PRINSIP KEBERSIHAN DALAM HADIS-HADIS Ustaz Nazri bin Hasan (Disunting oleh www.darulkautsar.com)
Prinsip Kebersihan ini menunjukkan kepentingan kebersihan dalam Islam sebagai satu aspek yang mesti dijaga sama ada untuk beribadat atau selainnya. Sebagai umat yang bertamadun dan mempunyai etikanya yang tersendiri maka Allah telah mewajibkan kebersihan kepada manusia yang ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Seorang muslim haruslah berada dalam keadaan yang paling baik dan bersih untuk beribadat kepada Tuhannya. Sebenarnya ia tidak terhad kepada beberapa hadis yang akan disenaraikan nanti bahkan terdapat beratus-ratus hadis yang boleh dimasukkan di bawah prinsip ini sama ada secara terang atau dengan isyarat. Prinsip ini juga kita boleh fahami dari al-Quran yang mana sebagai asal dalam prinsip ini. Di antara dalil al-Quran yang jelas prinsip kebersihan adalah firman Allah s.a.w :-
ْك فَطَهّر َ وَثِيَا َب Dan pakaianmu, bersihkanlah (Al-Muddatstsir : 4) Dan firman-Nya lagi :-
َوأَنْ َزلْنَا مِنَ السّمَاءِ مَاءً طَهُورًا Dan kami turunkan dari langit air yang suci (lagi menyucikan). (al-Furqan: 48) Air yang bersih bukan sahaja untuk membersihkan badan dan pakaian bahkan juga untuk menyucikan seseorang daripada hadas. Pakaian dan tubuh yang bersih dari hadas sama ada kecil atau besar adalah di antara syarat utama sama ada sesuatu ibadat itu diterima atau ditolak. Kebersihan yang diutamakan secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu kebersihan zahir dan kebersihan batin. Firman Allah s.w.t:-
َحبّ الْمُتَطَهّرِين ِ حبّ التّوّابِينَ وَ ُي ِ ن الَّ ُي ّ ِإ Sesesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orangorang yang mensucikan diri. (Al-Baqarah : 222)
Dalil ini juga menunjukkan kaitan antara kebersihan zahir dan batin. Seorang muslim yang menyucikan dirinya daripada hadas tidak kira sama ada hadas kecil atau besar, pada zahirnya adalah bersih tubuh badannya dari kotoran. Seorang yang bertaubat pula adalah untuk menyucikan dirinnya dari dosa-dosa. Manakala perbuatan bersuci itu juga membersihkan diri dari dosadosa kecil seperti yang digambarkan dalam hadis yang akan dikemukakan nanti. Oleh itu dengan akal yang sihat, seseorang dapat menilai dan melihat kebersihan sebagai aspek yang penting dan perlu dalam kehidupan. Malah agama-agama lain turut menganggapnya sebagai suatu nilai yang harus dipelihara. Sabda Rasululullah s.a.w :-
سلّمَ قَالَ ل ُتقْ َبلُ صَلةٌ بِغَيْرِ طُهُو ٍر َ َعلَيْهِ و َ ُّصلّى ال َ ّن النّبِي ْع َ َن ا ْبنِ عُمَر ْ َع ٍغلُول ُ ْوَل صَ َدقَةٌ ِمن Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: " Tidak diterima mana-mana solat tanpa wuduk dan tidak diterima mana-mana sedekah daripada harta yang haram." (Riwayat al-Tirmizi)
سلّمَ قَالَ ِمفْتَاحُ الصّلَةِ الطّهُورُ وَ َتحْرِيمُهَا َ علَيْهِ َو َ ُّصلّى ال َ ي ّ ِن النّب ْ َعلِيّ ع َ ْعَن ُسلِيم ْ ّحلِيلُهَا الت ْ التّكْبِيرُ وَ َت Daripada Ali bin Abi Talib daripada Nabi s.a.w : " Kunci solat ialah bersuci, tahrimnya ialah takbiratulihram dan tahlilnya ialah memberi salam" (Riwayat alTirmizi)
Dua hadis ini menunjukkan bahawa Islam sangat menitikberatkan kebersihan sebagai salah satu syarat diterima solat selain meletakkannya sebagai suatu nilai yang tinggi dalam Islam. Sebagaimana pentingnya harta yang halal dalam Islam maka begitulah juga pentingnya kebersihan dalam ibadat.
سلِ ُم ْ ُضَأ الْعَبْ ُد الْم ّ سلّ َم إِذَا تَ َو َ َعلَ ْيهِ و َ ُّصلّى ال َ ّل ِ ن أَبِي هُرَيْ َرةَ قَالَ قَالَ َرسُولُ ا ْ َع َسلَ َوجْ َه ُه خَ َرجَتْ مِنْ َوجْ ِههِ ُكلّ خَطِيئَةٍ َنظَ َر ِإلَيْهَا بِعَيْنَ ْيهِ مَع َ َأَ ْو الْمُؤْمِنُ فَغ ّجتْ ِمنْ يَدَ ْيهِ ُكل َ سلَ يَدَيْ ِه خَ َر َغ َ الْمَاءِ أَوْ مَ َع آخِرِ قَطْ ِر الْمَا ِء أَوْ َنحْوَ هَذَا َوإِذَا
ْ ِطشَتْهَا يَدَاهُ مَ َع الْمَا ِء أَوْ مَ َع آخِرِ َقطْ ِر الْمَا ِء حَتّى َيخْرُجَ َنقِيّا م ن َ َخَطِي َئةٍ ب ِالذّنُوب Daripada Abu Hurairah katanya, Nabi s.a.w bersabda : " Apabila seseorang muslim (katanya: atau mukmin) itu mengambil wuduk, lalu dia membasuh mukanya, keluarlah dari mukanya setiap dosa yang dia pandang dengan dua matanya bersama-sama air atau bersama-sama titisan akhir air ataupun sebagainya. Dan apabila seseorang itu membasuh dua tangannya, keluarlah daripada dua tangannya setiap dosa yang dilakukan oleh dua tangannya bersama-sama air atau bersama-sama titisan akhir air, sehinggalah dia keluar dalam keadaan bersih daripada dosa." (Riwayat al-Tirmizi)
Qadhi `Iyad berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan ‘keluar dosa’ adalah majaz dan isti’arah bagi keampunan kerana ia bukanlah jisim. Ibnu al-‘Arabi pula dalam ‘Aridah al-Ahwazi menyatakan yang dimaksudkan dengan ‘keluar dosa’ itu adalah diampunkan dosanya kerana dosa adalah sifat dan perbuatan yang tidak kekal (di tubuh). Selepas menaqalkan pendapat Ibnu al-‘Arabi, al-Suyuti menyatakan bahawa dosa menyebabkan hitam pada zahir dan batin dan suci itulah yang menghilangkannya berdalilkan hadis ini: Daripada Abu Hurayiah, daripada Nabi s.a.w, dia bersabda : "Sesungguhnya seseorang hamba itu bila melakukan satu dosa, dititik pada hatinya satu titik hitam. Jika dia bertaubat, berhenti dan meminta ampun, dihilangkan (titik hitam) dari hatinya. Dan jika dia kembali (melakukannya) bertambahlah (titik hitam) hingga mengalahkan hatinya. (Tuhfah al-Ahwazi jilid 1 m/s 32) Dan firman Allah s.w.t :
َعلَى ُقلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُون َ َكَلّ َبلْ رَان Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka. (al-Mutaffifin:14) Syah Waliyullah pula mentafsirkannya dengan mengatakan dosa betul-betul keluar tetapi disandarkannya kepada alam misal. Umumnya kita boleh katakan bahawa apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w bukan setakat kebersihan zahir tetapi juga kebersihan batin yang mana tidak kurang pentingnya sebagai mukmin yang sejati.
سلّمَ كَانَ يَبُولُ قَائِمًا فَل َ علَ ْيهِ َو َ ُّصلّى ال َ ي ّ ِن النّب ّ َن حَدّثَكُ ْم أ ْ عَنْ عَائِشَةَ قَاَلتْ َم ل إِل قَاعِدًا ُ ُتصَ ّدقُوهُ مَا كَانَ يَبُو
Daripada Aisyah katanya : " Sesiapa yang menceritakan kepada kamu bahawa Nabi s.a.w kencing sambil berdiri, janganlah kamu membenarkannya. Nabi s.a.w tidak kencing melainkan dalam keadaan duduk." (Riwayat al- al-Tirmizi)
سلّمَ َوأَنَا أَبُولُ قَائِمًا َ علَيْهِ َو َ ُّصلّى ال َ ي ّ ِعنْ عُمَرَ قَالَ رَآنِي النّب َ َن ا ْبنِ عُمَر ْ َع َُفقَالَ يَا عُمَرُ ل تَ ُبلْ قَائِمًا فَمَا ُبلْتُ قَائِمًا بَ ْعد Daripada ‘Umar katanya : " Nabi s.a.w melihat aku kencing sambil berdiri, lalu baginda bersabda : Wahai Umar ! Janganlah kamu kencing sambil berdiri. Maka selepas itu aku tidak lagi kencing sambil berdiri." (Riwayat al-Tirmizi)
علَيْهَا قَائِمًا َ َطةَ قَوْمٍ فَبَال َ سلّ َم أَتَى سُبَا َ علَيْهِ َو َ ُّصلّى ال َ ي ّ ِن النّب ّ َن حُذَ ْيفَ َة أ ْ َع َسح َ َضأَ وَم ّ عقِبَ ْيهِ فَتَ َو َ ََفأَتَيْتُهُ بِ َوضُوءٍ َفذَهَ ْبتُ لَِ َتَأخّرَ عَ ْنهُ فَدَعَانِي حَتّى كُ ْنتُ عِنْد ِخفّيْه ُ علَى َ Daripada Huzaifah (katanya) : "Sesungguhnya Nabi s.a.w pergi ke tempat pembuangan sampah bagi satu kaum, lalu baginda kencing di tempat itu dalam keadaan berdiri. Maka aku membawa kepadanya air dan aku pergi supaya jauh daripadanya. Baginda lalu memanggil aku hingga aku berada hampir dengan dua tumitnya lalu baginda berwuduk dan menyapu ke atas dua khufnya." (Riwayat al-Tirmizi)
سلّ َم إِذَا أَرَا َد ا ْلحَاجَ َة لَمْ يَ ْرفَعْ ثَوْ َب ُه َ علَيْهِ َو َ ُّصلّى ال َ ي ّ ِن النّب َ ن أَنَسٍ قَالَ كَا ْ َع ِحَتّى يَدْنُوَ ِمنْ الَْرْض Daripada Anas katanya : "Adalah Nabi s.a.w apabila hendak membuang air, baginda tidak akan mengangkat pakaiannya sehinggalah dia hampir dengan tempat membuang air." (Riwayat al-Tirmizi)
Hadis-hadis ini adalah di antara puluhan hadis-hadis yang menunjukkan larangan dan keharusan membuang air kecil sambil berdiri. Pada zahirnya ia nampak bercanggah, tetapi sebenarnya larangan ini sebenarnya bertujuan mengelakkan seseorang itu dari tercemar dengan air kencingnya yang mungkin akan terpercik dari tanah, manakala kedudukan yang lebih rendah akan mengurangkan kemungkinan air kencing seseeorang itu memercik kuat.
Hadis ini juga adalah sebahagian dari adab dalam Islam yang menjaga kesopanan dan kesusilaan yang juga kita fahami sebagai roh Islam kerana berdiri itu mendedahkan seseorang kepada penglihatan orang ramai dan itu adalah suatu yang kurang sopan di mata masyarakat. Jadi hadis ini boleh juga kita masukkan ke dalam ‘Prinsip adab’.
ّ َسلّمَ نَهَى أَنْ يَم س َ َعلَ ْيهِ و َ ُّصلّى ال َ ي ّ ِن النّب ّ َن أَبِي ِه أ ْ َن أَبِي قَتَادَةَ ع ِ عَنْ عَ ْب ِد الِّ ْب ِجلُ َذكَرَهُ بِيَمِي ِنه ُ ال ّر Daripada Abdullah bin Abi Qatadah daripada ayahnya katanya : " Sesungguhnya Nabi s.a.w melarang seseorang itu daripada menyentuh kemaluannya dengan tangan kanan." (Riwayat al-Tirmizi)
سلّ َم َ علَيْهِ َو َ ُّصلّى ال َ علّمَكُمْ نَبِيّكُ ْم َ ْسلْمَانَ قَد َ ِل ل َ عَنْ عَ ْب ِد الرّحْمَنِ ْبنِ يَزِيدَ قَالَ قِي ٍط أَوْ بَ ْول ٍ ِل ا ْلقِبْلَةَ ِبغَائ َ جلْ نَهَانَا أَنْ نَسْ َتقْ ِب َ َن أ ُ سلْمَا َ َيءٍ حَتّى ا ْلخِرَاءَةَ َفقَال ْ َُكلّ ش َحجَارٍ أَ ْو أَنْ َنسْتَ ْنجِي ْ َي َأحَدُنَا ِبَأ َقلّ مِنْ ثَلَ َث ِة أ َ ِن أَ ْو أَنْ َيسْتَ ْنج ِ َوَأنْ نَسْتَ ْنجِيَ بِالْيَمِي ٍبِ َرجِي ٍع أَوْ بِ َعظْم Daripada Abd al-Rahman bin Yazid katanya : " Dikatakan kepada Salman : Sesungguhnya Nabi kamu telah mengajar kamu setiap perkara termasuk membuang air ? Lalu Salman berkata : Ya. Beliau melarang kami daripada menghadap kiblat semasa membuang air besar atau kecil, atau beristinjak dengan dengan tangan kanan, atau salah seorang daripada kami beristinjak dengan kurang daripada tiga batu, atau beristinjak dengan tahi binatang atau tulang." (Riwayat al-Tirmizi)
ْ ِل الْتَم س َ سلّ َم ِلحَاجَتِهِ َفقَا َ َعلَ ْيهِ و َ ُّصلّى ال َ ي ّ ِج النّب َ َل خَر َ عَبْدِ الِّ بْنِ َمسْعُودٍ قَا َحجَرَيْنِ َوَأ ْلقَى الرّوْثَةَ َوقَال َ ْحجَارٍ قَالَ َفأَتَيْتُهُ ِبحَجَرَيْنِ وَرَوْثَةٍ َفَأخَ َذ ال ْ لِي ثَلَثَ َة َأ ٌإِنّهَا رِ ْكس Daripada Abdullah Ibnu Masud katanya : "Nabi s.a.w telah keluar untuk menunaikan hajatnya lalu baginda berkata : Carilah untuk aku tiga biji batu. Abdullah Ibnu Masud berkata : Akhirnya aku membawa kepada baginda dua biji batu dan seketul najis binatang yang kering. Lalu Nabi s.a.w mengambil dua batu dan membuang najis tersebut dan berkata : Sesungguhnya ia najis." (Riwayat al-Tirmizi)
سلّمَ ل َتسْتَ ْنجُوا َ َعلَيْهِ و َ ُّصلّى ال َ ِّعَبْدِ الِّ بْنِ َمسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ ال ّن ا ْلجِن ْ ِبِالرّ ْوثِ وَلَ بِالْعِظَامِ َفإِنّهُ زَا ُد ِإخْوَانِكُمْ م Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud katanya : Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Janganlah kamu beristinjak dengan najis binatang dan juga tulang. Sesungguhnya ia merupakan bekalan makanan saudara seagama kamu dari kalangan jin." (Riwayat al-Tirmizi)
سلّمَ قَالَ لَ تَسْتَ ْنجُوا بِالرّ ْوثِ وَلَ بِالْعِظَا ِم َ َعلَ ْيهِ و َ ُّصلّى ال َ ي ّ ِن النّب ّ ِي إ ّ ِقَالَ الشّعْب ّن ا ْلجِن ْ َِفإِنّهُ زَا ُد ِإخْوَانِكُمْ م Al-Sya‘bi berkata : Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda : "Janganlah kamu beristinjak dengan najis binatang dan juga tulang. Sesungguhnya ia merupakan bekalan makanan saudara seagama kamu dari kalangan jin." (Riwayat al-Tirmizi)
Daripada hadis-hadis tadi dapat kita simpulkan bahawa Nabi melarang dari beberapa perkara berikut:Menyentuh kemaluannya dengan tangan kanan. Beristinja’ dengan tangan kanan. Menghadap kiblat ketika membuang air kecil atau besar. Beristinja’ dengan kurang dari tiga biji batu. Beristinja dengan tulang atau najis binatang Seperti juga yang telah dijelaskan sebelum ini, larangan beristinja’ dengan menyentuh kemaluan dengan tangan kanan juga sebenarnya bertujuan menjamin kebersihan tangan. Setelah kebersihan terjamin maka seorang muslim tidak perlu lagi khuatir atau musykil dengan kebersihan tangannya andainya dia tidak membasuh tangan sebelum makan. Selain itu "larangan menyentuh dan beristinja’ dengan tangan kanan" juga bermaksud sebagai syiar permusuhan kita dengan syaitan yang suka menggunakan tangan kiri, syaitan juga suka akan kekotoran, jadi
mengkhususkan tangan kiri sahaja untuk beristinja’ adalah di antara langkah mencegah kekotoran dan menjamin kebersihan. Beristinja’ dengan kurang dari tiga batu pula bukanlah termasuk larangan yang tegas dan tetap bahkan penulis berpendapat bahawa harus menggunakan sebiji batu asalkan ia membersihkan sepertimana pendapat Imam Abu Hanifah. (Tuhfah al-Ahwazi jilid 1 m/s 86)
َ ن أَنْ َيسْتَطِيبُوا بِالْمَاءِ َفإِنّي أَسْ َتحْيِيهِمْ َفإِنّ َرسُو ل ّ ُن أَزْوَاجَك َ ْشةَ قَالَتْ مُر َ ِعَنْ عَائ ُسلّمَ كَانَ َيفْ َعلُه َ علَيْهِ َو َ ُّصلّى ال َ ّل ِ ا Daripada ‘Aisyah katanya : Suruhlah suami-suami kamu supaya beristinjak dengan menggunakan air, kerana aku malu untuk memberitahunya kepada mereka. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w selalu melakukannya." (Riwayat alTirmizi) Hadis ini adalah di antara hadis yang boleh di masukkan di bawah prinsip kebersihan jika dilihat kepada maksud dan tujuannya. Penggunaan air adalah lebih praktikal jika dibandingkan dengan penggunaan batu sahaja kerana ia bukan setakat menyucikan tetapi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. Selain itu beristinja’ dengan air adalah lebih menyucikan, kerana Rasulullah s.a.w sendiri memilihnya sebagai cara beristinjak. Sesetengah ulama berpendapat cara yang terbaik adalah dengan menggunakan kedua-duanya iaitu menggunakan batu dan air ; batu adalah sebagai pengesat sisa-sisa najis manakala air digunakan untuk kebersihan yang lebih meyakinkan dengan itu penggunaan air selepasnya tidaklah terlalu banyak. Ia juga mengelakkan kita dari rasa terlalu jijik kerana sisa-sisa najis telah dikesat. Dan cara ini lebih menjimatkan air dan menepati roh Islam yang melarang pembaziran. Tetapi ini bergantung pada tempat-tempat yang sesuai digunakan batu, kerana mungkin akan menyebabkan tersumbat jika diamalkan di tandas.
ضأْتَ فَانْتَثِ ْر ّ سلّ َم إِذَا تَ َو َ َعلَيْهِ و َ ُّصلّى ال َ ّل ِ سلَ َمةَ بْنِ قَيْسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ ا َ ْعَن ْس َتجْمَرْتَ َفأَوْتِر ْ َوإِذَا ا Daripada Salamah bin Qais katanya : Rasulullah s.a.w bersabda ; "Apabila engkau berwuduk maka hisaplah air ke hidung dan apabila engkau hendak beristijmar (beristinja’ menggunakan batu) maka ganjilkan (bilangan batu). (Riwayat al-Tirmizi)
Sebagaimana hadis yang sebelum ini, hadis ini masih lagi berkisar tentang cara-cara beristinja’ menggunakan batu dan air. Hadis ini menunjukkan :Batu dan air adalah alat utama sebagai pembersih. Pada zaman Rasulullah s.a.w. penggunaan batu adalah lebih meluas kerana bekalan air pada masa itu adalah sedikit dan air biasanya digunakan untuk beristinja’ oleh kaum perempuan, seperti mana hadis ‘Aisyah r.a. sebelum ini. Begitu juga dengan kencing duduk yang dianggap perbuatan khusus bagi kaum hawa pada masa itu. Isyarat supaya menganjilkan batu adalah isyarat kepada tauhid, walaupun dalam menggunakan batu sebagai alat istinja’, Rasulullah s.a.w masih mementingkan ganjil sebagai unsur tauhid. Ganjil adalah isyarat kepada Allah Yang Maha Esa yang tiada genapnya iaitu pasangannya maupun lawannya.
سفَرٍ َفأَتَى َ سلّمَ فِي َ َعلَيْهِ و َ ُّصلّى ال َ ّن الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ كُ ْنتُ مَ َع النّبِي ْ َع ِسلّ َم حَاجَتَهُ َفأَبْعَدَ فِي الْمَذْهَب َ َعلَيْهِ و َ ُّصلّى ال َ ّالنّبِي Daripada al-Mughirah bin Syu‘bah katanya : " Pernah aku bersama-sama Nabi s.a.w dalam satu permusafiran. Tiba-tiba Nabi s.a.w hendak menunaikan hajatnya, lalu baginda mencari tempat yang jauh." (Riwayat al-Tirmizi) Oleh kerana tidak ada penggunaan tandas lagi pada masa ini maka Nabi s.a.w pergi lebih jauh untuk membuang hadas, ini juga bertujuan menjaga kebersihan dan memelihara adab kesopanan. Jadi hadis ini juga sesuai dimasukkan di bawah ‘Prinsip Adab’.
ن إِنَا ٍء ْ ِسلّمَ م َ علَيْهِ َو َ ُّصلّى ال َ ّل ِ ل أَنَا وَرَسُولُ ا ُس ِ َت أَغْت ُ عَنْ مَيْمُونَة قَالَتْ كُ ْن ِصحِيحٌ وَهُوَ قَ ْولُ عَامّة َ ن ٌ َث حَس ٌ ل أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِي َ ن ا ْلجَنَا َبةِ قَا ْ ِوَاحِدٍ م ٍن إِنَاء ْ جلُ وَالْمَ ْرأَةُ ِم ُ سلَ ال ّر ِ س أَنْ يَغْ َت َ ْا ْل ُفقَهَا ِء أَنْ ل َبأ Daripada Maimunah katanya : "Aku pernah mandi bersama dengan Rasulullah s.a.w daripada bekas yang sama kerana janabah." (Riwayat al-Tirmizi)
جفْنَ ٍة َ سلّمَ فِي َ َعلَيْهِ و َ ُّصلّى ال َ ّج النّبِي ِ ض أَزْوَا ُ ْسلَ بَع َ ن ا ْبنِ عَبّاسٍ قَالَ اغْ َت ْ َع لّ إِنّي ِ ضأَ مِنْهُ َفقَالَتْ يَا رَسُولَ ا ّ سلّ َم أَنْ يَتَ َو َ علَيْهِ َو َ ُّصلّى ال َ ّل ِ َفأَرَادَ رَسُولُ ا ُن الْمَاءَ ل ُيجْ ِنب ّ ِكُ ْنتُ جُنُبًا َفقَالَ إ Daripada Ibn ‘Abbas katanya: "Sebahagian daripada isteri-isteri Nabi s.a.w mandi daripada satu bekas air. Lalu Nabi s.a.w mahu berwuduk daripadanya. Maka isterinya berkata : Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya aku dalam keadaan
berjunub. Nabi s.a.w menjawab : Sesungguhnya air itu tidak berjunub." (Riwayat al-Tirmizi) Dua hadis ini dengan jelas menunjukkan ‘Prinsip Kebersihan’ sebagai salah satu prinsip yang terdapat dalam al-hadis. Mandi adalah suatu yang wajib kerana janabah (setubuh dengan isteri) maka dengan itu ia dinamakan dengan mandi junub. Mandi junub juga sebenarnya adalah adat bagi haiwan ciptaan Tuhan membersihkan dan menyegarkan kembali badan misalnya ayam yang berkubang dalam debu selepas mengawan cuma caranya sahaja yang tidak sama tetapi mempunyai makna atau tujuan yang sama. Selain itu ada beberapa perkara yang boleh kita fahami dari dua hadis ini :Harus mandi junub bersama isteri bahkan itulah yang digalakkan kerana ia dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri bersama isteri-isterinya yang lain juga.
Harus mandi dari bekas yang sama. Air tidak terjejas kesuciannya apabila digunakan untuk mandi junub. Hadis ini juga sebenarnya boleh kita masukkan di bawah ‘Prinsip Kemesraan Antara Suami Dan Isteri’ kerana maksud mandi bersama dan tidak mengasingkan penggunaan air adalah supaya terpupuk nilai-nilai kemesraan antara suami dan isteri.
ن أَنْ ُيبَالَ فِي الْمَا ِء ْ َسلّ َم أَنّهُ َنهَى ع َ َعلَيْهِ و َ ُّصلّى ال َ ِّن جَابِرٍ عَنْ رَسُولِ ال ْ َع ِالرّاكِد Daripada Jabir daripada Rasulullah s.a.w bahawasanya Rasulullah s.a.w menegah kencing di dalam air. (Riwayat Abu Daud)
ن َأحَدُكُمْ فِي الْمَا ِء ّ َسلّمَ قَالَ ل يَبُول َ َعلَيْهِ و َ ُّصلّى ال َ ّن النّبِي ْع َ َن أَبِي هُرَيْرَة ْ َع ْعن َ صحِيحٌ َوفِي الْبَاب َ ن ٌ َث حَس ٌ ل أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِي َ الدّائِمِ ثُمّ يَ َت َوضّأُ مِ ْنهُ قَا ٍجَابِر Daripada Abu Hurairah daripada Nabi s.a.w sabdanya : "Janganlah seseorang dari kamu kencing di dalam air yang tenang kemudian dia berwuduk daripadanya." (Riwayat al-Tirmizi) Hadis-hadis ini menyatakan larangan Rasulullah s.a.w kencing dalam air yang tenang kerana biasanya air yang tenang adalah sumber air bagi makhluk
dan hamba Tuhan yang lain, jadi kita mungkin akan menzalimi makhluk lain apabila melakukan demikian kerana air yang tenang tidak akan bersih dengan sendirinya kerana ia tidak mengalir.
ْ س ت ّ َسلّ َم الْ ُوضُوءُ مِمّا م َ َعلَ ْيهِ و َ ُّصلّى ال َ ّل ِ ن أَبِي هُرَيْ َرةَ قَالَ قَالَ َرسُولُ ا ْ َع ٍالنّارُ َولَوْ ِمنْ ثَوْ ِر َأقِط Daripada Abu Hurairah katanya: "Diwajibkan berwuduk kerana memakan makanan yang disentuh api walaupun hanya seketul keju." (Riwayat al-Tirmizi)
علَى امْ َرأَ ٍة َ َخل َ سلّمَ َوأَنَا مَعَهُ َف َد َ َعلَيْهِ و َ ُّصلّى ال َ ِّل خَرَجَ رَسُولُ ال َ ن جَابِرٍ قَا ْ َع َطبٍ َفأَ َكلَ ِمنْهُ ثُمّ َت َوضّأ َ ُحتْ َلهُ شَاةً َفأَ َكلَ َوأَتَتْهُ ِبقِنَاعٍ مِنْ ر َ ِمنْ الَْ ْنصَارِ فَذَ َب َصلّى الْعَصْر َ لَلةِ الشّاةِ َفأَ َكلَ ثُ ّم َ ُصلّى ُث ّم ا ْنصَرَفَ َفأَتَتْهُ ِبعُللَةٍ مِنْ ع َ لِلظّهْرِ َو ْضأ ّ َولَمْ يَتَ َو Daripada Jabir katanya : "Rasulullah s.a.w telah keluar dan saya ada bersamanya. Lalu baginda masuk berjumpa dengan seorang perempuan dari kalangan Ansar. Perempuan tersebut telah menyembelih untuk Nabi s.a.w seekor kambing lalu Nabi s.a.w memakannya. Perempuan tersebut kemudiannya membawa satu bekas yang berisi kurma segar lalu Nabi s.a.w memakannya. Selepas itu Nabi s.a.w pergi berwuduk dan menunaikan sembahyang kemudian datang kembali dan perempuan tersebut membawa kepada Nabi s.a.w saki baki daging kambing tadi lalu Nabi s.a.w memakannya. Selepas itu Nabi s.a.w menunaikan sembahyang Asar tanpa mengambil wuduk." (Riwayat al-Tirmizi)
سلّ َم أَ َكلَ كَتِفَ شَاةٍ ثُ ّم َ َعلَ ْيهِ و َ ُّلّ صَلّى ال ِ س أَنّ َرسُولَ ا ٍ عَنْ عَ ْبدِ الِّ ْبنِ عَبّا ْضأ ّ صلّى َولَمْ يَتَ َو َ Daripada Abdullah bin Abbas bahawa Rasulullah s.a.w memakan paha biri-biri kemudian dia bersembahyang tanpa mengambil wuduk. (Riwayat Malik dan Abu Daud)
َس ل َغ َ َن أَ َكلَ خُبْزًا َوَلحْمًا ُثمّ َمضْمَضَ و َ عفّا َ َن أَنّ عُثْمَانَ ْبن َ عثْمَا ُ ِن أَبَانَ بْن ْ َع ْصلّى َولَمْ يَ َت َوضّأ َ سحَ بِهِمَا َوجْهَهُ ثُ ّم َ َيَدَ ْيهِ وَم Daripada Abaan bin Usman bahawasanya Usman bin Affan memakan roti dan daging kemudian berkumur, membasuh tangannya dan menyapu wajahnya
dengan (kedua tangan)nya kemudian bersembahyang tanpa mengambil wuduk. (Riwayat Malik)
ن الْ ُوضُو ِء ْ َسلّمَ ع َ علَيْهِ َو َ ُّصلّى ال َ ّل ِ ن الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ سُ ِئلَ رَسُولُ ا ْ َع ن ُلحُو ِم الْغَنَمِ َفقَالَ ل ْ ِن الْ ُوضُوءِ م ْ َن ُلحُومِ الِْ ِبلِ َفقَالَ تَ َوضّئُوا مِنْهَا َوسُ ِئلَ ع ْ ِم تَتَ َوضّئُوا Daripada Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata : "Rasulullah s.a.w ditanya tentang wuduk dengan kerana (memakan) daging unta. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu berwuduk kerana (memakannya). Dan dia disoal tentang wuduk dengan kerana memakan daging kambing lalu dia menjawab : Tidak perlu berwuduk (kerananya). (Riwayat Malik)
َخ ل َ ن الْعِرَاقِ فَ َد ْ ِن أَنَسَ بْنَ مَاِلكٍ قَدِمَ م ّ َي أ ّ ِعَنْ عَبْ ِد ال ّرحْمَنِ بْنِ زَيْدَ الَْ ْنصَار َط ْلحَةَ َوأُبَيّ بْنُ كَ ْعبٍ َفقَ ّربَ لَهُمَا طَعَامًا قَدْ مَسّ ْت ُه النّارُ َفأَ َكلُوا مِنْهُ َفقَام َ علَيْ ِه أَبُو َ ٌل أَنَس َ س َأعِرَاقِيّةٌ َفقَا ُ َط ْلحَةَ َوأُبَيّ بْنُ كَ ْعبٍ مَا هَذَا يَا أَن َ ضأَ َفقَالَ أَبُو ّ أَنَسٌ فَتَ َو َضآ ّ صلّيَا َولَمْ يَتَ َو َ طلْحَةَ َوأُبَيّ بْنُ كَ ْعبٍ َف َ لَيْتَنِي لَ ْم َأفْ َعلْ َوقَا َم أَبُو Daripada Abdul Rahman bin Zaid al-Ansori bahawasanya Anas bin Malik datang dari Iraq kemudian Abu Talhah dan Ubai bin Ka’ab maka …. Makanan yang telah dimasak lalu mereka pun memakannya, kemudian Anas berdiri lalu berwuduk. Maka Abu Talhah dan Ubai bin Ka’ab pun bertanya : "Adakah ini cara Iraq?" Kemudian Anas berkata : "Kalaulah aku tidak melakukan(nya)". Kemudian Abu Talhah dan Ubai bin Ka’ab mengerjakan sembahyang tanpa mengambil wuduk." (Riwayat Malik) Hadis-hadis tadi adalah sebahagian dari hadis-hadis mengenai hukum berwuduk selepas memakan suatu yang dimasak. Imam Nawawi berkata : Khilaf di antara ulama tentang perkara ini makruf di kalangan sahabat dan tabi`in, kemudian ijmak di kalangan mereka bahawa tidak perlu berwuduk kerana suatu yang dimasak melainkan daging unta sepertimana keterangan hadis yang telah diriwayatkan oleh Bara` bin ‘Azib. Ulama mentafsirkan sebab suruhan tersebut adalah disebabkan oleh daging unta yang lebih kuat baunya berbanding daging kambing. Wallahu a`lam. Muhallab berpendapat bahawa di zaman jahiliah orang-orang Arab biasanya kurang menjaga dalam hal-hal kebersihan maka Rasulullah s.a.w pun memerintahkan supaya berwuduk dengan sebab memakan suatu yang dimasak. (Aujaz al-Masalik jilid 1 m/s 332) Sebagai peringkat permulaan, Rasulullah s.a.w ingin menerapkan sikap mementingkan kebersihan dan mencabut tabiat yang mungkin akan mengganggu orang lain oleh kerana bau yang tidak menyenangkan.
َ َسلّمَ شَ ِربَ لَبَنًا فَدَعَا بِمَاءٍ فَتَ َمضْم ض َ َعلَ ْيهِ و َ ُّصلّى ال َ ي ّ ِن النّب ّ َس أ ٍ ن ا ْبنِ عَبّا ْ َع ن لَهُ َدسَمًا ّ ِل إ َ ثُمّ قَا Daripada Ibnu ‘Abbas : "Bahawasanya Nabi s.a.w telah meminum susu lalu baginda meminta air dan berkumur. Terus baginda bersabda: " Sesungguhnya susu itu berlemak." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi)
سلّمَ شَ ِربَ لَبَنًا َفلَ ْم َ َعلَ ْيهِ و َ ُّلّ صَلّى ال ِ ل إِنّ َرسُولَ ا ُ ن أَنَس بْن مَاِلكٍ َيقُو ْ َع صلّى َ يُ َمضْمِضْ َولَمْ يَ َت َوضّأْ َو Daripada Anas bin Malik, beliau berkata : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah minum susu dan tidak berkumur, kemudian dia tidak berwuduk untuk sembahyang." (Riwayat Abu Daud)
سلّمَ قَالَ مَنْ َمسّ ذَكَرَهُ فَل َ علَيْهِ َو َ ُّصلّى ال َ ي ّ ِن النّب ّ َن أ َ صفْوَا َ ِعَنْ بُسْ َرةَ بِ ْنت َصلّ حَتّى يَ َت َوضّأ َ ُي Daripada Busrah binti Safwan bahawasa Nabi s.a.w bersabda : "Sesiapa yang menyentuh zakarnya maka janganlah dia mengerjakan sembahyang sehingga dia berwuduk." (Riwayat al-Tirmizi) Ini adalah sebagai kesinambungan dari hadis sebelum ini iaitu mengenai berwuduk dengan suatu yang dimasak, bezanya susu itu berlemak dan itulah sebab dianjurkan berkumur selepas meminumnya. Hikmahnya, seseorang itu boleh mengelakkan diri dari sakit gusi yang disebabkan oleh lemak yang terkandung dalam susu. Ini telah pun dibuktikan oleh sains. Semua ini selain mementingkan kebersihan ia juga akan menjamin kesihatan secara tidak langsung, dengan itu ia juga sesuai dimasukkan di bawah ‘Prinsip Kesihatan’ sepertimana hadis-hadis yang lain.