Laporan Program Sambutan Bulan Dakwah

  • Uploaded by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Program Sambutan Bulan Dakwah as PDF for free.

More details

  • Words: 699
  • Pages: 6
LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN BULAN DAKWAH DAN MAULID AL-RASUL, SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU Tarikh : 05.03.2009 – 13.03.2009 Tempat : SK Terusan Baru Sandakan Penglibatan : Semua Warga Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Sandakan, telah menganjurkan sambutan Bulan Dakwah peringkat sekolah yang diadakan dari 05.03.2009 – 13.03.2009 di Sekolah Kebangsaan Terusan Baru. Program ini dianjurkan atas arahan daripada Jabatan Pelajaran Sabah dan Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan. Semua warga sekolah termasuk bukan kakitangan guru turut serta bersama menjayakan program ini selain daripada murid-murid yang merupakan sasaran utama penganjuran sambutan sebegini. Acara ini merupakan program julung-julung kali diadakan di peringkat sekolah dan pelbagai acara dan aktiviti telah dijalankan. 05.03.2009 (Khamis) Pada hari tersebut telah diadakan pertandingan tulisan jawi yang melibatkan murid-murid tahun 1 hingga tahun 6. Pertandingan ini diacarakan di kelas tahun 6 pada pukul 200 petang selepas tamat proses pengajaran dan pembelajaran hingga pukul 300 petang. Dalam acara ini, setiap para perserta diberikan sehelai kertas yang ditulis contoh ayat jawi yang cantik manakala perserta hanya perlu menyalin semula ayat tersebut secantik dan sekemas yang mungkin. Aspek yang diambil kira dalam pertandingan ini ialah kekemasan, cantik dan menepati kehendak dan prosedur pertandingan. 06.03.2009 (Jumaat) Kuiz Bahasa Arab telah diadakan pada hari berikutnya yang bertempat di tempat dan waktu yang sama seperti di atas. Perserta yang terlibat dalam kuiz ini ialah pelajar yang mengambil subjek Bahasa Arab sahaja iaitu tahun 1, 2 dan 3. Soalan kuiz diambil daripada silibus Bahasa Arab itu sendiri. 07.03.2009 (Sabtu) Pada hari sabtu acaran yang berlangsung ialah pertandingan kuiz Pendidikan Islam. Pertandingan ini telah diadakan di tempat dan waktu yang sama seperti hari sebelumnya. Perserta yang terlibat dalam kuiz ini ialah murid tahun 1 hingga murid tahun 6 yang mana mereka sememangnya mengambil subjek Pendidikan Islam. Soalan yang digunapakai dalam kuiz ini diambil daripada silibus pelajaran itu sendiri.

09.03.2009 (Isnin) Diadakan pertandingan melaungkan azan dan membaca khutbah di surau kampung Terusan Baru bersama dengan sambutan Maulidurrasul peringkat kampung. Perserta terdiri murid tahap 2 dan disaksikan bapa pelajar yang hadir.

10.03.2009 (Selasa) Sambutan maulidurrasul peringkat sekolah bertempat di kelas tahun 6 dengan pelbagai acara dan perisian menarik diselitkan dalam sambutan ini. 11.03.2009 (Rabu) Pertandingan nasyid yang terdiri daripada 3 kumpulan yang bertanding iaitu tahun 2 dan 3, tahun 4 dan 5 serta tahun 6. Pertandingan diadakan di kelas tahun 6. 12.03.2009 (Khamis) Pertandingan bercerita kisah nabi dan rasul yang disasarkan kepada murid tahap 2 sahaja. Seramai 6 orang murid mengambil bahagian dalam acara ini. 13.03.2009 (Jumaat) Perasmian penutup sambutan bulan dakwah dan penyampaian hadiah yang dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Encik Mohd Zaini Bin Said. Setiap pemenang pertandingan menerima trophy dan sijil penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur. Secara keseluruhannya program ini dapat dijalankan dengan begitu cemerlang hasil daripada kerjasama yang diberikan pihak sekolah dan muridmuird yang mengambil bahagian serta penduduk kampung yang turut sama dalam menjayakan program seumpama ini.

Pelaporan Aktiviti Bulan Dakwah 2009 Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Sandakan Bil

Cadangan Aktiviti

Tarikh Perlaksanaan

1.

Pertandingan Tulisan Jawi

05 Mac 2009 (Khamis)

2.

Kuiz Bahasa Arab

06 Mac 2009 (Jumaat)

3.

Kuiz Pendidikan Islam

07 Mac 2009 (Sabtu)

4.

Pertandingan Azan

09 Mac 2009 (Isnin)

5.

Pertandingan Membaca Khutbah

09 Mac 2009 (Isnin)

6.

Sambutan Maulid al-Rasul Dan 10 Mac 2009 (Selasa) Pelancaran Bulan Dakwah

7.

Pertandingan Nasyid

8.

Pertandingan Nabi

9.

Perasmian Penutup Penyampaian Hadiah

Bercerita

Catatan

11 Mac 2009 (Rabu) Kisah 12 Mac 2009 (Khamis)

Disahkan oleh:

…………………………… Encik Husin Bin Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Sandakan

dan 13 Mac 2009 (Jumaat)

Cop Sekolah

Laporan Kewangan Anggaran Pendapatan Sumbangan Sekolah Sumbangan orang kampung

RM 280.00 RM 40.00

Jumlah Keseluruhan

RM 320.00

Anggaran Perbelanjaan Cenderamata Hamper RM 9.80 X 3 = RM 29.40 Trophy Cenderahati RM 4.00 X 49 = RM 196.00

RM 225.40

Jamuan RM 46.70 X 2 = RM 93.40

RM 93.40

Jumlah Keseluruhan

RM 318.80

Baki RM 1.20 dimasukkan ke dalam akaun bendahari panitia. Disediakan oleh

Disahkan oleh

…………………………………. (SUFIAN BIN SHAH ARIFFIN) Setiausaha Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Sandakan.

…………………………………. (HUSZARUDIN BIN HUSSIN) Ketua Panitia Pen. Islam Sek. Keb. Terusan Baru Sandakan.

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kampung

Pertandingan Melaungkan Azan Dan Membaca Khutbah

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah

Related Documents


More Documents from "Ensiklopedia Pendidikan Malaysia"