Surah Al Kautsar_tafsir Al Azhar

  • Uploaded by: Mohammad Hidir Baharudin
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Surah Al Kautsar_tafsir Al Azhar as PDF for free.

More details

  • Words: 1,418
  • Pages: 6
Tafsir Al-Azhar Surah Al-Kautsar (Sangat Banyak) Surah 108: 3 ayat Surah Makkiyyah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Sesungguhnya telah Kami berikan kepadamu nikmat yang sangat banyak. 2. Sebab itu hendaklah engkau sembahyang kerana Tuhanmu dan hendaklah engkau berkorban. 3. Sesungguhnya orang yang membenci engkau itulah yang akan terputus. “Sesungguhnya telah Kami berikan kepadamu nikmat yang sangat banyak.” (Ayat 1). Sesungguhnya sangatlah banyaknya anugerah dan kurnia Tuhan kepada engkau, Ya UtusanKu! Tidaklah dapat dihitung berapa banyaknya kurnia itu, sejak dari al-Quran yang diturunkan sebagai wahyu, nikmat yang diilhamkan sebagai hasil fikiran, nubuwwat dan kerasulan, penutup dari segala Rasul, rahmat bagi seluruh alam, pemimpin bagi ummat manusia, memimpinkan agama yang benar, untuk keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Semuanya itu, dengan cabang dan ranting dan ranggasnya, tidaklah dapat dihitung berapa banyaknya. Selain dan itu ada juga tafsir yang lain dari al-Kautsar itu. Dalam sebuah Hadis yang dirawikan oleh Termidzi dan Abdullah bin Umar, al-Kautsar

adalah nama sebuah sungai di syurga. Dan dalam sebuah Hadis lagi yang dirawikan oleh Muslim dalam shahihnya, diterimanya dengan sanadnya daripada Anas bin Malik; “Al-Kautsar nama sebuah sungai sebelum menjelang ke syurga, di sanalah ummat Muhammad akan minum bersama Nabi seketika akan meneruskan perjalanan ke dalam syurga.” Ikrimah menafsirkan al-Kautsar ialah Nubuwwat. Al-Hasan mengatakan: “AIQuran.” Al-Mughirah mengatakan: Al-Islam. Husin bin Fadhal mengatakan: “Kemudahan syariat.” Abu Bakar bin „Iyyasy dan Yaman bin Riiab mengatakan: “Banyak sahabat, banyak umat dan banyak pengikut.” AlMawardi: "Tersebut namanya di mana-mana.” Dan kata Al-Mawardi juga: “Cahaya bersinar dari dalam hatimu, menunjuk jalan menuju Aku dan memutuskan jalan kepada yang selain Aku.” Ibnu Kisan mentafsirkan: “Kasih-sayangmu kepada orang lain.” Al-Mawardi pula mengatakan: “AlKautsar ialah syafa‟at yang dianugerahkan kepada engkau untuk melindungi umatmu di akhirat.” Menurut Ats-Tsa‟labi: “Suatu mu‟jizat dari Tuhan, sehingga doa umatmu yang shalih dikabulkan Tuhan jua.” Menurut Hilal bin Yasaf: “Al-Kautsar ialah dua kalimat syahadat; La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah.” Banyak lagi yang lain, sehingga ada yang mengatakan bahwa dapat memahamkan agama sampai mendalam, pun adalah al-Kautsar. Bahkan ada yang mengatakan bahwa sembahyang lima waktu pun adalah alKautsar. Dan semuanya itu bolehlah kita kumpulkan ke dalam al-Kautsar; kerana erti al-Kautsar adalah sangat banyak buat dihitung:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah tidaklah kamu akan dapat menghitungnya.” (Surah Ibrahim:34)

“Sebab itu hendaklah engkau sembahyang kerana Tuhanmu." (Pangkal Ayat 2). Sedemikian banyaknya nikmat anugerah Allah kepada engkau, menyebabkan tempat engkau beribadat hanya Allah, tempat engkau bersembahyang hanya Dia, tiada yang lain. Karena nikmat tidak akan didapat dari yang lain; “Dan hendaklah engkau berkorban.” (Ujung Ayat 2). Menurut

Adh-Dhahhak

yang

diterimanya

dari

Ibnu

Abbas,

perintah

sembahyang di sini ialah sembahyang fardhu yang lima waktu. Berkata Ibnu `Arabi: “Sembahyang lima waktu. Sebab dialah rukun ibadat seluruhnya dan itulah lantai Islam dan termasuk tonggak agama.” Tetapi oleh kerana ujung ayat ini memerintahkan berkorban, maka menurut tafsir Said bin Jubair: “Sembahyang Subuhlah berjamaah, kemudian itu sehabis sembahyang sunnat „Idul-Adha sembelihlah korban.” Ada lagi penafsiran lain, menurut al-Qurthubi diterima dari Ali bin Abu Thalib dan Muhammad bin Ka‟ab: “Bersembahyanglah untuk Tuhanmu dan hadapkanlah dada.” Sebab An-Nahr itu boleh diertikan menyembelih binatang ternak sebagai korban di hari kesepuluh Dzul Hijjah yang dinamai juga

Yaumun-Nahr,

dan

bererti

pula

dada!

Maka

mereka

ertikan:

“Sembahyanglah kerana Tuhanmu dan hadapkan dada ke kiblat dengan meletakkan tangan kanan atas tangan kiri di atas dada.” Di mana kedua tangan itu diletakkan? Diriwayatkan dari Ali bin Abu Thalib, bahwa beliau meletakkan kedua tangan atas dadanya. Dan menurut Said bin Jubair dan Imam Ahmad bin Hanbal; di sebelah atas pusat. Dan beliau berkata: "Tidaklah salah kalau di sebelah bawah dari pusat." – Ada pula riwayat lain dari Ali bin Abu Thalib, Abu Hurairah, an-Nakha'i dan Abu Mijlaz; "Di bawah dari pusat." Demikian juga pendapat ats-Tsauri dan Ishaq. (Semua terdapat dalam Tafsir al-Qurthubi). “Sesungguhnya orang yang membenci engkau itulah yang akan terputus.” (ayat 3). Menurut bahasa yang dipakai orang Arab kalau ada seseorang yang banyak anaknya, laki-laki dan perempuan, tiba-tiba anak-anaknya yang lakilaki meninggal semuanya di waktu kecil, orang itu dinamai Abtar. Yang kita artikan putus! Iaitu putus turunan.

Nabi kita Muhammad s.a.w. mempunyai banyak putera dengan Khadijah, empat anak perempuan (Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kultsum dan Fatimah). Dan anak laki-laki yang beliau beri nama Abdullah, dan Qasim dan Thaher. Dan setelah tinggal di Madinah beliau mendapat anak laki-laki pula, beliau beri nama Ibrahim. Tetapi anak laki-laki ini semuanya mati di waktu kecil, tidak ada yang sampai dewasa. Menurut suatu riwayat dari Ibnu lshaq, dari Yazid bin Rauman; "Al-„Ash bin Wail selalu berkata mencemuhkan Nabi s.a.w.: “Biarkan saja dia bercakap sesukanya. Diakan putus turunan! Kalau dia sudah mati nanti habislah sebutannya.” Menurut riwayat dari „Atha‟, paman Nabi sendiri, Abu Lahab yang sangat memusuhi Nabi, setelah mendengar bahwa anak laki-laki Nabi telah meninggal, dia pergi menemui kawan-kawannya sesama musyrikin dan berkata: “Sudah putus turunan Muhammad malam ini !” Menurut suatu riwayat pula dari Syamr bin „Athiyyah: “Uqbah bin Abu Mu‟ith pun setelah mendengar anak laki-laki Rasulullah meninggal, dengan gembira berkata: “Putuslah dia !” Rupanya ratalah menjadi penghinaan pada waktu itu atau pelepaskan sakit hati bagi musuh-musuh beliau kaum musyrik, termasuk paman beliau sendiri Abu Lahab. Kerana anak laki-laki beliau telah mati, habislah putus dan pupus turunan Muhammad dan tidak akan ada sebutannya lagi. Maka turunlah ayat ini: “Sesungguhnya orang-orang yang membenci engkau itulah yang akan terputus.” Sedang engkau sendiri tidaklah akan putus. Mereka telah

rnencampur-adukkan

kebenaran

agama

dengan

kekayaan

dan

keturunan. Mentang-mentang Muhammad s.a.w. tidak mempunyai keturunan laki-laki, akan putuslah sebutannya. Kalau dia mati, akan habislah sebutannya dan akan habislah agama yang dibawanya ini. Niscaya tidak akan ada lagi orang yang mengganggu-gugat penyembahan berhala. Itulah persangkaan yang salah. Di permulaan ayat telah difirmankan Tuhan bahwa pemberianNya kepada RasulNya sangatlah banyaknya. Satu di antara

nikmat yang banyak (al-Kautsar) itu ialah sebagai yang ditafsikan Abu Bakar bin „Iyyasy dan Yaman bin Riiab: “Banyak sahabatnya, banyak umatnya dan banyak

pengikutnya.”

Beribu-ribu,

berjuta.

Sedang

orang-orang

yang

membencinya itu sebahagian besar mati dalam Peperangan Badar, kerana kalah berperang dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan umat pengikutnya itu. Abu Lahab sendiri, seorang di antara anak laki-lakinya mati diterkam singa. Dan dia sendiri mati karena sakit hati setelah teman-temannya kalah di Perang Badar. Abul Fadhi Al-„Arudhiy mentafsirkan pula bahwa al-Kautsar, pemberian yang sangat banyak itu dianugerahkan Allah juga bagi Muhammad dengan keturunan dari pihak anak perempuan, yaitu keturunan Fatimah. Yang sampai sekarang sudah 14 Abad masih saja bertebaran di muka bumi ini. Ada yang menjadi raja-raja besar di negeri-negeri besar, ada yang menjadi ulama dan penganjur politik. Sedang orang-orang yang membencinya itu putuslah berita mereka, tidak ada khabarnya lagi. Marilah kita camkan kebenaran firman Tuhan.

Penulis dan Pemahaman Ayat Inilah kalam Allah s.w.t ! Berkekalan kebenarannya hingga hari akhirat. Surah Al-Kautsar yang hanya 3 ayat membawa kebenaran akan beberapa perkara utama: 1. Umat Rasulallah s.a.w yang ramai. Bermula di barat hinggalah ke timur, di utara hinggalah ke selatan pelosok bumi semuanya penuh dengan jejak-jejak kaki umat Muhammad s.a.w. Dakwahnya hanya 13 tahun .Apakah mungkin manusia lain dapat melakukan seperti yang dilakukan oleh Muhammad bin Abdullah. Dakwah baginda tidak lain tidak kerana baginda seorang rasul Allah dan dibantu Allah s.w.t. Tiada tinggalan bangunan-bangunan megah dan tiada tinggalan

perkakasan mewah, yang ada hanyalah tinggalan kesatuan agama di bawah agama Islam. 2. Pensyariatan korban yang besar nilainya. Dapat diketahui umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah korban semenjak 1430 tahun dahulu yang antara lainnya membantu diantara umat Islam. Jika di dalam ayat-ayat yang lain Allah s.w.t menggabungkan solat dan zakat,

solat

dan

sabar,

ayat

kedua

Surah

Al-Kautsar

ini

menggabungkan diantara solat dan korban. Menggambarkan kepada umat Islam akan kepentingan korban apabila korban digabungkan dengan solat. Sedangkan orang yang duduk disebelah perdana menteri di dalam sesuatu majlis dikatakan penting! Solat yang menjadi tiang agama menunjukkan kepada umat Islam bahawa korban juga seakanakan tiang agama. 3. Ujian

kepada

para

nabi

adalah

seberat-berat ujian. Sungguh

memalukan untuk seorang bapa dicaci dan dicerca zuriat-zuriatnya. Inilah yang berlaku pada Rasulallah s.a.w apabila baginda dicaci dan dicerca kerana zuriat hanya kerana baginda berdakwah kepada mentauhidkan Allah s.a.w. Inilah kaum yang sesat yang kerana ketiadaan hujah senjata diganti pula dengan hujah-hujah caci maki dan fitnah. Dan Allah s.a.w sememangnya berada di pihak rasulNya, memujuk dan mententeramkan rasulNya. Nah ! Sekarang ini tiada lagi yang mengaku berketurunan Abu Lahab. Yang mahsyur adalah pengakuan umat Islam bahawa mereka berketurunan Rasulallah s.a.w. Sesunggunya benarlah apabila Allah s.w.t berkata: ““Sesungguhnya orang yang membenci engkau itulah yang akan terputus.” Penulis menghulurkan sepuluh jari memohon ampun andai tersalah faham di dalam pemahaman penulis yang sedikit ini. Penulis mengharapkan teguran-teguran yang membina disampaikan andai terdapat kesalahan pemahaman penulis. Kemaafan dipohon. Teguran membina dialu-alukan.

‫السالم عليكن ورمحة اهلل تعاىل وبركاته‬ [email protected]/[email protected]

Related Documents


More Documents from "Rendra Firmansyah"