Laporan Program Riadah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Program Riadah as PDF for free.

More details

  • Words: 812
  • Pages: 9
LAPORAN PROGRAM RIADAH DAN MOBILITI ‘TERKENANG SEMASA DULU’ 2009 ANJURAN KELAB PERMAINAN TRADISIONAL & DALAMAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK. MATANG

PROGRAM RIADAH DAN MOBILITI 2009 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Pendahuluan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SK Matang bermula pada Januari 2005. Pada awal kelas dibuka, murid adalah seramai tujuh orang dan guru hanya dua orang. Pada masa itu, tidak banyak aktiviti yang dapat dijalankan kerana murid-murid terdiri daripada murid tahap satu berumur tujuh tahun dan bermasalah Down Sindrom, Autisme dan Cerebral Palsy. Pada masa itu, kedudukan kewangan masih belum kukuh dan menghadapi masalah kekurangan guru. Bilangan murid telah bertambah dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan bilangan guru yang turut bertambah. Jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) N17 untuk Program Integrasi Pendidikan Khas juga telah diwujudkan dan banyak membantu guru-guru untuk menjalankan aktiviti. Program Integrasi pendidikan Khas SK Matang, telah merancang pelbagai aktiviti dan program pada tahun 2009. Antaranya ialah program lawatan, pengajaran dan pembelajaran serta riadah dan mobiliti. Matlamat yang cuba dicapai oleh program ini ialah untuk mewujudkan proses sosialisasi di antara semua murid dan guru. Program ini juga merupakan pelengkap kepada sukatan kurikulum di sekolah bagi komponen aktiviti luar dan eksplorasi sekaligus menjadikan program ini penuh dengan aktiviti berfaedah. Murid-murid akan mendapat pengalaman yang menarik dan sesuai untuk proses pembelajaran mereka. Program ini juga diharapkan dapat memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mensasarkan perkembangan individu secara menyeluruh baik dari segi rohani dan jasmani.

Objektif Tujuan program ini dijalankan ialah untuk :• • •

memberi peluang kepada murid untuk mengenali dan bermain permainan tradisional seperti seremban, tarik upih dan lain-lain. Menggalakkan interaksi dan sosialisasi antara murid dengan guru-guru. Memberi keseronokan dan kegembiraan kepada murid kerana dapat melakukan aktiviti permainan bersama-sama.

Jawatan Kuasa Pengelola Penasihat

: Guru Besar SK Matang En. Fezarudin b Mahamudin

Pengerusi Program

: Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Pn. Shamsiah bt Hj. Mohd Jais

Pengurus Program

: Pn. Norhayati bt Hussain

Bendahari

: En. Zainuddin b Hj. Abdul Rahim

AJK Permainan

: En. Mohamad Zamri b Hj Mohamad Napis En. Mohd Zulfadhly b Ahmad Tarmizi

Pn. Wan Haziatul Izlawati bt Wan Zahari Pn. Umi Kalsom bt Musa Cik Yeap Seok Lei Cik Mona Yaniza Bt Mohammad Cik Shazrina Bt Mohd Ghazali Hadiah

: Cik Juriati bt Jamaludin Pn. Irwazita bt Shamsee

Dokumentasi

: Pn. Nashally bt Shik Jan

Makanan

: Pn. Hjh. Noraminah bt Mokhtar Pn. Faridah bt Ishak

Keselamatan

: Pn. Norul Ashikin bt Mohammad

Laporan program Pada tarikh 4hb November 2009, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) S.K.Matang telah mengadakan program Riadah dan Mobiliti

Terkenang Semasa Dulu. Program ini

mengariskan 3 objektif utama iaitu memberi peluang kepada murid untuk mengenali dan bermain permainan tradisional seperti seremban, tarik upih dan lain-lain. Kedua,untuk menggalakkan interaksi dan sosialisasi antara murid dengan guru-guru dan yang ketiga untuk memberi keseronokan dan kegembiraan kepada murid kerana dapat melakukan aktiviti permainan bersama-sama. Antara aktiviti permainan yang dijalankan pada hari tersebut ialah terompah gergasi, isi air dalam botol, lari dalam guni, bowling padang, tarik upih, galah panjang dan tarik bola mengunakan gelung. Aktiviti ini dimulakan dari pukul 7.30 pagi dengan murid-murid yang dikumpulkan ditapak perhimpunan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan-kumpulan tersebut ialah Rama-rama (biru), ketam (jingga), sotong (kuning) dan yang terakhir ialah dinosaur (merah jambu). Setelah murid dibahagikan ke dalam kumpulan, ketua kumpulan dilantik bagi memantau pergerakan anakanak buah di dalam kumpulan masing-masing. Setelah itu, En. Mohd Zulfadhly b Ahmad Tarmizi telah mengetuai pelajar untuk melakukan reganggan badan sebelum pelajar diarahkan untuk berlari 2 pusingan tapak perhimpunan. Aktiviti dimulakan di padang S.K.Matang dengan dimulai dengan permainan bowling padang, diikuti dengan tarik upih, lari dalam guni dan mengisi air ke dalam botol. Aktiviti riadah ini berehat pada pukul 9.30 pagi sebelum disambung semula pada pukul 10.30 pagi dengan dimulai permainan terompah gergasi, tarik bola menggunakan gelung dan yang terakhir bermain galah panjang.Semua aktiviti ini berakhir pada pukul 11.30 pagi. Aktiviti penyampaian hadiah telah dijalankan. Kumpulan Jingga telah menjadi juara keseluruhan. Naib juara dimenangi oleh

kumpulan biru, ketiga dimenangi oleh kumpulan merah jambu dan tempat keempat dimenangi oleh kumpulan kuning. Para pelajar telah memberikan kerjasama sejak dari pagi lagi. Ini dapat dibuktikan dengan penyertaan setiap pelajar didalam kumpulan dengan setiap pelajar berusaha bersungguhsungguh dalam setiap permainan bagi memastikan kumpulan mereka menjadi juara. Pelajar juga sentiasa membantu rakan-rakan didalam kumpulan serta memberikan sokongan. Program ini juga merupakan pelengkap kepada sukatan kurikulum di sekolah bagi komponen aktiviti luar dan eksplorasi sekaligus menjadikan program ini penuh dengan aktiviti berfaedah. Murid-murid akan mendapat pengalaman yang menarik dan sesuai untuk proses pembelajaran mereka.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

_____________________________ (MONA YANIZA BT MOHAMMAD) GSTT Program Pendidikan Khas Integrasi SK Matang.

____________________________ ( PN.SHAMSIAH BT MOHD JAIS) Penyelaras PPKI SK Matang.

LAMPIRAN

Acara menarik upih bermula….

Cepat….Cepat…kiri….kanan…kiri…kanan….

Lompat….lompat….ketua-ketua kumpulan memperlihatkan kehebatan masing-masing…

Kepit dik elok-elok bola tu….

Acara galah panjang….

Acara bowling padang…..

Cikgu Din memberi ucapan dengan penuh semangat….

Upacara memberi hadiah dilakukan oleh Pn.Shamsiah selaku Penyelaras PPKI S.K.Matang

Upacara selingan…

Upacara poco-poco….

Related Documents