Remaja

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Remaja as PDF for free.

More details

  • Words: 1,059
  • Pages: 5
Perjuangan untuk memerdekakan negara daripada belenggu penjajahan untuk kedamaian kemudian untuk mempertahankannya adalah sifat-sifat mulia yang perlu disanjung tinggi oleh generasi remaja. Oleh itu, dalam mengenang kembali sejarah kemerdekaan negara kita, generasi yang hidup pada

zaman

ini

khususnya

golongan

remaja

janganlah

melupakan

pengorbanan para pejuang kemerdekaan yang telah membuka jalan ini kepada kita. Hasil

cetusan

semangat

para

pejuang

cendekiawan dan juga para ulama’,

seperti

tokoh-tokoh

politik,

maka kita wajib menghormati dan

mengenang kembali jasa pahlawan tanah air sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggalkan dunia. Setakat ini negara kita sudah berhadapan dengan berbagai-bagai gejala sosial yang membimbangkan yang memerlukan generasi muda sama-sama insaf dan sedar serta bersungguh-sungguh untuk mengatasinya. Negara kita juga tidak wajar digemparkan dengan sebarang ancaman baru daripada mana-mana kumpulan sehingga ke tahap mengancam keamanan dan keselamatan negara. Dalam kita berusaha meningkatkan kesedaran tentang peri pentingnya kemerdekaan dan melahirkan kesyukuran ke atas manisnya kemerdekaan itu, sudah ada tanda-tanda di dalam masyarakat kewujudan golongan yang mulai cuai dan lupa diri sehingga menimbulkan masalah. Keadaan ini jika tidak dibanteras dengan segera akan membawa kita kembali dijajah, khususnya penjajahan minda, iaitu suatu penjajahan bentuk baru yang licik dan halus. Masalah yang dimaksudkan ialah gejala sosial seperti black metal, pergaulan bebas, samseng, vandalisme, penyalahgunaan dadah, lumba haram dan sebagainya di kalangan remaja. Oleh sebab terlalu merdeka maka mereka lupa dan alpa tentang soal-soal pengorbanan. disiplin, tanggungjawab dan jati diri. Masalah ini tidak wajar dipertanggungjawabkan keatas kerajaan sahaja.

Tanggungjawab untuk menyekat atau mengatasi masalah ini harus menjadi tanggungjawab seluruh remaja. Didik dan tanamkan disiplin dalam diri supaya terhindar daripada sebarang gejala yang boleh merosakkan masa depan diri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Para remaja merupakan waris kepada kepimpinan negara dan kejayaan bangsa

pada

masa

hadapan.

Untuk

itu

bersama-samalah

kita

menggembeleng bagi membentuk dan berusaha agar akhlak dan minda generasi remaja tetap utuh serta berdaya tahan. Usahlah kita membiarkan pintu masa depan kita terbuka luas kepada anasir-anasir jahat menyelinap masuk. Sesungguhnya generasi remaja pada hari ini adalah pintu kepada kemakmuran negara pada masa hadapan. Tidak ada negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang dapat hidup dalam keadaan tenteram, harmoni, saling bantu membantu dan hormat menghormati antara satu sama lain seperti mana dinikmati oleh negara kita . Suasana dan amalan yang dinikmati oleh Malaysia ini merupakan cara hidup yang dituntut oleh Islam. Justeru ,marilah kita memelihara kemerdekaan kita ini dengan mengekalkan perpaduan yang wujud supaya tidak akan ada perasaan curiga mencurigai sesama kita. Kita kekalkanlah permuafakatan yang telah wujud sejak 49 yang lalu sebagai kunci kepada kecemerlangan negara kita di masa yang akan datang. Golongan remaja perlu hidup bersatu hati di bawah lambang perpaduan, menyemai sikap kasih sayang dan bermuafakat untuk kebaikan bersama.

Generasi sesudah merdeka berkewajipan menggembleng tenaga dan bertekad untuk mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman sama ada dalam bentuk fizikal seperti keselamatan negara mahupun spiritual seperti penyelewengan akidah dan penyongsangan akhlak. Generasi remaja hendaklah berusaha dan berkorban segala-galanya demi memerdekakan diri daripada cengkaman kebejatan dan perhambaan hawa nafsu.

Sebagai generasi pasca kemerdekaan, remaja perlu kembali untuk memahami sejarah dan perkembangan negara kita. Ini penting sebagai kayu pengukur dan pemangkin dalam menyumbangkan khidmat dan bakti kepada negara yang tercinta. Tanpa memahami akan perkembangan negara dan buta sejarah , kita mungkin akan hanyut dibawa arus kesenangan hidup yang melalaikan. Di sinilah peranan golongan remaja sebagai agen yang menggerak dan mengisikan erti kemerdekaan negara. Untuk mewujudkan pencapaian yang cemerlang, negara memerlukan generasi muda yang tangkas, gigih dan sangat dedikasi dalam melaksanakan kerja dan tanggungjawab Remaja perlu meningkatkan kemahiran agar

ia

dapat

digunakan

untuk

dan mendalam ilmu pengetahuan mencipta

kemajuan

yang

lebih

bermakna.Tiada ertinya menikmati kemerdekaan berpuluh tahun akan tetapi cara dan pemikiran masih dikongkong oleh kekalutan berfikir dan kesempitan idea. Sehubungan dengan itu, kita tidak sepatutnya merasakan cukup sekadar apa yang ada. Kita perlu membuka ruang dan mencipta peluang seperti mewujudkan

trend

pemikiran

yang

lebih

proaktif.

Kemajuan

dan

perkembangan dunia sekeliling perlu dimanfaatkan dan dipergunakan sebagai sebahagian daripada bahan-bahan bagi memajukan diri dan negara. Semangat kenegaraan dan mencintainya mesti tumbuh subur di setiap sanubari golongan remaja. Perasaan seumpama ini sebagai bekalan terbaik dalam mengharungi liku-liku kehidupan bernegara. Ini penting agar setiap pengaruh dan cabaran yang datang melanda masyarakat dapat didepani dengan lebih berani dan berupaya. Justeru

remaja perlu memiliki minda

merdeka yang dinamik, cemerlang dan bertenaga. Dalam suasana aman dan sejahtera hasil kemerdekaan ini, sudah sampai masa dan mustahak bagi semua pihak untuk sentiasa meningkatkan kewaspadaan terhadap apa-apa juga unsur yang boleh menggugat

keamanan dan kesejahteraan negara. Bersama-samalah kita menjaga dan mengawal bumi Malaysia yang tercinta ini daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini agar kesejahteraan dan keamanan yang kita nikmati selama ini terus dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Kedaulatan negara perlulah dipertahankan dengan sebaik-baiknya supaya anak-anak kita dapat mengecapi kebebasan seperti yang kita miliki sekarang.Janganlah kita yang menjadi penyebab kehilangan kebebasan ini untuk dinikmati generasi masa hadapan.Para remaja adalah di antara golongan yang dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan kemerdekaan negara ini.kita seharusnya berbangga kerana dapat menetap di negara bertuah yang dipanggil Malaysia.Untuk mencerminkan perasaan cinta kepada negara sendiri,remaja perlulah menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Para remaja perlulah bersemangat setia kepada negara supaya pengekalan kemerdekaan negara dapat dilakukan dengan semangat kepahlawanan

yang

berkobar-kobar.Di

antara

cara

untuk

remaja

mengekalkan kemerdekaan negara adalah dengan menyertai angkatan tentera.Tentera amat diperlukan pada setiap masa kerana peperangan boleh meletus secara tiba-tiba.Dengan kekuatan tentera yang hebat, kedaulatan negara dapat dipertahankan.Remaja perlulah sedia berkorban untuk bangsa dan negara. Remaja juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara. Apabila semangat bersatu padu tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga akan musnah seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu.Jadi semangat kekitaan perlulah dipupuk sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara. Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat melahirkan remaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Remaja perlulah

menyematkan

disiplin

dalam

diri

dengan

cara

menjadi

lebih

bertanggungjawab dan menepati masa sekaligus dapat menjadi warganegara yang berguna.Disiplin di kalangan remaja juga dapat dipupuk dengan menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan ketenteraan seperti Maktab Tentera Diraja,Kolej Tentera Darat,Kolej Tentera Udara dan Akademi Tentera Malaysia yang dapat membentuk sifat keperibadian yang unggul. Dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan negara, remaja perlulah

lebih

berusaha

dan

produktif

apabila

melakukan

sesuatu

perkara.Para remaja haruslah lebih tabah dalam menghadapi cabaran demi mempertahankan hak-hak mereka.Kita juga mesti berdikari dan tidak bergantung kepada kuasa-kuasa asing supaya dapat menjamin kedaulatan negara.

Related Documents

Remaja
November 2019 46
Remaja
June 2020 25
Cabaran Remaja
June 2020 18
Kenakalan Remaja
November 2019 37
Mentor Remaja
May 2020 17

More Documents from ""

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31