Program Mobiliti, Riadah Dan Sambutan Harijadi

  • Uploaded by: SMK Dato' Kamaruddin
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Program Mobiliti, Riadah Dan Sambutan Harijadi as PDF for free.

More details

  • Words: 293
  • Pages: 1
Disediakan oleh Zarina Mohamed Zain (AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama) TARIKH TEMPAT AKTIVITI

: 15 JULAI 2009 : BUKIT LARUT TAIPNG, MUZIUM TAIPING DAN DATARAN KEDAMAIAN TAMAN TASIK TAIPING : PROGRAM MOBILITI, RIADAH DAN SAMBUTAN HARIJADI

Program mobiliti, riadah dan sambutan harijadi telah dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun ini pada 15 Julai 2009 yang lepas. Pada tahun ini, Program mobiliti dan riadah ini telah diadakan di Bukit Larut, Taiping dan Muzium Taiping. Sementara majlis sambutan harijadi telah berlangsung di Dataran Kedamaian, Taman Tasik Taiping. Program seperti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid pendidikan khas untuk bersama-sama beriadah di tempat-tempat riadah, menggalakkan interaksi dan sosialisasi di antara murid berkeperluan khas dengan masyarakat sekeliling dan menambah pengalaman dan pengetahuan tentang tempat- tempat lawatan dan riadah kepada murid-murid berkeperluan khas serta mengeratkan silaturrahim di kalangan murid dan guru serta masyarakat sekeliling. Pengalaman menaiki land rover untuk ke puncak Bukit Larut merupakan satu pengalaman baru bagi para pelajar. Sebaik tiba di puncak Bukit Larut, kami menyaksikan pemandangan semulajadi ciptaan Allah s.w.t yang indah dan menarik. Suasana dingin dan nyaman serta pemandangan bandar Taiping dapat dlihat dari atas Bukit Larut. Setelah bersarapan dan menikmati pemandangan indah Bukit Larut, kami turun semula ke kaki bukit dengan menaiki land rover sebelum pergi melawat ke Muzium Taiping. Setelah melawat Muzium Taiping, kami kemudiannya bergerak ke Dataran Kedamaian di Taman Tasik Taiping untuk mengadakan majlis sambutan harijadi. Guru-guru dan pelajar-pelajar yang menyambut harijadi pada bulan Januari hingga Jun diraikan dalam majlis ini. Mereka memotong kek harijadi dan menerima hadiah. Majlis diteruskan dengan jamuan tengahari sebelum kami beredar pulang ke sekolah. Program Mobiliti, Riadah dan Sambutan Harijadi ini telah dijalankan dengan jayanya dan menepati tujuan asalnya. Semoga program seperti ini dapat dirancang lagi pada masa akan datang.

Related Documents


More Documents from ""