Rumusan

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rumusan as PDF for free.

More details

  • Words: 154
  • Pages: 1
..RUmUSaN.. Permainan tradisional wau merupakan satu permainan yang digemari suatu ketika dahulu. Kini permainan wau semakin dilupakan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Mereka lebih gemar bermain permainan moden seperti video elektronik. Kita seharusnya mengekalkan warisan budaya dan bangsa agar diri kita mendapat iktibar dan seterusnya menghargai warisan yang diwarisi sejak turun-temurun lagi dan berusaha mengekalkannya. Kita seharusnya mewujudkan perpaduan dalam masyarakat melalui permainan tradisional agar negara sentiasa aman dan damai. Sekiranya kita bersama-sama mengekalkan permainan tradisional, kita akan mewujudkan semangat kerjasama dan tolong-menolong sesama kita. Sebagai contoh, apabila kita ingin bermain wau, kita memerlukan kerjasama daripada orang lain dan seterusnya merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kita dan memupuk lagi semangat patriotisme dalam diri masyarakat. Selain itu, kita juga perlu berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara ini mempunyai warisan tradisional tersendiri. Kita juga seharusnya melahirkan rasa syukur kerana negara yang kita duduki kini merupakan negara yang penuh dengan warisan kebudayaan yang tidak akan luput ditelan zaman.

Related Documents

Rumusan
June 2020 27
Rumusan
April 2020 28
Rumusan
October 2019 31
Rumusan
May 2020 22
Rumusan
June 2020 20
7.rumusan
May 2020 20