Pembentukan Perlembagaan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pembentukan Perlembagaan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,454
  • Pages: 17
SENARAI KANDUNGAN Muka surat A) Peta Minda

 Perlembagaan  Konsep Perlembagaan  Unsur-unsur Perlembagaan B) Carta garis masa sejarah penggubalan perlembagaan

sehingga penubuhan Malaysia C) Laporan lengkap berkaitan ciri-ciri utama dalam setiap peringkat

ke arah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia

D) Kepentingan perlembagaan dalam konteks pembinaan

sesebuah negara bangsa

 Integrasi  Nasionaliti  Nasionalisme  Partiotisme  Demokrasi

Pelaksanaannya melalui  Wawasan 2020  Islam Hadhari

 Konsep 1 Malaysia E) Bibliografi

DEFINISI Kamus dewan - undangundang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri

PERLEMBAGA AN

KONSEP (*)

JENIS-JENIS UNSUR –UNSUR (*)

• Bertulis

Bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Contoh: Perlembagaan Malaysia

• Tidak Bertulis Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang adat. Contoh: Adat temenggung

(*) diterangkan pada muka surat seterusnya

KONSEP PERLEMBAGAAN

SHAMSU L AMRI

Kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis. Menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum dalam melaksanakan kuasa tersebut.

TUN SALLEH ABAS

RUSLAN ZAINUDD UIN

SALMAH HUSSAIN

Surat catatan atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden.

Satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaaan dan hak-hak rakyat.

Catatan yang penting dalam menyatakan kedaulatan dan kewujudan sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan kemasyarakatan. Perlembagaan tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Pembentukan Perlembagaan juga berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain atau sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa.

BAHASA MELAYU �Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmi �Tiada larangan menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain.

INSTITUSI BERAJA �Raja berkuasa mutlak 疋ibantu oleh pembesarpembesar yang dilantik sebelum penjajahan British.

AGAMA ISLAM �Perkara 3(1), agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. �Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. �Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama.

UR S N �U R U AAN G UNS A MBKEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG E L MELAYU, BUMIPUTERA SABAH & PER SARAWAK �Jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan, kemudahan khas. �Tanah rizab orang Melayu dilindungi daripada diselenggara oleh orang bukan Melayu. �Kemasukan perkhidmatan orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu.

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA Malayan Union (1946)

Persekutuan Tanah Melayu (1948)

Sistem Ahli (1951)

Laporan Perlembagaan (1954)

Pilihanraya Umum Pertama (1955)

Suruhanjaya Reid (1956)

Penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu Merdeka (1957)

Kemerdekaan Tanah Melayu (1957)

Suruhanjaya Cobbold (1962)

Perlembagaan Malaysia (1962)

Penubuhan Malaysia (1963)

LAPORAN LENGKAP BERKAITAN CIRI-CIRI UTAMA DALAM SETIAP PERINGKAT KE ARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA

PENGENALAN Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Laungan keramat itulah yang kerap kita dengari bila menjelangnya tanggal 31 Ogos pada setiap tahun. Pada tarikh bersejarah ini, setiap lapisan masyarakat dari pelbagai kaum tidak melepaskan peluang untuk meraikan sambutan yang gilang gemilang ini dengan gembira dan meriahnya. Semua kemeriahan sambutan ini diharap bukan hanya tinggal sebagai sambutan perayaan sahaja. Sebagai warga Malaysia yang merdeka, kesedaran mengenai sejarah dan kepentingan mengekalkan kemerdekaan negara amatlah penting dan perlu dipupuk

serta ditanam dalam seluruh jiwa generasi Malaysia. Lantaran itu marilah sama-sama mengimbas kembali sejarah yang telah menjadikan perjalanan kehidupan kita aman dan damai sehingga hari ini serta setiap perjuangan anak bangsa yang tidak pernah kenal erti jemu dan mengalah. Sejarah awal pentadbiran di Tanah Melayu telah dikuasai oleh pihak Kerajaan British yang telah banyak memainkan peranan sekaligus memonopoli Tanah Melayu. Para pentadbir British ini amat cekap dan berkesan dari segi tindakan dan perancangan dalam merencanakan pelbagai dasar dan corak pentadbiran untuk mengekalkan kuasa mereka. Pelbagai cubaan dan rancangan telah dilaksanakan untuk melumpuhkan pucuk pimpinan yang diterajui oleh orang Melayu. Dengan usaha yang gigih akhirnya mereka berjaya menguasai Tanah Melayu yang diserah secara rela oleh raja-raja Melayu melalui umpanan dan ganjaran. Faktor campuran tangan pihak British adalah disebabkan beberapa perkara antaranya faktor ekonomi, kebimbangan British terhadap campur tangan pihak lain, ketidakstabilan politik dan keselamatan di Tanah Melayu. Selain itu, terdapat juga permintaan daripada pembesar Melayu agar British dapat membantu dalam menamatkan pertempuran dan pertumpahan darah seterusnya mewujudkan ketenteraman dan kedamaian. Campur tangan pihak British ini telah meninggalkan beberapa kesan antaranya kesan sosio – ekonomi dan politik di Tanah Melayu. Kejayaan British dalam menakluki Asia telah mendorong Jepun untuk membina kemajuan mereka. Persaingan sengit berlaku selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua di mana tentera Jepun telah meluaskan serangannya dan menguasai beberapa bahagian termasuklah Tanah Melayu. Kesannya, pemerintahan tertinggi Tanah Melayu telah diambil alih oleh Ketua Gabenor Jepun. Raja Melayu sekadar lambang, dan kuasa mereka hanya terhad ke atas agama Islam sahaja. Pendudukan Jepun ini telah menimbulkan kesedaran nasionalisme yang lebih mendalam di kalangan orang Melayu. Kemenangan mereka ini menaikkan semangat pejuang Melayu untuk membebaskan tanah air dari jajahan. Dengan semangat ini lalu tertubuhlah beberapa persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), PETA, KRIS dan sebagainya. Kesedaran dan keinsafan pemimpin dan rakyat Melayu semakin memuncak dengan kezaliman yang dilakukan oleh pihak Jepun. Pada Ogos 1945 bandar Hiroshima dan Nagasaki telah

hancur akibat bom atom daripada tentera Amerika Syarikat. Seterusnya pada 13 Ogos 1945, bandar Tokyo pula telah diserang dengan hebat oleh tentera yang sama. Ini menyebabkan tentera Jepun secara rasminya menyerah kalah pada tanggal 2 September 1945. Kesannya, pada 1 April 1946, British telah mengisytiharkan Malayan Union yang diketuai oleh Sir Edward Gent sebagai gabenor yang pertama. Namun pengisytiharan tersebut ditentang hebat oleh orang Melayu. Antara sebab-sebab penentangannya ialah kerana MacMicheal menggunakan paksaan terhadap Raja-raja Melayu dan raja-raja hanya dijadikan ‘boneka’ setelah kehilangan daulat dan kuasa. Soal kerakyatan pula telah disamatarafkan dan menyebabkan orang Melayu kehilangan pelbagai hak sebagai bumiputera. Lantaran itu, satu perancangan yang lebih kemas dan tersusun yang tidak pernah terlihat sebelum ini telah berlaku. Pada tahun 1946, merupakan titik permulaan perjuangan yang menampakkan semangat perpaduan yang lebih jitu di kalangan orang Melayu. Ini terbukti pada Kongres Melayu yang pertama dimana, kongres tersebut telah menghimpunkan 41 buah pertubuhan bangsa Melayu dengan kata sepakat telah dicapai iaitu untuk menentang habis-habisan gagasan Malayan Union. Selain itu, kongres tersebut bertujuan untuk menetapkan satu penubuhan politik yang terdiri daripada orang Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Dalam Kongres Melayu ketiga pula yang telah diadakan di Istana Besar, Johor Bharu pada 11 – 12 Mei 1946, maka secara rasminya tertubuhlah PEKEMBAR atau lebih dikenali sebagai UMNO (United Malays National Organisation) yang dipimpin oleh Dato’ Onn bin Jaafar sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama. Antara rentetan-rentetan gerakan yang dianjurkan oleh UMNO ialah pemulauan majlis perlantikan Gabenor Malayan Union sehingga akhirnya berjaya membawa kepada pemansuhan Malayan Union pada tahun tersebut. Pada 24 dan 25 Mac 1951, dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO, UMNO telah mengubah dasar perjuangannya yang bercogankan ‘Hidup Melayu’ kepada ‘Merdeka’. Seterusnya, satu persidangan agung tergempar UMNO telah diadakan di Melaka pada 18 April 1954 bagi merangka strategi untuk proses rundingan kemerdekaan di London. Dengan sokongan dan semangat yang menjulang tinggi, Tunku Abdul Rahman bersama rombongan UMNO – MCA berlepas ke London pada 21 April 1954 untuk menuntut kemerdekaan daripada British.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM USAHA PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Melihatkan kesungguhan orang Melayu dalam menentang habis-habisan Kerajaan British akhirnya pada Julai 1946, British mula bertolak ansur melalui penubuhan satu jawatankuasa kerja yang terdiri dari wakil-wakil UMNO, wakil raja-raja negeri Melayu dan wakil kerajaan British. Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut adalah untuk menggubal satu perlembagaan yang baharu dan ianya telah dipersetujui melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian ini telah dimeterai di King House pada 21 Januari 1948. Mengikut perjanjian ini, negeri-negeri Melayu Pulau Pinang dan Melaka menjadi Tanah Perlindungan British manakala Singapura tetap menjadi tanah jajahan mereka. Manakala Kuasa Tertinggi British adalah di bawah Pesuruhjaya

Tinggi

yang

dibantu

oleh

Majlis

Mesyuarat

Kerja

dan

Dewan

Perundangan. Melalui perjanjian ini syarat-syarat kewarganegaraan diperketatkan dan hak istimewa orang Melayu dipelihara. Akibatnya wujud ketidakpuashatian di antara kaum yang menyebabkan satu perjumpaan telah diadakan di rumah Dato’ Onn dengan dihadiri Tan Cheng Lock, Thivai Singam (mewakili MIC), Malcolm McDonald, Ronald Braddel dan pemimpin-pemimpin lain. Perjumpaan ini bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum pada Januari 1948. Pada 1951 pula, satu sistem baru telah diperkenalkan yang dinamakan sebagai Sistem Ahli. Beberapa perubahan telah diwujudkan dan 7 jabatan diserahkan oleh pihak British kepada pemimpin tempatan manakala tiga portfolio yang lain dikekalkan. Jabatan – jabatan tersebut ialah Hal-ehwal Ekonomi, Hal-ehwal Dalam Negeri, Kesihatan, Pelajaran, Pertanian dan Perhutanan, Tanah, Galian dan Perhubungan, Industri dan Hubungan Sosial, Kerja Raya dan Perumahan, Keretapi dan Pos. Antara yang dilantik ialah Dato’ Onn bin Jaafar bagi mengetuai Jabatan Hal-ehwal Dalam Negeri, Hau Sek Lee mengetuai Jabatan Kesihatan manakala Thuraisingam mengetuai Jabatan Pelajaran. Kesemua jabatan ini diletakkan di bawah kawalan Ahli Majlis

Undangan Persekutuan. Penubuhan sistem ini bertujuan untuk memberi latihan kepada pemimpin tempatan memerintah negara sendiri secara demokrasi. Dalam usaha ini, satu Pilihanraya Majlis Tempatan yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan iaitu gabungan UMNO dan MCA berjaya memenangi sembilan daripada dua belas kerusi yang dipertandingkan. Parti IMP (Independent Malayan Party) pimpinan Dato’ Onn menang sebuah kerusi dan calon bebas menang dua kerusi. Ketika itu Pesuruhjaya Tinggi Templer telah menerima cadangan Parti Perikatan untuk melantik beberapa ahli UMNO dan MCA supaya menganggotai Majlis Perundangan Persekutuan. Melalui cadangan tersebut, satu rang undang-undang berkenaan Laporan Perlembagaan 1954 mengenai Persekutuan Tanah Melayu untuk mengadakan pilihanraya telah diluluskan dan Pilihanraya Umum ini telah dilaksanakan pada 27 Julai 1955. Dalam pilihanraya ini, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Parti PAS memenangi sebuah kerusi manakala Parti Negara mengalami kekalahan teruk. Hasil daripada kemenangan besar Parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, Tunku Abdul Rahman telah dilantik menjadi Ketua Menteri bagi Tanah Melayu. Dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan, satu suruhanjaya telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menggubal satu perlembagaan bagi Tanah Melayu. Suruhanjaya ini telah dinamakan sebagai Suruhanjaya Reid sempena nama pengerusinya iaitu Lord William Reid. Suruhanjaya ini dianggotai oleh pakar-pakar perlembagaan dari negaranegara Komanwel. Hasilnya, beberapa pendapat, pandangan dan memorandum telah diterima daripada semua lapisan rakyat sehingga terbentuknya sebuah perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka. Syor-syor dalam suruhanjaya ini menyentuh lima perkara iaitu kedudukan Sultan, parlimen, bahasa, agama dan hak orang Melayu. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai oleh seorang Sultan. Di samping itu, sistem kerajaan bersekutu yang sedia ada akan diteruskan dengan adanya kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Raja-Raja Melayu pula akan terus kekal sebagai ketua bagi negeri masing-masing manakala Melaka dan Pulau Pinang akan terus bergabung di dalam Persekutuan dan diketuai oleh seorang Yang Di Pertua (Gabenor). Sistem pentadbiran kerajaan adalah bercorak demokrasi dan Ahli Parlimen akan dipilih melalui pilihanraya umum untuk mewakili rakyat serta mengawal pentadbiran kerajaan.

Selain daripada itu, Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya bahasa Cina dan bahasa Tamil digunakan dalam Parlimen dan Dewan Negeri. Cadangan ini telah ditolak, tetapi membenarkan orang Cina dan orang India menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah manakala agama Islam tetap diterima sebagai agama rasmi Persekutuan. Terdapat juga beberapa cadangan yang dipinda antaranya mengenai hak istimewa orang Melayu di mana hak keistimewaan ini mesti dipertimbangkan semula dari semasa ke semasa di atas arahan Yang Di Pertuan Agong. Persetujuan menerima pindaan tersebut membuktikan bahawa masyarakat di Tanah Melayu mempunyai semangat bertolak ansur yang kuat dan utuh di kalangan rakyat pelbagai kaum. Rentetan daripada itu, pada Januari 1956 Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk berunding dengan Kerajaan British bagi Penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu Merdeka. Rundingan ini dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British dan satu persetujuan telah dicapai mengenai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Namun orang Melayu terpaksa berkorban memberi taraf kewarganegaraan secara longgar kepada bukan Melayu. Hasil daripada perundingan tersebut, pada 5 Ogos 1957 wakil kerajaan British dan Sultansultan menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang mengisytiharkan Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Di mana Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang berdaulat, mengamalkan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri yang pertama. Upacara sambutannya telah diadakan di Stadium Merdeka dengan laungan ‘merdeka’ sebanyak tujuh kali. Selepas beberapa tahun mencapai kemerdekaan, pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan

tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri. Kesannya, pada 17 Januari 1962 satu suruhanjaya dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negerinegeri tersebut. Suruhanjaya itu dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie manakala Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha. Pada 18 April 1962, laporan lengkap mengenainya telah disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Keputusannya, 1/3 rakyat Sabah dan Sarawak menyokong kuat Malaysia, 1/3 menyokong dengan syarat dan 1/3 ingin mencapai kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kesannya, wujud sebuah Perlembagaan Malaysia untuk memberi jaminan hak keistimewaan terhadap Sabah dan Sarawak setelah memasuki Malaysia. Syor-syor Perlembagaan tersebut meliputi nama persekutuan baru ialah Malaysia, perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia, kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak akan dijamin, Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri dan penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin. Selain daripada pemberian hak-hak istimewa tersebut, dasar pendidikan, agama, imigresan, perwakilan Parlimen, kedudukan Bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing. Bahasa Melayu juga dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan. Pada 1 Ogos 1962, hampir kesemua syor-syor tersebut diterima oleh British di mana Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Oleh

itu,

Jawatankuasa

Antara

Kerajaan

akan

ditubuhkan

bagi

merangka

Perlembagaan Malaysia. Tunku Abdul Rahman merupakan tokoh yang terpenting di dalam penubuhan negara

Malaysia

kerana

beliau

merupakan

individu

yang

bertanggungjawab

mengusulkan cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas merangkumi Persekutuan Malaya, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei pada

langkah pertama yang bermula pada 1961. Pada tahun 1962, pilihanraya telah diadakan buat pertama kalinya di Brunei dan Sabah. Walaubagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963 yang turut melaporkan bahawa pandangan awam di mana rata-rata menyokong penubuhan Malaysia. Selepas melalui segala cabaran akhirnya Malaysia secara rasmi telah dibentuk pada 16 September 1963 di mana terdiri daripada Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura, manakala Brunei pula telah menolak. Pengisytiharan tersebut dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru di dalam Persekutuan Malaysia iaitu En. Lee Kuan Yew, En. Donald Stephens dan En. Stephen Kalong Ningkan. Namun pada tahun 1965, Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk sebuah kerajaan sendiri yang merdeka.

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS PEMBINAAN SESEBUAH NEGARA BANGSA Pembinaan negara bangsa sering kali menjadi matlamat utama yang hendak dicapai oleh sesebuah negara terutamanya negara yang didiami oleh masyarakat pelbagai kaum. Keupayaan membina sebuah negara bangsa dilihat sebagi kemuncak kejayaan sebuah Negara, pentadbiran dan penduduknya. Aspek-aspek yang boleh mempengaruhi pembinaan negara bangsa ini telah dipersetujui melalui perbincangan dimana terdapat lima perkara yang perlu diambil kira dalam pembinaan sesebuah negara bangsa iaitu integrasi, nasionaliti, nasionalisme, patriotisme dan demokrasi. Integrasi menurut kamus dewan membawa maksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lain) menjadi satu

kesatuan; penyatuan, manakala berintegrasi pula membawa maksud bergabung, berpadu. Integrasi nasional merupakan satu titik yang penting dalam proses pembinaan satu negara bangsa bagi negara majmuk seperti Malaysia. Semenjak penubuhan Malaysia lebih 45 tahun yang lalu sehinggalah kini, pelbagai isu yang berkaitan dengan integrasi nasional masih lagi hangat diperkatakan antaranya ialah bagaimana untuk menyatupadukan rakyat jelata dari segi psikologi, wilayah-wilayah yang terpisah oleh faktor geografi dan mempunyai latar belakang kebudayaan dan sosio-ekonomi yang berbeza. Melalui integrasi, masyarakat dapat mengelakkan timbulnya perasaan perkauman atau kenegerian atau apa jua fahaman kebangsaan yang sempit. Nasionaliti pula secara mudahnya boleh diertikan sebagai kewarganegaraan, contohnya kita merupakan warganegara Malaysia. Ia juga merupakan elemen yang penting dalam mempamerkan identiti sesebuah negara bangsa seperti kad pengenalan yang sama pada semua warganegara. Melaluinya, akan wujud sifat setia, sayang dan sanggup berkorban untuk negara. Oleh itu, melalui nasionaliti faktor kebersamaan dan perasaan berkongsi milik dalam hal seperti budaya kebangsaan, sistem politik dan bahasa boleh menjadi faktor penyatuan rakyat. Nasionalisme membawa ideologi yang menegaskan penemuan semula dan pengekalan identiti kebudayaan sendiri iaitu satu proses kesedaran yang dialami oleh sesuatu bangsa terhadap entiti kebangsaannya yang berasingan dari entiti lain. Nasionalisme juga secara mudahnya boleh dimaksudkan sebagai perasaan cinta kepada tanah leluhur. Perasaan ini boleh dilahirkan menerusi tindakan seperti penentangan terhadap penjajah atau boleh juga dilahirkan dengan sentimen kebangsaan seperti menyanyikan lagu kebangsaan iaitu “Negaraku” atau menaikkan bendera negara. Pada zaman dahulu lagi semangat ini telah tertanam dalam diri rakyat iaitu semasa zaman pemerintahan British. Manakala patriotisme pula adalah kesetiaan teragung yang terdapat di dalam diri rakyat yang bersedia berkorban nyawa untuk tanah air yang dicintai. Sebagai generasi hari ini kita harus tahu tentang kepentingan nilai patriotisme. Menerusi faktor patriotisme, bangsa akan menjadi kuat dan mampu berjuang membangunkan bangsa daripada mengalami kemunduran dan penindasan. Ini kerana hanya bangsa yang kuat sahaja yang akan berjaya dalam menghadapi cabaran abad ke- 21. Demokrasi pula ialah satu bentuk kerajaan di mana kuasa

menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Malaysia merupakan negara bersistem pemerintahan demokrasi kerana rakyat bebas dalam meluahkan pendapat dan mempunyai hak dalam memilih. Ini kerana peranan demokrasi juga adalah untuk mewujudkan keutuhan pentadbiran yang direstui rakyat secara keseluruhannya. Negara bangsa hanya wujud apabila adanya kefahaman mendalam berkenaan demokrasi. Penerimaan setiap hakikat yang dilahirkan oleh proses demokrasi ialah keyakinan terhadap suatu ideologi yang akan memastikan terhindarnya sebarang kegawatan politik. Ini akan mewujudkan keamanan dengan tiadanya proses politik lain yang negatif seperti demonstrasi atau kudeta.

PELAKSANAANNYA MELALUI WAWASAN 2020, ISLAM HADHARI DAN KONSEP 1 MALAYSIA Wawasan 2020 adalah rangka tindakan konkrit gagasan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk Malaysia melangkah ke hadapan bagi mencapai matlamat sebagai sebuah negara maju dari segala segi seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang kukuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokrasi, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif, makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan. Dalam membentuk Wawasan 2020, terdapat 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Cabaran ini perlu ditangani bersama agar ia lebih mudah diselesaikan. Semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi pula, beliau telah memperkenalkan satu konsep iaitu konsep Islam Hadhari. Islam Hadhari telah memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada

usaha

mempertingkatkan

mutu

kehidupan

melalui

penguasaan

ilmu,

pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Selain

daripada itu, konsep Islam Hadhari juga adalah untuk mempertingkatkan mutu kehidupan dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari menegaskan beberapa prinsip dalam memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama iaitu keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI, kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka, penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif, kehidupan berkualiti, pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan moral, pemeliharaan alam semula jadi dan kekuatan pertahanan. Sesuai dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, Perdana Menteri kita YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak telah memperkenalkan satu konsep iaitu konsep 1 Malaysia. Rakyat di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Konsep ini bertetapan dengan suasana dan cita rasa rakyat dan juga selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prisip-Prinsip Rukun Negara. 1 Malaysia ini juga sangat selari dipraktikkan kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan mereka perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur serta membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Dengan slogan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’, konsep ini telah membawa lapan nilainilai murni iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti yang boleh membantu dalam membina sesuatu negara bangsa.

Related Documents