Kertas Kerja Terapi Mobiliti Dan Membeli Belah.docx

  • Uploaded by: Iekin Muhamad
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Terapi Mobiliti Dan Membeli Belah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,214
  • Pages: 7
SEKOLAH KEBANGSAAN BACHANG KM4. JALAN MALIM, 75250 MELAKA

KERTAS KERJA TERAPI MOBILITI DAN MEMBELI BELAH

TARIKH : 1 NOVEMBER 2018 HARI : KHAMIS TEMPAT : TERMINAL BAS MELAKA SENTRAL DAN MYDIN AYER KEROH MELAKA ANJURAN : PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN BACHANG

1.0 Pengenalan Terapi dalam Pendidikan Khas adalah salah satu kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Ia bertujuan untuk membantu murid- murid berkeperluan khas dalam mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Program ini adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan- peraturan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan ‘guru- guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Program ini akan memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka juga mempunyai potensi menjadi individu atau masyarakat yang cemerlang dalam kehidupan pada masa hadapan. Mereka haruslah diberi peluang dan pendedahan dalam aktiviti luar kerana ia bertujuan untuk mengeneralisasikan pelajar kearah kehidupan yang sebenar. Aktiviti luar ini juga merupakan sebahagian daripada komponen Pendidikan Jasmani dan Pengurusan Kehidupan di bawah bidang sosial, riadah dan kreativiti sebagaimana yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan turut digabungkan dengan komponen lain. Sebagai pelajar yang telah menjejaki kaki ke alam persekolahan, mereka akan mengalami krisis dan tekanan dalam kehidupan seharian. Di era globalisasi ini, menyukarkan pelajar bekeperluan khas membuat pertimbangan dan penyesuaian tanpa dibantu dan dibimbing iaitu ingin berdikari dalam apa jua bidang. Pada ketika ini, pelajar bekeperluan khas juga boleh berada dalam keadaan yang meragukan jika tidak dikawal. Justeru itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan yang penting dalam membantu remaja ini dimana yang baru melangkah ke sekolah untuk mengetahui perkembangan yang bakal dihadapi dalam membina masa depan yang cemerlang. Pelaksanaan program Pendidikan Khas memerlukan guru yang profesional dan berketerampilan dalam pelbagai aspek bagi menyahut cabaran pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, pengalaman sesebuah organisasi khususnya dalam bidang pendidikan khas amatlah penting untuk memberi pendedahan yang meluas dalam membentuk insan guru yang profesional, berkemahiran dan berpengetahuan luas. Di samping itu, program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengecapi pengalaman sebenar kepada guru-guru pelatih mengenai dunia Pendidikan Khas yang sebenar terutamanya dalam bidang terapi.

2.0 Rasional 2.1 Pelajar lebih berminat untuk mengikuti aktiviti luar yang dijalankan. 2.2 Pelajar dapat membina keyakinan diri. 2.3 Pelajar dapat menimba ilmu berkaitan persekitaran di luar bilik darjah. 2.4 Pelajar boleh berdikari semasa melakukan aktiviti. 2.5 Dapat meningkatkan kemahiran bersosialisasi para pelajar.

3.0 Matlamat Program ini diharapkan dapat membantu murid- murid berkeperluan khas meningkatkan nilai- nilai dalam aspek kehidupan serta meneruskan proses perkembangan diri yang lebih baik ke arah kedewasaan yang mantap dan memberikan pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah yang menyeronokkan.

4.0 Modular Terapi Mobiliti dan Membeli Belah Bil

Mata Pelajaran/ Komponen

1

Bahasa Malaysia ( Tahun 1)

3.1

Mengecam persamaan

3.1.2

Mengecam persamaan bentuk

Bahasa Malaysia ( Tahun 3)

3.1

Membaca perkataan

3.1.1

Membaca perkataan

2

Bahasa Inggeris (Tahun 1)

1.4

Pupils will be able to understand and respond to oral text

1.4.1

Respon with YES or NO based on the stimulus given : picture

3

Bahasa Inggeris (Tahun 3) Matematik ( Tahun 1)

2.3

Menggunakan nombor dalam kehidupan harian

2.3.2

Membilang objek dalam persekitaran

Matematik ( Tahun 3)

4.4

Menyelesaikan masalah harian melibatkan nilai wang

4.4.1

Menyelesaikan masalah harian melibatkan nilai wang

Pendidikan Agama Islam (Tahun 1)

5.1

Memahami dan mengamalkan adab makan

5.1.4

Mengamalkan adab sebelum, semasa dan selepas makan.

Pendidikan Agama Islam (Tahun 3)

7.1

Adab kepada rakan

7.1.1

Pengurusan Diri (Tahun 1)

1.3

Adab makan dan minum.

1.3.4

Adab bergaul dengan rakan-rakan semasa melakukan aktiviti. Mengamalkan adab makan dan minum.

Pengurusan Diri (Tahun 3)

3.1

Menggunakan kemudahan tandas dan bilik mandi

3.1.2

Menjaga alatan di dalam tandas dan bilik air dengan selamat

Kemahiran Manipulatif (Tahun 1)

3.1

Pengamatan pendengaran

3.1.2

Mengecam bunyi seperti haiwan, kenderaan, alam semulajadi dan persekitaran

Kemahiran Manipulatif (Tahun 3)

1.3

Pergerakan motor halus kasar melalui gerakan

1.3.1

Pergerakan bebas dan terkawall

4

5

6

Standard Kurikulum

Standard Pembelajaran

5.0 Objektif 5.1 Menanam kemahiran berdikari dalam diri murid-murid ketika menghadapi situasi persekitaran luar. 5.2 Memupuk semangat kerjasama secara berpasukan dan bertanggungjawab terhadap ahli kumpulan. 5.3 Menambahkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan urusan jual beli. 5.4 Melahirkan murid yang dapat berinteraksi secara mesra dengan masyarakat sekeliling. 5.5 Membina keyakinan diri murid untuk menggunakan pengangkutan awam dan membiasakan diri untuk berada di tempat awam. 5.6 Mendidik jiwa dan tingkah laku yang sopan ketika menggunakan perkhidmatan awam.

5.0 Kumpulan Sasaran Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi, guru-guru dan pembantu pengurusan murid.

Bil

Perkara

Jumlah

1

Pelajar Kelas Pendidikan Khas 1 A

7 orang

2

Pelajar Kelas Pendidikan Khas 1 B

6 orang

2

Pelajar Kelas Pendidikan Khas 3

8 orang

3

Guru-Guru Pendidikan Khas

5 orang

4

Pembantu Pengurusan Murid

2 orang Jumlah

28 orang

6.0 Butiran Program Hari

: Khamis

Tarikh

: 1 November 2018

Masa

: 8.00 pg – 2.00 petang

Tempat : Terminal Bas Melaka Sentral dan Mydin Ayer Keroh Melaka

7.0 Pengangkutan Semua murid, guru dan pembantu pengurusan murid akan menaiki bas

8.0 Jawatankuasa Pelaksana Pengerusi

: En. Mohamad Bin Jaapar

(Guru Besar)

N. Pengerusi 1

: Pn. Siti Zariah Binti Zubir (GPK Kokurikulum)

N. Pengerusi 2

: Pn. Zaiton Binti Ahmad

N. Pengerusi 3

: En. Mohd Zahrol Bin Taha (GPK HEM)

(GPK Pentadbiran)

Penyelaras PPKI/ : Pn. Norashikin Binti Muhamad Setiausaha Bendahari

: Pn. Norisah Binti Hj Said

(Kebersihan)

AJK

: En. Izhar Raihan Bin Muhammad Yazid (Kecemasan) : Pn. Norhasikin Binti Tukimin Pn. Siti Mardiha Binti Shahari

(Makan dan Minum) (Senarai Alatan dan Gambar )

: Pn. Shanisah Binti Deraman

(Brosur)

: Cik Siti Naqibah Binti Baharim

(Jurugambar)

: Semua Guru ( Kawalan dan Disiplin Murid)

9.0 Tentatif Program

Masa

Aktiviti

7.30 pg

Murid berkumpul di sekolah dan bersarapan pagi RMT

8.00 pg

Bertolak ke Terminal Bas Melaka Sentral

8.15 pg

Menaiki bas ke Mydin Ayer Keroh Melaka

9.30 pg

Tiba di Mydin Murid-murid membeli belah mengikut senarai yang telah diberikan sambil diawasi oleh guru-guru dan ppm.

10.30 pg

Aktiviti bayaran di kaunter

11.00 pg

Aktiviti bebas di laman rehat Mydin

11.30 pg

Minum pagi di Mydin

12.15 t/h

Menaiki bas untuk pulang ke sekolah

1.30 ptg

Dijangka tiba di sekolah

10.0 Anggaran Perbelanjaan Bil 1

Perkara Pengangkutan (Bas

Kuantiti

Jumlah

1 buah

Percuma

RM 10

RM 10 X 21 orang

Catatan -

Panorama) 2

Makan tengahari

=RM 210 3

Pembelian alat tulis untuk tahun 2019

Pensil

RM 30 X 21

Pembaris

=RM 42 Kutipan

Pemadam Pengasah pensel

RM 630

daripada murid

Bekas pensel Pensel warna Gam

4

Wang saku

RM 10

RM 10 X 21 org =RM210

JUMLAH

RM 1050.00

* Pembayaran wang murid menggunakan elaun murid khas / sumbangan ibu bapa.

11.0 Penutup Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak yang terlibat, adalah amat diharapkan semoga melalui program ini ianya akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tercapai objektifnya. Diharapkan juga program ini dapat meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran disamping mengukuhkan hubungan di antara pelajar, guru, PPM dan masyarakat luar.

Di sediakan oleh, ........................................................ (NORASHIKIN BINTI MUHAMAD) Penyelaras PPKI, SK Bachang, Melaka

Di sokong oleh, ........................................................ ( Siti Zariah Binti Zubir) GPK Kokurikulum, SK Bachang, Melaka

Diluluskan oleh, ........................................................ (MOHAMAD BIN JAAPAR) Guru Besar, SK Bachang, Melaka

Related Documents

Kertas Kerja
November 2019 68
Kertas Kerja
May 2020 42
Kertas Kerja
June 2020 39
Kertas Kerja
June 2020 44
Kertas Kerja
December 2019 43

More Documents from ""