Rph Mendengar Bertutur (t4).docx

  • Uploaded by: afiqah
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rph Mendengar Bertutur (t4).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,009
  • Pages: 9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 Mata Pelajaran:

Bahasa Melayu

Tahun:

4 Sabar

Bilangan Murid:

34

Tarikh:

6 Ogos 2018

Hari:

Isnin

Masa: Tema:

Lestarikan Bumi Kita (Tema 9)

Tajuk:

Cara Melestarikan Alam Sekitar.

Kemahiran:

Mendengar dan Bertutur

Minggu: Standard Kandungan: 1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul. Standard Pembelajaran: 1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut pelbagai ragam ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat. Objektif Pembelajaran Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran ini, murid dapat: i. ii.

Mendengar pendapat tentang gambar “Cara Melestarikan Alam” dengan betul. Mengenalpasti dan menyenaraikan ragam ayat daripada teks dialog “Cara-cara Menjaga Alam Sekitar” dengan betul.

Sistem Bahasa: Morfologi: Ayat perintah, ayat tanya, ayat penyata. Pengisian Kurikulum: Ilmu: Pendidikan Alam Sekitar, Sains dan Geografi. Nilai: Kebersihan fizikal dan mental, kasih sayang. Elemen Keusahawanan EK 1:1.8 Kesanggupan belajar daripada kesilapan. EK 1:1.14 Boleh membina jaringan sosial.

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik). Kemahiran Berfikir: Menjana idea, mengenal pasti dan mengecam. Didik Hibur: Bernyanyi. Pembelajaran Koperatif: Menyelesaikan tugasan berkumpulan. Kecerdasan Pelbagai: Verbal-linguistik, interpersonal. Strategi: Berpusatkan murid, berpusatkan bahan, berpusatkan guru. Pembelajaran Masteri: Murid dapat mendengar ragam ayat sebelum menyenaraikan dan menyatakan ragam ayat dengan betul. Bahan Bantu Mengajar: Bil. 1. 2. 3. 4.

Jenis Pembesar suara, komputer riba dan LCD. Video “Atok oh Atok” Gambar “Cara melestarikan alam” Teks Dialog “Cara Melestarikan Alam Sekitar”

Bilangan 3 1 34 34

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah diterangkan tentang penggunaan ragam ayat yang pelbagai. Pembelajaran Kontekstual: Menghubungkaitkan amalan memelihara alam sekitar dengan topik pembelajaran hari ini. Langkah/Masa Set Induksi (5 minit)

Isi Pelajaran -

Tayangan Video “Atok oh Atok”

Soalan: - Apakah pandangan anda mengenai video tersebut? - Apakah kesan sekiranya kita tidak menjaga alam sekitar? - Pada pandangan anda, apakah cara untuk melestarikan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran - Murid ditayangkan video oleh guru.

-

Murid disoal oleh guru mengenai kandungan video.

Catatan Bahan: - Pembesar suara. - Lcd. - Komputer riba. - Video. Ilmu: - Pendidikan Alam Sekitar. Nilai: -

Rasional. Menyayangi dan menghargai alam sekitar.

K. Berfikir: - Mengenal pasti.

alam sekitar? Jawapan jangkaan: - Pencemaran bumi, pencemaran sungai, bumi semakin panas dan sebagainya. - Bumi semakin panas, hidupan liar akan pupus, dan sebagainya. - Kilang mempunyai penapis asap yang berkualiti, tidak menebang pokok, tidak mencemarkan air sungai dan mengekalkan flora yang sedia ada. -

-

Langkah 1 (20 minit)

Tajuk Pelajaran: “Lestarikan Bumi Kita” Aktiviti: - Mengemukakan pendapat tentang maklumat yang tersirat berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

-

-

Guru membimbing murid untuk menjawab soalan. Guru mengaitkan jawapan dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

Murid ditunjukkan gambar tentang cara menjaga alam sekitar dan guru memberikan pendapat tentang gambar tersebut dengan huraian dan contoh. Murid dipilih secara rawak untuk

BBB: - Gambar “Cara Melestarikan Alam” Ilmu: - Pendidikan Alam Sekitar. K.P: - Verbal linguistik. Elemen Keusahawanan:

-

-

-

Langkah 2 (20 Minit)

Aktiviti: Membaca dan menyenaraikan ragam ayat berdasarkan dialog “Cara-cara menjaga Alam Sekitar”

memberikan pendapat dengan huraian dan contoh mengenai gambar yang ditayangkan/ditun jukkan. Murid lain mendengar dan pendapat daripada murid yang lain. Murid dipilih secara rawak untuk membaca mengenai maklumat yang diperoleh. Guru membimbing jawapan jangkaan murid.

Penilaian: - Murid diminta untuk mengemukakan pendapat mengenai gambar “Cara Melestarikan Alam”. - Murid mendengar arahan yang diberikan oleh guru. - Murid membaca secara mentalis. - Murid membaca petikan dialog dengan dengan bimbingan guru. - Murid diminta untuk menyatakan pandangan mengenai petikan dialog. - Guru menerangkan definisi dan contoh ragam ayat iaitu ayat penyata, ayat perintah dan ayat

-

Nilai: -

Kesanggupan belajar daripada kesilapan. Menyayangi dan menghargai alam sekitar.

BBB: - Petikan Dialog “Cara Melestarikan Alam”. Ilmu: - Pendidikan Alam Sekitar. Nilai: - Kerjasama. Elemen Keusahawanan: - EK 1:1.4 Boleh membina jaringan sosial. Teknik: Perbincangan.

-

-

-

Langkah 3 (10 Minit)

Penutup (5 Minit)

tanya dan ayat aktif kepada murid. Murid dipilih secara rawak untuk menyenaraikan ragam ayat beserta contoh ragam ayat berdasarkan petikan dialog. Guru membimbing jawapan jangkaan murid. Murid membaca jawapan yang telah dimurnikan.

Penilaian: - Murid menyenaraikan ragam ayat beserta contoh ragam ayat. Pemulihan: - Murid yang menyenaraikan ragam ayat kurang tepat akan dibimbing oleh guru. Aktiviti: - Murid mendengar - Menyalin ragam arahan daripada ayat yang telah guru. diperolehi - Murid melalui langkah menyalin/menulis 2 ke dalam buku ragam ayat ke latihan dan dalam buku membaca latihan ke dalam jawapan ragam jadual. ayat yang - Murid membaca disalin. jawapan yang telah dimurnikan. - Guru memberikan pujian kepada murid. Penutup Kognitif (Kuiz): - Rumusan isi pelajaran “Cara melestarikan Alam” - Contoh ragam

Penggabungjalinan: - Kemahiran menulis dan kemahiran membaca.

K.B: - Merumus Nilai Murni: - Rasional

   

ayat: Ayat tanya Ayat penyata Ayat perintah Ayat aktif

Penutup sosial: - “Lagu Atok oh Atok”

Murid menyanyikan lagu “Atok Oh Atok”.

CARA - CARA MENJAGA ALAM SEKITAR

Alwi : Sabtu ini cikgu akan mengadakan kempen mencintai alam sekitar. Di jemput semua murid untuk terlibat bersama untuk menjayakan kempen mencintai alam sekitar.

Aizat : Ya, sepatutnya kita bersama - sama menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar kita.

Alwi : Kita boleh mengadakan gotong - royong untuk membersihkan alam sekitar.

Aizat : Salah satu cara kita menjaga alam sekitar kita adalah dengan membuang sampah di tempat yang disediakan.

Alwi : Mereka yang membuang sampah di sungai bukan sahaja akan mencemarkan sungai malahan hidupan air seperti ikan yang akan menerima kesannya.

Aizat : Bagaimanakah pula dengan pencemaran udara kita?

Alwi : Kita seharusnya mengurangkan pembakaran bahan - bahan kerana asap akan mencemarkan udara kita. Misalnya pengguna kenderaan boleh bertukar kepada petrol tanpa plumbum. Ini juga cara untuk menjaga udara kita daripada tercemar.

Aizat : Satu lagi cara adalah dengan mengadakan kempen kesedaran.

Alwi : Kerajaan semakin banyak melaksanakan kempen kesedaran kepada ahli masyarakat agar mereka sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar kita.

Aizat : Saya pasti akan hadir pada hari Sabtu ini untuk menyertai kempen tersebut.

Alwi : Baguslah kalau begitu. Jemputlah rakan - rakan kita yang lain.

Sila isi ragam ayat berdasarkan dialog “Cara-cara Menjaga Alam Sekitar” dalam jadual di bawah. Ayat Penyata

Ayat Perintah

Ayat Tanya

Ayat Aktif

Ayat Pasif

Related Documents

Mendengar Nasyid
April 2020 20
Kemahiran Mendengar
October 2019 33
Rph
May 2020 30
Rph
June 2020 24

More Documents from ""