(rumusan) Al-islam Hadharatul Qad'_al-allamah Dr. Yusuf Al-qardawi

  • Uploaded by: Mohammad Hidir Baharudin
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View (rumusan) Al-islam Hadharatul Qad'_al-allamah Dr. Yusuf Al-qardawi as PDF for free.

More details

  • Words: 8,501
  • Pages: 36
Tajuk

: Tamadun Islam Alternatif Masa Hadapan

Karya

: Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

(‫)االسالم حضارة الغد‬

Terbitan: Maktabah Al-Qardawi Tahun : 1999

Lafaz Segala Puji Bagi Allah s.w.t akan segala nikmat yang Dia berikan. Nikmat iman dan Islam ditambah lagi dengan nikmat akal fikiran dan nikmat usia muda, dapat juga penulis selesaikan merumuskan buku ini. Buku ini bertajuk

‘‫’االسالم حضارة الغد‬

(Tamadun Islam Alternatif Masa Depan) karya Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi. seorang ulama kontemporari yang paling dekat dengan hati penulis. Karya AlAllamah pertama yang penulis tatapi bertajuk yang paling penulis sayang bertajuk

‘‫’فقه األوالوياث‬

‘ ‫’كيف ًخعول هع القرءاى‬

(Fiqh Keutamaan) dan

(Bagaimana Berinteraksi

Dengan Al-Quran). Penterjemah buku ini, Dr. Juanda Haji Jaya telah menjadi orang pemula kebaikan. Dengan usaha beliau, buku ini siap diterjemahkan di dalam Bahasa Melayu. Bukan sedikit yang membaca, menyebarkan, dan beramal dengan isi kandungan buku ini. Mereka inilah yang menyumbangkan saham akhirat kepada diri mereka juga kepada Dr. Juanda Jaya. Penulis sifatkan buku ini sebagai buku „heavy reading‟. Buku ini mempunyai 252 muka surat menjelaskan situasi sebenar tamadun dunia hari ini yang dipelopori oleh Tamadun Barat (Tamadun Materialistik), kudis-kudis yang sudah lama bernanah di dalamnya, dan ubat-ubat untuk mengubatinya. Maka rumusannya penulis perincikan. Usaha ini perlu sedikit pemerahan akal penulis untuk hasil rumusan yang paling baik. Penulis membuat rumusan dengan mengambil kembali kata-kata Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi dan ilmuwan-ilmuwan yang dinukilkan oleh Al-Allamah. Sesekali penulis akan menuruti dengan pandangan penulis. Tujuan penulis adalah kerana keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan alam akhirat dengan usaha penyebaran ilmu. Dengan rumusan ini sedikit sebanyak dapat menguatkan akal dan amalan penulis. Penulis harapkan dengan rumusan penulis yang serba kekurangan ini (dengan kehendak Allah s.w.t jua) membuka hati penulis dan pembaca untuk memahami dan beramal dengan kebaikan buku ini. Cadangan penulis agar pembaca membaca sendiri buku ini. Penulis mengakhiri dengan ungkapan „Jika kita tidak mengenal emas, masakan kita akan menghargainya‟.

Mukaddimah Penulis rumuskan kepada 3 perkara utama di dalam muqaddimah Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi: Pertama. Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi memperkatakan akan perihal sifat tamadun dunia hari ini (Tamadun Barat/Tamadun Materialistik). Kata beliau:

“Tamadun ini dan manusia yang ada di dalamnya hampir sama dengan apa yang disebutkan oleh Al-Quran”. Firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dan langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya[1],

dan

pemilik-permliknya

mengira

bahawa

mereka

pasti

menguasasinya[2], tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit,

seakan-akan

belum

pernah

tumbuh

kelmarin.

Demikianlah

Kami

menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir.” (Surah Yunus: 24) [1]Bumi yang indah dengan gunung-gunung dan lembah-lembahnya telah menghijau dengan tanam-tanamannya. [2] Maksudnya: dapat memetik hasilnya. “Kelemahan utama tamadun ini adalah disebabkan ia tidak mengenal Allah s.w.t, menjauhkanNya

daripada

pemerintahan

dalam

kerajaanNya,

sehinggakan

tamadun ini berperanan seolah-olah ia ada adalah penguasa agung dunia ini. Segala yang bersifat material diagungkan, manakala yang bersifat spiritual (maknawi) diremehkan. Kemajuan hanya diukur dengan jumlah terbanyak penghasilan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan, juga kadar yang paling maksima dalam memenuhi kehendak, kelazatan dan syahwat, walaupun dengan mengorbankan nilai dan akhlak. Tidak hairan jika tamadun ini, ruhnya kosong

meskipun jasadnya besar, cahaya padam meskipun bara apinya tetap ada.” (m.s 8 dan 9) Dapatlah kita simpulkan bahawa tamadun dunia hari ini yang dipelopori oleh Tamadun Barat adalah bersifat „material‟ ataupun sifat „kebendaan‟. Kedua. Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi juga menjelaskan metod kajian beliau. Kata beliau: “…penilaian adalah berdasarkan perkara dominan yang menguasai kerana „keadaan umum itu menggambarkan keadaan keseluruhan‟ sebagaimana yang dinyatakan oleh para fuqaha kita sejak zaman silam.” (m.s 9) Al-Allamah bermaksud beliau akan membuat penilaian berdasarkan perkara yang dominan di dalam tamadun hari ini. Beliau tidak menolak bahawa terdapat segelintir manusia di dalam tamadun ini yang masih kuat memegang sifat spiritual.

Dan

mungkin

katanya,

kerana

segelintir

manusia

inilah

yang

melambatkan kejatuhan Tamadun Material. Ketiga. Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi juga membuat kesimpulan awal akan ubatubat penyelamat tamadun dunia hari ini daripada menemui kehancuran. Kata beliau: “Usaha menyelamat tidak akan berjaya melainkan melalui Risalah Tamadun yang dibawa oleh orang-orang Islam untuk dunia, iaitu risalah yang bersifat rabbaniyah (ketuhanan), insaniyah (kemanusian), dan akhlaqiyah (berakhlak). Ia bercirikan keseimbangan dan saling menyempurnakan. Ia menyediakan manusia untuk memakmurkan bumi dan menjadi khalifah Allah s.w.t padanya juga beribadat kepada Allah s.w.t dengan ilmu yang bermamfaat, iman yang benar, amal salih dan saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.” (m.s 9 dan 10)

Fasal

Pertama:

Roh

Tamadun

Moden

Pemikirannya Dibahagikan kepada 3 topik utama: 1. Roh Tamadun Moden 2. Akar Umbi Pemikiran Tamadun Barat 3. Sifat Utama Dan Ciri Keistimewaan Pemikiran Barat

Dan

Ciri

Utama

Pertama: Roh Tamadun Moden Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi mendefinisikan „roh tamadun‟. Kata beliau: “Roh tamadun pula adalah kumpulan akidah (ideology), kefahaman konsep, nilai, adab dan tradisi yang tercermin dalam perilaku individu dan kelompok manusia, cara berhubung antara mereka dan pandangan mereka terhadap agama dan kehidupan, alam semesta dan manusia, serta individu dan kelompok masyarakat.” (m.s 12) Beliau membuat kesimpulan: “Ya, sesungguhnya kekurangan tamadun moden ini ialah apa yang terpasak (tertanam) di dasar jiwanya iaitu sifat „materialism pragmatism‟ yang membuat kita berkata: “Sesungguhnya ini adalah roh tamadun barat, ia adalah asas falsafahnya, sifat umumnya dan inti ideology yang menjadi cirinya”. Inilah yang sepatutnya kita jadikan focus dalam lembaran-lembaran yang akan kami kemukakan setelah ini.” (m.s 14) Kedua: Akar Umbi Pemikiran Tamadun Barat Kata Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi: “Tamadun barat pada zaman sekarang berdiri di atas asas-asas pemikiran yang jauh menjalar akar umbinya hingga ke zaman Yunan dan Rom.” (m.s 14) Kita sedia maklum bahawa Tamadun Yanan dan Rom berdiri di atas akar pemikiran falsafah. Pemikiran falsafah inilah yang menentukan pandangan manusia terhadap agama dan kehidupan, alam semesta dan manusia, ilmu pengetahuan dan nilai. Adapun Tamadun Islam berdiri di atas akar Islam. Akar Islam inilah yang menentukan pandangan manusia terhadap falsafah dan kehidupan, alam semesta dan manusia, ilmu pengetahuan dan nilai. Adapun pemikiran Tamadun Barat mengenai „pemikiran ilmiah sains‟ diambil daripada Tamadun Islam. Pemikiran ilmiah sains adalah pemikiran yang membutuhkan kajian dan penelitian. Para ilmuwan Islam menganggapnya sebagai „metod Al-Quran‟. Para ilmuwan barat seperti Brivolt, George Sarton, dan Gustav Lobon memperakui perkara ini. Ketiga: Sifat Dan Ciri Asas Pemikiran Barat

Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi menyenaraikan 5 sifat dan ciri asas pemikiran barat: Ciri Pertama: Kecelaruan Dalam Mengenal Allah s.w.t. Al-Allamah berkata: “Mereka tidak memperolehi petunjuk kepada iman yang sahih terhadap pencipta alam semester dan pengurusnya. Mereka tidak kenal hakikat ketuhanan Yang Maha Sempurna, Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Berkehendak, Maha Baik lagi Maha Penyayang. Ini disebabkan mereka tidak mengenal secara langsung kenabian yang membawa kepada pintu hidayah dan wahyu yang maksum sebagaimana yang kita ketahui melalui sejarahnya. Dari sini, pemikiran barat berjalan bersendirian mencari dan menyelidiki „Sebab (illah) Yang Pertama‟ atau „Penggerak Pertama‟ atau „Yang Wajib Wujud‟, lalu ia tergelincir dan tersungkur lantas ia dikuasai oleh keraguan, kebingungan dan hawa nafsu.” (m.s 16) Adapun contonya, Al-Allamah menukilkan kata-kata Wol Deorant di dalam bukunya „Mabahij Al-Falsafah‟ bahawa filasof terkenal bernama Aristotle membayangkan tuhannya seperti raja! Melalui pemahaman penulis, tamadun dunia hari ini yang ditunjangi Tamadun Barat sebenarnya tercelaru kerana mereka beriqtikad tuhan itu ada 3. Jika kita melihat di satu sudut akan 3 tuhan, kita akan berkata: “Tuhan Ruh Kudus sudah tidak berfungsi sebagai tuhan selepas kelahiran Tuhan Anak (Isa a.s anak Maryam)”. Adapun Tuhan Anak juga tidak berfungsi sebagai tuhan apabila dia mati disalib kerana menebus dosa anak Adam. Yang berfungsi ketika ini adalah Tuhan Bapa. Kita akan tahu rupa-rupanya dua tuhan mereka bekerja „part-time‟ sebagai tuhan. Tuhan mereka juga mati dan berkongsi kuasa!. Alangkah lemahnya tuhan-tuhan mereka. Maha Suci Allah s.w.t!. Terdapat ramai diantara mereka hanya menisbahkan diri mereka kepada Kristian tetapi mereka sebenarnya tiada agama. Mereka adalah atheis! Tiada amalan hidup yang membuktikan mereka beragama melainkan mereka berdoa sebelum makan, akad nikah di hadapan paderi, bacaan „mengenang jasa‟ semasa mereka dikuburkan dan mengunjungi gereja pada hari Ahad. Perbuatan lainnya tidak pernah terikat dengan agama. Penulis mengingatkan kepada diri sendiri dan sekalian pembaca agar tidak menjadi seperti golongan Kristian. Hanya merujuk Islam hanya di dalam hal perkahwinan, hal kematian, dan mengunjungi masjid untuk Solat Jumaat

seminggu satu kali. Rujuklah Islam di atas sekalian perilaku dan mengeratkan hubungan dengan rumah Allah s.w.t. Ciri Kedua: Aliran Materialisme Tamadun

barat

bersifat

material,

mengingkari

perkara-perkara

ghaib,

dan

memandang rendah perkara-perkara spiritual. Al-Allamah membawakan kata-kata ilmuwan eropah yang bernama Leopold Weis di dalam buku beliau „Al-Islam „Ala Muftaraq At-Turuq‟. Kata beliau: “Sesungguhnya orang Eropah moden-dengan wujudnya penolakan terhadap wujudnya roh sebagai ilmiah-tidak melihatpun matlamat hidup sebagai kepentingan yang praktikal. Mereka meninggalkan secara mutlak penilaian bagi perkara ini dan perkiraannya dalam kehidupan. Halatuju agama sentiasa berasaskan kepada keyakinan bahawa di sana ada suatu system hukum dan tatacara adab yang bersifat mutlak lagi menyeluruh bahawa kita-sebagai manusia-terpaksa tunduk kepada ketentuannya. Tetapi kemajuan Barat moden tidak memperkirakan langsung keperluan tunduk kepada sesuatu kecuali mereka hanya tunduk kepada kepentingan

ekonomi,

social,

atupun

kebangsaan.

Sembahan

mereka

yang

sebenarnya bukan dari jenis yang spiritual, yang disembah adalah kemewahan”. (m.s 19 dan 20) Juga kata Al-Allamah: “Seorang wartawan ternama Amerika, John Genter telah menggambarkan dengan baik bentuk kejiwaan ini (kejiwaan material: penulis) dalam bukunya „Fi Dakhil Urubba‟ (Di Tengah Masyarakat Eropah) dengan katanya: “Sesungguhnya orangorang Inggeris menyembah Bank Of England enam hari dalam satu minggu dan pada hari ketujuh mereka pergi ke gereja!” Ini adalah pengakuan-pengakuan pada masa yang lalu sedangkan sekarang masalah semakin bertambah parah daripada apa yang telah disaksikan oleh beliau dan para pengkritik ini. Menurut hasil bancian terbaru, hanya 5% dari kalangan masyarakat barat yang pergi ke gereja pada hari-hari Ahad. Walaupun begitu, perginya mereka ke gereja ini belum bererti semestinya mereka berpegang dengan agama”. (m.s 23) Penulis katakan kerana jiwa yang kosong dengan agama melahirkan rasa kecewa, kita dapati orang-orang berkulit putih ini ramai yang membunuh diri. Ketika penulisan ini, seperti dilaporkan, seorang penjaga gol bola sepak, skuad kebangsaan Jerman membunuh diri. Ramai pula diantara mereka yang kembali

mahu mengamalkan spiritual/agama. Kita dapati sebahagian mereka memilih Islam dan sebahagian yang memilih jalan-jalan taghut. Kita mengetahui orang yang berkulit putih bernama „Cat Steven‟ (jika tidak terkhilaf) memeluk Islam dan menukar nama beliau kepada „Yusuf Islam‟. Penulis sendiri pernah melihat orang berkulit putih khusyuk menari dengan kulitnya penuh dengan tusukan bendabenda tajam pada Perayaan Thaipusam. Dan memang ramai yang kembali kepada Kristian menjadi paderi, menyekat fitrah diri daripada berkahwin. Usah dibilang yang mahu kembali kepada spiritual memilih duduk bertapa sebagai pilihan. Maka kita akan melihat selepas mereka puas bertapa, mereka akan keluar untuk meminta sedekah dengan pakaian kuning yang selekeh. Masih ramai yang penulis tidak sebutkan. Semua manusia ini mahu kembali kepada spiritual/agama. Hanya kaedah dan cara yang berlainan. Ciri Ketiga: Aliran Sekularisme Al-Allamah berkata: “Agama menurut pandangan Barat adalah hubungan mnusia dan tuhannya. Tempatnya adalah di hati yang berada dalam dirinya. Jika hati sanubarinya keluar, maka ia tidak dibenarkan melepasi dinding gereja atau rumah ibadat. Bukan urusan agama untuk mengatur kehidupan dengan undang-undang dan kewajiban yang mesti dapatuhi, atau mewajibkan ajaran-ajaran dan hukum-hukamnya ke atas…” (m.s 23) Ciri Keempat: Konflik Pertentangan 1. Konflik antara manusia dengan dirinya. Kata Al-Allamah: “Manusia di barat melawan fitrahnya sendiri yang telah ditentukan Allah s.w.t. Jika in mahu menghidupkan kehidupan secara ideal seperti yang dikehendaki oleh agamanya iaitu Kristian, maka keadaan idealis dalam ajarannya menghendaki ia memandang jijik terhadap seks dan menolak harta kakayaan sebab orang kaya tidak akan dapat memasuki kerajaan tuhan…” (m.s 26) Inilah kesannya apabila agama diselaputi akal. Pemulanya tentulah orang-orang yang disangka mahir dan alim beragama. Mungkin di dalam agama Kristian tidak terdapat „Konsep Bid‟ah‟ dan oleh kerana itu mereka mengubah agama. Mungkin juga perkataan-perkataan mereka seperti orang-orang yang disangka mahir dan alim dalam Islam: “Kami hanya mahukan kebaikan”, “Kita tidak mengubah Islam

bahkan kami mahu membawa kemajuan kepada Islam”, “Kami yakin ramai Kaum Muslimin memandang amalan seperti ini baik”, “Islam perlu bergerak seiring dengan kemajuan dunia”, dan berbagai-bagai lagi perkataan yang semuannya adalah seperti candu yang mengkhayalkan Kaum Muslimin yang tidak berilmu. Penulis katakan Paderi agama Kristian bodoh seperti batang kayu kerana mengharamkan perkahwinan. Mereka bodoh kerana mereka melawan mesin fitrah. Perkahwinan adalah wadah supaya mesin fitrah dapat bekerja. Apa mereka tidak terfikir akan nikmatnya perkahwinan? Sebaliknya mereka tidak akan dapat melawan mesin fitrah. Paderi-paderi bodoh ini mengharamkan perkahwinan tetapi hubungan mereka dengan „sisters‟ gereja dibenarkan. Benarlah firman Allah s.w.t:

“Dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah[1] padahal Kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keredhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya[2].”. (Surah Al-Hadid: 27) [1]. Yang dimaksud dengan Rahbaniyah ialah tidak beristeri atau tidak bersuami dan mengurung diri dalam biara [2]. Mereka lalu tidak berpegang kepada janji rahib mereka 2. Konflik antara manusia dengan alam. Kata Al-Allamah: “Manusia dalam tamadun barat berada dalam konflik dengan alam kerana ia bertolak daripada anggapan bahawa alam adalah musuhnya yang mesti dihadapi dan dikuasai. Oleh itu orang-orang barat menamakannya sebagai „menundukkan cabaran alam tabie‟ iaitu suatu ungkapan yang mempunyai erti dan maksudnya yang tersendiri”. (m.s 26)

Kerana ciri inilah mereka berinteraksi dengan alam seolah-olah mereka yang menguasainya. Mereka menebang dengan nafsu tumbuh-tumbuhan dan mengondol dengan nafsu gunung-ganang. Mereka masih lagi tidak sedar apabila mereka kalah dengan alam. Masih belum ada teknologi yang mampu menghalang letusan gunung berapi, menghalang ribut taufan dan banjir lumpur. Inilah tanda-tandanya mereka tidak akan dapat mengalahkan alam. Entah bilakah mereka akan sedar. 3. Konflik antara manusia dengan manusia. Kata Al-Allamah: “Ia adalah suatu konflik antara individu untuk memperolehi kepentingan peribadi yang saling bertentangan. Apatah lagi dalam keadaan tamadun yang dikuasai oleh aliran individualistic, falsafah pragmatism dan tersebarnya kata-kata Hobertz: “Manusia adalah serigala bagi manusia lainnya!” Juga kata-kata setiap orang selepas itu: “Yang penting adalah aku dan biarlah dunia musnah”. (m.s 27) Ciri ini menjadikan manusia hidup dalam ketakutan. Pasti manusia akan memikirkan keselamatan kemana sahaja melangkah. Jika dahulu rasa selamat sekalipun rumah tidak dipagar. Berlainan pula sekarang, rumah dipasang pagar dan bermacam-macam jenis alat-alat keselamatan. Pihak-pihak keselamatan pula memberi nasihat supaya tidak keluar rumah ketika waktu malam. Dunia seakanakan penjara. Inilah bala Allah s.w.t yang berupa bala ketakutan. Firman Allah s.w.t:

“Tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian, kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat”. (Surah An-Nahl: 112) 4. Konflik antara manusia dengan tuhan “Pemikiran ini diwarisi daripada dua sumber utama: 

Animisme Yunan dan dewa-dewanya yang boleh diubah, diganti dan dibakar.



Perjanjian Lama (Taurat dan risalah-risalahnya) yang menggambarkan tuhan

sebagai

penghasut,

pendendam,

dan

pencemburu

hingga

Dia

menciptakan manusia (Adam) lalu Ia kemudian takut kepadanya dan bimbang ia akan menyaingi diriNya dalam hal pengetahuan dan sifat kekal.

Lantas Adam dilarang makan daripada sejenis pokok. Tuhan juga konflik dengan Israel dan Israel pun menentangNya. Tidak ada jalan lain bagi tuhan, kecuali member janji kepadanya berupa kebaikan bagi anak cucu keturunan Israel.” (m.s 28) Ciri Kelima: Merasa lebih tinggi di atas bangsa Lain Mengalir dengan deras dalam pemikiran Bangsa Barat bahawa mereka lebih unggul daripada bangsa lain dan lebih suci darahnya. Mereka telah diciptakan untuk memimpin dan menguasai. Adapun selain daripada mereka telah diciptakan untuk manjadi hamba dan tunduk kepada mereka. Kata Al-Allamah: “Pandangan seperti ini diambil oleh orang-orang eropah daripada Tamadun Rom yang berpandangan bahawa dunia terbahagi kepada Rom dan Barbar. Setiap orang yang selain mereka adalah Berbarian yang ganas!” (m.s 29) Penulis

berpendapat

terdapat

satu

perkataan

yang

paling

ideal

untuk

menggambarkan akhlak barat ini. Perkataannya adalah „racism‟. Cambridge Advanced Learner's Dictionary 3rd Edition mentakrifkan „racism‟ sebagai „the belief that people's qualities are influenced by their race‟ (Kepercayaan bahawa maruah seseorang itu dipengaruhi oleh bangsa). Perkataan „racism‟ ini ditakrifkan oleh bangsa barat, dan mereka sendiri yang menyalahi takrifan mereka. Satu daripadanya adalah kerana warna kulit. Penulis teringat beberapa tahun sudah, Eto‟o, seorang pemain bola sepak kulit hitam pasukan Barcelona beberapa kali menarik diri daripada bermain untuk pasukan selepas beliau diajek kerana warna kulit beliau. Ini yang berlaku di padang bola. Jika kita menuruti rentetan sejarah pembinaan negara Amerika Syarikat dan Afrika Selatan, tentu kita akan melihat akhlak „racism‟ yang lebih teruk! Sifat berasa lebih ungggul dan suci daripada bangsa lain saling tidak tumpah seperti Yahudi dan Nasrani. Allah s.w.t mengungkapkan kata-kata Yahudi dan Nasrani kerana perkara ini. Mereka menduga mereka „anak Allah s.w.t‟ dan terlepas daripada azab Allah s.w.t sedangkan selain daripada mereka diazab:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan: "Kami ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya." Katakanlah: "Maka mengapa Allah menyiksa kamu kerana dosa-dosamu?" (Kamu bukanlah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya), tetapi kamu adalah manusia (biasa) diantara orang-orang yang diciptakanNya. Dia mengampuni

bagi

siapa

yang

dikehendakiNya

dan

menyiksa

siapa

yang

dikehendakiNya. Dan Kepunyaan Allahlah kerajaan antara keduanya. Dan kepada Allah-lah kembali (segala sesuatu)”. (Surah Al-Maidah: 18)

Fasal Kedua: Keburukan Tamadun Moden Dan Kesannya Terhadap Kehidupan Manusia Terbahagi kepada 2 topik utama: 1. Kesan Positif Tamadun Barat 2. Keburukan Dan Kesan Buruk Tamadun Moden Pertama: Kesan Positif Tamadun Barat Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi merungkaikan terlebih dahulu kebaikan Tamadun Barat sebelum Al-Allamah merungkaikan keburukannya. Inilah akhlak seorang ulamak yang adil pertimbangan. Tidak dipengaruhi emosi dan nafsu. Semoga kita dapat berakhlak seperti akhlak Al-Allamah. Al-Allamah menerangkan bahawa Tamadun Barat membawa kebaikan dari sudut teknologi, pengaturan fikiran dan hidup manusia. Kemajuan teknologi yang memendekkan jarak diantara dua tempat, menjimatkan masa dengan kemajuan pengangkutan, menjimatkan tenaga dengan terdapatnya mesin-mesin buruh dan ilmu-ilmu Islam mudah disebarkan melalui perkakasan teknologi. Tamadun ini memberikan corak fikiran yang tidak jumud kepada manusia, mendorong manusia

untuk mencipta dan menghasilkan benda yang baru, mengatur hidup manusia dengan undang-undang dan perlembagaan-perlembagaan yang adil. Al-Allamah mengakhiri pujian kepada Tamadun Barat dengan berkata: “Inilah sudut-sudut yang baik dan positif dalam Tamadun Barat. Semuanya bergantung pada pendekatan, mesin, dan peralatan yang digunakan oleh manusia. Sebenarnya ia merupakan senjata bermata dua. Ia dapat dipakai untuk perkara yang baik dan juga dapat dipakai untuk perkara yang buruk”. (m.s 34) Kedua: Keburukan Dan Kesan Buruk Tamadun Moden 1. Keruntuhan Akhlak 2. Kemusnahan Keluarga 3. Kegelisahan Jiwa 4. Kecelaruan Akal 5. Jenayah Dan Ketakutan Pertama: Keruntuhan Akhlak Sungguh tepat perumpamaan yang dilafazkan oleh Al-Allamah. Mengumpamakan tanah dan tumbuhan (pokok) sebagai tamadun dan akhlak. Tanah yang subur pasti akan mengeluarkan pokok yang sihat dan sebaliknya. Tamadun yang baik akan membuahkan manusia-manusia yang berakhlak baik dan sebaliknya. Lalu AlAllamah mengungkapkan firman Allah s.w.t:

“Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur.” (Surah Al-A‟raf: 58) Al-Allamah menukilkan kata-kata Richard Livingston, Naib Canselor University Oxford

yang menulis di dalam bukunya bertajuk „At-Tarbiyah Li Alam Haier‟

(Education For Confusing World). Kata Richard Livingston:

“Sekiranya kita mencari ungkapan kata-kata indah untuk melukiskan abad kita ini, tentu akan terlintas dalam pemikiran kita berbagai ungkapan. Mungkin kita menyebutnya sebagai zaman ilmu pengetahuan (sains), atau abad revolusi social, atau abad tanpa nilai akhlak. Tetapi ungkapan-ungkapan ini tidak akan dapat menjelaskan hakikat abad ini secara sepenuhnya ataupun menyifatkannya dengan adil. Barangkali ungkapan terakhir lebih sesuai daripada yang lain dalam beberapa sudut untuk diletakkan di tempat perkiraan”. (m.s 36) Kemudian,

Al-Allamah

membawa

rentetan

fakta-fakta

berkenaan

dengan

keruntuhan akhlak. Merangkumi gejala remaja mengandung luar nikah, penyakitpenyakit kelamin disebabkan seks bebas dan gejala menggugurkan anak. AlAllamah selepas itu mendedahkan inti-inti kandungan Konferen Antarabangsa Tentang Penduduk Dan Pembangunan yang diadakan di Kaherah pada bulan September 1994. Konferen ini antara lainnya menghalalkan pengguguran untuk mengawal jumlah penduduk bumi dan menghalalkan hubungan seks bebas dengan mengguna pakai peralatan seks. Penulis mencadangkan kepada para pembaca untuk meneliti sendiri fakta-fakta yang dibawa oleh oleh Al-Allamah. Fakta-fakta keruntuhan akhlak. Fakta-fakta ini cukup mengejutkan!. Al-Allamah menulis buku ini sekitar 90-an tetapi keruntuhan akhlak yang menjerut Tamadun Barat seakan-akan yang menjerut Malaysia sekarang. Lanjutan daripada keruntuhan akhlak, amaran daripada Allah s,w,t berupa penyakit menghinggap. Surah khabar Utusan Malaysia bertarikh 17 November 2009 melaporkan „Penyakit kelamin makin berleluasa di AS‟: (WASHINGTON 16 Nov.Rasa tidak senang rakyat Amerika Syarikat (AS) untuk membicarakan seks telah membuatkan penyakit kelamin (STD) biasa menjadi sesuatu yang lumrah, terutama di kalangan remaja yang lebih terdedah kepada jangkitan, lapor penyelidik hari ini. Statistik terkini menunjukkan chlamydia, gonorea dan sifilis sebagai jangkitan kelamin yang terus melarat di AS. "Chlamydia dan gonorea dicatatkan stabil walaupun pada jumlah jangkitan yang tidak boleh diterima sementara kes sifilis semakin meningkat selepas hampir tiada kes dilaporkan:"Kita menunjukkan kadar jangkitan STD tertinggi berbanding negara maju lain di dunia," kata pengarah divisyen penyakit kelamin di Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit AS (CDC), John Douglas. Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama telah memberi isyarat kesediaan untuk berganjak dari pendekatan pendidikan seks hanya kepada mereka

yang menjauhkan diri daripada seks yang dipromosikan bekas Presiden, George W. Bush, negeri konservatif dan kerajaan tempatan. Beberapa kajian menunjukkan pendekatan sedemikian tidak begitu berhasil dan adalah lebih baik untuk menggalakkan menahan diri dari seks dengan pada masa sama menyalurkan maklumat kepada kanak-kanak dan remaja tentang bagaimana melindungi diri dari penyakit dan mengandung. "Kita masih belum mempromosikan mesej itu dengan sepenuhnya. Kita masih “memberikan satu tali pinggang untuk satu kereta," kata Douglas lagi. Kajian terbaru CDC tentang STD mendapati: 

1.2 juta kes chlamydia dilaporkan tahun lalu, berbanding 1.1 juta tahun sebelumnya.



Hampir 337,000 kes gonorea dilaporkan.



Gadis pada lingkungan 15 hingga 19 tahun mendapat jangkitan chlamydia tertinggi berbanding kumpulan usia lain pada 409,531 kes.



Golongan kulit hitam yang mewakili 12 peratus penduduk AS, menyumbang kepada 71 peratus kes gonorea dan hampir separuh daripada kes chlamydia dan sifilis pada tahun lalu.



Gadis kulit hitam antara 15 hingga 19 tahun merekodkan kes tertinggi chlamydia dan gonorea.



63 peratus sifilis dilaporkan berlaku kepada lelaki dengan seks luar tabii bersama lelaki lain.-REUTERS)

Kedua: Kemusnahan Keluarga Al-Allamah selanjutkan berkata: “Masalah tamadun ini tidak hanya terhad kepada kemerosatan akhlak saja, bahkan ia meluas kepada perkara yang ada kaitan dengannya iaitu merosotnya perasaan manusia yang luhur”. (m.s 47) Al-Allamah berkata di peranggan yang lain akan hal suami isteri: “Antara suami dan isteri tidak ada lagi perasaan kasih yang mulia itu, yang dikenali oleh sebuah keluarga Islam, yang disebutkan oleh Al-Quran sebagai „sakinah‟ (ketenangan), „mawaddah‟ (kasih), dan rahmah”. (m.s 48) Akan hal menjual anak:

“Lantas ibu bapa mereka menjual anak-anak lelaki dan wanita mereka tanpa mendengar apa kata hati mereka”. (m.s 48) “Bahawa di Britain kini muncul fonomena ibu bapa menjual anak-anak kecil mereka agar mereka dapat membeli berbagai barangan seperti rumah kecil, televisyen, ataupun peti sejuk elektrik. Mereka yang telah menjual anak-anak kecil mereka pada tahun 1959 telah mencapai jumlah tiga ribu orang”. (m.s 49) Akan hal bekas suami yang menagih nafkah harta bekas isteri: “‟To Support Him‟ adalah ungkapan yang digunakan secara perundangan dan social untuk menuntut hak kedudukan yang biasa dimilikinya bersama isterinya. Para hakim sekarang melaksanakan ke atas wanita undang-undang yang sama yang telah dijatuhkan ke atas lelaki dalam keadaan mereka diperintah menyara isteri mereka yang diceraikan…” (m.s 55) Penulis melihat hal ini kerana kesamarataan gender dan persamaan hak yang dituntut oleh golongan yang bernama perempuan. Mereka menganggap mereka mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja yang dilakukan lelaki. Dan akhirnya mereka yang mendapat akibat yang buruk. Antaranya di dalam hal perkahwinan. Lelaki pandai dalam tipu helah berkahwin kerana harta mereka dan selepas mandapat harta menuntut penceraian. Dengan itu, mereka yang lebih kaya daripada bekas suami harus membayar nafkah. Lelaki tidak lagi perlu bekerja kerana bekas isterinya yang memberi nafkah. Harta dan nafkah bekas isteri, keduanya di dalam saku. Ini sebenarnya berlaku di barat pada sebelum tahun 90 an. Jika hal ini dibiarkan, tidak mustahil akan berlaku pula di Malaysia. Pada ketika itu kita akan dapati bahawa penuntut-penuntut kesamarataan gender dan persamaan hak akan kembali menuntut dikembalikan kepada undang-undang yang lama. Al-Allamah memberikan contoh yang banyak akan hal ini. Antaranya: “Pelakon Kim Bassinger telah membahagikan kekayaannya berupa rumah dan tanah dengan bekas suaminya yang telah berkahwin dengannya selama lapan tahun. Bekas suaminya ini juga menuntut nafkah hidup tidak kurang dari 12 ribu dollar setiap bulan”. (m.s 61) Akan hal ibu sewaan: “Menurut hasil bancian antara tahun 1976-1986, terdapat 600 bayi yang dilahirkan malalui tabung uji di Amerika Syarikat. Sekarang ini terdapat dua belas „pusat

penetasan‟ sel telur untuk tujuan ini. Diperkirakan, pada masa akan datang, „pusat penetasan‟ ini akan mengalami kemajuan pesat sebab diperkirakan bahwa 15% daripada

pasangan

di

Amerika

Syarikat

tidak

subur.

Mereka

mengalami

kemandulan menurut pandangan perubatan (Majalah Times, Bil. 19, Januari 1987)”. (m.s 64) Akan hal menghindari kelahiran: “Seorang kerabat saya yang belajar di Britain menceritakan: “Seorang professor yang bekerja bersamanya adalah seorang professor terkenal dan mempunyai pendapatan yang besar. Dia hidup bersama isterinya tanpa anak. Ketika kerabat saya menanyakan hal ini, dia menjawab: “Cuba berikan satu alasan saja yang dapat membuat saya memikirkan tentang melahirkan anak!” (m.s 65) Akan hal menentang konsep perkahwinan: “…Mereka hidup bersama selama mereka masih suka dan mereka akan berpisah bilamana kehidupan mereka mula berkocak tanpa adanya sebarang komitmen pada undang-undang atau akhlak.

Hidup

bersama antara pasangan

lelaki

dan

perempuan tanpa ikatan perkahwinan adalah satu bentuk baru keluarga moden di barat”. (m.s 68) Akan hal keluarga satu jenis kelamin: “Bentuk perkahwinan model terbaru ini (perkahwinan sejenis: penulis) dibenarkan oleh undang-undang beberapa negara barat dan diraikan oleh sebahagian gereja, bahkan diberkati oleh sebahagian tokoh gereja mereka. Sehinggakan ada paderi yang tampil di televisyen dan mengumumkan kesediannya untuk melakukan akad pernikahan seperti itu serta mengalu-alukan mereka yang ingin melakukannya”. (m.s 68) Akan hal keluarga tanpa bapa: “Pasangan keluarga yang terdiri dari sama jenis kelamin yaitu lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan telah mengalami kegagalan. Begitu juga keluarga tanpa seorang bapa yang hanya terdiri dari seorang ibu juga telah mengalami kegagalan, sebagaimana yang dapat dilihat dari contoh berikut sebagai kesan langsung dari Tamadun Barat…”. (m.s 72)

Al-Allamah kemudiannya memberi contoh seorang wanita yang bernama Dr. Aveton Black. Beliau yang tidak berkahwin, mahukan anak dan menerima suntikan sperma. Beliau mengandung dan melahirkan anak yang diberi nama Duron. Menjadi masalah apabila Duron mahukan bapa. Permintaan Duron adalah permintaan fitrah tetapi permintaan Duron tidak dapat ditunaikan. (m.s 72, 73, dan 74) Ketiga: Kegelisahan Jiwa “Menurut budayawan Amerika, John Stein Back: “Masalah Amerika adalah kekayaannya, sebab negeri itu memiliki berbagai kekayaan yang banyak, akan tetapi ia tidak memiliki misi spiritual yang cukup”. (m.s 75) Kegelisahan jiwa yang merayapi Tamadun Barat berpunca daripada tiada misi spiritual yang mencukupi menghasilkan barah-barah baru. Antaranya ialah lahirnya kelompok-kelompok yang berputus asa dan murung dalam hidup, lahirnya kelompok-kelompok penentang hidup kebendaan yang menggelar mereka Hippies dan Vagabond, lahirnya kelompok-kelompok pemuja ruh dan syaitan, dan gejala bunuh diri di kalangan remaja. Semua ini dihuraikan oleh Al-Allamah disertai oleh contoh-contoh. Keempat: Kecelaruan Akal Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi menulis: “S.W. Peres menyatakan: “Bahawa satu orang dari setiap dua puluh dua penduduk kota New York harus dimasukkan ke dalam salah sebuah rumah sakit mental dari waktu ke waktu”. (m.s 92) “Pada tahun 1922, jumlah orang gila yang menghuni rumah sakit jiwa milik kerajaan mencapai jumlah 340 000 orang gila dan jumlah orang-orang cacat mental yang mendaftar di klinik-klinik swasta mencapai angka 81 850 orang. Jumlah mereka yang keluar setelah sembuh di antara pesakit cacat mental sebanyak 10 931 orang. Jumlah ini belum termasuk keadaan penyakit mental yang ditangani oleh rumah sakit-rumah sakit swasta. Di samping orang gila, terdapat 500 000 orang cacat akal di seluruh negara”. (m.s 92 dan 93) Penulis mengakhiri Fasal Kedua ini dengan mengungkapkan serangkap ayat AlQuran. Firman Allah s.w.t:

“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian[1] kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.” (Surah An-Nahl: 112) [1]. Maksudnya: kelaparan dan ketakutan itu meliputi mereka seperti halnya pakaian meliputi tubuh mereka.

Fasal

Ketiga:

Tokoh-Tokoh

Cendiakawan

Barat

Memberi

Amaran Dibahagikan kepada 7 topik utama: 1. Kekosongan iman pada zaman ini 2. Amaran tentang bahaya Tamadun Materialistik 3. Semua manusia merasakan bahaya limpahan materialisme 4. Amaran para ilmuwan 5. Amaran para ahli falsafah dan pemikir 6. Amaran para sasterawan 7. Amaran para ahli politik Pertama: Kekosongan iman pada zaman ini Kata Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi: “Bukan rahsia lagi bahawa bara iman pada zaman moden telah hilang kepanasan dan nyalaanya di dalam hati walaupun mungkin ia belum padam sepenuhnya di dalam kebanyakan hati. Ia dimatikan oleh fahaman materialisme, atau sakit oleh penyakit lalai dan nafsu...”. (m.s 103)

Kedua: Amaran tentang bahaya Tamadun Materialistik Kata Al-Allamah: “Manusia telah mampu menciptakan berbagai pendekatan untuk menghadapi cabaran kehidupan dan memanfaatkan alam ciptaan Allah s.w.t. Kemudian dengan berlalunya masa, manusia itu kini telah menjadi hamba kepada alat-alat ciptaannya sendiri. Hal ini sama seperti perlakuan manusia zaman jahiliyah yang menciptakan berhala dengan tangannya sendiri, kemudian mereka menyembahnya dan menjadikan ia sebagai tempat bergantung untuk mencari penghidupan dan pertolongan dalam segala keadaan”. (m.s 104) Penulis faham beberapa perkara: 1. Manusia penyembah berhala bersaudara dengan manusia penyembah material. Penyembah berhala hendak beragama tetapi meninggalkan akal. Penyembah material pula menggunakan akal tetapi meninggalkan agama. 2. Pemerhatian penulis melalui corong sejarah Melayu klasik dan sejarah Arab jahiliyah. Hamba pada ketika itu menyerahkan jasmani kepada tuannya tetapi tidak rohani. Rohaninya masih beragama. Sebagai contoh sejarah Melayu klasik, hamba di istana masih berpegang kepada agama Hindu. Contoh sejarah Arab jahiliyah, hamba kepada pemuka Arab masih berpegang kepada agama berhala. Amalan jasmani kepada tuan manakala amalan rohani kepada tuhan. Adapun hamba material tidak begitu. Hamba material menyerahkan jasmani dan rohani kepada material kerana mereka tidak bertuhan. Sebenarnya mereka lebih „abang‟. Ketiga: Semua manusia merasakan bahaya limpahan materialisme Kata Al-Allamah: “Ungkapan keluhan ini (keluhan akan bahaya Tamadun Materialistik: penulis) datang dari kalangan cendiakawan, budayawan, pemikir, ahli politik dan korporat. Dalam bab ini akan dikemukakan keluhan oleh tokoh-tokoh barat sahaja. Kita tidak akan membawakan pandangan para pemikir Muslim seperti kritikan yang dikemukakan Muhammad Iqbal, Abul A‟la Al-Maududi, Hasan Al-Banna, Abul Hasan Al-Nadwi, Saiyid Qutb, Wahiduddin Khan, Muhammad Al-Ghazali, Muhammad Qutb atau mana-mana kritikan daripada tokoh-tokoh pemikir Muslim yang lain. Cukuplah

dengan perakuan yang dibawakan disini adalah lahir dari kalangan mereka sendiri”. (m.s 105) Keempat: Amaran para ilmuwan Cukuplah penulis menukilkan satu daripada nukilan Al-Allamah: Kata Alexis Carel („Al-Insan Zalika Al-Majhul‟): “Tamadun Barat moden sedang menemukan dirinya pada posisi yang sulit kerana tamadun itu tidak sesuai dengan kita. Tamadun ini dibentuk tanpa mengenal tabiat kita yang sebenarnya. Ini disebabkan ia dilahirkan daripada khayalan-khayalan penemuan ilmiah, hawa nafsu, imaginasi, teori-teori, dan hasrat manusia. Meskipun ia diciptakan dengan jerih payah kita, namun ia tidak sesuai jika dilihat dari ukuran dan bentuk kita”. (m.s 105 dan 106) Kelima: Amaran para ahli falsafah dan pemikir “John Dewey seorang ahli falsafah Amerika yang terkenal manyatakan: “Tamadun yang membiarkan sains menghancurkan nilai-nilai yang diakui oleh masyarakat dan tidak menyakini bahawa sains ini mampu menciptakan nilai-nilai baru adalah sebuah tamadun yang akan menghancurkan dirinya dengan sendiri”. (m.s 115) Keenam: Amaran para sasterawan “Penyair Jerman, Pruschert yang meninggal dunia pada tahun 1947 telah mengungkapkan dalam karyanya berjudul „Di Depan Pintu‟: “Kita adalah generasi tanpa agama dan tanpa ketenteraman, matahari kita sempit dan cinta kita kekejaman, generasi muda kita tanpa kepemudaan! Kita generasi tanpa ikatan, tanpa batasan dan tanpa perlindung dari siapa pun”. (m.s 125) Ketujuh: Amaran para ahli politik John Foster Dallas, Menteri Luar Amerika pada masa Presiden Eisenhower berkata: “Selagi manusia merasa perlu kepada ketergantungan pada segala yang bersifat material, maka hasil negative dari itu semua adalah menjadi suatu kemestian”. (m.s 126) Beliau berkata di peranggan lain:

“Kita telah berhadapan dengan ujian paling keras yang mungkin tidak dihadapi oleh mana-mana bangsapun, iaitu ujian hidup dalam kemewahan”. (m.s 127) Penulis mengakhiri Fasal Ketiga dengan mengungkapkan serangkap firman Allah s.w.t yang berbunyi:

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah Al-Hadid: 16)

Fasal Keempat: Tamadun Yang Dinantikan Dunia Terbahagi kepada 5 topik utama: 1. Hukuman Al-Quran terhadap Tamadun Materialistik 2. Tamadun yang dicitakan oleh dunia ada pada Islam 3. Masyarakat yang dibentuk oleh Islam 4. Islam tergambar pada satu umat 5. Halangan-halangan dalam usaha membawa barat kepada petujuk Islam Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi telah memperkatakan akan perihal „penyakit‟, tiba masa

untuk

Al-Allamah

memperkatakan

akan

perihal

„ubat‟.

Ubat

untuk

mengembuhkan penyakit Tamadun Materialistik. Pertama: Hukuman Al-Quran terhadap Tamadun Materialistik Allah s.w.t mengingatkan umat akhir zaman khususnya kaum musyrik Makkah:

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain”. (Surah Al-An‟am) Sungguh indah apabila Allah s.w.t menyebut

‘... ‫’أمل يروا‬

yang bermaksud „Apakah

mereka tidak memerhatikan/apakah mereka tidak melihat…”. Seakan-akan Allah s.w.t berkata: “Wahai manusia, telah Aku jadikan pancaindera mata kapada kamu untuk kamu melihat. Apakah kamu melihat? Umat-umat yang Kami warisi bumi sebelum kamu telah melakukan kerosakan dan Aku telah hancurkan mereka. Mereka itu lebih Kami berikan limpahan bumi daripada kamu tetapi mereka sombong dengan limpahan nikmatKu. Wahai umat Muhammad, apakah kamu masih mahu menjadi seperti mereka?”. Kaum yang dibinasakan Allah s.w.t suatu ketika dahulu seperti Kaum A‟ad, Kaum Thamud, dan

Kaum Fir‟aun adalah kaum yang buta. Buta bukanlah buta mata

tetapi buta hati yang menjadikan mereka sombong dang angkuh akan nikmat Allah s.w.t. Penulis mengungkapkan firman Allah s.w.t:

“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta , tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.” (Surah Al-Hajj: 46) Kaum A‟ad, Kaum Thamud, Kaum Fir‟aun, dan bangsa negeri Saba‟ ialah bangsa yang hanya menjadi hamba kepada material. Dengan itu, kelihatan pada mereka gunung-ganang yang diukir tinggi dijadikan rumah, sifat khianat di dalam timbangan jualan, berbangga-bangga dengan binaan, dan bermegah-megah dengan hasil bumi Allah s.w.t. mereka adalah kaum materialistic. Adapun Kaum Lembah Sadom adalah kaum yang menjadi hamba kesoronokan dan hiburan. Mereka lebih tepat lagi digelar „kaum hedonism‟. Mereka berseronok dan berhibur sehingga keluar batas fitrah, menjadi lelaki „gay‟ dan perempuan „lesbian‟. Dan Allah s.w.t membinasakan mereka. Kemudian Al-Allamah menyebut sunah penggiliran tamadun dunia. Kata Al-Allamah Al-Quran telah menjelaskan dua prinsip asas: “Pertama: Bahawa golongan yang tertindas dan dizalimi akan mewarisi golongan yang bertindak zalim dan melampau. Kedua: Golongan yang menjadi pengganti bagi orang-orang yang berbuat kerosakan dan merosakkan alam adalah orangorang yang salih”. (m.s 143). Firman Allah s.w.t:

“Orang-orang kafir berkata kepada Rasul-rasul mereka: "Kami sungguh-sungguh akan mengusir kamu dari negeri kami atau kamu kembali kepada agama kami." Maka Tuhan mewahyukan kepada mereka: "Kami pasti akan membinasakan orang-orang yang zalim itu. (13) Dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri-negeri itu sesudah mereka. Yang demikian itu (adalah untuk) orang-orang yang takut (akan menghadap) kehadirat-Ku dan yang takut kepada ancaman-Ku[1]. (14) Dan mereka memohon kemenangan (atas musuh-musuh mereka) dan binasalah semua orang yang berlaku sewenang-wenang lagi keras kepala”. (15) (Surah Ibrahim: 13, 14, dan 15) [1] Menghadap ke hadirat Allah ialah pertemuan dengan Allah SWT pada hari kiamat untuk dihisab.

Lagi firman Allah s.w.t:

“Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur[1] sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang salih.” (105) (Surah Al-Anbiya: 105) [1]. Yang dimaksud dengan Zabur di sini ialah seluruh kitab yang diturunkan Allah kepada nabi-nabi-Nya. Sebahagian ahli tafsir mengartikan dengan kitab yang

diturunkan kepada Nabi Daud a.s. dengan demikian Adz Dzikr artinya adalah kitab Taurat. Kedua: Tamadun Yang Diceritakan Oleh Dunia Ada Pada Islam Ubat yang diceritakan dunia ada pada Islam! Akan tetapi ubat ini tidak pernah dikenal Tamadun Barat. Lebih parah lagi, mereka tidak pernah tahu akan ubat ini. Maulana Abul Ala Al-Maududi mengumpamakan Islam sebagai air. Kata Maulana Abul Ala Al-Maududi” “Mereka (Tamadun Barat) tidak mengenal nama air dan tidak tahu di mana ada air. Akan tetapi mereka sering menjerit meminta sesuatu: “Hati kami sedang kering, maka siramlah air untuk memadamkan kedahagaan jiwa”. Nama air, tidak diragukan, telah didengar oleh mereka. Akan tetapi mereka dihantui rasa takut, semata-mata kerana mereka belum menemukan kandungan yang sebenar di dalamnya. Bagi mereka yang mendapat gambaran daripada generasi terdahulu mereka yang fanatic, mereka mendapat gambaran bahawa air adalah sesuatu yang amat racun yang tidak dapat didekati oleh sesiapapun. Akan tetapi kerana kedahagaan mereka yang telah menjadi sedemikian rupa, maka seandainya air itu diletakkan

dihadapan

tanpa

menyebut

namanya,

mereka

akan

segera

mengambilnya dengan menyatakan bahawa ia adalah penghilang bagi dahaga mereka. Tetapi seandainyamereka diberitahu bahawa ia adalah air yang mereka takut untuk menyebutkannya sebelum ini, maka mereka akan tergejut kagum, lalu menyedari bahawa selama ini mereka telah tertipu tentang realitinya”. (m.s 154 dan 155) Kenapa Islam? Kenapa tidak agama Kristian sebagai jalan keluar?. Jawapannya: “Agama Kristian dalam bentuknya yang ideal tidak membawa misi tamadun, bahkan – ia dalam inti ajarannya – tidak memberikan perhatian terhadap kehidupan, tidak memberi ruang gerak bagi akal, tidak mengajak pada ilmu pengetahuan, dan tidak memahami fitrah manusia. Dengan ungkapan yang lebih jelas: Ia – sebagaimana yang dibentangkan oleh para pendetanya – adalah memusuhi kehidupan, mengecilkan makna akal, mengongkong ilmu pengetahuan dank eras terhadap fitrah manusia”. (m.s 167) Jika tidak kepada agama Kristian, kenapa tidak mencuba agama Yahudi?.

Jawapannya: “Agama Yahudi sendiri menganggap bahawa dirinya tidak memiliki satu ajaran yang menawarkan petunjuk bagi umat manusia kerana agama Yahudi dikuasai sifat perkauman yang sangat menonjol dan hanya Bani Israel – sahaja menurut anggapan mereka – merupakan jenis manusia pilihan Tuhan”. (m.s 171) Selepas dua agama langit ini tertolak, tertolaklah lain-lain agama bumi. Sedangkan dua agama langit yang sudah diubah ditolak apa lagi agama-agama bumi yang hanya agama persepsi! Di sini nyata Islam sebagai „agama pertengahan‟. Islam berdiri kukuh diantara agama Kristian yang menjadi hamba mental dan agama Yahudi yang menjadi hamba fizikal. Keseimbangan Islam ini adalah kerana Islam dipandu oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Sifat pertengahan Islam akan kekal hingga hari kiamat. Adapun ilmu dan iman di dalam Islam tidak boleh dipisahkan seperti laut dan pantai. Ilmu manusia hanya kepada keupayaan pancaindera. Iman melengkapkan ilmu di luar keupayaan pancaindera. Sebagai contoh: ilmu manusia membolehkan manusia berkeupayaan melangkah di atas bulan. Sekalipun begitu, manusia tetap tidak berkeupayaan untuk memahami siksa kubur. Manusia memahami siksa kubur hanya kerana iman. Kata Al-Allamah: “14 abad telah berlalu sejak Al-Quran diturunkan, telah muncul berbagai ilmu pengetahuan dan pemikiran. Namun demikian, tidak ada satu ayat Al-Quran pun yang bertentangan dengan hakikat ilmiah yang telah disepakati kebenarannya”. (m.s 179) Ketiga: Masyarakat yang dibentuk oleh Islam Al-Allamah memperincikan nilai-nilai jika Islam dijadikan payung tamadun. Antaranya adalah:

1. Persaudaraan dan kasih sayang

‫امنا ادلؤهٌىى اخىة‬ “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara”. (Surah Al-Hujurat: 10) 2. Saling bersikap lembut dan timbang rasa

‫ اذا اشخكى هٌه عضى حداعى له سائر األعضاء‬,‫هثل ادلؤهٌىى يف حىادهن وحرامحهن وحعاطفهن كوثل اجلسد الىاحد‬ ‫بالسهرواحلوى‬ “Perumpamaan orang-orang muslim dalam sikap saling cinta mencintai dan kasih mengasihi serta bertimbang rasa tidak ubah seperti satu tubuh yang apabila salah satu anggotanya menderita demam, maka seluruh anggota lainnya ikut merasakan penderitaannya dengan tidak tidur dan demam”.

3. Saling memberi bantuan dan kerjasama

‫ يشد بعضه بعضا‬,‫ادلؤهي للوؤهي كالبٌياى‬ “Orang mukmin terhadap orang mukmin lainnya adalah seperti bangunan yang sebahagiannya dengan yang lainnnya saling menguatkan”. 4. Keadilan

‫ لقطعج يدها‬,‫ لى أى فاطوت بٌج حمود سرقج‬,‫وامي اهلل‬ “Demi Allah, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku akan potong tangannya”. Keempat: Islam tergambar pada satu umat Datang akan hal tugas kewajiban. Al-Allamah memberi huraian akan perlunya umat Islam hidup di dalam „satu umat‟. Hidup bahu membahu dalam hal amar ma‟ruf dan nahi mungkar untuk merealisasikan Tamadun Islam. Kata Al-Allamah: “Umat manusia pada masa sekarang – yang berada di bawah Tamadun Materialistik – sedang berada dalam cengkaman badai taufan, sama seperti badai taufan Nabi Nuh, yang mungkin datang melanda dari dasar binaannya. Maka yang mesti dimiliki oleh umat ini adalah sebuah perahu yang sama seperti perahu Nuh yang mana dengan perahu ini, Allah akan menyelamatkan umat manusia dari kebinasaan total. Perahu penyelamat ini adalah risalah Islam yang dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai rahmat bagi sekalian alam dan sebagai petunjuk bagi orangorang yang sedang dalam kebinggungan. Akan tetapi risalah ini memerlukan satu umat yang akan mewujud dan memanisfestasikan ajarannya serta memberikan contoh dan teladan bagi umat manusia sebagaimana yang telah dirintis oleh umat

Islam pada abad-abad pertama di mana berbagai bangsa berduyun-duyun memeluk Islam”. (m.s 231 dan 232) Topik ini sebenarnya telah dipanjangkan di dalam kitab-kitab gerakan yang lain. Semuanya berkisar kepada tugas dan tanggungjawab. Diperincikan strategi-strategi dalam gerakan Islam dalam kitab-kitab yang lain. Penulis memandang kepada persediaan sebelum dan semasa tugas dan tanggungjawab. Penulis bawakan daripada Syeikh Abdullah Nasih Ulwan (Menuju Ketaqwaan) beberapa jenis persiapan diri yang digariskan kepada para pemegang obor dakwah. Semuanya melingkari lingkaran rohani: 1. Memperbanyakkan bacaan Al-Quranul Karim dengan penuh tadabbur dan khusyu‟. 2. Mengiringi Nabi s.a.w dalam sirah (perjalanannya) yang harum. 3. Mendampingi dengan mereka yang terpilih yang merupakan orang-orang yang mengenal Allah s.w.t. 4. Sentiasa mengingati Allah s.w.t di setiap ketika dan keadaan. 5. Tangisannya ketika bersendirian kerana takutkan Allah s.w.t. 6. Galakan supaya berbekal dengan sentiasa mengerjakan ibadat-ibadat sunat Adapun persediaan jasmani tidak pernah kita lupakan tetapi hanya kerana persediaan rohani yang lebih utama. Di dalam sebuah buku yang bertajuk „SebabSebab Kemunduran Dan Kelemahan Umat Islam‟ dijelaskan: “Umat

Islam

generasi-generasi

awal

ketika

melakukan

pembukaan

dan

mengalahkan sekuat-kuatnya kekuatan tentera di dunia pada waktu itu (Rom dan Parsi),

tidaklah

disebut

bangsa

yang

maju

ilmu

pengetahuan

dunia

dan

teknologinya. Bahkan secara teknologi dan ketenteraan mereka terbelakang jika dibandingkan dengan negara-negara yang dikalahkannya (iaitu Rom dan Parsi), yang dihancurkan singgasananya dan akhirnya ditaklukinya. Adapun umat Islam mengalami kemajuan ilmu pengetahuan seperti yang kita baca dan kita dengar sekarang di dalam sejarah dimulai setelah pembukaan-pembukaan negara-negara sekitar (terutama sejak jatuhnya Rom dan Parsi). Kadang-kadang terdapat negaranegara yang terkedepan dalam bidang ilmu pengetahuan, mempunyai pasukan yang kuat, akan tetapi bukan bererti kemajuan ilmu pengetahuan dan pasukan kuat menjadikan mereka kuat. Contoh-contoh dalam sejarah tentang hal ini sangat banyak, di antaranya seperti yang telah kita sebutkan di awal (Rom dan Parsi).

Contoh lain adalah ketika bangsa Tartar (Mongolia) menyerang kaum muslimin di akhir masa pemerintahan Daulah Abbasiyah. Mereka mengalahkan kaum muslimin, menyerbu sebahagian besar wilayah Daulah Abbasiyah. Ketika itu bangsa Mongol unggul, padahal ilmu pengetahuan yang mereka miliki masih terbelakang dibandingkan dengan Daulah Abbasiyah, yang ketika itu menjadi negara terdepan dan mencapai puncak kemajuan di bidang ilmu pengetahuan. Malahan kota Baghdad dan perpustakaan-perpustakaannya menjadi pusat ilmu pengetahuan (baik ilmu dunia maupun syari‟ah) di muka bumi pada waktu itu. Banyak pelajar-pelajar daripada seluruh penjuru dunia menimba ilmu di situ. Akan tetapi kemajuan ilmu pengetahuan tidak bererti bagi mereka. Contoh-contoh seperti ini dalam sejarah banyak sekali. Semua peralatan ini (ilmu dan teknologi) bukanlah segalanya, apatah lagi menjadi hal terpenting. Kemenangan sebenarnya datang daripada Allah. Allah befirman;

‫فلن حقخلىهن ولكي اهلل قخلهن وها رهيج اذ رهيج ولكي اهلل رهى‬ “Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah yang melempar...”(Surah Al-Anfal: 17) Adapun firman Allah Ta‟ala:

‫وأعدوا ذلن ها اسخطعخن هي قىة وهي رباط اخليل‬ “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu mampu dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang...”(Surah Al-Anfal: 60) Dalam ayat di atas Allah telah memerintahkan agar kaum muslimin mempersiapkan “kekuatan apa saja” untuk menghadapi mereka dan Dia tidak mengatakan, “dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan pasukan atau teknologi yang kamu sanggupi”, akan tetapi Allah menjadikan kata kekuatan bermakna umum (‫ ًكرة‬- apa saja). Maka jadilah makna ayat di atas menjadi: “dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu mampu berupa kekuatan iman, pasukan,

teknologi atau kekuatan apa saja”. Allah juga tidak mengatakan, “dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan seperti kekuatan mereka atau setengahnya”. Hal ini kerana kemenangan itu datangnya dari sisi Allah” Kelima: Halangan-halangan dalam usaha membawa barat kepada petunjuk Islam Kata Al-Allamah: “Dr. Alexis memandang bahawa untuk menyelamatkan Tamadun Barat adalah dengan „menambah ilmu-ilmu kemanusiaan yang memungkinkan bagi kita untuk membangunkan semula kemanusiaan manusia‟. Iaitu dengan „mengenali lebih mendalam tentang diri kita‟ melalui ilmu-ilmu tentang manusia bagi menggantikan tempat ilmu-ilmu tentang material yang sedia ada”. (m.s 147) Dengan pengakuan Dr. Alexis, kita dapat menduga bahawa beliau bersetuju dengan Islam. Penulis mentakrifkan „ilmu-ilmu kemanusian‟ seperti yang dikatakan beliau sebagai „ilmu-ilmu fitrah‟ iaitu „ilmu-ilmu agama‟. Tetapi dalam usaha manusia berlari kepada „ilmu-ilmu fitrah‟ terdapat „blok-blok‟ penghalang di jalan. Antaranya: 1. Keangkuhan Barat “Halangan pertama ialah sifat kebongkakan Barat. Dunia Barat sombong dan memandang dirinya lebih unggul daripada dunia lain. Sikap ini diwarisi daripada Tamadun Rom yang membahagikan umat manusia kepada dua kelas: Bangsa Romawi dan Bangsa Barbar. Bangsa Romawi adalah penguasa dan tuan sedang selain mereka adalah hamba!”. (m.s 240) Sifat sombong dan angkuh yang menjadikan iblis menduga dia lebih mulia daripada Adam. Sifat ini juga yang membawa iblis dipenuhi sifat dengki. Dan akhirnya sifat ini juga yang menyebabkan iblis dicampak ke neraka. Tidaklah kisah sombong dan angkuh iblis sia-sia tanpa membawa pengajaran. Manusia yang telah diberi amaran daripada Allah s.w.t supaya tidak menjadi seperti iblis adalah lebih utama mencari dan beristiqamah dengan pengajaran. Hanya mereka yang kurang berfikir daripada kalangan manusia mensia-siakan pengajaran. 2. Semangat Perang Salib Kata Al-Allamah:

“...ucapan Panglima Angkatan Perang Britain, Alenby ketika beliau Berjaya memasuki Baitul Maqdis pada tahun 1917: “Hari ini berakhirlah Perang Salib”, atau dengan kata-kata yang diucapkan oleh Panglima Tentera Perancis, Gouroud ketika memasuki Damsyik dan beliau berdiri di atas makam Panglima Muslim, Salahuddin yang pernah mengalahkan pasukan salib: “Sekarang, kami telah kembali wahai Salahuddin!”...”. (m.s 242) Di perenggan yang lain, Al-Allamah menyebut tingkah laku Barat ketika berinteraksi dengan umat Islam: “...sikap Perancis terhadap para pelajar wanita Muslimah yang menggunakan tudung di sekolah-sekolahnya, juga sikap penentangan keras pihak pengurusan sekolah dalam melarang para Muslimah yang mengamalkan etika agama mereka. Gelombang anti Islam meluap apabila dicetuskan oleh akhbar dan alat-alat media massa di Perancis yang mana sekarang jumlah penduduk Muslimahnya lebih dari 4 juta orang. Menteri Pendidikan Nasional Perancis dalam kenyataan terakhirnya mengatakan bahawa: “Kita tidak akan membenarkan symbol-simbol agama apapun di sekolah-sekolah kita. Dan hijab (tudung) bagi para remaja Muslimah mewakili symbol agama yang menonjol. Perancis tidak akan bertolak ansur dalam prinsip sekularnya untuk membenarkan symbol yang seperti ini...”.” (m.s 244) 3. Takut Pada Islam Setelah tumbangnya rejim Komunis pada tahun 1989, Barat beralih angin menghukum Islam. Dengan berbagai-bagai terma yang dinisbahkan kepada Islam yang

antaranya

„terrorist‟,

Barat

mengubah

lanskap

fikiran

dunia

kepada

memerangi Islam. Sikap ini menjadikan mereka semakin jauh dari satu sisi dan semakin dekat dari sisi yang lain. Dapat kita mengetahui sisi yang pertama dengan peristiwa perang dengan alasan memerangi „terrorist‟ di Afghanistan dan Iraq. Untuk sisi yang kedua, penulis terbaca artikel yang menyatakan bahawa selepas „Tragedy 11 September‟ jualan terjemahan Al-Quran di negara-negara Eropah meningkat!. Tragedi 11 Setember membawa mereka kepada Islam. Penduduk Eropah memiliki Al-Quran untuk menyemak sendiri isi kandungannya. Dengan kehendak Allah s.w.t. Al-Allamah menulis: “Mereka menggambarkan tentang Islam sebagai „Bahaya Hijau‟, sebagai lawan bagi „Bahaya Merah‟ yang diwakili Soviet Union dan „Bahaya Kuning‟ yang diwakili oleh China”. (m.s 246)

4. Kelemahan Umat Islam „Blog‟ penghalang ini datangnya daripada umat Islam sendiri. Benarlah kata-kata: “Islam itu tidak tercermin pada penganutnya”. Antara contoh-contohnya: 

Umat Islam menyeru kepada kebersihan tetapi negara umat Islam kotor!



Umat Islam menyeru kepada ilmu, tetapi umat Islam adalah umat yang paling ramai buta huruf.



Umat Islam menyeru kepada „integrity‟ tetapi negara umat Islam tersenarai sebagai negara yang mengamalkan rasuah.

Penulis katakan sia-sia jika usaha hanya menggunakan lisan tanpa pernah disertai perbuatan, hanya sandiwara jika ucapan, zahir batin tidak seiringan. Al-Allamah berleter panjang akan kelemahan umat Islam: “Sebahagian orang Barat yang mahu menyaksikan umat Islam di negeri mereka, ketika mereka berkunjung ke negeri-negeri Muslim sebagai pelancong atau tugastugas tertentu, yang mereka saksikan di sana adalah kawasan perumahan yang kotor, kekacauan, ketidakdisiplinan, dan hal-hal yang tidak menarik dalam setiap aspek kehidupan. Lalu terbentuk dalam diri mereka satu imej buruk tentang Islam dan ajarannya. Sebab kebanyakkan orang tidak dapat membezakan antara prinsip dan pelakunya, antara agama dan penganutnya. Mereka tidak memahami bahawa Islam adalah hujah terhadap umat Islam, bukan umat Islam yang menjadi hujah terhadap Islam”. (m.s 250) Harapan Pada Kebangkitan Islam Al-Allamah meengakhiri tulisan beliau dengan berkata: “...Kebangkitan ini mampu melakukan banyak perkara jika ia memanfaaatkan potensinya untuk bekerja dan bukannya berdebat, untuk memberi dan bukan untuk menunjuk-nunjuk sahaja, untuk memperkuat bukan untuk meruntuhkan, untuk menyatu bukan untuk memisahkan, menyibukkan para penganutnya dengan prinsip-prinsip pokok bukan dengan hal-hal yang bersifat sampingan, sibuk dengan masalah-masalah dasar bukan dengan pertikaian-pertikaian hal yang furu‟. Mengalihkan dari masalah-masalah yang diperselisihkan kepada masalah-masalah yang disepakati, dari idealisme menuju reality objektif yang serba mungkin dan dari sikap meninggi diri dari masyarakat kepada membabitkan diri dalam masalah mereka, menjadikan urusan terbesarnya adalah membangunkan kesedaran dan

pembinaan, melakukan perubahan dari dalam diri masyarakat sehinggalah Allah merubah keadaanya menurut sunah Allah s.w.t”. (m.s 251) Firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan”. (Surah Ar-Ra‟d)

Penulis menambah seruan harapan Al-Allamah: “Kembalilah sekalian umat Islam kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan pemahaman salafus salih dan tidak mendahulukan selainnya. Menjadikan AlQuran dan As-Sunnah sebagai batasan dan tidak menjangkau batasan keduanya. Kemudian, marilah sekalian umat Islam bekerja untuk Islam, membuang jauh sifat dendam, dengki dan khianat, meletak tepi sikap tidak mahu kepada pendamaian, menjadikan saudara Islam yang masih bersolat dan berzakat sebagai „rakan kongsi‟, menidakkan kepada perkongsian bersama kaum kuffar, menjadikan teguran-teguran para ahli ilmu sebagai penawar, berprinsip dan beramal

dengan

prinsip

dan

amal

Islam,

membuang

sikap

suka

kafir

mengkafirkan sesama umat Islam , menerima ijtihad para ulama dengan lapang dada, dan mengumpulkan bersama jalan-jalan dahulu dan sekarang.” Penulis Dan Kesimpulan Penulis melihat dalam lingkungan seorang mahasiswa: 1. Erti maju yang sebenar adalah maju spiritual. Maju spiritual adalah taqwa. Taqwa bukan utama dilambangkan dengan terbinanya banyak rumah ibadah taqwa

dan

terdirinya

banyak

jabatan

agama

taqwa

tetapi

utama

dilambangkan dengan pengamalan dan perlaksanaan taqwa. Perlu selari gerakan

membina

bangunan

taqwa

dan

gerakan

mengamalkan

dan

melaksanakan taqwa. Pihak-pihak Islam seperti Kerajaan Melaysia, Pakatan Pembangkang Islam dan NGOs Islam perlu berganding bahu kearah taqwa.

Penulis mengakui Islam di Malaysia sedang melangkah kepada taqwa dan langkah-langkah ini perlulah disegerakan untuk keuntungan umat. 2. Misi spiritual/agama/Islam perlu diluaskan dengan menanam misi-misi ini ke dalam sukatan pelajaran. Jadikan misi ini ditanam di dalam setiap sukatan pelajaran bermula peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat university. 3. Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum berasaskan spiritual perlu dikemas dan dikuatkan

manakala

aktiviti-aktiviti

ko-kurikulum

yang

berasaskan

„hedonisme‟ perlu dihapuskan. Ini perlu untuk memastikan „ubat‟ diberi pada masa yang sama „racun‟ dibuang. 4. Persatuan-persatuan pelajar Islam seharusnya menjadikan misi spiritual sebagai misi utama persatuan. Pengkaderan pejuang-pejuang Islam tidaklah hanya dengan borang tetapi yang lebih utama adalah dengan akar spiritual. Pertama, pengkaderan pejuang-pejuang Islam dengan borang diibaratkan seperti rumah labah-labah. Adapun kedua, pengkaderan pejuang-pejuang Islam

dengan

akar

spiritual

diibaratkan

seperti

akar

tunjang

yang

menunjangi bumi. Pilihan kedua sebagai pilihan. Ucapan tahniah kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kerana memilih pilihan yang kedua. 5. Penulis berdoa: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu, angkatlah di kalangan kami pemimpin-pemimpin salih yang ingin kepada agamaMu, turunkanlah pemimpin-pemimpin di kalangan kami yang ahli a‟si yang menyimpang daripada agamaMu, berikanlah hidayah dan taufikMu kepada kami”. Penulis mengakhiri rumusan dengan harapan Allah s.w.t menerima usaha dan mengganjarkan dengan ganjaran yang baik. Satu rangkap ayat Al-Quran, Surah AnNur: 37:

“Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang”.(Surah An-Nur: 37)

Kemaafan dipohon. Teguran membina dialu-alukan.

‫السالم عليكن ورمحت اهلل حعاىل وبركاحه‬ [email protected]/[email protected]

Related Documents

Rumusan
June 2020 27
Rumusan
April 2020 28
Rumusan
October 2019 31
Rumusan
May 2020 22

More Documents from ""