kehidupannya kepada aspek positif juga.
Penilaian Humanistik
Tidak menggunakan metodologi saintifik Gambaran baik terhadap manusia
PERSPEKTIF BIOLOGI
Menumpukan perhatian kepada proses-proses biologi yang berlaku dalam badan manusia yang mempunyai sumbangan besar kepada tingkahlaku. Semua perkara yang dialami oleh manusia dan haiwan mempunyai asas biologinya tersendiri. Ini merujuk kepada tingkah laku, proses pemikiran, perasaan dan kederiaan yang dialami oleh manusia. Penekanan diberikan kepada analisis ke atas otot, saraf, dan deria.
Aplikasi Perspektif Biologi 1.
Kajian Ethologi
3.
Psikofarmakologi
5.
Biofeedback
CABANG PSIKOLOGI • • • •
• •
Psikologi Klinikal (Clinical Psychology) Psikologi Kaunseling (Counselling Psychology) Psikologi Sekolah (School Psychology) Psikologi Industri Organisasi (Industrial Organizational Psychology) Psikologi Eksperimen (Experimental Psychology) Psikologi Perkembangan (Developmental Psychology)
FOKUS PSIKOLOGI
Terdapat berbagai bidang utama dalam psikologi seperti proses deria, pengamatan, dan kesedaran; pembelajaran dan ingatan; bahasa dan pemikiran; motivasi dan emosi; personaliti; kecerdasan; fenomena tingkah laku bilazim; dan sebagainya. Tumpuan perbincangan adalah kepada bidang personaliti dan kecerdasan.
PERSONALITI
Merujuk kepada corak tingkah laku manusia yang konsisten atau tekal yang boleh membezakan beliau dengan individu lain. Cara individu berinteraksi dengan persekitarannya (berfikir, beremosi dan berpersepsi).
Tujuan utama Personaliti
Rangka untuk menghuraikan personaliti dengan lebih lanjut lagi Panduan penyelidikan lanjut Prinsip-prinsip yang digunakan untuk memberi rawatan kepada individu yang mengalami masalah psikologi
Teori Personaliti Pelbagai Perspektif
Freud dalam teori psikoseksualnya memperkatakan tentang tingkah laku manusia digerakkan oleh naluri seksual. Perspektif Behaviorisme mengenengahkan faktor luaran atau persekitaran sebagai pendorong tingkah laku. Perspektif humanistik mendapati tingkah laku manusia dipengaruhi oleh motif yang lebih tinggi.
Kaedah Pengujian Personaliti
Kaedah inventori personaliti Teknik Projektif – TAT (Thematic Apperception Test) dan Roschah Ink Blot Test
KECERDASAN (INTELLIGENCE)
Merujuk kepada keupayaan seseorang itu memperolehi dan menggunakan ilmu pengetahuan. Kebolehan untuk berfikir secara abstrak dan belajar melalui pengalaman. Penting kerana ia boleh meramalkan sebahagian besar aspek tingkah laku manusia. Melibatkan proses kognitif seperti pengamatan, ingatan, taakulan, penyelesaian masalah dan kreativiti.
KECERDASAN (INTELLIGENCE)
Kaedah pengujian adalah ujian IQ (Intelligence Quotient) Tidak boleh diuji secara langsung memandangkan konsep yang begitu abstrak Isu dalam ujian kecerdasan adalah seperti kesahihan dan kebolehpercayaan dan pengaruh budaya