MODUL LANGKAH PENGAJARAN SEJARAH PARAMESWARA
Subjek
: Sejarah
Tema
: Tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Topik
: Parameswara Pengasas Melaka: -Perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka
Kelas
: 4 Yakin
Minggu
: 19
Tarikh
: 22 Mei 2018
Masa
: 11.10 pagi – 12.10 tengahari
Nilai murni
: Berani, bersyukur
Hubungan Merentas Kurikulum
: Geografi, Bahasa Inggeris
Kod Standard Pembelajaran
: 5.22 , 5.2.3
Objektif Pembelajaran
:Di
akhir pembelajaran, murid boleh memahami
kronologi perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka. Kriteria Kejayaan
: Di akhir pembelajaran, murid dapat:
Menjelaskan peristiwa perjalanan kronologi peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
Menyatakan faktor yang mempengaruhi peristiwa pembukaan Melaka.
Kata Kunci
: kronologi , hubung kait
Sumber
: Buku Teks, Internet, Buku Rujukan
Langkah-langkah Pengajaran:
Pendahuluan (Set Induksi) :
1. Murid dipilih secara rawak dan ditanya soalan: “Siapakah pemimpin kegemaran anda?” -Murid ditanya siapakah pemimpin kegemaran mereka kerana pemimpin adalah faktor besar kemajuan atau kejatuhan sesuatu tamadun.
2. Guru membuat hubung kait soalan dengan topik pengajaran dan pembelajaran hari ini. -Topik pengajaran dan pembelajaran hari ini adalah Perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka. Parameswara adalah putera raja yang cuba membina kerajaan baru apabila kerajaan warisannya di Palembang mengalami masalah diserang Majapahit. Oleh kerana sifat kepimpinan dan sifat tidak mudah mengalah dalam diri pemimpin seperti Parameswara, Melaka yang asalnya merupakan perkampungan kecil dapat berkembang menjadi kerajaan baru yang menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa dan menjadi pelabuhan enterport yang terkenal dalam sejarah.
3. Murid membaca objektif dan kriteria kejayaan aktiviti pelajaran hari ini di hadapan papan putih. -Murid diminta membaca objektif pelajaran dan kriteria kejayaan pengajaran dan pembelajaran supaya peka dengan isi-isi penting aktiviti pengajaran dan pembelajaran kali ini. -Murid seharusnya memahami kronologi atau turutan peristiwa perjalanan Parameswara dan pengikut-pengikut setianya dari Palembang ke Melaka. - Murid juga seharusnya dapat menjelaskan bagaimana Parameswara menghadapi cabaran-cabaran sebelum tiba di Melaka untuk menubuhkan kerajaan baru. -Murid perlu menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan Parameswara memilih Melaka menjadi pusat pemerintahan baru selepas berjalan jauh dari Palembang.
Aktiviti Utama:
1. Murid diminta merujuk buku teks sejarah tahun 4 muka surat 112 sehingga 116 dengan bimbingan guru.
Gambar 1: Buku teks Sejarah Tahun 4 -Murid diminta membaca buku teks secara individu untuk memahami idea asas peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka. Parameswara adalah nama yang dikenali oleh sumber China dan Portugis manakala buku Sejarah Melayu pula menggelar Parameswara sebagai Sultan Iskandar Syah. -Buku teks Sejarah menggunakan gelaran Parameswara kerana ia adalah nama yang diterima masyarakat antarabangsa dahulu. -Melalui peta Sumatera dan Tanah Melayu,
Gambar 2: Peta Sumatera dan Tanah Melayu yang mengandungi Palembang dan Melaka.
hubungan merentas kurikulum iaitu subjek Geografi telah berlaku semasa pengajaran subjek Sejarah. Murid dapat mengenal pasti kedudukan Palembang di Sumatera dan Muar serta Melaka di dalam Tanah Melayu yang kini sudah menjadi Semenanjung Malaysia. Murid juga akan sedar Temasik yang dimaksudkan kini telah menjadi Singapura.
2. Murid melihat tayangan video
drama ringkas mengenai peristiwa kronologi
perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
Gambar 3: Tayangan video lakonan drama perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka. -Murid melihat video lakonan main peranan oleh murid-murid sekolah lain tentang bagaimana Parameswara dan pengikut-pengikutnya berjalan dari Palembang ke Temasik, seterusnya ke Muar, dan akhirnya menetap di Melaka. -Lakonan drama mini itu tidak menunjukkan lokasi sebenar kejadian, namud dapat membantu murid-murid mengenal pasti kronologi dan memahami mengapa Parameswara dan pengikut-pengikutnya terus-menerus berjalan dari Palembang ke Melaka. -Parameswara cuba melepaskan kerajaannya dari Majapahit tetapi gagal. Oleh kerana tidak mahu mengaku kalah, Parameswara dan pengikut-pengikutnya
bergerak ke Temasik. Di Temasik, Parameswara bertarung dengan Temagi dan Temagi telah kalah dan terbunuh. Parameswara menjadi pemerintah Temasik buat sementara waktu sahaja. Hal ini kerana Temasik adalah naungan Majapahit atau Siam yang telah menyerang kerajaan asalnya di Palembang. -Parameswara dan pengikutnya meneruskan perjalanan ke Muar. Muar dirasakan tidak sesuai untuk dijadikan kerajaan oleh Parameswara. Parameswara juga meletakkan seorang Menteri untuk memerintah di Sening Ujung sebelum meneruskan perjalanan ke arah utara. Peristiwa tersebut menunjukkan sikap berpandangan jauh oleh Parameswara untuk segala kemungkinan akan datang. -Apabila Parameswara dan pengikutnya tiba di Sungai Bertam, peristiwa anjing buruannya yang hebat ditendang seekor pelanduk putih yang kecil sehingga anjing buruannya jatuh ke dalam sungai. Peristiwa itu menyebabkan Parameswara kagum dan merasakan Melaka adalah tempat yang sesuai untuk dijadikan kerajaan baru. Ketika itu baginda sedang berehat di bawah pokok Melaka.
3. Murid melihat persembahan Power Point yang menunjukkan gambar-gambar Palembang, Parameswara, Melaka, pokok Melaka, istana Melaka, dan pelbagai gambar berkaitan sejarah perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
Gambar 4: Persembahan Power Point gambar-gambar berkaitan Palembang dan Melaka. -Murid ditayangkan pelbagai gambar berkaitan kerajaan Palembang dan Melaka. Semasa gambar-gambar tersebut ditayangkan, guru mengulas secara lisan gambar-gambar tersebut supaya murid mendapat gambaran idea apakah rupa kerajaan lampau tersebut. -Murid juga digalakkan berfikir dan berimaginasi tentang suasana kerajaan Melayu lama yang berpusat di Melaka tersebut.
4. Idea Rush: “Apakah yang anda tahu tentang “kronologi”?” Kronologi (dari bahasa Latin chronologia, dari bahasa Yunani Purba χρόνος, chronos, "waktu"; dan -λογία, -logia) adalah ilmu menyusun peristiwa menurut turutan kejadian dalam masa. Misalnya, penggunaan garis masa atau turutan peristiwa. Ia juga merupakan "penentuan turutan waktu sebenar bagi peristiwa-peristiwa lepas".[2]
Gambar 4: Kertas A4 dan sticky notes 1. Murid diminta menulis pendapat mereka secara individu di atas sticky notes di dalam kumpulan. 2. Murid menampal kertas sticky notes tersebut di kertas A4 sambil menyebut dengan jelas idea yang telah ditulis. 3. Murid berkongsi pendapat kepada rakan lain di dalam kumpulan yang sama.
4. Wakil kumpulan akan membentangkan hasil dapatan kepada kumpulan lain. 5. Murid mendengar kesimpulan dan huraian oleh guru. 6. Murid dipilih secara rawak untuk menyatakan ideanya apabila disebutkan perkataan “kronologi”.
5. One-Two-Group:
Gambar 5: Gambaran murid membuat perbincangan sebahu dan dengan rakan sekumpulan. 1. Murid memikirkan apakah kronologi peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka. 2. Murid berbincang dengan rakan sebahu tentang sejarah pembukaan Melaka. 3. Murid berbincang dan membuat kesimpulan tentang faktor yang menyebabkan Parameswara mengasaskan kerajaan Melaka. 4. Murid dipilih melalui cabutan nama dalam name jar untuk :
Menjelaskan kronologi peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
Menyatakan faktor Parameswara membuka Melaka.
Gambar 6: “Name jar” untuk mencabut nama murid-murid secara rawak sebelum ditanya soalan.
Penutup:
Penyoalan: Murid yang ingin menjawab soalan diminta mengangkat tangan. Hal ini supaya dapat mengelak masalah murid menjawab soalan sama dengan jawapan berbeza secara serentak lalu mengakibatkan tiada jawapan jelas dapat didengar. Murid ditanya soalan bersifat terbuka berkaitan topik kali ini.
1.
Apakah yang kamu telah pelajari hari ini?
2.
Adakah kamu rasa kita perlu mengenang jasa tokoh terbilang? Kenapa?
3.
Guru membuat kesimpulan pelajaran hari ini.