Perubahan Generasi Revolusi Industri 4.0
Sumber: Terminologi Generasi Sosial valvemagazine.com Satu generasi menggambarkan keadaan atau situasi di mana setiap individu mempunyai pengalaman hidup yang tersendiri. Ia juga menggambarkan siapa diri kita dan bagaimana kita melihat dunia dari kacamata sendiri. Setiap generasi mempunyai personaliti tersendiri (Siti Mahani binti Muhazir et. al 2015) dan mempunyai kepercayaan, nilai, budaya, perspektif, kegemaran, kemahiran dan personaliti yang berbeza terhadap kehidupan dan pekerjaan. Walaupun terdapat perbezaan atau jurang antara ciri-ciri bagi setiap generasi, namun ia bukanlah penghalang untuk mencapai kesepaduan antara generasi untuk mencapai kejayaan bersama. Justeru ini, dalam buku Grown Up Digital yang ditulis oleh Don Tapscott ada membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut: 1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya) 2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964) 3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X 4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y 5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga 2009) – Generasi Z 6. Generation Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A
Seiring dengan realiti semasa kini telah memperakukan bahawa senario dunia pada masa sekarang adalah impak terhadap pengaruh digital yang pesat berevolusi di seluruh dunia. Senario ini telah menjadikan generasi kini bergerak seiring dengan perubahan zaman tanpa limitasi dan berbentuk infiniti. Sememangnya kehidupan manusia kini telah banyak berubah dari sebuah masyarakat yang ringkas dan kecil kepada sebuah masyarakat yang kompleks dan besar. Peter Drucker (1985) mendedahkan bahawa masyarakat manusia telah
melalui tiga zaman revolusi yang utama, iaitu; revolusi perindustrian, revolusi pengurusan, dan revolusi maklumat. Kelahiran beraneka revolusi ini menyebabkan masyarakat berubah dengan lebih pantas dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih canggih dari segi ekonomi, politik, sosial, dan teknologi. Hal yang sama terjadi di Malaysia, seiring dengan perubahan sistem kemasyarakatan ini mengundang sama pakej kemanusiaan yang diklasifikasikan melalui kapsul-kapsul generasi yang berbeza. Sarjana Don Tapscott (1999), ini telah memperkenalkan tiga bentuk generasi yang amat popular penggunaannya pada masa ini, iaitu Generasi X, Generasi Y, dan Generasi Z. Pengklasifikasian generasi menurut perspektif Tapscott (1999) adalah bersandarkan revolusi teknologi maklumat yang sememangnya telah melatari zaman ketika ini. Berikut merupakan pengelasan generasi dan tahun kelahiran yang menjadi bingkai kajiannya. Kesemua generasi yang diketengahkan ini mempunyai latar dan citra kehidupan yang unik lagi tersendiri serta berbeda malahan jua berlawanan di antara satu sama lain. Apa yang pasti ketiga-tiga jenis generasi ini turut berbeza dengan generasi sebelumnya. Di Barat sebelum kewujudan generasi X, kelompok demografi generasi terdahulu dikategorikan berdasarkan kayu ukur Zaman Perang Dunia Kedua. Sebagai contoh, generasi Baby-Boomer dan Pre Baby-Boomer yang lahir setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua. Oleh yang demikian, pengelasan terhadap generasi ini adalah sesuatu yang lumrah. Walaupun penggunaan generasi X, Y dan Z menjadi rujukan yang acap kali dipraktikkan dalam pelbagai medium. Berikut merupakan period timeline bagi setiap generasi; Pre Baby Boom (1945) Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Generasi ini dianggap sebagai generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.
The Baby Boom (1946 – 1964) Generasi ini yang dikenali sebagai The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang. Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan “The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka. Generasi X (1965-1976) Generasi X merupakan satu istilah yang menggambarkan sekumpulan orang yang dilahirkan pada 1965 hingga 1981. Kenyataan ini boleh disokong dengan merujuk kepada pelbagai kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik antaranya, menurut Pham (1997) generasi ke-13 telah dilahirkan di antara 1961 dan 1981 (Hani Suraiya Jamaluddin 2010). Generasi X lebih dikenali dalam satu kumpulan yang dilahirkan pada 1965 dan 1975. Mereka bekerja untuk cintakan kerja tersebut dan bukan hidup untuk kerja (Zemke, Rainesdan Filipezak, 1999). Generasi X tidak percaya dengan bekerja secara lebih masa tetapi percaya bahawa kerja yang sekejap dapat memberikan kesan yang terbaik ini termasuklah pilihan mereka untuk bekerja dalam suasana yang mesra, tidak formal di tempat kerja, mereka mahukan mereka bebas untuk menyatakan pendapat mereka. Suasana persekitaran tempat kerja seperti ini membuatkan mereka keluar dari kepompong mereka dalam kalangan mereka sendiri boleh memberi idea dan boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik. Selain itu, Generasi X bekerja mengikut apa yang dirancang dan dianjurkan.Generasi X, umumnya berpengetahuan tinggi, celik teknologi dan bersifat bebas (Independent). Kumpulan ini dikatakan sering menjangkakan fleksibiliti di tempat kerja, seorang yang kreatif, inovatif tetapi dengan cara tersendiri. Kumpulan ini dimotivasikan dengan penawaran peningkatan kerjaya, peningkatan peluang memperbaiki kerjaya serta pengiktirafan peribadi. Generasi X cenderung inginkan kebebasan mengikut cara mereka
mahukan kepercayaan dari pengurusan dan melihat kepada imbuhan atas apa yang mereka lakukan (Azimah 2011). Generasi Y (1977-1997) Generasi Y merupakan satu klasifikasi kepada kumpulan penduduk yang dilahirkan selepas generasi X. Generasi ini lahir pada tahun 1981 dan 1996 (Projek Guru, 2000). Generasi Y adalah sifat yang dilabelkan kepada orang-orang yang lahir pada tahun1980-an dan awal 1990-an. Generasi Y turut dikenali sebagai ‘tenacious go-getters’ dengan semangat ‘I can do anything’ dan sangat sukakan persekitaran yang mencabar. Generasi Y berkembang dengan teknologi dan bergantung kepadanya untuk menjalankan tugas-tugas mereka dengan lebih baik. Generasi Y lebih suka jadual yang fleksibel tetapi untuk generasi-generasi yang lebih tua ramai yang melihat sikap ini sebagai komitmen dan disiplin narsisistik atau kekurangan (Luxor Network 2011). Generasi Y adalah generasi yang mempunyai harapan yang tinggi dalam setiap pekerjaan yang dibuat. Mereka mahukan pengurus yang adil dan secara langsung terlibat dalam pembangunan pekerja. Generasi Y hidup subur pada cabaran-cabaran baru dan menjangka untuk menunjukkan rasa hormat dan tanggungjawab yang diberikan dari awal padadalam pekerjaan mereka (Martin 2005). Generasi ini mahu pengiktirafan terhadap apa yang mereka lakukan dan ingin menjadi terkenal dan dikenali kerana pencapaian mereka. Generasi Y kurang memberi respons kepada arahan berbentuk tradisional atau berbentuk wujudnya kawalan dari pengurusan. Mereka dilahirkan dalam persekitaran yang banyak mempersoalkan kenapa itu dan ini berlaku. Selain itu, kumpulan ini boleh diurus dengan wujudnya penjelasan yang terperinci mengenai sesuatu yang mereka patut lakukan, mengiktiraf setiap tugasan yang mereka lakuakan, puji mereka secara terbuka dan jadikan mereka seorang bintang dalam organisasi, kerap memberi maklum balas dan jadikan tempat kerja suatu tempat yang menyeronokkan bagi mereka (Hairol Anuar. 2010).
Generasi Z (1998-2009) Menurut Tapscott (2008), generasi Z adalah golongan yang dilahirkan tahun 1998 hingga 2009. Generasi Z adalah generasi teknologi. Mereka telah mula melayari internet dan web seiring dengan usia mereka sejak mereka masih belum bercakap. Generasi Z telah dibimbing dan digalakkan oleh ibu bapa menggunakan dunia laman sosial sejak kecil lagi. Dengan kata lain, generasi Z membesar di dalam dunia yang semuanya berhubung menerusi teknologi sejak dari awal lagi. Walaupun terdapat kebimbangan dalam kalangan ibu bapa apabila mendapati anakanak mereka menghabiskan terlalu banyak masa berinteraksi secara online berbanding di alam nyata, hakikatnya teknologi bukanlah alat yang dianggap memberi kesan buruk bahkan memudahkan pergerakan dan penghantaran maklumat yang cepat. Justeru, generasi Z melihat faedah teknologi sebagai alat komunikasi yang bersifat ‘nyata dan realistik’. Mereka masih dapat bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di seluruh negara, atau bahkan seluruh dunia, tanpa perlu berada di ruang fizikal yang sama. Terdapat ciri-ciri yang boleh dilihat untuk mengenali generasi tertentu. Generasi Z ini adalah generasi yang kebanyakannya sekarang adalah di usia awal remaja dan malah sebahagiannya baru sahaja mula memasuki alam pengajian di institusi pengajian tinggi. Mereka ini berbeza daripada generasi terdahulu dari pelbagai sudut. Generasi ini masih di peringkat evolusi dan di dalam fasa mempelajari beberapa perkara dalam hidup. Menurut kajian, generasi ini dikatakan boleh menjadi satu set pengguna yang aktif. Mereka dilahirkan semasa kuasa pasaran pengguna sedang meningkat. Generasi X, Y dan Z yang jurang usianya hampir 40 tahun di antara yang tua dan muda, maka wujudlah pelbagai perspektif, keperluan dan sikap yang berbeza. Walaupun kepelbagaian dalam tenaga kerja ini menggalakkan rangkaian bakat yang lebih luas, selalunya boleh membawa pada idea yang bercanggah dan stereotaip. Setiap kumpulan pekerja itu dibentuk oleh pengalaman yang unik berdasarkan cara mereka membesar dan melaksanakan tanggungjawab.
Dalam hal ini, pemahaman generasi dahulu (Baby Boomers) tentang kehidupan, dengan apa yang difahami oleh generasi kini walaupun hakikatnya sama tetapi tidak serupa. Perbezaan pemahaman ini yang boleh mengakibatkan wujudnya jurang (Paul R. 2013). Semakin dalam jurang maka semakin generasi ini tidak lagi dapat memahami hati budi sesama mereka. Mereka tidak lagi layak untuk memberikan nasihat kepada generasi muda kontemporari, dan generasi muda kini pula tidak perlu mendengar pandangan generasi dahulu. Segala-galanya tidak dipedulikan atas dasar perbezaan. Perbezaan yang menjurangi mereka pula, menyebabkan gaung yang terus meluas. Oleh kerana itu, perbezaan ini harus difahami kerana walau di mana pun posisi generasi kita, proses melengkapi akan terus berterusan dengan satu tujuan iaitu mencapai matlamat bersama. Penilaian Prestasi Mengikut Generasi Penilaian prestasi mengikut generasi sangat ketara jurangnya dalam setiap aspek yang disebabkan oleh peredaran masa, maka kebiasaannya sudut pandangan, perwatakan dan kecenderungan generasi X, Y dan Z agak berbeza seiring dengan peredaran zaman, kemajuan dan teknologi. Dalam topik ini, akan melihat perbezaan dari segi penilaian di antara generasi yang akan dibincangkan. Pendidikan Setelah kita ketahui tentang sejarah dan perkembangan Revolusi Industri 4.0, keadaan ini memberi tekanan kepada sistem pendidikan di negara kita juga, di samping bidang-bidang lain yang terkena tempias Industri 4.0 ini. Tidak dinafikan, banyak inisiatif yang telah disediakan untuk menyediakan generasi baru ke arah Industri 4.0 ini. Salah satunya, Malaysia berhasrat untuk menjadi perintis di Asia Tenggara. Baru-baru ini, Ketua Pakar Pendidikan Tinggi Bank Dunia, Francisco Marmolejo dalam Seminar Revolusi Industri 4.0 berkata, sistem pendidikan tinggi di seluruh negara juga akan mengalami perubahan hasil revolusi Industri 4.0. Bayangkan pengetahuan yang ada pada kita hari ini hanya menyumbang satu peratus sahaja menjelang 30 tahun akan datang dan ketika itu pasaran kerja akan dipenuhi dengan individu atau tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis. Keperluan institut
pendidikan tinggi yang lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran baharu itu agar mana-mana golongan masyarakat tidak terpinggir dalam era globalisasi dan digital itu. Malaysia selaku negara pertama merangka elemen cabaran Industri 4.0 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2015-2025. Selain menyifatkan inisiatif Malaysia sebagai satu langkah ke hadapan, pelan pembangunan pendidikan tinggi yang merangkumi 10 lonjakan itu sebagai rangka kerja naratif sangat baik bukan sahaja untuk masa depan tetapi hari ini. Bahkan hal ini dapat membantu Malaysia menangani isu pembelajaran di seluruh dunia dan sangat jelas langkah yang diambil Malaysia lebih konkrit dalam pelaksanaannya. Walaupun kesan revolusi perindustrian terutamanya berkaitan sistem pendidikan tinggi dibincang secara global tetapi apa yang dilakukan di Malaysia menunjukkan komitmen berterusan negara itu. Idea yang dipraktikkan Malaysia merupakan langkah paling inovatif untuk menentukan bagaimana negara akan menjadi pemain signifikan dalam ekonomi global pada masa hadapan. Apa pun, bidang ilmu dan pendidikan mesti dijadikan sebagai teras dalam usaha mempersiapkan pelajar dan graduan menangani cabaran baharu revolusi itu. Kemahiran Komunikasi Komunikasi merupakan satu elemen penting dalam kehidupan. Komunikasi yang baik dapat memberikan hubungan yang baik dalam kalangan masyarakat. Kemahiran berkomunikasi juga merupakan salah satu ciri yang sering dinilai dalam sistem penilaian. Kemahiran komunikasi Generasi X adalah lebih lebih baik berbanding generasi Y. Bukan dari segi bahasa yang digunakan tetapi kandungan maklumat yang ingin disampaikan juga adalah lebih menepati keperluan tugas, dan juga mudah difahami. Pada masa kini, kita dapat lihat bahawa generasi Y kurang mahir dalam berkomunikasi. Mereka lebih menyukai cara berkomunikasi dengan menggunakan teks dan jaringan sosial. Mereka lebih banyak mendiamkan diri dan kurang memberi pendapat dalam sesuatu perbincangan. Manakala generasi X lebih banyak memberi cadangancadangan dan kadangkala lebih kerap membuat bantahan atau hujahan jika berlaku sebarang ketidakpuasan hati. Generasi X lebih mudah bersuara jika dibandingkan dengan generasi Y. Generasi X lebih bersikap terbuka dalam berkomunikasi. Mereka akan
mendengar dan mengeluarkan pendapat sekiranya terdapat kekurangan. Namun begitu, generasi Z kebergantungan komunikasi mereka adalah dengan cara berkomunikasi dengan komuniti melalui dalam talian seperti Google, dan Facebook. Mereka tidak membuat pertemuan bersemuka bersama rakan-rakan mereka untuk membangunkan sesuatu perhubungan tetapi mampu untuk membentuk satu komuniti besar dan membuat rangkaian secara besarbesaran secara global tanpa perlu mengenali siapa pun secara peribadi. Mereka tidak mempunyai kemahiran dalam pengucapan awam dan menganggap privasi sebagai teras. Generasi mereka menganggap hidup bersama orang lain sebagai satu pencerobohan ruang. Personaliti Generasi X mempunyai personaliti yang lebih bersifat terbuka, mudah untuk berbincang dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kesukaran Semasa menjalankan tugas. Manakala generasi Y lebih kepada sikap memberontak atau bertindak mengikut hati. Semasa berdepan dengan majikan, generasi X lebih bersopan dan tertib. Mereka bersifat terbuka dan menerima teguran dari pihak atasan. Berlainan dengan generasi Y yang sering menganggap bahawa apa yang dilakukan oleh mereka adalah tepat. Generasi Y mempunyai tahap kesabaran yangkurang dalam mengahadapi masalah dan tidak boleh menerima teguran secara terbuka. Generasi Y bukanlah pekerja yang setia dengan satu-satu syarikat ataupun organisasi bagi untuk mengekalkan mereka dalam organisasi, majikan perlu menawarkan faedah yang mereka anggap bernilai untuk mengekalkan gaya hidup mereka, dan majikan perlu menyesuaikan gaya pengurusan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik daripada mereka. Generasi X lebih setia kepada organisasi kerana mereka telah lama berkhidmatdalam organisasi dan meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada majikan danbegitu juga sebaliknya. Mereka lebih berminat untuk memberi sumbangan danberkhidmat kepada organisasi dalam mencapai matlamat organisasi dan jugakepuasan kerja sendiri.
Kebanyakan generasi Z mempunyai sekurang-kurangnya dua alat seperti telefon bimbit atau Ipod dan mereka tidak boleh hidup tanpa gajet tersebut. Mereka amat individualistik dalam perwatakan mereka, memiliki personality tersendiri serta tidak mengikut norma-norma sosial yang biasa. Masyarakat mereka wujud di internet dan di situlah mereka mengemukakan pendapat dan pandangan masing-masing.