Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Masjid Sultan Abu Bakar yang kian dilupakan masyarakat kini.
Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaannya di bangunan bersejarah di Malaysia umumnya bangunan bersejarah Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bharu khususnya. Ini dapat memperlihatkan keistimewaan dan keunikan bangunan tersebut di samping itu dapat menarik minat ramai pelancong asing. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan– rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan ahli kumpulan kami berganding bahu untuk mencari maklumat tentang Masjid Sultan Abu Bakar ini.
Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran
membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat menigkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
Selain itu juga , usaha ini dapat melahirkan perasaan bersemangat kekitaan dikalangan Masyarakat kita sebagai suatu bentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu dan berharmoni Serta bertoleransi ketika melawat tempat kajian.