PROSES PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN
Disediakan oleh: Wan Hafizah bt Wan Husain Siti Zaleha bt Abdul Hamid PISMP 3.06
SOALAN TUTORIAL: Menggalurkan proses pembentukan perlembagaan
1949
1946 1 April 1946
1963
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
(Perlembagaan Malayan Union)
1 1 Februari 1948 (Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948)
Perlembagaan Malaysia 1963
1957 Perlembagaan Kemerdekaan 1957
1946 1 April 1946 (Perlembagaan Malayan Union) British Military Administration (BMA) telah dibubarkan pada bulan Mac 1945. diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946. terbentuk hasil dari Perjanjian Mac Michael pada tahun 1945. Perjanjian ini memberi peruntukan kepada British bagi mentadbir Tanah Melayu dalam perintah-dalam-Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree) bertarikh 23 Mac 1946. semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu 1946. Bagaimanapun, perlembagaan dan perjanjian ini mendapat tentangan yang kuat dari raja-raja Melayu dan Rakyat Tanah
1948 1 Februari 1948 (Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948) Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Hasil dari perjanjian ini satu perlembagaan baru telah digubal dan berkuat kuasa pada 1 Februari 1948 = Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1948. Mengikut perjanjian ini, Kerajaan Pusat akan mengandungi seorang Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan. Majlis Perundangan (Legislative Council) mempunyai anggota rasmi dan sebilangan besar anggota tidak rasmi akan dipilih dan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
1949 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (1949) terdiri daripada pelbagai hubungan etnik telah berusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi. Ia wujud kerana permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. CLC ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan. Melalui CLC ini pemimpin dari pelbagai golongan etnik berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan mencari jalan penyelesaian.
tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lok, C.C. Tan, Dr. J. S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham. Kebanyakan cadangan CLC telah dimasukan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.
1957 Perlembagaan Kemerdekaan 1957
1963 Perlembagaan Kemerdekaan 1957 Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Malaysia Borneo Utara, Sarawak dan Singapura akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada, dan persekutuan ini dinamakan Malaysia. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara 1(1) dan Perkara (2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Akta ini berkuatkuasa pada 16 September 1963. Pada masa yang sama juga Queen Great Britain melepaskan bidang kuasa baginda di Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.
Maka dengan ini wujudlah Persekutuan Malaysia yang merdeka dan berdaulat dengan mempunyai perlembagaannya sendiri. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Bagi sabah dan Sarawak draf Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dilampirkan dalam Jadula Perjanjian Malaysia dan perlembagaan itu kemudiannya telah diisytiharkan sebagai Perlembagaan Negeri Sabah dan Sarawak.
tamat