Rumusan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rumusan as PDF for free.

More details

  • Words: 530
  • Pages: 4
RUMUSAN Bolehkah sesebuah negara wujud tanpa perniagaan antarabangsa? Sesebuah negara yang tidak mengimport mahupun mengeksport dikatakan tidak saling bergantung dengan komuniti dunia. Ia hanya bergantung kepada diri sundiri untuk mengeluarkan segala barang bagi memnuhi keperluan dan kehendak rakyatnya. Keadaan ini jarang berlalku kerana tiada negara yang dikurniakan dengan segala jenis sumber alam atau kepakaran untuk menghasilkan semua jenis barang yang diperlukan. Selain bahan mentah, perniagaan antarabangsa turut memastikan bekalan yang berterusan bagi sumber makanan di sesebuah negara. Malaysia telah mengalami masalah kekurangan beras selaman ini. Oleh kerana nasi merupakan makanan ruji di Malaysia, permintaan terhadapnya tinggi sehingga pengeluar tempatan gagal untuk menampungnya. Dengan adanya perniagaan antarabangsa, beras berlebihan di Negara Thai dan Myanmar dapat diimport oleh Malaysia untuk menampung permintaan rakyat tempatan.

Jumlah eksport Malaysia bagi tempoh tiga suku pertama tahun 2001 bernilai RM251.1 billion, menurun sebanyak RM26.3 billion berbanding

RM277.4 billion bagi tempoh yang sama pada tahun 2000. Kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk membantu para pengeksport. Salah satu daripadanya ialah Skim Jaminan Kredit. Pengeksport akan dibayar ganti rugi melalui skim ini jika pegimport di seberang laut gagal menjelaskan hutangnya. Jumlah import Malaysia bagi tempoh tiga suku pertama tahun 2001 bernilai RM210.2 billion. Angka ini menunjukkan kejatuhan sebanyak 10% atau RM23.4 billion berbanding RM233.6 billion dalam tempoh yang sama pada tahun 2000. Akta Zon Bebas 1990 telah diperkenalkan sebagai pendekatan baru kea rah menubuhkan Zon Bebas dalam negara ini untuk tujuan perdagangan dan perkilangan. Akta ini mula dikuatkuasakn pada 5 september 1991. penguatkuasaan akta ini telah memberi peluang yang luas untuk Malaysia memainkan peranan penting dalam perniagaan entrepot.

Sekiranya pengimport hendak menagguhkan pembayaran duit omport, dia boleh menyimpan barang import itu dia gudang berbon. Gudang ini digunakan untuk menyimpan barang yang masih belum dijelaskan duti

importnya. Barang tidak boleh dikeluarkan daro gudang berbom selagi dutinya masih belum dijelaskan. Melalui perniagaan antarabangsa, negara yang kurang maju dari segi teknologi boleh mengimport teknologi moden dari negara lain. Penyelidikan pasaran merupakan sesuatu kaedah atau cara untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan permintaan pasaran bagi sejenis keluaran. Ia biasanya dijalankan oleh pakar penyelidikan menerusi temu bual, soal selidik, pengumpulan statiatik, pemerhatian dan sebagainya. Hasil penyelidikan boleh digunakan untuk mengatur strategi pemasaran bagi menjamin kejayaan dalam melariskan jualan sesuatu barang. Perniagaan antarabangsa memberi manfaat kepada peniaga-peniaga tempatan. Ini kerana perniagaan antarabagsa menyediakan pasaran yang lebih besar kepada para peniaga berbanding perniagaan dalam negeri. Firma tempatan akan dapat menikmati ekonomi bidangan itu. Kos pengeluaran dan harga barang turut dapat dikurangkan.

Kerajaan Malaysia juga membantu peniaga tempatan dalam mempromosi dan memasarkan keluaran mereka. Sebagai contoh, Syarikat Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) membantu dalam pemasaran padi. Lembaga

Pemasaran

Pertanian

Persekutuan

(

FAMA) membantu dalam memperbaiki system pemasaran dan pengedaran hasil-hasil pertanian tempatan, manakala Karyaneka pula memasarkan dan mengeksport hasil kraf tangan tempatan. Di Malaysia, syarikat-syarikat yang diberi layanan sebagau syarikat antarabangsa akan dikecualikan daripada pembayaran cukai pendapatan sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun yang berhubung dengan jualan eksportnya. Namun, syrikat tersebut perlu memenuhi syarat-syarat tertentu untuk mendapatkan galakan ini, iaitu :- syarikat itu harus dimiliki sekurang-kurangnya 70% oleh pemilik tempatan -

syarikat itu harus menggunakan kemudahan tempatan seperti perkapalan,insurans, perbankan dan pelabuhan

- syarikat itu dikehendaki melibatkan diri dalam pengeluaran barang kilang daripada industri kecil dan sederhana

Related Documents

Rumusan
June 2020 27
Rumusan
April 2020 28
Rumusan
October 2019 31
Rumusan
May 2020 22
Rumusan
June 2020 20
7.rumusan
May 2020 20