Kertas Kerja Persatuan.docx

  • Uploaded by: afiqah
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Persatuan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,785
  • Pages: 29
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PETALING, 46200 PETALING JAYA.

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB SEHIJAU ALAM SK SRI PETALING

1

DAFTAR KANDUNGAN 1.0

TUJUAN .................................................................................................................... 3

2.0

PENGENALAN .......................................................................................................... 3

3.0

RASIONAL ................................................................................................................ 4

4.0

MATLAMAT ............................................................................................................... 4

6.0

KUMPULAN SASARAN ............................................................................................ 5

7.0

IDENTITI PERSATUAN ............................................................................................. 5

7.1

Visi.......................................................................................................................... 5

7.2

Misi ......................................................................................................................... 5

7.3

Moto ....................................................................................................................... 5

7.4

Logo dan Pengertian............................................................................................... 5

7.5

Lagu Persatuan ...................................................................................................... 6

8.0

PENUBUHAN KELAB ............................................................................................... 6

8.1

Ahli Jawatankuasa Induk ........................................................................................ 6

8.2

Ahli Jawatankuasa Kerja ........................................................................................ 7

8.3

Nama Persatuan ..................................................................................................... 7

8.4

Jenis Persatuan ...................................................................................................... 7

8.5

Rancangan Aktiviti Tahunan ................................................................................... 7

8.4

PEKELILING KOKURIKULUM PERSATUAN ....................................................... 10

9.0

KAEDAH PENUBUHAN PERSATUAN ................................................................... 10

9.1

Langkah-Langkah Penubuhan Persatuan ............................................................. 10

9.3

Carta Alir Penubuhan Persatuan .......................................................................... 11

10.0

KEAHLIAN ............................................................................................................... 12

10.1

Borang Keahlian ................................................................................................... 12

10.2

Yuran Keahlian ..................................................................................................... 12

11.0

PENUTUP ................................................................................................................ 12

RUJUKAN .......................................................................................................................... 14 LAMPIRAN 1 ...................................................................................................................... 15 LAMPIRAN 2 ...................................................................................................................... 18 LAMPIRAN 3 ...................................................................................................................... 20 LAMPIRAN 4 ...................................................................................................................... 24 LAMPIRAN 5 ...................................................................................................................... 26 LAMPIRAN 6 ...................................................................................................................... 28

2

KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB SEHIJAU ALAM SK SRI PETALING

1.0

TUJUAN Berdasarkan

peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan

Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 ,No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A) : P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998 bagi kategori penubuhan persatuan berasaskan hobi dan rekreasi. Saya memohon untuk menubuhkan Kelab Sehijau Alam, Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Petaling Jaya.

2.0

PENGENALAN Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang kualiti alam sekitar serta membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Secara umumnya, Kelab Sehijau Alam ini ditubuhkan untuk mendedahkan murid-murid dengan langkah-langkah penjagaan alam sekitar serta kepentingan memelihara dan menjaganya. Di samping itu, kelab ini juga memberi peluang kepada murid-murid untuk mengikuti program-program yang memberikan kesedaran dan mampu membentuk etika murid untuk menghargai alam sekitar. Kelab Sehijau Alam juga memberikan peluang kepada murid untuk mempelajari dan menyemaikan nilai cinta akan alam sekitar dalam diri murid-murid. Kelab ini ditubuhkan dengan usahasama guru-guru Sekolah Kebangsaan Sri Petaling. Kelab Sehijau Alam SK Sri Petaling ini akan dibimbing oleh 7 orang guru penasihat serta ahli-ahli kelab yang terdiri dalam kalangan murid-murid tahun 3 hingga tahun 6. Kelab ini merupakan satu inisiatif daripada pihak sekolah untuk mewujudkan generasi yang mempunyai sikap penyayang terhadap alam sekitar. Hal ini bertepatan dengan elemen dalam pengisian kurikulum yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran sekolah rendah iaitu Pendidikan Alam Sekitar.

3

3.0

RASIONAL Penubuhan Kelab Sehijau Alam Sk Sri Petaling ini penting kerana : 3.1

Murid dapat didedahkan dengan ilmu pengetahuan di luar bilik darjah iaitu ilmu berkaitan alam sekitar.

3.2

Melalui Penubuhan persatuan ini dapat menyemaikan nilai cinta akan alam sekitar dalam diri murid-murid.

3.3

Penubuhan persatuan ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kefahaman para murid terhadap kepentingan menjaga dan memlihara alam sekitar.

4.0

MATLAMAT i.

Menerapkan murid-murid dengan pengetahuan dan pengalaman berkaitan alam sekitar.

ii.

Meningkatkan tahap kesedaran murid dan seluruh warga sekolah mengenai pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

iii.

Memberikan pendekatan kepada murid tentang Pendidikan Alam Sekitar yang menjadi salah satu elemen dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran sekolah rendah.

iv.

5.0

Membina pengetahuan murid untuk menghargai dan mencintai alam.

OBJEKTIF i.

Menyemai sikap dan nilai cintai akan alam sekitar dalam kalangan ahli kelab.

ii.

Memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam menjaga alam sekitar.

iii.

Memberi pendedahan kepada murid terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

iv.

Mengeratkan hubungan diantara murid yang berbilang bangsa, umur dan jantina.

v.

Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

vi.

Mendidik murid agar menjadi pengguna yang bijak agar sumber-sumber semulajadi terus dapat dijaga. 4

6.0

KUMPULAN SASARAN Ahli kelab ini terdiri daripada murid tahun 3 sehingga tahun 6 SK Sri Petaling serta 7 orang guru pembimbing.

7.0

IDENTITI PERSATUAN 7.1

Visi Menjadi kelab yang aktif dan mencintai alam sekitar yang dapat membantu perkembangan kurikulum di sekolah.

7.2

Misi Melahirkan generasi yang sihat, cergas dan berpengetahuan yang luas berkaitan alam semulajadi.

7.3

Moto “Lestarikan Bumi, Alam Sejahtera’

7.4

Logo dan Pengertian

KELAB SEHIJAU ALAM

5

NO 1.

LAMBANG

MAKSUD

Tangan yang berpaut antara

Masyarakat di Malaysia saling bekerjasama dan

satu sama lain

tolong menolong antara satu sama lain, bagi menjaga kesejahteraan khazanah alam.

2.

Tangan yang berlainan warna.

Rakyat Malaysia tidak kira bangsa ataupun kaum yang berbeza, bersama-sama memelihara alam sekitar.

3.

Bumi dan pokok yang bewarna

Bumi dan pokok yang sihat haruslah sentiasa

hijau, berada di tengah tangan

dipelihara dengan baik agar kelestariannya

yang berpaut

terus terjaga.

7.5

Lagu Persatuan Kami Sehijau Alam Bersedia dan berbakti, Menjaga dan memelihara, Khazanah bumi ini.

Ayuhlah Putera Puteri, Persatuan Sehijau Alam, Bersama berganding bahu, Demi keindahan bumi..Ooo Sejahtera hidup selamanya…

8.0

PENUBUHAN KELAB 8.1

Ahli Jawatankuasa Induk

Penaung

: Guru Besar SK Sri Petaling

Penasihat

: Penolong Kanan Kokurikulum

Pengerusi

: Ketua Guru Penasihat

AJK

: Guru-guru penasihat

6

8.2

Ahli Jawatankuasa Kerja

Ketua guru penasihat

: Guru sekolah

Penasihat

: Guru sekolah

Pengerusi

: Murid Tahun 6

Timbalan pengerusi

: Murid Tahun 5

Setiausaha

: Murid Tahun 6

Timbalan Setiausaha

: Murid Tahun 5

Bendahari

: Murid Tahun 5

Timbalan bendahari

: Murid Tahun 5

Ahli Jawatankuasa Murid

: Tahun 6, tahun 5 dan tahun 4

8.3

Nama Persatuan Kelab Sehijau Alam Sekolah Kebangsaan Sri Petaling

8.4

Jenis Persatuan Persatuan Hobi dan Rekreasi

8.5 Minggu 09/01/19

Rancangan Aktiviti Tahunan Program Mesyuarat Agung Persatuan

Aktiviti

Catatan

-Melantik AJK Persatuan

Tempat : Kelas Tahun 6

-Membincangkan aktiviti

Semua guru penasihat

sepanjang tahun

dan ahli persatuan terlibat.

-Membincangkan yuran keahlian

7

30/01/19

Ceramah Alam

--Memberikan pendedahan

Tempat : Dewan Terbuka

Sekitar

kepada murid-murid berkaitan

Sekolah

penjagaan alam sekitar

Semua guru penasihat dan ahli persatuan terlibat.

20/02/19

Menceriakan

--Menghias papan kenyataan

Tempat : Dewan Terbuka

Papan Kelab

kelab

Sekolah

-Menggunting dan menampal

Semua guru penasihat

carta organisasi kelab serta info-

dan ahli persatuan terlibat.

Sehijau Bumi

info berkaitan kelab 13/03/ 2019

Pertandingan

-Mengadakan pertandingan

mereka Kemeje-

mereka bentuk Kemeja-T

T persatuan

persatuan

Tempat : Kantin Sekolah Semua guru penasihat dan ahli persatuan terlibat.

-Memilih pemenang berdasarkan rekaan yang terbaik 03/04/19

Kempen Kitar

-Mengadakan kempen kitar

Tempat : Dataran

Semula

semula bagi mendedahkan

Perhimpunan SK Sri

kepada murid berkaitan cara-

Petaling

cara kitar semula dan faedah mengamalkannnya

24/04/19

dan ahli persatuan terlibat.

Pertandingan

-Pertandingan melukis poster

Tempat : Dewan Terbuka

Melukis Poster

semperna Hari Selamatkan

Sekolah

Bumi Peringkat Sekolah Sri Petaling

15/05/19

Semua guru penasihat

Semua guru penasihat dan ahli persatuan terlibat.

Pertandingan

-Menjalankan pelbagai aktiviti

Tempat : Gelanggang bola

sukaneka dan

sukaneka

jaring

-Mengadakan jualan pelbagai

Semua guru penasihat

kuih-muih tradisional dan

dan ahli persatuan terlibat.

Hari Keusahawanan

makanan-makanan lain

8

05/06/19

Gotong-Royong

-Mengedakan gotong-royong

Tempat : Dewan Terbuka

Perdana

perdana bagi mmebersihkan

Sekolah

sekitar kawasan sekolah

Semua guru penasihat dan ahli persatuan terlibat.

26/06/19

Hari 1 Murid 1

-Bagi menyahut seruan kerajaan

Pokok

dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

17/07/19

Menghias Bilik Persatuan Sehijau Bumi

-Menghias bilik kelab -Membersihkan bilik dan mengemop lantai. -Mengecat dinding bilik supaya

Tempat :SK Sri Petaling Semua guru penasihat dan ahli persatuan terlibat.

Tempat : Bilik Persatuan Sehijau Bumi Semua guru penasihat dan ahli persatuan terlibat.

kelihatan ceria. 07/08/19

Jualan Dedikasi

-Mengumpul dana untuk menjalankan Lawatan Ke Sabah

Tempat : Dewan Terbuka Semua guru penasihat dan ahli persatuan terlibat.

28/08/19

18/09/19

Lawatan Ke Zoo

- Memberikan peluang kepada

Lok Kawi,

murid untuk melihat habitat-

Sabah

habitat fauna yang pelbagai.

Ceramah

-Menambah ilmu pengetahuan

Tempat : Dewan Besar Sk

Pertolongan

berkaitan pertolongan cemas

Sri Petaling

Cemas

dan langkah-langkah yang perlu diambil apabila berhadapan dengan kemalangan.

09/10/19

Mesyuarat

-Posmoterm berkaitan aktiviti

Agung

yang telah dijalankan oleh Persatuan Sehijau Bumi, sepanjang tahun 2019

9

Tempat : Sabah Semua guru penasihat dan ahli persatuan terlibat.

Semua guru penasihat dan ahli persatuan terlibat.

Tempat : Dewan Sekolah Semua guru penasihat dan ahli persatuan terlibat.

-Refleksi 30/10/19

Jamuan Akhir Tahun

-Jamuan Makan bersama

Tempat : Dewan Terbuka Sekolah

-Pelbagai persembahan disediakan

Semua guru penasihat dan ahli persatuan terlibat.

-Memberikan hadiah dan penghaargaan kepada murid yang menunjukkan penglibatan yang cemerlang 20/11/19 CUTI HUJUNG TAHUN

8.4

PEKELILING KOKURIKULUM PERSATUAN Rujuk lampiran 1

9.0

KAEDAH PENUBUHAN PERSATUAN 9.1

Langkah-Langkah Penubuhan Persatuan Langkah

pertama

untuk

menubuhkan

persatuan

ialah

membentuk

Jawatankuasa Penaja yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang guru. Seterusnya, pembentukan ahli jawatankuasa penaja dijalankan. Setelah itu, barulah perancangan kertas kerja dimulakan. Ahli jawatankuasa penaja juga perlu merangka draf perlembagaan dan peraturan-peraturan dalam persatuan. Seterusnya, ahli jawatankuasa penaja perlu membuat rancangan aktiviti tahunan yang mengandungi program, objektif dan aktiviti yang perlu dijalankan pada setiap kali perjumpaan. Setelah siap, borang permohonan beserta kertas kerja, draf perlembagaan dan draf rancangan aktiviti tahunan perlu dihantar ke Guru Besar untuk diluluskan. Jika diluluskan,borang keahlian akan diedarkan kepada semua murid yang berminat untuk menyertai persatuan ini. Murid akan didaftarkan secara rasmi. Guru Besar juga akan memberikan surat pelantikan rasmi untuk Guru Penasihat Persatuan Kebudayaan. Seterusnya, Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama akan dijalankan. Semasa mesyuarat dijalankan, Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Kerja 10

akan dibentuk. Setelah itu, proses pengesahan draf perlembagaan dan draf rancangan aktiviti tahunan akan dijalankan. Apabila semua sudah selesai dibincangkan, persatuan boleh mula beroperasi pada perjumpaan yang akan datang. Namun begitu, jika kertas kerja tidak diluluskan, kertas kerja tersebut perlu disemak semula untuk melakukan sebarang pembetulan sebelum dihantar semula untuk diluluskan.

9.3

Carta Alir Penubuhan Persatuan

MULA

MELANTIK AHLI JAWATANKUASA PENAJA

MERANCANG KERTAS KERJA PERSATUAN

MERANGKA DRAF PERLEMBAGAAN DAN RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

PEMBETULAN KERTAS KERJA

KELULUSAN GURU BESAR

LANTIKAN GURU PENASIHAT

EDARAN BORANG KEAHLIAN

MESYUARAT AGUNG PERTAMA

TAMAT 11

10.0

KEAHLIAN Keahlian Persatuan Sehijau Bumi ini adalah terbuka kepada semua murid tahun 3 hingga tahun 6. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang keahlian yang disediakan. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju untuk berpegang kepada perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

10.1

Borang Keahlian Rujuk lampiran 2

10.2

11.0

Yuran Keahlian Bil

Jenis Yuran

Jumlah

1.

Yuran Pendaftaran

RM 3

2.

Yuran Tahunan

RM 5

PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Persatuan Sehijau Bumi ini merupakan satu usaha yang amat baik meningkatkan mutu murid terhadap pemeliharaan alam sekitar. Selain itu, konsep nilainilai murni juga dapat diterapkan dalam Persatuan Sehijau Bumi ini yang akhirnya mampu melahirkan generasi yang berminda kelas pertama. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja penubuhan Persatuan Sehijau Bumi ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak sekolah SK Sri Petaling. Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

…………………………………….

...............................................

(NUR AFIQAH HADIRAH

(PUAN MARLINA BINTI AHMAD

BINTI SUHALIL)

NAWAWI) 12

Setiausaha,

Pengerusi,

Persatuan Sehijau Bumi,

Persatuan Sehijau Bumi

SK Sri Petaling.

SK Sri Petaling.

Disahkan Oleh,

……………………………... (TUAN HAJI LUQMAN BIN IDRIS) Penaung, Persatuan Sehijau Bumi, SK Sri Petaling

13

RUJUKAN

Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (2019). Panduan prosedur penubuhan pelajar. Diperoleh dari http://hep.uthm.edu.my/v3/index.php/en/pusatsumber/garis-panduan-pengurusan-kegiatan-pelajar/2-uncategorised/94-prosedurpenubuhan

Nurul Ilani. (2015). Panduan Penyediaan Kertas Kerja. Diperoleh dari http://www.academia.edu/4642077/PANDUAN_PENYEDIAAN_KERTAS_KERJA

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Falsafah pendidikan kebangsaan. Diperoleh dari https://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/falsafah-pendidikankebangsaan

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Surat Pekeliling Ikhtisas. Diperoleh dari https://www.moe.gov.my/index.php/my/pekeliling/pekelilling-ikhtisas/item/594surat-pekeliling-ikhtisas-bil31984-garis

Rohana Yusof. (2010). Pendidikan Alam Sekitar. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Pencemaran Alam Sekitar. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Suhara Fadzil, Jamil Ahmad. (2010). Kepentingan kokurikulum dalam pendidikan di sekolah menengah. Diperoleh dari http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPIUPSI/2010/Book_1/Kepentingan_Kokurikulum_Dalam_Pendidikan_Di_Sekolah_Men engah.Pdf

14

LAMPIRAN 1 BAB I PENGUATKUASAAN AKTA PENDIDIKAN 1996

Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21hb Mei 1998, Jilid 42. No. 11 Tambahan No.41, Perundangan (A), P.U (A) 196. AKTA PENDIDIKAN 1996 ada dinyatakan;

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan yang berikut:

1.

Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 21 Mei 1998.

2.

Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

3.

Dalam Peraturan-Peraturan ini:“guru besar” atau “pengetua” ertinya pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mengurus sekolah; “jawatankuasa“ ertinya sekumpulan orang yang dilantik atau dipilih untuk menjalankan tugas persatuan sekolah; “penasihat” ertinya guru yang dilantik oleh guru besar atau pengetua untuk memberi nasihat kepada persatuan sekolah; “persatuan sekolah” ertinya apa-apa kelab atau persatuan murid dan guru sekolah;

4.

Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:-

(a) (b) (c) (d)

mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; hobi dan rekreasi; sukan dan permainan; badan beruniform; atau 15

(e) 5.

6.

apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar. (1) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Guru Besar atau Pengetua, laporan yang lengkap mengenai perkara-perkara berikut:(a)

perlembagaan persatuan;

(b)

senarai ahli jawatankuasa;

(c)

senarai aktiviti utama persatuan.

(2)

Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini atau dalam hal persatuan yang ditubuhkan selepas Peraturan-Peraturan ini berkuatkuasa, dalam tempoh empat belas hari selepas mesyuarat pertama persatuan tersebut.

(3)

Perlembagaan dan peraturan persatuan sekolah hendaklah diluluskan oleh Guru Besar atau Pengetua.

(1)

Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Guru Besar atau Pengetua, laporan yang lengkap mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan, peraturan, jawatankuasa atau ahli persatuan.

(2)

Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh yang laporan tentang perubahan itu dibuat, dan hendaklah disahkan dengan tandatangan pengerusi dan setiausaha persatuan berkenaan.

(3)

Guru Besar atau Pengetua boleh, menerima atau enggan untuk menerima perubahan yang dinyatakan dalam subperaturan (1).

7.

Guru Besar atau Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu rekod tentang ahli-ahli persatuan sekolah dalam tempoh tiga puluh hari selepas berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.

8.

Guru Besar atau Pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa orang guru untuk bertindak sebagai penasihat atau penasihat-penasihat bagi setiap persatuan sekolah dan Guru Besar atau Pengetua itu hendaklah menyimpan atau menyebabkan 16

disimpan suatu rekod bertulis tentang maklumat itu dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.

9.

(1)

Akaun bagi tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah di bawah kawalan Guru Besar atau Pengetua atau Guru Penasihat.

(2)

Guru Besar atau Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya dibawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksan oleh Pendaftar.

10.

Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh, mengarahkan mana-mana persatuan sekolah mematuhi peraturan tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan persatuan itu.

12.

(1) Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh, secara bertulis mengarah mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud:a. b. c. d. (2)

13.

Yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru; Propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam; Yang memudaratkan kepentingan murid; atau Yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan ini.

Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau peraturan 10 hendaklah disiarkan dengan menampalkan suatu salinan mengenainya di papan kenyataan sekolah atau mana-mana tempat yang boleh dilihat di premis sekolah.

Peraturan-peraturan Di Bawah Seksyen 92 Ordinan Pelajaran 1952 Dibatalkan.

Dibuat 8 April 1998 [KP (PUU) S 10075/07/1/Jld. IV (25): PN. (PU²) 569.]

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK Menteri Pendidikan 17

LAMPIRAN 2 BORANG KEAHLIAN KELAB SEHIJAU ALAM SK SRI PETALING

ARAHAN : LENGKAPKAN BORANG INI DAN TANDAKAN (/) PADA RUANG YANG DISEDIAKAN

Nama penuh

: _______________________________________________________ _______________________________________________________

No. K.P Baru

: _______________________________________________________

No. Sijil Kelahiran

: ______________________

Tarikh Lahir : ________________

Warganegara

: ______________________

Jantina :

Lelaki Perempuan

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Bangsa

:

Alamat tetap

: _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________

Bandar

: _________________________

Negeri

: _________________________ 18

Poskod : ____________________

No. Telefon

: _________________________

Tandatangan

: _________________________

E-mel : _____________________

Untuk kegunaan pejabat

Tarikh

:

Tandatangan

Pendaftaran

No. Keahlian

Guru :

:

Tarikh:

19

LAMPIRAN 3 PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERATURAN 1 NAMA PERSATUAN

: PERSATUAN SEHIJAU BUMI

ALAMAT

: SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PETALING, 46200 PETALING JAYA.

PERATURAN 2 MATLAMAT 

Menerapkan murid-murid dengan pengetahuan dan pengalaman berkaitan alam sekitar.



Meningkatkan tahap kesedaran murid dan seluruh warga sekolah mengenai pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.



Memupuk sikap cinta akan alam sekitar.



Memberikan pendekatan kepada murid-murid tentang Pendidikan Alam Sekitar yang menjadi salah satu elemen dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran sekolah rendah.



Membina pengetahuan murid yang menghargai alam agar dapat membentuk modal insan yang seimbang dengan pembangunan negara.

PERATURAN 3 OBJEKTIF 

Menyemai sikap dan nilai cintai akan alam sekitar dalam kalangan ahli persatuan.



Memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam menjaga alam sekitar.



Memberi pendedahan kepada murid terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.



Mengeratkan hubungan diantara murid yang berbilang bangsa, umur dan jantina.



Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.



Mendidik murid agar menjadi pengguna yang bijak agar sumber-sumber semulajadi terus dapat dijaga.

20

PERATURAN 4 KEAHLIAN 

Dibuka kepada semua murid di sekolah ini bermula dari tahun 3 hingga tahun 6.



Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.



Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju untuk berpegang kepada perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT 

Guru penasihat adalah guru sekolah ini.



Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.



Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA 

Dilantik semasa Mesyuarat Agung.



Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak hadir harus menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.



Pemilihan Ahli Jawatankuasa adalah secara undian.



Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.



Ahli Jawatankuasa Kerja Persatuan hendaklah terdiri daripada:  Pengerusi  Naib Pengerusi  Setiausaha  Naib Setiausaha  Bendahari  Naib Bendahari  Ahli Jawatankuasa (Bilangan Bergantung Keperluan)

21

PERATURAN 8 KEWANGAN 

Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa mesyuarat agung.



Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.



Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelajaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai perbelanjaan aktiviti tersebut.

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN 

Ahli kumpulan hendaklah dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.



Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10 AKTIVITI 

Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.



Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan untuk pengetahuan ahli.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN 

Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.



Peratuaran khas hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.



Ahli-ahli yang melanggar peratuaran akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN 

Tindakan akan diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.



Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:  Amaran lisan.  Amaran bertulis. 22

 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh guru boleh membuat rayuan kepada guru penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad. PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN 

Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini adalah sah sehingga perlembagaan ini dipinda.



Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.



Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.



Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh pengetua/guru besar.

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN 

Pengetua diberikan kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung / Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN 

Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.



Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

23

LAMPIRAN 4

BIL 1.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

TANGGUNGJAWAB 

Pengerusi

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru Penasihat dari masa ke semasa.

2.



Timbalan Pengerusi

Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.



Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

3.

Setiausaha



Mencatat kehadiran ahli



Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.



Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa

4.



Naib Setiausaha

Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.



Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaannya.



Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

5.



Bendahari

Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan



Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat

24

6.



Naib Bendahari

Menjalankan tanggungjawab Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.



Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

7.



AJK Peralatan

Menjalankan tugas dalam menyediakan segala peralatan yang diperlukan dalam apa-apa aktiviti yang dijalankan.

8.



AJK Aktiviti

Merancang dan menentukan aktiviti pada setiap kali perjumpaan.



25

Mengelola aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

LAMPIRAN 5

Setiausaha Jawatankuasa, Kelab Sehijau Alam, SK Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya. ________________________________________________________________________ Guru Besar,

04 JANUARI 2019

SK Sri Petaling, 46200 Petaling Jaya.

Tuan, PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN SEHIJAU BUMI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.

Sehubungan itu, saya mewakili Kelab Sehijau Alam Sekolah Kebangsaan Sri Petaling,

Petaling Jaya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menubuhkan Kelab Sehijau Alam, Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Petaling Jaya (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 ,No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

3.

Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:

3.1

Kertas kerja penubuhan persatuan, Kelab Sehijau Alam Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Petaling Jaya.

3.2

Draf perlembagaan dan peraturan-peraturan Kelab Sehijau Alam Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Petaling Jaya.

3.3

Draf rancangan tahunan Kelab Sehijau Alam Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Petaling Jaya.

4.

Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih. 26

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………… (NUR AFIQAH HADIRAH BINTI SUHALIL) Setiausaha Jawatankuasa, Kelab Sehijau Alam, SK Sri Petaling, 46200 Petaling Jaya.

27

LAMPIRAN 6

NOTIS MESYUARAT AGUNG KELAB SEHIJAU ALAM SK SRI PETALING

Setiausaha Jawatankuasa, Kelab Sehijau Alam, SK Sri Petaling, 46200 Petaling Jaya

04 Januari 2019

________________________________________________________________________ …………………………………. …………………………………. …………………………………. Saudara/Saudari, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SEHIJAU ALAM SK SRI PETALING Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kelab Sehijau Alam Sk Sri Petaling akan diadakan pada : Tarikh :

11 Januari 2019

Masa :

2.30 petang

Tempat:

Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Sri Petaling

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut: 2.1

Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Jawatankuasa

2.2

Pembentangan draf perlembagaan

2.3

Pembentangan rancangan aktiviti tahunan

2.4

Pelantikan ahli jawatankuasa

2.5

Pengesahan draf perlembagaan dan rancangan aktiviti tahunan

2.6

Hal-hal lain

2.7

Ucapan penutup

28

3. Saudara/saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, ……………………………….. (NUR AFIQAH HADIRAH BINTI SUHALIL) Setiausaha Jawatankuasa, Kelab Sehijau Alam, SK Sri Petaling, 46200 Petaling Jaya.

29

Related Documents

Kertas Kerja
November 2019 68
Kertas Kerja
May 2020 42
Kertas Kerja
June 2020 39
Kertas Kerja
June 2020 44
Kertas Kerja
December 2019 43
Kertas Kerja
May 2020 34

More Documents from ""