Sambutan Hari Guru

  • Uploaded by: SMK Dato' Kamaruddin
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sambutan Hari Guru as PDF for free.

More details

  • Words: 266
  • Pages: 1
(Disediakan oleh ZARINA BT MOHAMED ZAIN, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama)

TARIKH : 18 MEI 2009 TEMPAT: SMK DATO’ KAMARUDDIN, BATU KURAU AKTIVITI : SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

16 Mei merupakan tarikh yang bermakna bagi setiap guru. Hari Guru disambut pada tarikh ini setiap tahun. SMK Dato’ Kamaruddin tidak terkecuali menyambut hari penuh bermakna ini pada 18 Mei 2009. Pada hari tersebut, satu majlis khas telah diadakan sempena meraikan hari guru di peringkat sekolah. Tentatif program dimulakan dengan perarakan guru-guru ke dewan terbuka. Majlis didahului dengan bacaan doa diikuti dengan nyanyian lau Negaraku dan lagu Sekolah. Seterusnya ucapan oleh ketua pelajar, YDP PIBG dan Pengetua SMK Dato’ Kamaruddin iaitu En Kamal Bin Mansor. Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan perutusan Pengarah Pelajaran Perak yang dibaca oleh Tn Hj Shamsuddin Bin Ramli, perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dibaca oleh Tn Hj Khairul Anwar Bin Zakaria dan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia dibaca oleh Pn Hjh Noorsidah Bt Mohd Noor. Guru-guru kemudiannya membuat bacaan ikrar dan menyanyikan lagu Guru Malaysia. Acara kemuncak majlis ini, diteruskan dengan persembahan nasyid dan dikir barat oleh para pelajar. Adik Mohamad Ridzuan Bin Zakaria daripada PPKI SMK Dato’ Kamaruddin telah mendeklamasikan sajak dalam majlis ini . Adik Mohamad Ridzuan telah dilatih untuk mendeklamasikan sajak oleh Pn Nor Mala Bt Abdul dan Cik Zanariah Bt Zali. Sebelum majlis berakhir, para pelajar telah diajukan soalan berkaitan dengan Hari Guru. Pelajar PPKI juga telah diberikan peluang untuk menjawab soalan tersebut. Semoga sambutan Hari Guru pada tahun ini terus menyuntik semangat dan keazaman baru kepada semua guru-guru untuk mendidik anak bangsa. SELAMAT HARI GURU.

Related Documents


More Documents from ""