€
ELAKKAN Makanan bergoreng.
Ramadhan datang lagi. Semua umat Islam seluruh dunia diwajibkan berpuasa. Tentu adik-adik juga tidak terlepas dari menunaikan Rukun Islam ini. Mengambil kira tempoh menahan diri daripada makan dan minum yang agak panjang iaitu kirakira 12-13 jam mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari, adalah disarankan mengambil makanan yang lambat dihadam yang mengandungi fiber atau sarat berbanding makanan yang mudah dicernakan.
MAKAN Makanan makanan biji-bijian kekacang
yang lambat dihadam adalah yang mengandungi bijirin dan seperti barli, gandum, oat, dan lain-lain.
Pisang ialah sumber yang baik untuk kalium, magnesium dan karbonhidrat. Makanan yang diambil hendaklah seimbang dan mengandungi setiap kumpulan makanan iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, daging / ayam / ikan, roti/bijiriin/biji-bijian seperti beras, jagung, gandum dan lain-lain serta produk tenusu.
MINUM Sebanyak mungkin air atau jus di antara selepas berbuka puasa dan masa tidur supaya badan anda dapat menukar tahap bendalir dalam masa yang ditetapkan.
berlemak
dan
Makanan yang men- gandungi terlalu banyak gula. Makan terlampau banyak terutamanya waktu sahur. Makanan kering adalah tidak sihat dan perlu dihadkan kerana boleh menyebabkan sakit perut disebabkan makanan tidak hadam, pedih hulu hati dan masalah berat badan.
.
BERBUKA PUASA Berikut diberikan beberapa tip sewaktu berbuka puasa : Makan 3 biji tamar, satu hidangan jus (4 auns) dan semangkuk sup sayur-sayuran bersama sedikit pasta atau biskut. Semasa berbuka, badan memerlukan sumber tenaga yang tersedia dengan mudah dalam bentuk glukosa bagi setiap sel hidup khususnya otak dan sel-sel saraf pada kadar segera. Buah tamar atau kurma dan jus merupakan sumber yang baik untuk mendapatkan gula. Dalam kuantiti seperti di atas (4 auns), kurma dan jus adalah memadai untuk mengembali- kan semula glukosa darah rendah ke tahap yang asal. Jus dan sup membantu mengekalkan keseimbangan cecair dan mineral di dalam badan. Makan terlalu banyak hidangan manis yang ditambah dengan gula bukanlah sesuatu yang sihat untuk kesihatan anda.
.