Remaja Sihat

  • Uploaded by: junaidah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Remaja Sihat as PDF for free.

More details

  • Words: 583
  • Pages: 30
OLEH KAUNSELOR PELAJAR SMT. (ERT) AZIZAH. JOHOR BAHRU

Apa itu remaja ? Remaja adalah mereka yang berusia di antara 12 tahun- 21 tahun

Setiap remaja harus mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah. Mereka harus mempunyai tujuan dan kesungguhan sebagai insan yang taat dan kreatif. Tujuan hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seorang remaja jika mereka mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang cemerlang dan diberkati.

Pengendalian Diri Remaja memerlukan pengendalian diri kerana remaja belum mempunyai pengalaman yang memadai dalam perkara ini. Masa remaja banyak menyentuh perasaan seorang remaja sehingga menimbulkan jiwa yang sensitif dan peka terhadap diri dan lingkungannya. Perkembangan ini ditandai dengan cepatnya pertumbuhan fizikal dan seksual. Akibat dari pertumbuhan fizikal dan seksual yang cepat itu maka timbullah kegoncangan dan kebingungan dalam diri remaja, khususnya dalam memahami hubungan lain jenis.

Dari keadaan yang dihadapi remaja ini akan menimbulkan dua masalah. Pertama dorongan seksual kerana ingin membuktikan bahawa diri telah dewasa sehingga berakhlak yang kurang sopan di tengah masyarakat, sehingga orang ramai menilai bahawa remaja hanya menimbulkan masalah. Padahal ketika itu remaja sedang meraba-raba dalam mencari jatidirinya.Kedua, mungkin juga remaja hilang kendali dalam dirinya sehingga lebih cenderung mengikuti nafsunya itu, ataupun remaja lebih suka menyendiri dan menutup diri.

Remaja yang merasakan bahawa fizikalnya sudah seperti orang dewasa sehingga ia merasa pula harus bersikap seperti orang dewasa untuk menutup keadaan dirinya yang sebenar harus memahami bahawa anggapannya itu hanya sekadar imitasi atau peniruan. Untuk itu remaja harus pandai mengendalikan diri dalam menghadapi dunia yang penuh dengan pancaroba dan gejolak ini. Hindarilah dari hanya mengikut kehendak hati, tapi gunakanlah fikiran agar setiap keputusan yang diambil benar-benar mengikuti citarasa ibu bapa, masyarakat dan agama.

Rasa Kebebasan Remaja Pada usia remaja sangat memerlukan kebebasan emosional dan material. Kematangan dalam bidang fizikal atau tubuh mendorong remaja untuk berdikari dan bebas dalam mengambil keputusan untuk dirinya sehingga remaja terlepas dari emosi ibu bapa dan keluarga. Ramai ibu bapa tidak memahami keinginan yang tersimpan di dalam jiwa remaja, sehingga membatasi sikap, keperibadian dan tindakan-tindakan mereka, dengan alasan merasa belas kasihan dan lainlain. Dengan cara ibu bapa sedemikian remaja merasa dirinya tidak dipercayai oleh orang tuanya, akibatnya remaja yang tidak memahami akan hakikat dirinya sendiri akan memberontak dan melawan kepada kedua ibu bapa.

Remaja yang beriman akan mengerti bahawa rasa kebebasan yang timbul dari dalam dirinya itu bukan selamanya harus dituruti, tetapi harus diatasi dengan cara yang bijaksana. Memang betul dalam satu aspek remaja memerlukan kebebasan untuk menentukan keputusannya, namun dari aspek lain remaja masih memerlukan orang tua untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepadanya. Jadi berfikirlah secara positif agar tuntutan dalam diri itu tidak mengalahkan tuntutan dan kehendak mulia orang tua terhadap diri anaknya. Jika ini dapat diatur secara efektif maka tidak akan timbul konflik kejiwaan dalam diri seorang remaja.

Perkara yang terungkit di sekolah • • • • • • • •

Ingin keluar asrama Keluar asrama Bosan Kedatangan Perang mulut Iri hati tidak bertempat Klik/ geng Tiada matlamat

Perkara yang terungkit di rumah • • • • • • • •

Biadap dengan ibu bapa tidak sepakat dengan adik beradik Keluar rumah – balik lewat malam Minta duit sahaja Bertekak dengan ibu Tidur rumah kawan Menipu Mencuri dll

Adakah ini sihat ?

Jaga Tingkahlaku - berpakaian - bertutur • Keluarga • Sekolah • Imej diri • Agama

TAHUKAH ANDA KESAN-KESANNYA

- BAGAIMANAKAH DUDUK DI DALAM PENJARA? - BAGAIMANAKAH JIKA KELUARGA MEMBUANG KITA? - PENYAKIT-PENYAKIT YANG AKAN KITA TANGGUNG?

Terima Kasih

moga apa yang dibicarakan dan dilihat menjadi panduan Ingat yang tersayang dan ALLAH

Related Documents

Remaja Sihat
December 2019 36
Remaja
November 2019 46
Remaja
June 2020 25
Tips Sihat Teks
October 2019 16

More Documents from "cakunza"

Orentasi 1(09)
May 2020 25
Dadah
October 2019 45
Remaja Sihat
December 2019 36
Bahaya Merokok
May 2020 32
Smt (ert) Azizah.jb
June 2020 17
Pt Mc Care1
October 2019 42